PAS ambil alih kerja UMNO, Hadi sudah setaraf Annuar Musa


PAS hilang arah dalam musim kempen pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bilamana secara terang jadi perkakas UMNO-BN menyebar dakyah karut marut memburukkan DAP supaya rakyat menjauhi parti cap roket ini.
Kita juga hairan, entah mengapa pada kali ini, PAS berubah nada bertukar warna – PAS sekarang bukan PAS yang dulu, berahi menjatuhkan kleptokrasi UMNO dalam pilihan raya  sudah terbantut. Gerak tindak PAS saat ini malah mengukuhkan lagi penguasaan parti yang bukan sedikit terpalit najis rasuah itu sehingga mahsyur diseluruh ceruk dunia.
Yang tak berubah adalah nasib DAP – bukan tentang menang atau tidak kerusi yang dipertaruh tetapi terus menjadi kambing hitam mangsa pelbagai dakwaan palsu sentimen perkauman, bertujuan menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya pengundi Melayu.
Jika PRU13, tentera upahan dan pencacai UMNO-BN giat menyebar dakyah palsu mengaitkan Lim Kit Siang anti-Islam, anti-Melayu, komunis, pencetus tragedi 13 Mei 1969, mahu Malaysia menjadi negara Kristian dan segala macam tuduhan subversif palsu; kini tugas itu digalas oleh pemimpin PAS sendiri.
Lihat sahaja kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya baru-baru ini mendakwa beliau ‘tercium’ usaha DAP mahu merobek Perlembagaan Persekutuan; merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Melayu.
“Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran,” kata Hadi dalam tulisannya.
Pemikiran dan lenggok Presiden PAS itu kini nampaknya kurang-lebih sama dengan Ketua Penerangan UMNO seperti Annuar Musa yang sebelum ini galak menyerang DAP dan Lim Kit Siang dengan pelbagai dongeng serta imiginasi melampau. Pengikut dan penyokong PAS seharusnya berasa malu apabila Hadi selaku pemimpin akbar mereka mengikuti jejak kempen bertaraf rendah sedemikian.
Walhal, semasa menjadi rakan tahaluf siyasi, PAS bukannya tidak tahu bahawa DAP jelas akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan segala jaminan malah telah banyak kali menegaskannya dalam manifesto dan deklarasi parti!
Maka tidak hairan apabila Hadi dianggap sebagai berkhayal oleh tokoh Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang kesal kerana penyandang Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bersama gerakan massa menentang UMNO-BN dan bukan menjadi penyambung hayat parti Najib itu.
Saya ingin bertanya soalan kepada Hadi, apakah yang menyebabkan seseorang yang diangkat sebagai Tuan Guru dan ‘ulam’a seperti beliau ini mengjadi terlalu galak menyerang DAP seperti pemimpin dan pencacai upahan UMNO yang lain?
Adakah kempen yang disifatkan menyemai ketakutan dan kebencian perkauman dan agama ini  sikap yang wajar ditunjukkan seorang pemimpin ‘parti Islam’ yang mengaku bahawa perjuangannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia?
Selaku seorang pemimpin utama pembangkang di Malaysia, tauladan buruk yang ditunjukkan Hadi ini tidak wajar berlaku dan patut dijauhi.
Saya amat yakin, lagu perkauman yang didendangkan PAS seperti ini jelas menunjukkan wujudnya usaha halus ke arah perpaduan parti itu bersama UMNO bertujuan memanjangkan hayat mereka, yang akan terus membiakkan generasi pemimpin korup

Felda, warga peneroka terbela jika HARAPAN bentuk kerajaan PRU14


Tuduhan liar konco-konco UMNO menjaja ketakutan kononnya kerajaan HARAPAN akan menutup Felda jika membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah satu pembohongan tidak masuk akal.
Menyanggah tohmahan palsu yang diulang-ulang itu, kerajaan HARAPAN sebaliknya akan memperkukuh institusi berkenaan sekaligus membela generasi baru Felda tegas calon HARAPAN P80 Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Menurut beliau, UMNO tidak lagi memiliki integriti sehingga terpaksa menggunakan ‘senjata ketakutan’ demi mengekalkan kuasa mereka.
“Mereka nak terus berkuasa dan terpaksa menutup segala kesalahan mereka dengan cerita-cerita sebegini.
“Tapi rakyat sendiri melihat apa yang telah dilakukan pemimpin UMNO. Bukan sahaja isu Felda tapi MARA, Tabung Haji, KWSP, 1MDB dan sebagainnya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Tegas Tengku Zul, 10 janji 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN jelas mempamerkan iltizam untuk memperkasa kedudukan Felda dengan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
Kerajaan HARAPAN juga katanya bukan sahaja akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat skandal Felda tetapi juga badan itu akan menyiasat skandal penyelewengan 1MDB, MARA dan Tabung Haji selain merombak struktur kepimpinan badan-badan terbabit.
Selain janji 100 hari, Manifesto HARAPAN juga menunjukkan komitmennya dengan Iltizam Khusus Untuk Warga Felda melibatkan seluruh kepentingan warga Felda dan generasi baru peneroka.

Tak perlu bayar tol kalau HARAPAN menang


Rakyat Malaysia tidak perlu gusar lagi untuk membayar tol sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum-ke14 (PRU14) ini.
Calon HARAPAN Parlimen P76 Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan baru HARAPAN akan memansuhkan semua tol termasuk Lebuhraya Persisiran Pantai Barat yang mempunyai Susur Keluar Teluk Intan sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru.
“Usaha untuk menghapuskan semua tol adalah salah satu iltizam Pakatan Harapan sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya.
“Kerajaan Pakatan Harapan akan mendedahkan segala kontrak perjanjian lebuh raya yang disembunyikan UMNO BN selama ini dan mengkaji cara terbaik untuk menghapuskan tol demi meringankan beban rakyatm” katanya dalam satu ceramah megar baru-baru ini.
Nga berkata, pembinaan lebuh raya menghubungkan Teluk Intan dan Kuala Lumpur memang memberi manfaat kepada rakyat namun pelaksanaan kutipan tol telah menyebabkan beban kos hidup rakyat bertambah.
Beliau pada masa yang sama turut mencabar bakal calon BN Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyatakan pendiriannya mengenai pemansuhan kutipan tol.
“Sekiranya Mah bersetuju, adakah dia berani mendesak bos sebenarnya iaitu Najib Razak untuk menghapuskan tol atau terus membisu seperti biasa?” soalnya lagi.
Nga yang juga Pengerusi DAP Perak itu turut menyeru seluruh anak rantau di Teluk Intan supaya pulang mengundi pada 9 Mei ini untuk melakukan perubahan.

(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...