MAKMAL AS SAHKAN ORANG ITU HAZIQ DAN PASANGANYA?



Semalam, selain merupakan hari terakhir bagi tahun 2019, ia juga merupakan hari yang mengecewakan bagi rakyat Malaysia.
Ini kerana harapan mereka untuk mengetahui dengan sahih dan rasmi berhubung siapa seorang lagi lelaki yang dikatakan mirip Azmin Ali dalam video Haziq, tidak menjadi kenyataan akhirnya.
PDRM melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Huzir Mohamad pada 20 November 2019 ada berjanji akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun.
Katanya, video Haziq itu sudah pun dihantar ke sebuah makmal di AS dan hasilnya dijangka diketahui sebelum 31 Disember 2019.
Dalam hal ini, rasanya PRDM sudah pun memperolehi keputusan makmal berhubung video Haziq yang mereka hantar ke AS untuk dianalisa itu.
Iyalah, jika daripada bulan November lagi sudah dihantar, takkan setelah sebulan lebih belum dapat keputusannya?
Masalah PDRM cuma mereka barangkali sedang berfikir bagaimana untuk mengumumkan hasil analisa itu kepada umum atau mungkin sedang menunggu arahan daripada Perdana Menteri mengenainya.
Dan mereka berbuat demikian atau menangguhkan pengumuman itu tentunya kerana hasil analisa makmal AS itu mendapati atau mengesahkan salah seorang lelaki dalam video tersebut adalah Azmin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Seorang lagi lelaki dalam video itu tidak perlu dianalisa atau disahkan lagi kerana Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah pun mengaku itu adalah dirinya.
Malah Haziq turut mendakwa pasangannya dalam video yang disahkan tulen oleh CyberSecurity Malaysia itu adalah Azmin.
Jika hasil analisa makmal AS mendapati lelaki dalam video itu bukan Azmin, pastilah sebelum 31 Disember 2019 lagi pihak polis sudah pun dengan gah mengumumkannya.
Tetapi, barangkali kerana ia disahkan adalah Azmin, maka pengumumannya terpaksa ditangguhkan, walaupun PRDM sudah berjanji akan mengumumkannya sebelum tahun 2019 berakhir.
Kalau diumumkan juga hasil analisa itu, tentulah ia dilihat bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri yang sejak awal diperhatikan begitu kuat melindungi dan mempertahankan Azmin.
Jika hasil analisa makmal yang dibuat oleh Lokman Noor Adam secara sukarela di Indonesia dan London, walaupun keputusan positifnya sudah diserahkan kepada PDRM, ia boleh jugalah ditolak begitu saja.
Tetapi, tentulah sukar menolak hasil keputusan yang dihantar sendiri oleh PDRM.
Begitulah kebarangkalian dilema paling besar dihadapi oleh PDRM ketika ini di sebalik hari ini sudah merupakan hari pertama tahun 2020.
Meskipun sejak semalam banyak suara membuat desakan agar PDRM n janjinya mengumumkan hasil analisa itu selewat-lewatnya semalam, sehingga ini mereka masih lagi membisu seribu bahasa.
Agaknya, mereka masih belum habis berfikir lagi atau belum lagi mendapat apa-apa arahan daripada Tun Mahathir.
Tun Mahathir pula bagaimana?
Agaknya, Tun Mahathir sendiri belum habis lagi berfikir bagaimana untuk terus melindungi Azmin jika hasil analisa yang dihantar oleh PDRM sendiri sudah mengesahkan lelaki dalam video itu adalah menteri kesayangannya. (ShahbudinHusin 01/01/2020)

BETULKAH MASIH ADA YURAN SEKOLAH DIKUTIP? JAWAPAN KEPADA PROPAGANDA PEMBANGKANG



Saya menerima aduan, baru2 ini di dalam satu program di Balairaya Kg Baris, Pelangai, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh MPKK kampung tersebut, orang-orang  kampong telah diberikan maklumat salah dan mengelirukan tentang yuran persekolahan bagi memburukkan kerajaan PH.

Orang kampong telah dihasut agar apabila menghantar anak-anak ke sekolah nanti, jangan bayar satu sen pun yuran sekolah kerana janji PH adalah pendidikan percuma.   Mereka diminta untuk viralkan salah satu ucapan di dalam ceramah oleh YB Salahudin Ayob sebelum PRU14 yang lalu yang mengatakan PH akan melaksanakan pendidikan percuma persekolahan.  

Perlu diperjelaskan bahawa YURAN PERSEKOLAHAN memang tiada dikutip oleh pihak sekolah rendah atau menengah.  Ini bukan perkara baru dan telah pun berjalan sebelum ini.  Ertinya, TIADA YURAN SEKOLAH untuk sekolah rendah dan menengah.  

