Kenapa lebai ajar Tun M langgar janji?
WFAUZDIN NS
Dalam Islam, sebarang perjanjian hendaklah dipatuhi hatta perjanjian dgn musuh atau orang kapir sekalipun selagi mereka tidak khianat dgn perjanjian yg telah dipersetujui bersama. Ini yang Nabi ajar di dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Apatah lagi perjanjian sesama rakan parti dan sesama Islam.
Sepatutnya lebai Hadi dan pemimpin Pas lebih arif tentang hukum ini. Malangnya, demi kepentingan politik dan dendam kpd Anwar, mereka ajar Tun M agar langgar perjanjian yg telah dibuat sehingga sanggup mereka jilat ludah mereka sendiri utk menyokong Tun M agar terus menjadi PM hingga habis penggal.
Sebab itu aku kata, parti yang menggunakan nama Islam ini tidak akan bawa ajaran Islam yg sebenar tetapi mereka hanya jual agama mengikut kehendak mereka. Kita boleh lihat berbagai ‘fatwa” yang tunggang langgang pernah keluar dari mulut pemimpin mereka. Ada yg haram hari ini, esok lusa jadi halal. Ada yg halal hari ini, esok lusa jadi haram.
Kita tetap istiqomah untuk menabalkan Anwar sebagai PM 8 paling lewat Mei 2020. Tun M bukan tidak baik, tetapi benda yg baik sekalipun kalau telah terlalu lama akan pudar juga.
Tun M lebih dihormati sekiranya memahami kehendak rakyat yang memilih PH untuk menjadi kerajaan kerana mereka mengharapkan kepimpinan Anwar. Tidak perlu bersusah payah melindungi video semburit kerana mahu menjadi PM lebih lama.