BETULKAH MASIH ADA YURAN SEKOLAH DIKUTIP? JAWAPAN KEPADA PROPAGANDA PEMBANGKANG



Saya menerima aduan, baru2 ini di dalam satu program di Balairaya Kg Baris, Pelangai, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh MPKK kampung tersebut, orang-orang  kampong telah diberikan maklumat salah dan mengelirukan tentang yuran persekolahan bagi memburukkan kerajaan PH.

Orang kampong telah dihasut agar apabila menghantar anak-anak ke sekolah nanti, jangan bayar satu sen pun yuran sekolah kerana janji PH adalah pendidikan percuma.   Mereka diminta untuk viralkan salah satu ucapan di dalam ceramah oleh YB Salahudin Ayob sebelum PRU14 yang lalu yang mengatakan PH akan melaksanakan pendidikan percuma persekolahan.  

Perlu diperjelaskan bahawa YURAN PERSEKOLAHAN memang tiada dikutip oleh pihak sekolah rendah atau menengah.  Ini bukan perkara baru dan telah pun berjalan sebelum ini.  Ertinya, TIADA YURAN SEKOLAH untuk sekolah rendah dan menengah.  

Mengapa ada bayaran yang dikutip di sekolah?  Di sini ramai yang tidak faham atau keliru.  Apabila ibu bapa mendaftar anak masuk sekolah atau meneruskan persekolahan tahun baru, ibu bapa hanya perlu membayar duit membeli buku-buku persekolahan dan duit yuran PIBG sekolah yang telah ditetapkan oleh PIBG sekolah berkenaan.  Bagi ibu bapa yang layak menerima bantuan persekolahan seperti membeli buku dan sebagainya, kerajaan akan memberikan bantuan RM 100, dan lazimnya bantuan ini diberikan selepas beberapa minggu persekolahan bermula.

Bagaimana pula dengan yuran PIBG?  Untuk makluman, PIBG tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan.  PIBG adalah persatuan yang diwujudkan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa.  Pihak Kementerian tidak boleh campurtangan di atas apa jua keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah berkenaan.  Pengerusi PIBG sendiri pun dipilih melalui mesyuarat PIBG tanpa campurtangan kementerian.  Kementerian hanya boleh memberikan nasihat atau pandangan sekiranya terdapat aduan dari mana2 pihak tentang PIBG.  

Jumlah yuran PIBG tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ianya bergantung kepada persetujuan ibu bapa dengan pihak sekolah di dalam mesyuarat PIBG.  Yuran PIBG bukan WAJIB untuk dibayar, tetapi demi kebaikan anak2 di sekolah bagi menyertai program atau aktiviti yang pihak sekolah akan adakan, lebih baik ibu bapa membayarnya.  Itu berupakan duit tabungan sekolah dan ibu bapa dan tidak boleh dipaksa.  Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa hadir di dalam mesyuarat PIBG sekolah agar mereka dapat menentukan jumlah yuran PIBG yang termampu dibayar oleh mereka dan mereka tahu duit itu digunakan untuk apa.  Kebanyakan yang komplen tantang jumlah yuran PIBG ini adalah mereka yang tidak hadir mesyuarat PIBG, itu masalahnya.

Pihak Kementerian juga telah mengeluarkan arahan agar duit bantuan persekolahan RM 100 yang diberikan kepada ibu bapa yang layak itu tidak boleh diambil untuk membayar yuran PIBG tanpa persetujuan ibu bapa berkenaan.  Duit itu adalah hak mereka dan terpulang kepada mereka untuk mengambilnya atau  digunakan untuk membayar yuran PIBG.  Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan menggunakan duit berkenaan.

Apa yang kerajaan PH janjikan tentang pendidikan percuma itu?   Pendidikan percuma itu adalah kemasukan ke Universiti.  Ya, janji ini memang belum terlaksana lagi.  Namun, mengikut kata Menteri Pendidikan, pendidikan percuma untuk kemasukan ke Universiti kini di dalam kajian peringkat akhir.  Rujuk di sini https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/619953/pendidikan-percuma-peringkat-universiti

Sehubungan itu, menjadi harapan kita semua agar janji-janji ini akhirya akan tertunai di dalam tempuh 5 tahun pertama PH memerintah.  Sementara itu, pihak kerajaan seharusnya terus melihat apa jua perkara yang boleh meringankan beban ibu bapa di dalam bidang pendidikan ini.  Bantuan makanan percuma untuk anak-anak sekolah harus dipuji tetap perlu pemantauan dan mengkajinya dari semasa kesemasa untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang ada.

Mohon viralkan.

WFAUZDIN NS

No comments: