ORANG SG BAKAP. PILIH LAGI PN.. MEMANG HABIH LA HANGPA.

 


GOLONGAN DAPAT PENGECUALIAN DIESEL


La Jo Ir


 Harga minyak disel yang naik..yang dikecualikan...

1. 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan dikecualikan...

2.10 jenis pengangkutan awam dikecualikan..

3. Petani/pesawah/nelayan dikecualikan.. 

4. Sabah dan Sarawak dikecualikan... 

5. Subsidi tunai untuk petani/pesawah/nelayan yang memerlukan

6. Penjimatan RM4 bilion

7. Kenaikan harga disel hanya terkesan pada kumpulan T20 dan warga asing..😎



MASA KO PERINTAH... KO TAK PANDAI PUN NAK LAKSANAKAN.


 

LOKMAN ADAM DAKWA KES LIWAT DI SEKOLAH AGAMA TINGGI DI KELANTAN... JOM DENGAR


 

KES ROBOH RUMAH DI KELANTAN



 

KEH.. KEH.. KEH... SPM KO PUN KELAUT KO NAK SEMBANG BAB PERANG LAK.. APA CITA LA KO NI


 

NOHH HAIHH

 

MMMS


Ghapo gaaaaaakkk.... bose .. pitih takdo gi cuti kedio..??😇😇



LUAHAN HATI ADIK BERADIK RUMAH KENA ROBOH. MEMAN PN NI TAK LEH PAKAI... YA AMPUSALAM..


 

GOLONGAN KHAWARIJ BERSEKONGKOL DENGAN SYAITAN


Abdullah Jalil. 




 Golongan Khawārij Yang Merupakan Tanduk (Kekuatan) Syaitan akan Muncul Berkali-kali dari Arah Timur Madīnah al-Munawwarah sehingga Datangnya Si Dajjāl Bersama Mereka


<<<<< >>>>>


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: 


(( سَيَخْرُجُ أُنَاسٌ مِنْ أُمَّتِي مِنْ قِبَلِ الْمـَشْرِقِ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، كُلَّمَا خَرَجَ مِنْهُمْ قَرْنٌ قُطِعَ، كُلَّمَا خَرَجَ مِنْهُمْ قَرْنٌ قُطِعَ، حَتَّى عَدَّهَا زِيَادَةً عَلَى عَشْرَةِ مَرَّاتٍ كُلَّمَا خَرَجَ مِنْهُمْ قَرْنٌ قُطِعَ، حَتَّى يَخْرُجَ الدَّجَّالُ فِي بَقِيَّتِهِمْ ))


Daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿAmr رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:


“Akan keluar beberapa kelompok manusia daripada umatku dari arah Timur [Madinah], mereka membaca Al-Quran tetapi ia tidak melebihi kerongkong mereka (iaitu mereka tidak memahami Al-Quran dan nur Al-Quran tidak sampai ke hati mereka). 


Setiap kali keluar satu tanduk [fitnah] daripada kalangan mereka, ia [akan] dipotong.


Setiap kali keluar satu tanduk [fitnah] daripada kalangan mereka, ia [akan] dipotong.


Sehinggalah beliau mengiranya lebih daripada sepuluh kali, [Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:]


Setiap kali keluar satu tanduk [fitnah] daripada kalangan mereka, ia [akan] dipotong. 


... [Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berulang-ulang kali menyebutnya bagi memberi isyarat kepada fitnah yang berulang-ulang kali akan muncul dari Timur Madinah]...


... sehinggalah keluarnya si Dajjāl pada sisa baki mereka.”


T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 27767 [Lafaz di atas] & 27864; (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 8590 & 8657 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ، فَقَدِ اتَّفَقَا جَمِيعًا عَلَى أَحَادِيثِ مُوسَى بْنِ عَلِيِّ بْنِ رَبَاحٍ اللَّخْمِيِّ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ); (Abū Dāwūd al-Ṭayālisī (204H): Musnad Abī Dāwūd al-Ṭayālisī), No. 2407; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 7883; (Ibn ʿAsākir (571H): Tārīkh Dimashq), No. 311, 313 & 315 dan lain-lain. [Status: Ḥasan atau Ṣaḥīḥ li ghayrih]


Nota:


[1] Hadis ini merujuk kepada golongan Khawārij kerana Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menyifatkan mereka sebagai golongan yang membaca Al-Quran tetapi tidak memahaminya.


[2] Hadis ini juga menjadi dalil bahawa fitnah golongan Khawārij akan sentiasa berulang-ulang sehingga ke zaman Dajjāl dan mereka akan menjadi pengikutnya kelak di akhir zaman.


[3] Tiga (3) ciri-ciri utama golongan Khawārij ialah: 


[i] mentashbihkan Allah (menyerupakan Allah dengan makhluk).


[ii] merendahkan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.


[iii] mengkafirkan para muslimin.


Dengan ketiga-tiga ciri di atas, maka tidaklah menjadi satu kehairanan bahawa mereka akan menjadi pengikut Dajjāl apabila ia muncul kelak.


PENUNTUT ILMU - Hadis-hadis Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Berkenaan Golongan Khawārij



SELANGOR. BERSELAWAT



 

SAPA NAK TANGGUNG.

 

MMMS



Kos nak bina empangan bawah tanah tak sebut berapa ratus juta dan siapa nak tanggung kos pembinaan? LRA Bukit Selambau yang Rm129 juta pun masih tak siap lepas tu sibuk salahkan orang lain, ini projek berkali ganda nilai, siapa yang berani nak bagi jaminan?


Komentar Berunsur Kebencian: Tindakan Zuhaidi Mat Yusoff yang Tidak Bertanggungjawab.



 Komentar Berunsur Kebencian: Tindakan Zuhaidi Mat Yusoff yang Tidak Bertanggungjawab. 




✍️ Saiful Nizam


Zuhaidi Mat Yusoff telah meninggalkan komen berunsur kebencian di laman Facebook Berita Harian Online. Komen beliau berbunyi:


"Ngaji lah turath ke kontemporari ke ...klu pangkah kapir harbi...mmmm jgn harapla...abu jahal acah2 nk ikut nabi tp syarat nabi ikut agama berhala bergilir setahun2...maka turun surah alkafirun."


Namun, apabila komen tersebut mendapat perhatian netizen dan menerima kritikan, Zuhaidi segera menulis kenyataan memohon maaf. Beliau menyatakan:


"Assalamualaikum...mohon maaf kpd semua Mengenai komen saya dlm berita harian online saya tidak tujukan kepada sesiapa secara individu dan peribadi...tetapi sebagai peringatan kepada semua umat islam...


Kebetulan saya baru habis baca asbab nuzul (sebab2 penurunan surah alkafirun) kisah abu jahal dan kafir quraisy yang pergi berjumpa dengan nabi muhammad saw untuk bersepakat supaya nabi masuk agama mereka setahun dan mereka pemimpin kafir masuk agama islam setahun bergilir2...dan wahyu menurunkan surah nabi ketika itu...nabi diam seketika maka turunlah surah alkafirun...untuk nabi hampir2 nk berhijrah ke madinah... 


Jadi peringatan buat kita umat islam bahawa islam yang tinggi kedudukan tidak sama dengan agama lain...saya menyebut kafir harbi saya merujuk kepada kafir mekah dan kontemporari kini adalah yahudi di palestin yg menjajah tanah air palestin..dan juga sebagai peringatan kepada kita semua di malaysia..jadi saya tidak menyebut nama PMX sebagai yang dituduh kepada saya tapi ianya adalah umum utk umat islam.


Sekali lagi saya MEMOHON KEMAAFAN kepada semua yang tersinggung dengan kenyataan saya yg mungkin kurang jelas Sekali lagi mohon kemaafan.


# MALAYSIA MADANI"


Meskipun beliau cuba menjelaskan dan memohon maaf, tindakan Zuhaidi telah mencetuskan banyak persoalan mengenai sikap dan tanggungjawab beliau sebagai seorang pendidik berlatarbelakang agama. Bagaimana seorang guru dan pendakwah, yang sepatutnya menjadi teladan kepada pelajar dan masyarakat, boleh meninggalkan komen yang begitu tidak bertanggungjawab dan berbaur kebencian?


Perlu kita beringat, puak Khawarij bukanlah golongan yang tidak belajar agama, tetapi mereka adalah golongan yang menganggap hanya aliran agama mereka sahaja yang betul dan orang lain kafir. Zuhaidi Mat Yusoff, yang juga sering berceramah motivasi di sekolah-sekolah serta memberi tazkirah di masjid, sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, bukan sebaliknya.


Jika Zuhaidi merasakan pemimpin kerajaan perpaduan tidak Islamik dan tidak mahu makan gaji yang dianggap daripada pemimpin kafir, beliau sepatutnya meletakkan jawatan. Belajar dan mengajar agama Islam memerlukan keikhlasan, dan tindakan serta akhlak haruslah mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.


Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini tidak sepatutnya datang dari seorang pendidik apalagi seorang pendakwah. Apabila komen buruk beliau dikesan oleh netizen, Zuhaidi cuba 'play victim' dan menafikan perbuatannya. Kini, beliau cuba meraih simpati dengan hashtag Malaysia Madani?


Adakah ini sikap seorang hipokrit?


Tindakan seperti ini harus dikecam kerana ia mencemarkan imej pendidik dan menggoyahkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda. Seorang pendakwah sepatutnya menjadi contoh yang baik dan menunjukkan sikap yang positif, bukan menyemai kebencian dan ketidakadilan.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



SALLAM ALOHA- YEHAAA..LEPAS ALOHA..KITA BERKONSERT PULA....IMAN ..IMAN....


 

NAK SOKONG PN- LIHAT BARU SETAHUN LEBIH, NEGERI DAH HARU BIRU. JANGAN PERCAYA..LIHAT SAJA NEGERI YANG MEREKA PERINTAH..MEMANG MASAALAH.


 

KES BERSATU DAN 6 MP MEREKA


 

KES KAMPUNG SRI MAKMUR

 



BAJU MACAM BAJU POLIS





Najib Bakar


 Baju Jabatan Amal PAS ni salah dari segi undang-undang, baju menyerupai penguatkuasa PDRM.


Mohon Jabatan Perdana Menteri dan Bahagian Istiadat & Persidangan Antarabangsa Jpm Putrajaya siasat.


*Video di komen



TERDESAK SANGATKAH PAS BERSATU NAK CARI ISU?


Zuwairi Md Yusof


 PN PAS,BERSATU sudah gelabah dan terdesak mahu sokongan anda sampai hantar wakil2 PN membuat lakonan jijik dan jelik.Ini tidak akan berjaya rakyat sudah muak sama PN.








Tahukah anda tahun 2005, MB Selangor Khir Toyo telah lancarkan :


🔴Pelan Tindakan Selangor Setinggan Sifar 2005


Bancian state gov waktu itu, setinggan di Selangor ada:


🔴48,000 keluarga

🔴311 kampung

🔴41,000 bangunan


Yg dok kecoh-kecoh di Kg Sri Makmur ni, sejak 2006 lagi mereka dah di arah pindah.Bukanlah arah pindah sesaje, gov Selangor offer rumah 3 bilik tidur, 2 bilik air berharga RM35,000 waktu itu 2006.


🔴Julai 2006 -

101 rumah setinggan setuju di roboh & mereka ini pindah ke rumah yg gov offer tu.


80 rumah tak di roboh sebab yg ni depa tak setuju.


🔴2016 -

Gov Selangor buat bancian, dari 80 rumah yg tak di roboh tadi sekarang naik jadi 204 rumah.


Bertambah 124 buah rumah!


🔴11 Disember 2023 -

Mahkamah putuskan pemilikan tanah kampung tersebut adalah milik PKNS.


🔴2024 bila rumah nak di robohkan mereka kata jangan cabul hak kami!


Pulakkkkkk..


Siap ada org politik buat political stunt kutip Quran bawah runtuhan.Padahal seminggu sebelum roboh semua barang yg nak di gunakan termasuk naskah Quran dah di angkut keluar.


Betoi punya cempegha! 🤣



BERSATU YANG SEDANG BERGOLAK MEMILIH PEMIMPIN.

 

Menitik Malam.


MSO


Ketika Bersatu sedang berusaha bertindak ke atas enam orang wakil rakyat mereka yang enggan tanda tangani surat persetiaan kepada parti, ada sekumpulan orang dalam parti itu sedang menyusun strategi lain. Katanya kumpulan ini yang tidak percaya dan yakin dengan kepimpinan Mahiaddin Yassin tidak menyokong tindakan terhadap enam ahli parlimen berkenaan. 


Selain itu kumpulan ini yang dianggotai oleh dua orang bekas menteri kabinet Mahiaddin, tidak nampak ada sosok sesuai dan mampu untuk memimpin Bersatu dan memancunya ke hadapan. Itu sebab maka mereka sedang mengatur strategi atau pelan politik baru. 


Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Bersatu kini benar-benar dalam kekalutan. Difahamkan agenda ini masih belum disedari oleh regu Bersatu, Pas dan juga Gerakan.


Lantaran itu isu remeh perobohan rumah setinggan di kampung Seri Makmur Gombak cuba dihighligt untuk melindung pekung dalam parti itu yang kian membengkak. Kita tunggu. Trims.



Apakah Wajar Penduduk Kampung Sri Makmur Diusir? Menumpang di tanah orang, tiba-tiba minta pampasan!

 


Apakah Wajar Penduduk Kampung Sri Makmur Diusir? Menumpang di tanah orang, tiba-tiba minta pampasan.! 



✍️ Saiful Nizam


Isu perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi. Namun, adakah tindakan Kerajaan Selangor itu wajar? Mari kita lihat beberapa fakta yang perlu dipertimbangkan.


1. Bukti Penduduk Asal:


   - Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, hanya penduduk asal yang tidak menerima pampasan dari mana-mana pihak layak mendapat penempatan semula .


   - 21 daripada 153 keluarga di kampung tersebut telah memenuhi syarat ini dan menerima pampasan RM1,000 serta penempatan semula di Rumah Selangorku .


2. Peluang dan Rayuan:


   - Kerajaan Selangor telah memberikan banyak peluang kepada penduduk untuk mengemukakan bukti mereka adalah penduduk asal sejak dua hingga tiga tahun lalu .


   - Malah, beberapa rayuan telah diterima dan dipertimbangkan selepas Hari Raya, namun hanya sebahagian kecil yang memenuhi syarat .


3. Masalah Kehadiran Warga Asing:


   - Salah satu sebab tindakan ini diambil adalah kerana kehadiran ramai warga asing di kawasan tersebut, yang tidak memenuhi syarat untuk penempatan semula atau pampasan .


   - Berdasarkan bancian pada 2016, jumlah rumah meningkat dari 80 kepada 204 unit sejak operasi perobohan pertama pada 2006, menunjukkan pertambahan yang tidak wajar .


Namun seperti biasa, terdapat pandangan yang berbeza daripada pihak pembangkang. Mereka menyifatkan tindakan perobohan rumah sebagai pengusiran secara paksa . Namun, kita perlu melihatnya dari sudut yang lebih luas:


1. Proses Notis dan Penangguhan:


   - Penduduk telah menerima notis untuk mengosongkan rumah sejak 21 Januari, tetapi telah ditangguhkan beberapa kali sehingga 26 Mei untuk memberi mereka masa mengemukakan rayuan dan mencari bukti yang diperlukan .


2. Kesediaan Mendengar Rayuan:


   - Kerajaan Selangor masih membuka peluang kepada penduduk untuk mengemukakan bukti. Beberapa keluarga yang belum memenuhi syarat diberi peluang untuk berbuat demikian .


Pembangkang seperti biasa akan lupa yang mereka pernah berhadapan perkara ini. Perlu diingatkan bahawa tindakan tegas bukanlah sesuatu yang asing. Jalan Atas Paloh adalah antara kes yang cukup baik sebagai rujukan.


Apa yang telah mereka katakan terhadap penduduk yang diusir di Jalan Atas Paloh dahulu?


"Menumpang di tanah orang, tiba-tiba minta pampasan!' - Harakahdaily 2022


Yang boleh berfikir dengan waras pasti akan dapat menghidu kebobrokan pembangkang dalam memainkan isu ini. Hanya mahu menuang minyak untuk membesarkan api kemarahan dan sentimen.


Tindakan Kerajaan Selangor dalam isu perobohan rumah di Kampung Sri Makmur adalah wajar dan berlandaskan keadilan. Proses panjang, pemberian peluang untuk rayuan, dan tawaran penempatan semula menunjukkan komitmen kerajaan untuk bertindak dengan telus dan adil.


Sebaliknya, tindakan pembangkang yang cuba memanipulasi isu ini untuk meraih simpati politik adalah taktik murahan.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



RAMAI SETUJU GURU INI DIPINDAHKAN. TAPI KENAPA MENTERI KENA KECAM. BAGAIMANA KSU, KETUA PENGARAH TIDAK BERBUAT APA APA? ADA PERKARA TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM.

 

INI YANG DIKATA BELIAU. 


CARA MOHON MAAF SEMACAM NAK MENEGAKKAN BENANG BASAH. 


CIKGU TAK BACA KAH PERATURAN INI? 



RATA RATA KOMEN MENCADANGKAN BELIAU DIHANTAR BERTUGAS DISABAH ATAU SARAWAK. 

BACA KOMEN NETIZEN












PENYAKIT GHULAW HARUS DIBENAMKAN.

 

Miqdad  Zakaria


Dalam hidup ini kalau dah kena virus ghuluw, mesti ia akan membawa kepada kerosakan. Tidak kira kerosakan itu pada keluarga atau negara, hakikatnya tetap rosak.


So,


Dah minta maaf tu dah kira ok, tapi tindakan perlu diambil untuk pulihkan barah ghuluw yang ada dalam benak pemikiran.


Selamat bermotivasi harapnya.


🤗🤗




RAKYAT DOA PELAKU YANG MEMFITNAH MENERIMA BALASANNYA.

 

Norizan Abd Hamid



Ini kenyataannya.

Semoga siapa yang sanggup fitnah guna Al Qur'an tu terima akibatnya. 

...



TERPALING ISLAM

 


Najib Bakar



Ghuluw. Ramai dah tau kes Cikgu Zuhaidi, guru Penolong Kanan di SK Chini 3&5 ni. Aku nak cerita tambah.


Semalam di Hotel Sentral Melaka, ada program PKR dan PAS pada hari yang sama. 


Ada la beberapa wanita PKR dalam lif dengan dua orang lelaki PAS.


Geng lelaki tu dari tingkat atas nak turun ke tingkat 1, di mana surau berada.


Geng wanita PKR nak turun ke ground floor.


Di tingkat 1, depa keluar dari lif dan bagitau, "kami nakpi mengadap Tuhan."


Macam, tiber. Orang lain pun solat jugak bang.


Jadi, tak hairan lah cikgu Zuhaidi boleh komen lagu tu.


Depa cuma anggap diri depa saja beriman dan layak masuk syurga.


Terpaling Isley.



WALAUN SUKA MAINKAN ISU FITNAH




 Terbukti dakwaan 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶 yang naskhah al-Quran tertimbus dalam 𝗰𝗲𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘂 di Kg. Seri Makmur adalah palsu.


Ada 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 yang semua naskhah al-Quran dari surau tersebut 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 sebelum kerja perobohan dilakukan.


Khabarnya kerajaan negeri telahpun membuat 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 berkenaan fitnah terbaharu ini. Akan tetapi, itu bukanlah masalahnya.


Masalahnya sekarang, walaupun terbukti fitnah, tetapi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗶𝗻𝗶 dan akan jadikan seolah-olah ianya benar.


Kita dah pernah lihat bagaimana isu 𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻g𝗮𝗻 𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴. Lebih parah lagi, bila syaitan berserban (lebai) yang jadi pembawa fitnah itu.


Setakat laporan polis tak mencukupi. Penjelasan perlu dibuat 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿-𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. Bukan sahaja di media baharu malah media tradisional.


Kena tak ikut buat macam Mahathir dulu? Bagaimana Mahathir tunggang kesemua media 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.


Kalau Mahathir boleh gunakan media untuk sebarkan fitnah, kenapa kerajaan tak gunakan media untuk 𝘀𝗶𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿?


Siar sahaja tak cukup. Perlu diulang-ulang. Jadikan tajuk utama berita selama sebulan bagaimana jahat PN 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗮𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Tengoklah nanti masa PRU16. Aku yakin 100% isu ini akan jadi 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡. Malahan sebelum itu lagi, rasanya sekarang pun akan ada lebai yang 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱.


Lebai dan walau adalah makhluk yang tak percayakan Hari Pembalasan. Sebab itu 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Tapi kalau kerajaan sendiri tak cekap tangani fitnah sebegitu, jangan pelik kalau orang Melayu kekal tolak PH dalam PRU akan datang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INI TIGA PERKARA YANG ANWAR HARUS BERHENTI BERCAKAP MENGENAINYA


Kalau kita perhati dan teliti, sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ada tiga topik yang menjadi kesukaannya, bukan saja sebagai bahan percakapan, tetapi juga sebagai subjek yang diulang-ulang.


Topik itu ialah sakau, beban hutang negara yang tinggi dan apabila bercakap tentang subsidi bersasar pula, menjadikan golongan maha kaya sebagai sasarannya.


Dulu masa mula-mula beliau bercakap mengenai tiga topik itu, terasa seronok juga mendengarnya tetapi lama kelamaan bila topik yang sama dijadikan ulangan macam siaran Astro, entah kenapa, rasa bosan mulai menjelma.


Beberapa kawan, termasuk mereka yang diketahui penyokong PH juga rupa-rupanya turut sama mengalami kebosanan yang sama.


Dalam konteks sakau, dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri sekarang, beliau sebenarnya tidak perlu lagi bercakap mengenai topik itu.


Sebagai Perdana Menteri dengan kuasa yang dimilikinya seumpama dari hujung langit ke hujung langit, kini adalah masa untuk beliau menangkap sesiapa saja yang ada kesalahan menyakau dalam negara ini.


Tak perlu lagi bercakap atau bising-bising tentang sakau-menyakau itu, sepatutnya ketika ini sudah ada harta kekayaan dalam simpanan penyakau-penyakau itu yang telah berjaya dikembalikan kepada tabung khazanah negara.


Logiknya, kalau Anwar bercakap tentang orang itu atau orang ini menyakau, sudah tentu bukti ada dalam genggamannya.


Setidak-tidaknya, sebelum tiba PRU16 akan datang, lebih baik Anwar betul-betul menumpukan untuk menangkap siapa penyakau itu dan membawa balik kekayaan yang mereka miliki sama ada di dalam atau luar negara.


Setelah menjadi Perdana Menteri, biarlah kuasa lebih banyak bekerja daripada mulut berbicara.


Tidak terkecuali, Anwar juga kerap bercakap mengenai beban hutang negara yang tinggi yang sering dijadikan alasan ketidakmampuan kerajaan madani ini melakukan banyak perkara untuk membantu rakyat.


Hutang negara yang tinggi bukanlah perkara baru sebenarnya, Anwar sendiri pastinya sudah lama maklum mengenainya.


Soalnya mengapa beria-ia mahu jadi Perdana Menteri kalau tak sanggup memikul hutang negara?


Contoh mudahnya begitu – kalau kita sudah beria-ia nak berkahwin dengan seorang janda yang cantik lawa, meski diketahui wanita itu ada beberapa hutang lama, maka bila selepas kahwin, sebagai lelaki sejati yang bertanggungjawab, kenalah tolong bantu selesaikan hutangnya itu.


Amatlah tidak manis bila selepas kahwin, kita menceceh ke sana sini tentang hutang-hutangnya itu.


Jika tidak mahu terpalit hutang, janganlah beria-ia ingin memiliki janda lawa itu?


Seterusnya, bila bercakap tentang penyasaran subsidi yang akan dilaksanakan, khususnya pemotongan subsidi diesel tidak lama lagi, Anwar terlihat mempunyai kecenderungan yang ketara untuk melabel mereka yang mengkritiknya sebagai pro kepada golongan maha kaya.


Dengan bangga juga beliau berkata, perlaksanaan subsidi bersasar adalah untuk membantu rakyat jelata.


Memang tugas kerajaan ialah membantu rakyat, terutama golongan susah, miskin dan mereka yang memerlukan pertolongan, tetapi janganlah menampakkan seolah-olah golongan maha kaya dimusuhi.


Haruslah disedari golongan maha kaya bukan musuh negara, bahkan mereka adalah pembayar cukai yang tinggi.


Lebih daripada itu, melalui perusahaan yang mereka miliki, golongan maha kaya juga menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat, selain sebahagiannya tidak lupa memperuntukkan dana untuk khidmat sosial atau menubuhkan yayasan bagi membantu golongan susah.


Selain itu, hampir semua orang maha kaya di negara ini memperolehi kekayaan melalui kontrak atau lesen yang diberikan oleh kerajaan sendiri.


Dengan itu, kenapa mereka semacam dimusuhi oleh kerajaan madani ini?


Golongan maha kaya sebenarnya tidak kisah dan boleh faham jika mereka dikecualikan daripada menerima subsidi, tetapi tak perlulah sampai mereka dijadikan bahan kecaman dek keinginan mahu meraih populariti.


Apa pun, sebelum rasa bosan rakyat bertukar menjadi penolakan, eloklah Anwar segera berhenti daripada mengulang-ulang cakap mengenai tiga perkara tersebut.


Seperti Perdana Menteri tidak harus mengulang pakai baju batik yang pernah dipakainya, mengulang cakap topik yang sama juga tidak wajar dilakukan.


Setiap kali menyampaikan ucapan, nilai wibawa seorang Perdana Menteri ialah apabila ia bercakap topik yang berbeza.


Lagi pun sebagai Perdana Menteri dambaan rakyat Malaysia, Anwar seharusnya adalah “barang rare” yang paling sedikit cacat cela serta memiliki keunggulan tiada tandingan yang mengatasi semua pendahulunya sebelum ini. – ShahbudinHusin 02Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/02/ini-tiga-perkara-yang-anwar-harus-berhenti-bercakap-mengenainya.html