KEH..KEH....RAKYAT JUGA KAU SALAHKAN..KATANYA KE LUAR NEGARA

 


Banjir besar! Menteri Pas kata salah rakyat tak ambil berat ramalan cuaca


Banjir besar! Menteri Pas kata salah rakyat tak ambil berat ramalan cuaca



Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekerapan banjir di Pantai Timur menyebabkan ramai orang kurang memberi perhatian terhadap pengumuman serta amaran dikeluarkan kerajaan.

Katanya kerana itulah ramai orang tidak bersedia menghadapi banjir besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

Menurut ahli parlimen Kubang Krian itu, dari aspek amalan hebahan amaran dan peringatan itu sudah dibuat melalui berita utama pada semua stesen televisyen di negara ini.

“Bahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyediakan pelbagai aplikasi yang memberitahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.

“Namun berapa ramai yang melihat dan mengambil berat? Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga mengakui negara ini memerlukan sistem yang lebih canggih untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada ramalan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Teknologi sentiasa berubah, namun apa yang ada perlu ditambah dengan sistem yang lebih canggih. Ia juga sebahagian dari usaha menambah keyakinan awam,” katanya.

Bagaimanapun semakan pada awal malam ini mendapati laporan berkenaan sudah tiada pada paparan halaman utama laman sesawang BH Online.

No comments: