DI UTARA KALAU SEBUT "CINA MAMPOIH" BUKAN PENGHINAAN PADA KAUM TIONGHUA ATAU MANA MANA BANGSA CINA PUN.TU BAHASA ORANG UTARA. TAPI YANG NI SAPA LAK MAMPOIH



Norshidah Mohd Daud


Aku paham kita semua tengah penat, bersedih dengan tragedi yang menimpa

Tapi ambik mood la jap dok bergelak ketawa sebentar...



 

1 MALAYSIA BAKAL DIKEJUTKAN!! ANWAR MAHU LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN??!!


TAJUK BERITA NETIZEN 570 1. NAJIB SEDIH, RAKYAT SELANGOR JADI MANGSA 'BLAME GAME'?? 2. NAZRI DAKWA WAN SAIFUL BANGANG, HANYA MAHU SERANG PM?? 3. BANTUAN BANJIR, KENAPA PERLU ADA KARIPAP DAN KOPI BARU NAK MESYUARAT?? 4. ISU NADMA 'LEMBAB' AKHIRNYA PANGLIMA ATM BERSUARA 5. ANWAR IBRAHIM SEDIA LEPASKAN JAWATAN PRESIDEN??




PERMUDAHKANLAH

 

Bantuan RM1,000 tu apa salah kalau terus pergi setiap rumah dah beri duit tu. Tak payah nak suruh daftar, report polis, fotostet IC bagai.

Ko bawak askar satu trak, bawak duit cash. Jumpa ketua rumah, hulur duit dan suruh tandatangan. Nak ambik gambar IC pun boleh. Bukan tak biasa bawak duit cash banyak pun kan?

Orang tengah sibuk bersihkan rumah. Mana ada masa nak daftar semua tu. Korang dok ofis berekon bukan ada kerja sangat. Korang la yang turun pergi bantu. Kan lagi elok begitu...

Raja Gelap

 

Khalid Samad: Tragis Kematian 9 Beranak Di Lebuhraya Elite Pada 18 Disem...

(Banjir Selangor) Mat Sabu Membantu Menyediakan Makanan Untuk Mangsa Ban...

ANWAR BAKAL DIGANTI?

Banjir akibat perubahan iklim, nilai semula peraturan alam sekitar





Banjir yang baharu surut di Selangor dan Pahang bukanlah sesuatu yang biasa terjadi sebelum ini tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim atau climate change yang melanda dunia.


Bagi Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, berdasarkan perkembangan baharu itu, Kerajaan seharusnya memikirkan semula mengenai agenda alam sekitar dan peraturan peraturan baharu pembangunan di negara ini.


"Banjir besar telah pun melanda Semenanjung Malaysia minggu lepas. Bukan sahaja tempat “biasa” seperti Kuantan, Temerloh dan Raub yang terjejas, kita melihatkan kejadian banjir turut berlaku di tempat yang jarang berlaku seperti Taman Sri Muda, Shah Alam, Karak dan sebahagian Bentong.


"Ini bererti apa yang dianggap sebagai luar biasa telah pun menjadi satu kebiasaan. Apa yang dianggap mustahil berlaku telah berlaku, dan apa yang jarang akan menjadi semakin kerap.


"Apabila dikaitkan dengan banjir besar yang berlaku di Jerman, Amerika Syarikat, Sudan Selatan dan Congo-Brazzaville tahun ini, kita boleh menyimpulkan bahawa isu perubahan iklam bukan lagi sesuatu yang jauh daripada Malaysia, tetapi sesuatu yang mengejutkan kita pada lewat malam, bahkan telahpun meragut puluhan nyawa warganegara.


"Persoalannya, adakah kerajaan akan terus menunggu banjir berlaku setiap tahun, ataupun bertindak?" tanya Chean Chung dalam kenyataan hari ini.



Lee memberi bantuan banjir kepada mangsa di Pekan Sungai Lembing, Kuantan.


ADUN Semambu, Pahang itu jelas bimbang sekiranya Kerajaan masih tidak faham mengenai cilamate change dan puas hati dengan lawatan Menteri-menteri dan penyerahan pampasan yang tidak seberapa untuk mangsa.


Katanya, jika Kerajaan tidak berada dalam minda penafian maka beliau mencadangkan beberapa tindakan wajar untuk diambil bagi mengelakkan bencana dahsyat itu daripada berulang pada masa hadapan.


"Kerajaan dalam hal ini hendaklah menilai semula dasar pembalakan dan pembangunan yang terlalu padat.


"Penggondolan bukit dan pemusnahan hutan akan mengurangkan daya takungan air semulajadi, dan seterusnya mengakibatkan air terus mengalir serta berkumpul menjadi bah.


"Mengikut pengiraan saya, dengan menggunakan Laporan Kewangan Pahang 2020, saya dapati sebanyak 26% hasil Pahang datangnya daripada kegiatan pembalakan dan perlombongan. Peratusan ini harus dikurangkan dan digantikan dengan hasil yang lebih mapan," katanya yang juga mencadangkan Kerajaan menggubal dasar perubahan iklim dan pengurangan pengeluaran karbon.


Menurut Chean Chung, pengeluaran karbon berkait rapat dengan suhu dunia dan menjadikan iklim bumi semakin tidak stabil lalu kesannya dirasai dengan bencana banjir kilat, musim kemarau yang panjang atau taufan yang tidak menentu. Malaysia, katanya, wajar menyahut cabaran sedunia dengan menerajui agenda perubahan iklim dan sasaran pengurangan pengeluaran karbon.


Selain itu, beliau juga mencadangkan pelan penyelamatan mangsa banjir dirombak semula.


"Operasi menyelamat yang kelam-kabut dan tidak diselaraskan wajar dijadikan satu ikhtibar kepada kerajaan untuk merombak semula institusi dalam peranan penebatan, pencegahan, penyelamatan, bantuan dan pembinaan semula.


"Kerajaan wajib mengambil trajedi ini sebagai satu pengajaran untuk menambahbaik kelemahan ketara yang sedia ada," katanya.

Tambahnya, pembatalan cuti menteri dan kakitangan awam serta gimik turun padang tidak akan dapat menyelamatkan harta dan nyawa rakyat.


Hal yang lebih penting, tegas Chean Chung adalah pengakuan atas kelemahan dasar pembangunan sekarang, memandang serius tentang agenda perubahan iklim dan bertindak ke atasnya

Mahasiswa KEADILAN, Harapan lancar misi bantuan banjir ke seluruh negara

 


Mahasiswa KEADILAN bersama Mahasiswa Harapan telah melancarkan Misi Banjir sejak hari pertama bencana itu melanda pada 18 Disember lalu.


Menurut Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Syamil Luthfi (gambar atas), pergerakan itu telah menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Bukit Lanchong, Petaling Jaya, Selangor sejak hari pertama dan kini bantuan telah dihantar kepada mangsa mangsa di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang yang terlibat banjir.


"Saya dan rakan-rakan sudah turun ke kawasan terjejas sejak hari pertama banjir berlaku di Bukit Lanchong. Mahasiswa Harapan sempat membekalkan makanan segera buat mangsa yang diselamatkan oleh pihak penguasa," katanya



Mahasiswa membantu mangsa apa yang termampu


Di samping itu, menurut Syamil, tabung kutipan derma juga digerakkan oleh Mahasiswa Harapan pada hari kejadian dan sehingga semalam kira-kira hampir RM60 ribu berjaya dikumpulkan.


"Setakat hari ini sebanyak RM27,000 telah dibelanjakan bagi tujuan membantu dan sumbangan barangan kepada penduduk.


"Padang Jawa, Bukit Lanchong, Sri Muda, Jelebu, Lubok Cina dan Bentong merupakan antara kawasan yang telah dibantu oleh Mahasiswa Harapan," katanya lagi.


Misi berkenaan, kata beliau, menjadi mudah apabila anggota mahasiswa tinggal di kawasan berdekatan lokasi bencana.

 

Menteri BN - PN 'pelancong banjir', jangan sekat kritikan rakyat di media sosial - PH

 



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membidas sikap lemah dan layu menteri Kerajaan BN - PN yang kini digelar rakyat sebagai 'pelancong banjir' yang memahami keperluan sebenar dan kegetiran mangsa banjir.

Tegas Majlis Presiden, kerajaan BN-PN yang dianggap lemah oleh rakyat itu jangan pula cuba menghalang kritikan di media sosial ke atas mereka dengan meminta penyedia perkhidmatan berkenaan tidak menyiarkan hal hal buruk berkaitan kerajaan.

"Majlis Presiden menyampaikan ucapan takziah buat 41 orang mangsa bencana banjir di seluruh negara dan amat kesal dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan menangani krisis yang menyebabkan ramai tidak mendapat bantuan semasa dan pasca banjir.

"Pakatan Harapan mendesak Kerajaan untuk bertindak lebih tegas dengan pemberian bantuan kewangan yang mesti melebihi apa yang diberi oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri.

"Kegagalan Kerajaan Persekutuan ini telah menerima kritikan keras daripada media sosial di Facebook dan Twitter, khususnya para Menteri yang begitu layu dan lemah dalam respons menyelamat dan membantu mangsa sehingga diberi gelaran ‘pelancong banjir’.

"Tindak balas Kerajaan Persekutuan atas kritikan-kritikan berasas ini bukan sahaja gagal meningkatkan mutu perkhidmatan para Menteri sebaliknya cuba menghukum dan menutup mulut rakyat.

"Apakah kritikan-kritikan itu begitu menggugat keselamatan negara, sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terpaksa meminta Twitter memadam kritikan para netizen ini?" tanya mereka dalam satu kenyataan

Menurut Majlis Presiden PH, amat malang bagi Malaysia apabila suruhanjaya di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dijadikan alat untuk menghentikan kritikan terhadap kerajaan di bawah sistem demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Justeru, Majlis Presiden menyifatkan tindakan SKMM berkenaan bersifat anti-demokrasi dan mengingatkan rakyat tentang sifat kuku besi diktator yang pernah rakyat Malaysia lihat dahulu.

"Kita tidak patut dan tidak boleh kembali ke zaman itu lagi, apatah lagi apabila negara sedang merangka masa depan yang berpaksikan digitalisasi dan teknologi maklumat yang lebih terbuka.

"Yang paling kami kesali bagaimana SKMM diperalat pemerintah untuk menutup mulut rakyat, terutama apabila rakyat sedang tenat dan sengsara akibat banjir.

"Kerajaan dan SKMM khususnya perlu diingatkan bahawa rakyat berhak bersuara terutama dalam isu yang paling menekan, sama ada isu kos sara hidup, bencana, mahupun kepincangan kepimpinan di Putrajaya. Oleh itu kami menggesa agar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM digugurkan segera.

"Dalam era 5G yang bakal tiba, Kerajaan dan badan-badan seperti SKMM perlu faham bahawa demokrasi dan suara rakyat perlu dihormati dan dirai, dan tidak patut sekali-kali digugat atau diugut seperti yang berlaku sekarang," kata mereka lagi.

Majlis Presiden dalam pada itu turut mengucapkan Selamat Hari Natal buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga tahun baru 2022 lebih baik buat rakyat Malaysia.


BERDOA KEPADA TUHAN...KERANA PEMIMPIN YANG ADA TAK ADA ILHAM NAK MENOLONG GAMAKNYA

 

KAK IDA ABDULLAH


WE ARE MISSING THE POINT

Saya pernah tulis mengenai bahaya berencana jahat sewaktu Mahiaddin dan Kitols merampas kerajaan. Tapi waktu itu orang Melayu beragama Islam sangat bangga, Malaysia pertama kalinya berkerajaan Melayu Islam, dipimpin oleh Abah, anak orang alim.

Itu yang orang Melayu lihat. Malah orang alim agama juga mengiktirafkannya sehingga membuat saya tertanya-tanya, "aku kah yang berdosa mempertikai cara mereka menjadi kerajaan?"

Adakah pengkhianatan itu tidak berdosa hanya kerana Melayu Islam lakukannya? Covid19 memberi jawapan. PM kerajaan Melayu Islam GAGAL menguruskannya sehingga rakyat kelaparan meminta bantuan melalui bendera putih. Lalu orang agama pun muncul dan berkata "Haram angkat bendera putih minta bantuan!" Gagal uruskan kebajikan rakyat Halal la? Kenapa mereka gagal setelah bersusah payah sanggup khianat kerana ingin berkuasa sebagai PM. Merasalah juga 17 bulan dalam kehinaan.

Proses khianat berulang dan PM bertukar sekali lagi. Kali ini diuji dengan pengurusan banjir besar dan jelas dan nyata gagal sekali lagi. Kenapa gagal dalam 100 hari?

Kenapa Gagal kedua-dua PM yang diangkat melalui khianat yg disuci melalui SD?

INI JAWAPANNYA: Apabila seseorang berniat ingin mengkhianati, MAKA dia akan diilhamkan dengan segala kejahatan sebagai strategi. Pelbagai cara akan diilham kepadanya. Apabila dia melaksana dan tentunya berjaya, yang ada padanya hanya kejahatan sahaja. Kerana apa? Kerana jika dia baik, mana mungkin khianat? Tak payah bagi alasan apa2 pun, kau khianat, kau jahat. Apabila kau jahat, TIADA ilham baik akan membantu mu melaksana kebaikan.

Sebab itu seperti semasa Mahiaddin GAGAL mengurus COVID19, begitulah Sabri Ismail GAGAL mengurus banjir. Yang berjaya ADALAH RAKYAT! Rakyat yang baik, yang membantu sesama sendiri! Jika masih lagi tidak percaya, masih lagi merasakan tidak mengapa siapa jadi PM, asal negara berkerajaan. Terimalah kerajaan gagal.

Yang membenar kerajaan gagal Mahiaddin dan Ismail Sabri BUKAN rakyat. Hanya mereka yang memberi pengiktirafan menggalas dosa, rakyat pula mengharungi bencana dan merana. Jangan persia-siakan segala pengalaman pahit anda, wahai rakyat. Mereka akan datang semula mengemis undi anda, BERSEDIALAH UNTUK MENGHUKUM MEREKA.

Jika anda lembik leher dan melupakan air banjir yang keruh dan mengambil rasuah undi yang jernih, PM selepas ini mungkin akan menyebabkan Malaysia hilang dari peta dunia! Mustahil ka? Kaum yang lebih

hebat

Allah telah musnahkan, apalah istimewa sangat Melayu ni?

Bukti apa lagi Melayu perlu untuk benar-benar beriman dengan Tuhan dan meninggalkan perbuatan mengagungkan tuan? Semua bala bencana adalah dari tangan-tangan hamba yang mendahulukan selain dari Allah pemilik sekelian alam. Pemimpin Malaysia sudah lama khianat rakyat dalam diam dan tidak kelihatan.

Aset dan harta negara mereka agihkan sesama mereka. Itulah pengkhianatan yang mengundang bala. Pemimpin zalim dijanji Allah, haram merasai syurga. Jangan kita pula memandai-mandai mengangkat mereka menganugerah mulia. Kita taat mereka sebagai kewajipan kepada Allah. Saat mereka khianat amanah Allah jangan pula kita menjulang mereka di atas jemala.

Orang Melayu buang sikap pelik mu, mengutamakan tuan melebihi ketaatan kepada Tuhan. Tuan kamu juga merasai mati, tiada yang akan dikecualikan. Minggu ini diramalkan taufan pula melanda. Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa memohon ehsan Allah, kerana pemimpin negara tiada ilham baik untuk membantu kita kerana niat mereka semata-mata ingin kuasa untuk menjadi kaya. Apabila kebajikan kita tidak diutama, tinggallah #kitajagakita.

Semuga Allah pelihara kita dan lindungi kita yang sungguh tidak berdaya di bumiNYA kerana kita tidak dapat berharap kepada pemimpin yang gagal menjaga kita dan mengurus negara.

Ya Allah, kami memohon, jika ada taufan yang akan melanda HANYA DIKAU dapat menghentikannya. Amiin ya Rabb.

 

HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL






Memberi ucapan selamat ketika hari perayaan kaum lain, tidak akan menjejaskan iman saya sebagai seorang Muslim.

Malah dalam negara berbilang kaum, ini merupakan suatu perbuatan yang HARUS untuk menjaga keharmonian negara.

Itu pandangan Mufti WPKL dan kebanyakan scholar Islam terkenal. Bukan Ustaz cap ayam.

Hence, don’t let the bigots rule our airwaves and poison the mind of our people.

So here goes.

“Merry Christmas kepada semua rakan2 Kristian yang menyambutnya.

Dan Happy New Year kepada semua

Salam hormat,

Liyana Marzuki sekeluarga

 

Eceh tunjuk baik pulak dia.

 




Berpuluh tahun aku hidup. Dari kecil aku tahu asal hujung tahun memang banjir akan melanda. Cuma tak pasti kawasan mana yang teruk.

Tapi menteri acah suci. Konon batal cuti sebab ada musibah. Tapi takkanlah tak tahu lagi hujung tahun memang akan ada bencana begini?

Patut hujung tahun tak ada menteri yang ambil cuti atau pergi luar negara. Semua kena bersedia sebab memang kejadian banjir dan boleh dijangka.

Semua lakonan semata. Kalau walaun bodoh boleh la kau nak kelentong. Malang rakyat Malaysia dapat menteri bingai.

Raja Gelap

 

SIAPA MENTERI YANG SEDANG BERCUTI, APAKAH ARAHAN PULANG SEGERA BENAR2 AKAN DIPATUHI?

 

Dua persoalan lain turut timbul apabila Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua menteri kabinet membatalkan cuti masing-masing dan bagi yang sedang bercuti di luar negara agar pulang dengan segera.

Pertama, siapakah menteri-menteri yang sedang bercuti sekarang ini?

Oleh kerana permohonan cuti menteri-menteri mesti mendapat kelulusan Perdana Menteri, bermakna Ismail Sabri pasti tahu siapa mereka yang diberikan kelulusan bercuti ke luar negara itu.

Begitu pun, sediakah Ismail Sabri mendedahkan kepada umum siapakah menteri-menteri yang degil yang masih berada di dalam percutian masing-masing di luar negara, walhal sudah seminggu banjir melanda dan sehingga terpaksa diarah pulang dengan segera?

Ikut logik, disebabkan telah memalukan negara, malah Perdana Menteri juga turut dimalukan sama, nama-nama mereka seharusnya didedahkan secara terbuka.

Kedua, oleh kerana menteri-menteri yang sedang bercuti itu tentunya pergi dengan keluarga dan tidak mustahil turut disertai kawan-kawan rapat mereka, apakah arahan pulang itu benar-benar akan dipatuhi?

Bagaimana jika ada yang enggan pulang dan memberi pelbagai alasan?

Beranikah Ismail Sabri mengambil tindakan tegas terhadap menteri-menterinya yang enggan mematuhi arahannya?

Memandangkan Ismail Sabri mengeluarkan arahan pulang itu pada semalam iaitu Jumaat, dari segi logiknya menjelang Isnin ini semua menteri sepatutnya sudah ada di dalam negara dan sedia untuk bersama rakyat yang sedang ditimpa kesusahan akibat bencana banjir.

Atau setidak-tidaknya pada Rabu nanti iaitu ketika mesyuarat kabinet diadakan, semua menteri wajib ada menghadiri mesyuarat tersebut.

Jika masih ada yang tidak kembali, ia dengan sendirinya menunjukkan arahan Perdana Menteri tidak begitu dipedulikan oleh menteri-menterinya.

Akhirnya, Ismail Sabri sendiri akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal.

Episod ini belum berakhir lagi sebenarnya, kita tunggu sehingga Isnin atau selewat-lewarnya Rabu untuk perkembangan seterusnya.

Apa pun, Ismail Sabri tidak harus lagi berdiam diri atau berlembut dengan perangai menteri-menterinya yang memalukan ini. – ShahbudinHusin 25/12/2021.



TAK RASA NAK BALIK MALAYSIA GAMAKNYA ? SAMPAI KENA JEMPUT PULANG MALAYSIA


 

KEH..KEH....RAKYAT JUGA KAU SALAHKAN..KATANYA KE LUAR NEGARA

 


Banjir besar! Menteri Pas kata salah rakyat tak ambil berat ramalan cuaca


Banjir besar! Menteri Pas kata salah rakyat tak ambil berat ramalan cuaca



Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekerapan banjir di Pantai Timur menyebabkan ramai orang kurang memberi perhatian terhadap pengumuman serta amaran dikeluarkan kerajaan.

Katanya kerana itulah ramai orang tidak bersedia menghadapi banjir besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

Menurut ahli parlimen Kubang Krian itu, dari aspek amalan hebahan amaran dan peringatan itu sudah dibuat melalui berita utama pada semua stesen televisyen di negara ini.

“Bahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyediakan pelbagai aplikasi yang memberitahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.

“Namun berapa ramai yang melihat dan mengambil berat? Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga mengakui negara ini memerlukan sistem yang lebih canggih untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada ramalan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Teknologi sentiasa berubah, namun apa yang ada perlu ditambah dengan sistem yang lebih canggih. Ia juga sebahagian dari usaha menambah keyakinan awam,” katanya.

Bagaimanapun semakan pada awal malam ini mendapati laporan berkenaan sudah tiada pada paparan halaman utama laman sesawang BH Online.

SAJA MENULIS UNTUK KESEDARAN


WARTAWAN SEDIH ? DULU PUN PERNAH JADI LIDAH SYAITON MASA LANGKAH SERATON

 


Isteri aku tengok video. Katanya wartawan sebak buat liputan tentang banjir.

Maaflah. Kalau dah nama wartawan ni, aku jadi skeptikal. Memang tak semua tapi berapa ramai wartawan terutama daripada media arus perdana yang tolong mainkan sentimen jahat ketika PH berkuasa dahulu untuk membuahkan rasa benci rakyat terhadap PH dan seterusnya menyokong pengkhianatan?

Hari ini kerajaan Malaysia dipimpin oleh bangsat pengkhianat yang dipuja oleh para wartawan ini dahulu. Pemimpin gagal inikah yang dulunya para wartawan ini saban hari mainkan ucapan dan tulisan mereka di portal berita mereka.

Hari ini wartawan nak sebak? Macam celaka. Derita rakyat hari ini sedikit sebanyak berpunca daripada mereka juga yang menyambung lidah syaitan dengan memanjangkan fitnah dan permainan sentimen oleh pengkhianat yang berjiwa syaitan ini.

Para wartawan inilah yang bersubahat dengan si pengkhianat yang mentadbir sekarang ini. Jadi tak perlulah nak hipokrit. Sebak konon. Korang sendiri adalah punca kepada penderitaan rakyst. Jangan nak sebak. Patutnya korang gembira sebab usaha korang dah berjaya.

Raja Gelap







SYUKUR JADI PM 100 HARI TAK TUMBANG LAGI

 

 

Alhamdulillah. Syukur... Dah 100 hari jadi PM. Bukan senang tau jadi PM. Jadi memang patut sambut di Tropicana Golf Club.

Soal rakyat terkorban dan kesusahan akibat banjir tu nantilah dulu. PM dah berikan peruntukan RM100 juta kan? Jadi sabarlah sekejap.

100 hari memerintah ni kena sambut dulu. Mana boleh tangguh. Kalau tangguh dah jadi 130 hari. Mana aci macam tu. Tak gitu?

Raja Gelap

 

 




LEMBAB

 




MOHD MUKHLIS


Seqodar mengeruhkan keadaan , menunaikan umrah waktu banjir kira bercuti atau beribadah? Apa hukum umrah sebenarnya? Tak sempat malaikat catat amalan sudah di perambat pulang.

Kasihan pula melihat menteri kabinet mangkuk, mereka bekerja keras sepanjang tahun sampai boleh capai KPI 90%, kementerian semua lintang pukang, bagi rakyat sendiri jaga rakyat.

Ingat muka muka menteri ini, Pru15 nanti usah di undi lagi.

 


ARAHAN PULANG SEGERA DARIPADA CUTI MENUNJUKKAN MENTERI2 GOLONGAN ‘HAMPEH’

 

Setelah seminggu banjir melanda beberapa negeri dan tiba-tiba Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar menteri-menteri membatalkan cuti masing-masing, sementara menteri yang sedang bercuti di luar negara diarah pulang segera, ini sebenarnya adalah episod paling memalukan dalam sejarah negara kita.

Tidak pernah arahan seperti ini dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang mana menunjukkan menteri-menteri sekarang seumpama budak sekolah nakal yang diperhambat untuk segera masuk ke kelas membuat kerja masing-masing.

Kata Ismail Sabri Yaakob, arahan itu dikeluarkan supaya menteri-menteri dapat berada bersama rakyat yang dalam kesusahan ketika ini.

Menurutnya, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, manakala yang sedang berada di luar negara agar balik segera.

“Ini supaya mereka boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ketika ini,” katanya dalam hantaran video di media sosialnya.

Arahan yang dilihat memalukan ini menunjukkan seolah-olah menteri di negara kita tidak tahu keutamaan mereka sehinggakan terpaksa Perdana Menteri mengeluarkan arahan berkenaan dengan tugas yang sepatutnya mereka utamakan.

Secara tidak langsung akhirnya kita sedar bahawa menteri-menteri sekarang adalah kelompok yang paling tidak berguna dalam masyarakat kita.

Aduhh…nak suruh jaga rakyat pun kena Perdana Menteri memberi arahan mengenainya.

Bak kata budak-budak muda sekarang, hampeh betul menteri-menteri yang ada sekarang ini.

Patutlah dalam kekalutan banjir yang melanda sejak seminggu lalu, hanya ada beberapa menteri saja yang terlihat kelibat mereka.

Rupa-rupanya ada di antara mereka sedang bercuti di luar negara dengan menggunakan kemudahan wang cukai rakyat, entah-entah untuk main salji bersama keluarga masing-masing.

Sepatutnya, sebagai menteri yang menikmati pelbagai kesenangan hidup atas sokongan serta undi rakyat, mereka tidak perlu diperingatkan tentang keutamaan dalam hidup mereka.

Kerja menteri ialah menjaga rakyat dan bila diketahui saja rakyat berada dalam kesusahan, mereka sendiri yang seharusnya tidak bercuti atau pulang segera ke tanahair jika sedang bercuti di luar negara.

Tidak harus sampai ke peringkat Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar mereka pulang atau membatalkan cuti untuk berada bersama rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Arahan Ismail Sabri setelah seminggu banjir melanda dan ketiadaan mereka di lapangan bersama rakyat sudah menjadi bualan yang merata di mana-mana, dengan sendirinya turut menunjukkan keberadaan mereka sebagai menteri bukan untuk menjaga kita semua.

Mereka hanya mengutamakan diri mereka saja, tidak kira apa sekali pun jalur perjuangan yang didendangkan kepada rakyat.

Kerajaan dan menteri-menteri yang ada sekarang, dengan ini, tidak harus dan tidak layak lagi diberi peluang terus berulit dengan kuasa. – ShahbudinHusin 24/12/2021.


DOK PAHANG

 

LIYANA MARZUKI


Speechless.

The least you can do is to provide solutions for the next wave. Plan and strategise.

But you chose to blame the rakyat.

Where is your empathy?

What did we do to deserve this kind of leader?

Eh I forgot. We didn’t vote them in the first place.

#ohmalaysiaku

 



NAK TOLONG JANGAN JADI MENTERI. JADILAH SEPERTI ABANG VIVA




NORMAN RADZUAN

Nak bantu jgn jadi seperti Menteri

TAPI JADILAH SEPERTI ABG VIVA

Pesan dkt anak2 jika nak bantu org susah jgn jadi seperti Menteri... berlakon dan berpolitik atas kesusahan org. Tapi jadilah seperti Abg Viva yg membantu tanpa mahu dikenali dan menggunakan wang saku sendiri... itu nama ikhlas.

Melihat social experiment ini hati saya sgt tersentuh. Seorang lelaki Benggali yg bertongkat sanggup membantu walaupun dia adalah seorang OKU. Rakyat Malaysia sememangnya bersatu padu sepertimana diterjemahkan ketika bantuan banjir baru2 ini #RakyatJagaRakyat di Shah Alam.

Ambil pengajaran rakyat Malaysia selama hari ini politik perkaumanlah yg memecah belahkan kita. Hanya kita boleh satukan sesama kita satu bangsa Malaysia yg bertamadun dan berkasih sayang. Jadi menjelang PRU15 nanti jgn lupa utk mengundi parti pelbagai kaum atau politik Satu Malaysia.

 

 

LAWAK PAGI INI

SAM LIM

Nak pesan kat kawan-kawan lelaki aku..

Nak tegur boleh,tapi tunggu dia siap kerja dulu..