Mengapa ada bayaran yang dikutip di sekolah?  Di sini ramai yang tidak faham atau keliru.  Apabila ibu bapa mendaftar anak masuk sekolah atau meneruskan persekolahan tahun baru, ibu bapa hanya perlu membayar duit membeli buku-buku persekolahan dan duit yuran PIBG sekolah yang telah ditetapkan oleh PIBG sekolah berkenaan.  Bagi ibu bapa yang layak menerima bantuan persekolahan seperti membeli buku dan sebagainya, kerajaan akan memberikan bantuan RM 100, dan lazimnya bantuan ini diberikan selepas beberapa minggu persekolahan bermula.

Bagaimana pula dengan yuran PIBG?  Untuk makluman, PIBG tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan.  PIBG adalah persatuan yang diwujudkan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa.  Pihak Kementerian tidak boleh campurtangan di atas apa jua keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah berkenaan.  Pengerusi PIBG sendiri pun dipilih melalui mesyuarat PIBG tanpa campurtangan kementerian.  Kementerian hanya boleh memberikan nasihat atau pandangan sekiranya terdapat aduan dari mana2 pihak tentang PIBG.  

Jumlah yuran PIBG tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ianya bergantung kepada persetujuan ibu bapa dengan pihak sekolah di dalam mesyuarat PIBG.  Yuran PIBG bukan WAJIB untuk dibayar, tetapi demi kebaikan anak2 di sekolah bagi menyertai program atau aktiviti yang pihak sekolah akan adakan, lebih baik ibu bapa membayarnya.  Itu berupakan duit tabungan sekolah dan ibu bapa dan tidak boleh dipaksa.  Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa hadir di dalam mesyuarat PIBG sekolah agar mereka dapat menentukan jumlah yuran PIBG yang termampu dibayar oleh mereka dan mereka tahu duit itu digunakan untuk apa.  Kebanyakan yang komplen tantang jumlah yuran PIBG ini adalah mereka yang tidak hadir mesyuarat PIBG, itu masalahnya.

Pihak Kementerian juga telah mengeluarkan arahan agar duit bantuan persekolahan RM 100 yang diberikan kepada ibu bapa yang layak itu tidak boleh diambil untuk membayar yuran PIBG tanpa persetujuan ibu bapa berkenaan.  Duit itu adalah hak mereka dan terpulang kepada mereka untuk mengambilnya atau  digunakan untuk membayar yuran PIBG.  Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan menggunakan duit berkenaan.

Apa yang kerajaan PH janjikan tentang pendidikan percuma itu?   Pendidikan percuma itu adalah kemasukan ke Universiti.  Ya, janji ini memang belum terlaksana lagi.  Namun, mengikut kata Menteri Pendidikan, pendidikan percuma untuk kemasukan ke Universiti kini di dalam kajian peringkat akhir.  Rujuk di sini https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/619953/pendidikan-percuma-peringkat-universiti

Sehubungan itu, menjadi harapan kita semua agar janji-janji ini akhirya akan tertunai di dalam tempuh 5 tahun pertama PH memerintah.  Sementara itu, pihak kerajaan seharusnya terus melihat apa jua perkara yang boleh meringankan beban ibu bapa di dalam bidang pendidikan ini.  Bantuan makanan percuma untuk anak-anak sekolah harus dipuji tetap perlu pemantauan dan mengkajinya dari semasa kesemasa untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang ada.

Mohon viralkan.

WFAUZDIN NS

JANGAN LUPA TAHUN INI TAHUN PERALIHAN KUASA



Hari ini, 1 Januari bermulalah lembaran baru tahun 2020 di hadapan kita.
Menoleh ke belakang, pada awalnya ketibaan 2020 ini adalah detik di mana kita sepatutnya menyambutnya dengan penuh gembira kerana Malaysia telah ditargetkan akan muncul sebagai sebuah negara yang maju.
Malangnya, Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991 setelah berakhirnya Dasar Ekonomi Baru atau DEB pada 1990, telah gagal mencapai matlamatnya.
Tun Mahathir sendiri mengakui kegagalan itu, lalu setelah berpeluang menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2018, bellau telah melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) pada 2019 yang lalu.
Melalui WKB 2030, sasaran untuk mencapai negara maju dianjakkan lagi selama 10 tahun iaitu sehingga tahun 2030.
Oleh kerana gagalnya Wawasan 2020 itu, bermakna tiada apa-apa yang patut kita bergembira menyambut datangnya tahun baru 2020 ini.
Malah, dengan pelbagai isu yang mencengkam kehidupan rakyat sejak PH menjadi kerajaan, ketibaan tahun 2020 boleh jadi menandakan bertambah getir dan peritnya lagi laluan kehidupan di mana yang paling menjadi tumpuan ialah ekonomi yang perlahan dan tidak berkembang serta janji manifesto yang tidak ditunaikan.
Kegagalan menguruskan dua hal tersebut iaitu ekonomi dan janji manifesto sedikit sebanyak telah menyebabkan sokongan rakyat kepada PH kian menurun hari demi hari, walaupun sebelum PRU14 sokongan begitu tinggi sekali.
Harapan rakyat sudah banyak yang lebur dan musnah melihatkan kegagalan itu, tetapi dalam masa yang sama, menteri-menteri, termasuk Perdana Menteri sendiri tetap sibuk berjalan dan bercuti ke luar negara, sambil menikmati gaji serta elaun puluhan dan ratusan ribu setiap bulan.
Seolah-olah dalam tempoh 19 bulan yang sudah berlalu, yang berubah senang hanyalah hidup menteri-menteri dan juak-juak mereka saja, sementara keistimewaan rakyat lebih banyak yang dipotong atau ditiadakan, sambil peluang kerja atau perniagaan makin menyempit lagi jadinya.
Mendepani semua itu, sambil menoleh ke belakang sekali lagi sejak PH menjadi kerajaan, seperkara lain pentingnya tahun 2020 ini adalah kerana ia juga merupakan tahun peralihan kuasa Perdana Menteri.
Sebagaimana yang dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir dan difahami oleh pengundi yang memenangkan PH pada PRU14 lalu, Mei 2020 ini sepatutnya berlaku penyerahan jawatan kepada Anwar Ibrahim setelah Perdana Menteri memegang jawatan tersebut selama dua tahun lamanya.
Meskipun Tun Mahathir baru-baru ini menyatakan peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, katalah jika Anwar dan Majlis Presiden bersetuju dengan permintaan perlanjutan itu, penyerahan jawatan tetap wajib dilakukan tidak melepasi Disember 2020.
Selain pemulihan ekonomi dan menunaikan janji manifesto, peralihan kuasa adalah perkara ketiga yang paling dinanti-nanti dan dikehendaki oleh rakyat sebenarnya.
Lebih-lagi lagi selepas 19 bulan menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak menampakkan banyak kemajuan dari segi memberi lebih kebaikan dalam kehidupan rakyat, malah dilihat lebih sibuk kepada aspek politik peribadi semata-mata, maka ramai yang tidak ragu-ragu menyorotinya sebagai telah Perdana Menteri yang gagal.
Lantaran telah gagal itu, melanjutkan lagi keberadaannya di kerusi Perdana Menteri hanya akan menambahkan lagi kegagalan, malah menjadikan derita dan seksa rakyat lebih berpanjangan.
Faktor usia dan keghairahan kembali kepada era PM4, sedangkan dunia sudah banyak berubah dan kini bukan lagi era BN, adalah antara faktor penyumbang kepada kegagalan Tun Mahathir dalam tempoh 19 bulan ini.
Dengan demikian, jika PH mahu terus mendapat sokongan dan ingin memenangi lagi PRU seterusnya, peralihan kuasa tidak dapat tidak, mesti dilaksanakan pada 2020 ini.
Hanya dengan adanya perubahan, berlaku peralihan kuasa dan munculnya Perdana Menteri baru, maka barulah PH mampu bergerak ke hadapan dengan langkah meyakinkan sebagai sebuah kerajaan.
Baik Majlis Presiden atau Tun Mahathir, jika masih komited dengan mandat yang diberi rakyat pada 2018 lalu serta mahu PH kekal sebagai sebagai kerajaan, janganlah lupa atau buat-buat lupa bahawa tahun 2020 adalah tahun peralihan kuasa yang tidak boleh lagi ditangguh atau dilengah-lengahkan. (ShahbudinHusin 01/01/2020)

NAK TANYA JER...DAH DAPAT LOT TANAH DAN RUMAH KAH?


Oleh: Hamsina Hamzah



NAK TANYA JER.. rakyat Terengganu yg berumur 21 tahun ke atas, DAH DAPAT KER 1 LOT TAPAK RUMAH KEDIAMAN atau 1 unit rumah yg dijanjikan PAS pada Manifesto PAS PRU14 jika PAS menang di T'gnu..

ATAU dah kena kencing hancing PAS.. 😜😂😂

Jgn kan nak beri 1 rumah atau 1 lot tanah, rupa²nya Kerajaan PAS naikkan kadar bayaran baharu sehingga 500 peratus pula bagi pelbagai urusan di Pejabat Tanah berkuatkuasa mulai hari ini.

#KAH355

PENDEKATAN PAK LAH, NAJIB PUNCA 2020 TAK MAJU?

RAKYAT KECEWA ISU PERKAUMAN HALANG PELABURAN ASING

KADIR KRITIK MENTERI TAYANG MUKA DI PAPAN IKLAN

MANSUH ELAUN KRITIKAL: MENTERI TIDAK CUKUP MASA BUAT KEPUTUSAN

KENAPA LEBAI AJAR TUN M LANGGAR JANJI?

BLOG TIDAK DAPAT DIUPDATE HARI INI KERANA BERADA DILUAR KAWASAN.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...