BERDOA KEPADA TUHAN...KERANA PEMIMPIN YANG ADA TAK ADA ILHAM NAK MENOLONG GAMAKNYA

 

KAK IDA ABDULLAH


WE ARE MISSING THE POINT

Saya pernah tulis mengenai bahaya berencana jahat sewaktu Mahiaddin dan Kitols merampas kerajaan. Tapi waktu itu orang Melayu beragama Islam sangat bangga, Malaysia pertama kalinya berkerajaan Melayu Islam, dipimpin oleh Abah, anak orang alim.

Itu yang orang Melayu lihat. Malah orang alim agama juga mengiktirafkannya sehingga membuat saya tertanya-tanya, "aku kah yang berdosa mempertikai cara mereka menjadi kerajaan?"

Adakah pengkhianatan itu tidak berdosa hanya kerana Melayu Islam lakukannya? Covid19 memberi jawapan. PM kerajaan Melayu Islam GAGAL menguruskannya sehingga rakyat kelaparan meminta bantuan melalui bendera putih. Lalu orang agama pun muncul dan berkata "Haram angkat bendera putih minta bantuan!" Gagal uruskan kebajikan rakyat Halal la? Kenapa mereka gagal setelah bersusah payah sanggup khianat kerana ingin berkuasa sebagai PM. Merasalah juga 17 bulan dalam kehinaan.

Proses khianat berulang dan PM bertukar sekali lagi. Kali ini diuji dengan pengurusan banjir besar dan jelas dan nyata gagal sekali lagi. Kenapa gagal dalam 100 hari?

Kenapa Gagal kedua-dua PM yang diangkat melalui khianat yg disuci melalui SD?

INI JAWAPANNYA: Apabila seseorang berniat ingin mengkhianati, MAKA dia akan diilhamkan dengan segala kejahatan sebagai strategi. Pelbagai cara akan diilham kepadanya. Apabila dia melaksana dan tentunya berjaya, yang ada padanya hanya kejahatan sahaja. Kerana apa? Kerana jika dia baik, mana mungkin khianat? Tak payah bagi alasan apa2 pun, kau khianat, kau jahat. Apabila kau jahat, TIADA ilham baik akan membantu mu melaksana kebaikan.

Sebab itu seperti semasa Mahiaddin GAGAL mengurus COVID19, begitulah Sabri Ismail GAGAL mengurus banjir. Yang berjaya ADALAH RAKYAT! Rakyat yang baik, yang membantu sesama sendiri! Jika masih lagi tidak percaya, masih lagi merasakan tidak mengapa siapa jadi PM, asal negara berkerajaan. Terimalah kerajaan gagal.

Yang membenar kerajaan gagal Mahiaddin dan Ismail Sabri BUKAN rakyat. Hanya mereka yang memberi pengiktirafan menggalas dosa, rakyat pula mengharungi bencana dan merana. Jangan persia-siakan segala pengalaman pahit anda, wahai rakyat. Mereka akan datang semula mengemis undi anda, BERSEDIALAH UNTUK MENGHUKUM MEREKA.

Jika anda lembik leher dan melupakan air banjir yang keruh dan mengambil rasuah undi yang jernih, PM selepas ini mungkin akan menyebabkan Malaysia hilang dari peta dunia! Mustahil ka? Kaum yang lebih

hebat

Allah telah musnahkan, apalah istimewa sangat Melayu ni?

Bukti apa lagi Melayu perlu untuk benar-benar beriman dengan Tuhan dan meninggalkan perbuatan mengagungkan tuan? Semua bala bencana adalah dari tangan-tangan hamba yang mendahulukan selain dari Allah pemilik sekelian alam. Pemimpin Malaysia sudah lama khianat rakyat dalam diam dan tidak kelihatan.

Aset dan harta negara mereka agihkan sesama mereka. Itulah pengkhianatan yang mengundang bala. Pemimpin zalim dijanji Allah, haram merasai syurga. Jangan kita pula memandai-mandai mengangkat mereka menganugerah mulia. Kita taat mereka sebagai kewajipan kepada Allah. Saat mereka khianat amanah Allah jangan pula kita menjulang mereka di atas jemala.

Orang Melayu buang sikap pelik mu, mengutamakan tuan melebihi ketaatan kepada Tuhan. Tuan kamu juga merasai mati, tiada yang akan dikecualikan. Minggu ini diramalkan taufan pula melanda. Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa memohon ehsan Allah, kerana pemimpin negara tiada ilham baik untuk membantu kita kerana niat mereka semata-mata ingin kuasa untuk menjadi kaya. Apabila kebajikan kita tidak diutama, tinggallah #kitajagakita.

Semuga Allah pelihara kita dan lindungi kita yang sungguh tidak berdaya di bumiNYA kerana kita tidak dapat berharap kepada pemimpin yang gagal menjaga kita dan mengurus negara.

Ya Allah, kami memohon, jika ada taufan yang akan melanda HANYA DIKAU dapat menghentikannya. Amiin ya Rabb.

 

No comments: