BERSATU YANG SEDANG BERGOLAK MEMILIH PEMIMPIN.

 

Menitik Malam.


MSO


Ketika Bersatu sedang berusaha bertindak ke atas enam orang wakil rakyat mereka yang enggan tanda tangani surat persetiaan kepada parti, ada sekumpulan orang dalam parti itu sedang menyusun strategi lain. Katanya kumpulan ini yang tidak percaya dan yakin dengan kepimpinan Mahiaddin Yassin tidak menyokong tindakan terhadap enam ahli parlimen berkenaan. 


Selain itu kumpulan ini yang dianggotai oleh dua orang bekas menteri kabinet Mahiaddin, tidak nampak ada sosok sesuai dan mampu untuk memimpin Bersatu dan memancunya ke hadapan. Itu sebab maka mereka sedang mengatur strategi atau pelan politik baru. 


Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Bersatu kini benar-benar dalam kekalutan. Difahamkan agenda ini masih belum disedari oleh regu Bersatu, Pas dan juga Gerakan.


Lantaran itu isu remeh perobohan rumah setinggan di kampung Seri Makmur Gombak cuba dihighligt untuk melindung pekung dalam parti itu yang kian membengkak. Kita tunggu. Trims.



No comments: