VIDEO : Kenapa Nassuruddin Daud delete? Moga warga Kutan terus kuat pertahankan ...

VIDEO : PESAWAT Zl0N1S: MANA SUARA MENTERI PAS DAN UMNO?



“Namun kalau itu pun gagal difahami, malah diberikan segala mak nenek justifikasi untuk berlembut pula akhirnya, amatlah malang keadannya bagi kerajaan yang gemar bermuka-muka ini,” tegasnya. Beliau juga mengecam pimpinan PAS dan UMNO yang membisu mengenai tindakan Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong itu.



video POLIS BOHONG ATAU KHAIRUDDIN TEMBERANG?




"Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” kata Roslee seperti dipetik. Beliau menjelaskan persoalan lain mengenai siasatan itu perlu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.




AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA

 

 NORMAN RADZUAN


AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA

 


May be an image of one or more people and text that says "Selepas Eurocham, KSI pula mohon Agong gerakkan tentera bantu percepat vaksinasi May 29, 2021 10:00 pm"






Banyak juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yang berkata demikian bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dengan agenda 'swing' isu dari kelemahan sendiri kepada pihak lain.

 

Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan isu.

Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi tidak mahu atasi dgn idea-idea negara luar dengan percepatkan vaksinasi.

 

Apa yang dimaksudkan peralihan isu...? Mereka tuduh rakyat Malaysia anti vaksin dan tidak mahu mendaftar. Bila rakyat mahu mendaftar sistem jam. Bila rakyat mahu divaksin, progres vaksinasi mereka yg lembab hingga berjuta terpaksa menunggu. Jadi salah siapa skg ini... apa lagi yang rakyat perlu buat?

 

Kemudian bila mereka mahu lakukan lockdown... media seperti diarahkan kononnya rakyat 'panic buying'. Jadi yang poyo-poyo konon-konon bijak tapi malas berfikir ini senadalah dgn propaganda..." tgk bodoh mereka bersesak sesak ke supermarket itulah punca kes meningkat. Buat apa beli banyak-banyak bukannya kedai tu tutup esok."

 

Sebenarnya di setiap hujung bulan memang rakyat ramai ke Hypermarket utk membeli barangan dapur dgn jumlah yg byk. Apatah lagi bila tahu berlaku total lockdown pastinya SOP lebih ketat, jadi adalah wajar mereka membeli barangan dapur utk simpanan 2-3 minggu di rumah. Mana lebih efisen beli barang utk stok 2-3 minggu atau beli barangan dapur setiap 2-3 hari?

 

Yang poyo marahkan rakyat ini ada dia nak tegur kenapa Genting Highland dulu masih beroperasi? Adakah mereka ingin menegur kenapa kilang-kilang masih banyak dibuka sdgkan disitulah punca 60% tersebar Covid19? Tahulah mereka berpuluh ribu kilang dibenarkan beroperasi... jadi siapa yang diperbodoh sekarang ni?

 

Adakah mereka ingin menegur atau marahkan kerajaan kenapa kilang arak beroperasi... adakah lockdown bermaksud minum arak banyak2? Jika kilang tak ditutup.. jgn mimpi kes akn dpt dikurangkan segera. Jadi kita akan terus ditakutkan dgn nombor.

 

Pernah rakyat yg marahkan rakyat ini mahu maki ramai2 Menteri yg melanggar SOP. Yang bawa janda ke sana sini waktu PKP? Betul lah kata seorang Prof kpd saya... minda orang Melayu ini mudah di kotak katik. Timbulkan panik... kita dituduh panik.

 

Cukup-cukuplah kita sesama kita bergaduh. Sekali lagi saya katakan rakyat dah redha negara lockdown beberapa bulan. Tutup buka tutup buka...hingga beribu hilang perniagaan dan pekerjaan. Jadi saya kata stop menulis di wall menyalahkan rakyat.

 

Sdgkan pembelian vaksin pun tidak telus kos pembeliannya. Dgn kerajaan Selangor pun tidak telus datanya. Sistem pendaftaran sampai RM 70 juta... please rakyat... jangan jadi hamba. Saya juga dulu pernah menulis kenapa tidak gerakkan tentera utk proses vaksinasi. Hari ini ramai yang memberi pendapat yg sama. Mereka yang lembab kenapa kita yg bebal...jadi sb itu ia adalah sebuah kerajaan yang gagal.

 

Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40

 

Fareez Azman
Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40
Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani berkata ramai golongan M40 yang hilang pekerjaan kini berubah menjadi penghantar makanan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan M40 yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan bermula Selasa.
Menurut Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani, pengumuman insentif kepada golongan itu dilihat terkecuali daripada mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.
Kalau kita tengok memang tidak cukup tetapi untuk golongan B40 ada bantuan dari segi jangka masa pendek tapi pelaksanaannya kena cepat, saya rasa ada jurang terhadap golongan M40 yang mana mereka ini mempunyai skil yang tinggi.
"Tetapi golongan ini juga terkesan contohnya sektor penerbangan seperti juruterbang, jurutera mereka tidak boleh bekerja tetapi mereka bukan dalam golongan B40 tetapi tetap terkesan.
"Saya rasa kebanyakan insentif dilaksanakan kerajaan fokus B40 bagus, tetapi kena tengok M40 terkesan (agak ramai), banyak yang mencari peluang yang lain sebab industri tidak berkembang jadi mereka tidak bekerja," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Selasa.
Bagaimanapun jelas Shareen, selain bantuan khas daripada kerajaan, golongan itu juga perlu lebih agresif dalam mencari pendapatan menerusi gig ekonomi.
Malah peluang meningkatkan kemahiran menerusi latihan secara percuma yang disediakan kerajaan dan pihak swasta perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap individu bergiat dalam gig ekonomi.
"Saya rasa banyak diumumkan oleh kerajaan dan sektor swasta untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran, jadi program banyak di situ yang mana saya rasa perlu dipertingkatkan iaitu latihan percuma.
"Bagaimanapun tak boleh secara rambang, kita kena ada latihan secara bersasar untuk pastikan kemahiran yang kita dapat itu bukan kemahiran asas, tetapi mempunyai pasaran dan permintaan tinggi," katanya lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa) PLUS pada Isnin mengumumkan beberapa insentif kepada golongan B40 untuk menghadapi PKP 3.0.
Ia termasuk bantuan moratorium selama tiga bulan secara automatik atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman sehingga 50 peratus selama enam bulan.

KERJA PENDAKWARAYA LEBIH RUMIT UNTUK MEMBUKTIKAN BELIAU MENGHINA,

 

MUHD MUFIZ II

 

Ringannya PERTUDUHAN !! Ader masaalah nak merangka pertuduhan politik ke?

Pendakwaraya mempunyai tugas LECEH kena membuktikan ISWARDY DENGAN SEDAR DAN MEMANG BERNIAT NAK MENGHINA YDPA !!....Pendakwaraya kena buktikan dgn tanpa keraguan " ayat mana yg di katakan menghina YDPA"

Sesiapa yang dengar live Iswardy daapt merasakan KEMARAHAN ISWARDY TENTANG PRNDERITAAN YANG RAKYAT TANGGUNG YANG YDPA SEOLAH-OKAH XPAHAM KERANA BAGINDA HIDUP DI DALAM KEMEWAHAN KAT ISTANA NEGARA YANG BERHARGA RM 1B !!....

Kerja berat membuktikan Iswardy bersalah adakah kerja Pendakwaraya. Kerja Peguam-peguam Iswardy lebih ringan

 

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial. Berdasarkan kertas pertuduhan, beliau yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan penghinaan itu menerusi Facebook Iswardy Morni Official pada 29 Mei […]

Terkini !!! Mahkamah benarkan Iswardy diikat jamin RM5,000



ADA KRONI LEPASKAH?

 

JAMZURI ARDANI


MITI didakwa amal pilih kasih dalam pemberian surat pengecualian PKP. Ini merosakkan agenda penting negara mengawal kesan pandemik.


May be a Twitter screenshot of text that says "KNB @nizambakeri 20h Ramai mengadu walaupun non- essential tapi tetap buka sebab bos dah dapat surat @MITIMalaysia. @AzminAli kena jawab tuduhan ini. Upload Ûoster Canva saja tak cukup. Jangan rosakkan lockdown. Takkan sampai tak muat simpan mayat kena letak kat rumah kau baru nak buat kerja, Min."

Kritik Sultan Johor: Ibu Neelofa selesai beri keterangan, beberapa lagi saksi akan dipanggil

 


Noor Kartini Noor Mohamed memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, pagi tadi, berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Noor Kartini Noor Mohamed, ibu kepada selebriti kontroversi, Neelofa, selesai memberi keterangan kepada polis Selangor berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, sebelum ini kes terbabit disiasat polis Kuala Lumpur, namun diserahkan kepada polis Selangor selepas insiden berkenaan didapati berlaku di negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ibu selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, polis akan memanggil beberapa lagi saksi untuk melengkapkan siasatan.

“Ibu selebriti itu sudah selesai memberi keterangan dan siasatan akan diteruskan dengan memanggil saksi lain selepas ini,” katanya menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun IG milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.

Hasil siasatan mendapati seorang wanita berusia 32 tahun mengaku tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti berkenaan dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun IG itu.

Tak boleh paksa penjawat awam potong elaun, kata Ahli Parlimen Kapar


Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan tidak boleh membuat pemotongan elaun selama tiga bulan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat awam berbeza.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, penjawat awam tidak boleh dipaksa memotong elaun untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana, sebaliknya ia perlu dibuat secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau yang juga jurucakap pekerjaan dan hak pekerja Parlimen PKR berkata, kos sara hidup tidak menentu ketika penularan Covid-19 tidak menjamin gaji penjawat awam mencukupi.

“Gaji penjawat awam bagi Gred 29 hingga 56 tidak perlu ditetapkan kadar sebegitu, seolah-olah mereka dipaksa menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

“Kerajaan tidak boleh membuat pemotongan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat ini berbeza,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mencadangkan peserta industri perkilangan yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh perintah kawalan pergerakan penuh dipelawa menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali mengumumkan penjawat awam Gred 29 hingga 56 akan menyerahkan sebahagian elaun mereka selama tiga bulan sebagai manifestasi solidariti terhadap tindakan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji selama tiga bulan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sumbangan lebih 800,000 penjawat awam daripada Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) bagi pengurusan tertinggi Gred 44 hingga 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga 41 yang dianggarkan berjumlah RM30 juta itu akan disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berharap semua pihak tidak menjadikan inisiatif kebersamaan penjawat awam itu sebagai isu untuk menyerang kerajaan atau mencetuskan perbalahan.

“Cuepacs menyeru semua pihak terus bersama rakyat dan kerajaan dalam memastikan usaha mengekang penularan Covid-19 dapat dijayakan dalam tempoh pelaksanaan PKP penuh ini.

“Kebersamaan setiap masyarakat merupakan kunci utama dalam kejayaan kita melandaikan lekuk jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

VIDEO PENDEK ISWARDY PESANAN RENGKAS ISWARDY SEBAIK DIBEBASKAN TADI

Iswardy Morni tak mengaku salah hasut, hina Agong


NOOR AZLIDA ALIMIN | | 01 Jun 2021



Iswardy (kanan) keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa selepas diikat jamin atas tuduhan menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebooknya, Sabtu lalu.

Iswardy, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui profil Facebook Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada jam 3 petang, 29 Mei lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud memohon anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menanggung keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mahyon membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu dilarang membuat sebarang ulasan terhadap kes ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, Iswardy memuat naik video secara langsung bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/141672/BERITA/Semasa/Iswardy-Morni-tak-mengaku-salah-hasut-hina-Agong

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Dana perlu dipertambah dalam perang lawan pandemik

 

Oleh B. Suffian

Dalam perang melawan pandemik, kerajaan perlu menambah dana, tegas Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, langkah itu khususnya bagi:

1. Laksanakan ujian saringan besar-besaran

2. Menambah pengesanan kontak

3. Mempercepatkan pemberian vaksin

“Namun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi alasan ‘kerajaan tiada wang’.

“Selagi ini menjadi sikap kerajaan Perikatan Nasional, selagi itulah rakyat terdedah kepada pandemik manakala ekonomi pula terjejas teruk,” katanya dalam wacana Dialektika TV malam tadi. – Roketkini.com

Sedutan wacana Dialektika TV di sini: https://fb.watch/5Ru5F5sr29/

PH ulangi gesaan suntikan dana RM45 bilion


Oleh B. Suffian

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan. 

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan berkata, suntikan tunai RM5 bilion sahaja langsung tidak memadai apabila PKP 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu. 

“Setelah meneliti pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PH berasa kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu. 

“Dan (ini) bukannya RM45 bilion suntikan tunai yang diperlukan ekonomi negara untuk mengatasi kesan teruk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terhadap ekonomi keseluruhannya. 

“Kegagalan seluruh kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 telah mengakibatkan rekod tertinggi kes serta kematian akibat Covid-19,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 kali ini. 

Jelasnya, suntikan terus RM45 bilion ke dalam ekonomi, berbanding RM5 bilion yang dilakukan kerajaan, akan benar-benar membantu mengurangkan kesan kerugian RM60 bilion tersebut.

“Perdana Menteri juga nampaknya meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama dengan memberi bantuan one-off. 

“Walhal apa yang diperlukan sewaktu kita berada di dalam pandemik global ini adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi negara kita,” katanya. 

Bantuan kewangan perlu bukan sahaja bagi kelompok B40, tegas Majlis Presiden PH, tetapi juga M40 untuk memastikan mereka tidak akhirnya tergolong ke dalam kelompok B40 nanti.

Oleh itu, tambahnya, PH mengulangi pendirian bahawa suntikan dana RM45 bilion ke dalam ekonomi mesti memberi kesan terus kepada pekerja dan perniagaan. 

Baca kenyataan penuh Majlis Presiden PH: https://www.facebook.com/197799207237326/posts/1501311380219429/?d=n

TAK CUKUP GAJI, ELAUNS MENTERI JUGA PERLU DISERAHKAN....DUIT KAKITANGAN AWAM PUN NAK SAPU....KERAJAAN PALING TERUK ABAD INI

 

Bukan hanya gaji, menteri patut serah elaun dan imbuhan, kata Tok Mat



Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis genting ini adalah kewajipan yang sepatutnya sudah lama dipamerkan.

PETALING JAYA: Keputusan Jemaah Menteri tidak mengambil gaji selama tiga bulan harus termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang biasanya lebih tinggi mengatasi gaji menteri, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis genting ini adalah kewajipan yang sepatutnya sudah lama dipamerkan.

“Keputusan Jemaah Menteri untuk tidak mengambil gaji bagi tempoh tiga bulan disambut baik. Namun, ia janganlah sekadar gaji.

“Ia mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalunya lebih banyak dan tinggi, mengatasi gaji menteri,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai peruntukan Bantuan Prihatin Rakyat bernilai RM2.1 bilion, Mohamad berkata, pengumuman itu sangat bertepatan dengan keadaan semasa, namun mencadangkan strategi penyaluran diperbaiki dengan memastikan golongan paling terjejas menerima bantuan lebih banyak.

“Ekuiti dalam pengagihan bukan bermakna semua mendapat bantuan yang saksama. Mereka yang memerlukan lebih wajar menerima lebih banyak dan yang kurang terjejas, menerima sekadarnya,” katanya.

Ketika mengumumkan bantuan khas PKP 3.0 semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun nanti.

Bagi kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300 sementara golongan bujang akan menerima BPR RM100.

Menyifatkan pengumuman pakej bantuan Pemerkasa Tambahan adalah langkah yang sangat diperlukan ketika ini, beliau berkata, mengambil kira kekangan fiskal kerajaan ketika ini, amat penting setiap sen peruntukan untuk meningkatkan kapasiti sektor kesihatan awam dimanfaatkan dengan telus dan mendatangkan impak sebaiknya.

“Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti terjadi ketirisan, ketidakcekapan sistem serta pembaziran. Peruntukan yang banyak mesti mendatangkan impak berganda.

“Kita mesti mengambil pengajaran dari pembangunan sistem pendaftaran vaksinasi, yang walaupun besar tetapi tidak berfungsi dengan baik dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat,” katanya sambil menyeru kerajaan pusat segera menyalurkan insentif Pemerkasa Tambahan dengan telus, amanah dan cekap.

Pemerkasa Tambahan bernilai RM40 bilion itu khusus untuk membantu rakyat dan perniagaan menghadapi sekatan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam perutusan khas disiarkan secara langsung di televisyen, Muhyiddin berkata pakej bantuan pemerkasaan itu termasuk suntikan fiskal kerajaan berjumlah RM5 bilion.

PH BIDAS MAHIADDIN, PAKEJ TUNAI PEMERKASA PLUS YANG HANYA SEKECIL RM5 BILION TIDAK MEMADAI

 

Setelah meneliti pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pakatan Harapan berasa kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu, dan bukannya RM45 bilion suntikan tunai yang diperlukan ekonomi negara untuk mengatasi kesan teruk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terhadap ekonomi keseluruhannya.

Kegagalan seluruh kerajaan untuk membendung wabak COVID-19 telah mengakibatkan rekod tertinggi kes serta kematian akibat COVID-19.

Kerajaan Perikatan Nasional ini sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan.

Suntikan tunai RM5 bilion sahaja langsung tidak memadai apabila PKP 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu.

Kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 ini. Suntikan terus RM45 bilion ke dalam ekonomi, berbanding RM5 bilion yang dilakukan Kerajaan, akan benar-benar membantu mengurangkan kesan kerugian RM60 bilion tersebut.

Perdana Menteri juga nampaknya meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama dengan memberi bantuan one-off, walhal apa yang diperlukan sewaktu kita berada di dalam pandemik global ini adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi negara kita.

Bantuan kewangan perlu bukan sahaja bagi kelompok B40, tetapi juga M40 untuk memastikan mereka tidak akhirnya tergolong ke dalam kelompok B40 nanti.

Oleh itu, Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa suntikan dana RM45 bilion ke dalam ekonomi mesti memberi kesan terus kepada pekerja dan perniagaan, termasuk:

• Meningkatkan bantuan kebajikan bulanan ke RM1,000 termasuk bagi yang tidak bekerja, yang dijangka berjumlah RM7 bilion bagi 7 bulan ke depan sehingga lengkapnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjelang 31 Disember 2021 yang diharap mampu mencapai imunisasi kelompok meliputi 80% penduduk;

• Pelanjutan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik, tanpa melibatkan kelompok T20, sehingga PICK lengkap pada hujung tahun ini. Ini akan membantu 8 juta rakyat dan syarikat di Malaysia. Kos ini semestinya ditanggung industri perbankan, yang telah merekodkan keuntungan selepas cukai yang sihat berjumlah hampir RM23 bilion bagi 2020 berbanding RM32.3 bilion pada 2019;

• Memberi insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa 2 tahun, melibatkan insentif gaji RM500 sebulan bagi pekerja warganegara dan insentif pengambilan kerja RM300 sebulan bagi majikan, yang dijangka mampu mewujudkan pekerjaan bagi 300,000 rakyat Malaysia dan menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran di kalangan belia kekal tinggi iaitu pada kadar 13.4% setakat Mac 2021;

• RM3.5 bilion bagi Kementerian Kesihatan untuk mempercepat serta mempermudah PICK, serta meningkatkan usaha saringan, mengenal pasti kontak rapat, serta merawat kes positif COVID-19, meningkatkan kapasiti serta keupayaan hospital termasuk peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelak runtuhnya sistem kesihatan awam kita; dan

• RM28 bilion dalam bentuk geran; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang terjejas teruk. Industri pelancongan kehilangan RM100 bilion tahun lalu, dan tanpa ‘talian hayat’ dari kerajaan sudah pasti industri ini akan hadapi masa depan yang amat kelam.

Pakej bantuan awal bernilai RM45 bilion ini, pada ketika penutupan penuh hampir semua sektor sewaktu PKP 3.0, bukanlah jumlah yang besar apabila dibandingkan dengan RM340 bilion yang telah dibelanjakan sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Pakej bantuan RM45 bilion ini diperlukan untuk menggerakkan seluruh masyarakat bukan sahaja untuk mengalahkan COVID-19, tetapi juga untuk mengurangkan kesan buruk ekonomi akibat penutupan penuh sekarang di samping mengelakkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk.

Penyelesaian utama adalah vaksinasi. Kadar pemberian vaksin yang rendah, walaupun peruntukan RM5 bilion telah memakai dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, serta proses pendaftaran atas talian bagi vaksin AstraZeneca yang begitu kelam-kabut walaupun disediakan peruntukan RM70 juta, hanya menunjukkan betapa gagalnya kerajaan yang ada sekarang dalam menangani krisis ini.

Kegagalan seluruh kerajaan ini juga telah menyebabkan krisis COVID-19 ini menjadi satu malapetaka sehingga kita menyaksikan jumlah kes dan kematian tertinggi hari ini.

Maka pengumuman bahawa Jemaah Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tidak mampu mengimbangi kegagalan total kerajaan ini, atau meredakan rasa takut rakyat akibat COVID-19 mahupun betapa terdesaknya begitu ramai rakyat Malaysia yang mahu diberi vaksin sekarang.

Berapa sangat yang para Menteri dan Timbalan Menteri hilang dengan tidak mengambil gaji, apabila mereka masih menerima elaun bulanan Ahli Parlimen, malah lebih penting dari itu mereka masih mempunyai peruntukan tahunan RM5 juta.

Menteri-menteri tidak perlu menggunakan elaun Ahli Parlimen mereka untuk biaya staf dan pejabat atau untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan mereka.

Sebagai langkah pertama menuju usaha menggarap seluruh masyarakat demi menangani wabak COVID-19, Parlimen mesti bersidang secepat mungkin dan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu diberi peruntukan kawasan yang sama untuk membantu semua penduduk di kawasan mereka, sehingga pandemik COVID-19 ini tamat. COVID-19 memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira mereka penyokong PN mahupun PH.

YB DS Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

01 Jun 2021.


LELAKI NON MUSLIM PUJI PAS KERANA MEMBISU TENTANG KLANG ARAK

 

Kilang arak: Lelaki non muslim ‘puji’ Pas membisu


Tempoh hari kita dikejutkan dengan perkhabaran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa Kasino Genting Highland buka beroperasi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga mencetuskan Kluster Genting Highlands.

Kini tular di media sosial surat kebenaran (CIMS 3.0) dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad bagi menjalankan operasi ketika tempoh ‘Total Lockdown’ sepertimana yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pemuda AMANAH Nasional berasa hairan kerana pengumuman oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan hanya industri makanan dan minuman yang merupakan ‘Essential Services’ yang akan dibenarkan beroperasi.

Kini timbul persoalan adakah produk-produk kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad merupakan produk keperluan asas bagi rakyat Malaysia dan juga para barisan hadapan menghadapi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas.

Pemuda AMANAH Nasional menuntut penjelasan terperinci dari Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Azmin Ali kerana kementerian beliau yang memberi kebenaran kepada Carlsberg Brewery Malaysia Berhad untuk beroperasi dan apakah dalil-dalil beliau untuk mempertahankan keputusan tersebut.

Pemuda AMANAH Nasional juga ingin memuji Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diam seribu bahasa dan terus menjadi sebahagian daripada kerajaan yang tidak mengamalkan pendekatan ‘Syariah Compliance’ sepertimana yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Pemuda AMANAH Nasional mendesak Kerajaan agar menyemak semula kebenaran yang diberikan kepada industri-industri ‘non essential’ untuk meneruskan operasi dalam tempoh ‘Total Lockdown’, usah bermain judi dengan nyawa rakyat.

1 JUN 2021

KEVIN SHAWN GOMEZ
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Nasional



KAU JAGA NATANG KE




 

PERANAN JKOM YANG GAGAL

 Kesian geng JKOM malas buat keja oiii...


Mesti JKOM yang buat poll ni. 🤣


Jom abang kakak semua. 😝


(Poll ni mintak nama, letak je nama samaran. Tak payah nama betul pun) 


Link: https://strawpoll.com/z943gsqey





TERPANGGIL UNTUK PENCERAHAN MORATORIUM YANG MASIH KALUT


Eng Huat Koh

Moratorium adalah penanguhan pembayaran ansuran. Ianya merupakan salah satu MEKANISME PINJAMAN yang tidak menafikan hak penggenaan kadar bunga keatas baki pinjaman yang tertangguh. 




PRESKRIPSI YANG GAGAL DIGEMBELENG 


1. Kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan terpilih ibarat bertindak sebagai Jurucakap Institusi Kewangan dari menjalankan tanggungjawabnya  sebagai Sebuah Badan Pentadbir yg Prihatin Rakyat. Maksudnya di waktu rataX2 rakyat terkesan Kerajaan sepatutnya mengarahkan pihak bank memberi Moratorium secara Automatik selama 6 bulan dan bukan 3 bulan disebabkan ketidak tentuan yg bukan disengajakan. 


2. Para peminjam sepatutnya diberikan Moratorium secara Automatik utk mereka memutuskan option tersebut didlm menunaikan obligasinya dan bukan pihak bank.


3. Sementara itu, Kerajaan seharusnya menggembeleng Isu Ini  dgn menjurus kepada kadar bunga yg boleh dikenakan. Ini kerana  Institusi Kewangan yg diberi option utk  memutuskan, sudah pasti akan menggunakan kadar bunga yang telah termeterai didalam ikatan perjanjian iaitu BR (Base Rate)+ peratusan (%) margin keuntungan. BR merangkumi Kos Pinjaman bank, Kos Operasi & Kadar  Kecairan Rezab  Minimum. Implikasinya para peminjam yg rataX2 terkesan akibat dari keakuran kpd Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa menanggung kos obligasi tambahan yg tinggi yg bukan disengajakan dan pihak bank masih menikmati keuntungan yg diinginkan. Keenganan kerajaan menggunakan kuasa yg diperuntukan, tidak mencerminkan peranan Kerajaan yg Prihatin rakyat. Kerajaan sepatutnya dapat mengarahkan mahupun menasihati Institusi Kewangan agar kadar bunga utk tempoh Moratorium ditetapkan pada kadar OPR [yg kini ditetapkan pd 1.75% ] sahaja tanpa keuntungan ataupun membenarkan tambahan kos kadar operasi sahaja. Utk pengetahuan OPR - Overnight Policy Rate @ Kadar Policy Malaman adalah Kadar Kos Pinjaman Malaman Diantara Bank. 


4. Dengan membenarkan kuasa kelayakan Moratorium oleh Pihak Bank,  sudah pasti para peminjam tidak  dapat menikmati hasrat dan tujuan sebenar Moratorium didlm meringankan bebanan obligasinya. Keputusan yg memihak ini akan menyebabkan  mereka yg mempunyai ansuran tertungak gagal menikmatinya meskipun mrk dari kalangan B40. 


5. Persepsi kekukuhan dan keutuhan bank akan terjejas akibat Moratorium Automatik adalah kenyataan kurang tepat dan dangkal. Ini kerana kerana salah satu kayu pengukur kekuatan Kewangan Institusi Perbankan adalah NPL (Non Performing Loan). Tegasnya tanpa Moratorium kesan dari kerunduman sistem ekonomi luar jangka yang bukan dibawah kawalan si peminjam mahupun pemberi pinjaman, NPL sudah pasti akan meningkat hasil dari ketidak mampuan membayar balik. Sebaliknya dgn Moratorium, NPL akan lebih terurus dan keutuhan bank tidak terjejas. 


RUMUSAN 

Situasi yg amat luar biasa ini dan dgn perlaksanaan pelbagai Perintah Kawalan, memerlukan pihak Kerajaan memilih diantara keuntungan terpilih ataupun kemanusian sejagat demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.


Demi Negara Tercinta

MASA MANA KAKITANGAN KERAJAAN SETUJU?

 

Penjawat awam turut serah sebahagian elaun selama 3 bulan untuk Akaun Amanah Bencana



Sumbangan itu adalah tanda kebersamaan penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 56 akan menyerahkan sebahagian elaun mereka selama tiga bulan sebagai manifestasi solidariti kepada tindakan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji selama tiga bulan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali berkata, elaun berkenaan adalah Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) bagi pengurusan tertinggi Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 4.

“Sumbangan dari lebih 800,000 penjawat awam yang dianggarkan berjumlah RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik Covid-19.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga,” katanya.

Katanya, Jusa A dan ke atas, kadar sumbangan adalah 50% manakala Jusa B (20%) dan Jusa C (10%) sementara Gred 44 hingga Gred 56, kadar sumbangan elaun adalah 5% membabitkan elaun ITK.

Bagi Gred 29 hingga 41, kadar sumbangan elaun adalah sebanyak RM10 membabitkan ITKA.

“Surat edaran dan perincian pelaksanaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

RM40 bilion pakej bantuan terlalu kecil, kata pakar ekonomi


Seorang pakar ekonomi berkata lanjutan program subsidi upah meningkatkan pendapatan boleh guna dan kuasa membeli pengguna.

PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpandangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan bernilai RM40 bilion yang diumum kerajaan semalam terlalu kecil untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata pengumuman PKP pada tahun ini dijangka menelan belanja RM57.9 bilion, memetik anggaran kos harian Putrajaya.

Katanya, PKP penuh ini dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM33.6 bilion untuk tempoh dua minggu, diikuti dengan RM15.5 bilion untuk empat minggu di bawah Fasa 2.

Beliau memberitahu FMT, dengan hanya suntikan fiskal langsung bernilai RM5 bilion, terlalu banyak geran dan kredit “kecil dan tidak bermakna” jangka pendek dan tidak signifikan, seperti RM100 untuk bujang dan pinjaman kredit mikro.

Geoffrey Williams.

Katanya, pinjaman masih perlu dibayar semula, sambil menambah sepatutnya lebih banyak wang dibelanjakan untuk program subsidi upah, yang hanya akan dilanjutkan selama sebulan di bawah pakej berkenaan.

“Subsidi upah harus dibuat selama jangkaan tempoh ‘lockdown’ dan pemulihan, lebih lama dari sebulan. Ini akan menyokong pendapatan boleh guna dan perbelanjaan pengguna selain membantu permintaan, seperti yang diperlukan syarikat,” kata beliau.

“Ini boleh dihentikan sebaik ekonomi pulih lewat tahun ini, bukan secara tiba-tiba,” katanya.

Williams berkata, beliau lebih suka sekiranya isi rumah B40 dan M40 diberi bantuan wang sehingga RM1,500 sebulan hingga Disember, tempoh di mana imuniti kelompok dapat dicapai pada waktu itu.

Beliau berkata, ini akan menelan belanja Putrajaya sekitar RM60 bilion, tetapi akan menguntungkan 2.9 juta isi rumah di setiap kategori.

Sambil mengakui perlunya memiliki dana yang ditujukan untuk infrastruktur kesihatan awam memandangkan pandemik yang semakin memburuk, beliau berkata hanya ada sedikit yang diperuntukkan di tempat lain.

Berjoyai Bardai.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, pakej bantuan ini masuk akal, sambil memberi contoh bantuan kepada pemandu teksi dan bas, penambahan Bantuan Prihatin Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah baik daripada Putrajaya.

Tetapi beliau juga merasakan pakej bantuan itu terlalu kecil, dengan berkata ia memerlukan suntikan fiskal lebih dari RM5 bilion untuk membantu anggaran 8.5 juta isi rumah di negara ini.

Jelas beliau, peningkatan bantuan untuk isi rumah sudah cukup, kecuali jika tempohnya dilanjutkan melebihi dua minggu.

“Tetapi selepas ini, ketika masuk ke fasa dua dan tiga mereka harus mengumumkan lebih banyak pakej, terutama jika tempoh PKP dilanjutkan,” katanya.

Presiden Pertubuhan Peruncit Bumiputera, Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan telah mendengar keperluan peniaga kecil dan B40.

Ameer Ali Mydin.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional kerana telah membantu peniaga yang terjejas oleh keadaan sekarang,” katanya.

Namun, beliau berharap agar moratorium kepada kumpulan PKS bersifat automatik dan bukannya bersyarat dan akan dilanjutkan hingga akhir tahun ini.

“Ini harus terbuka dan bukan hanya yang berminat untuk ikut serta. Kami juga meminta agar moratorium dilakukan berdasarkan dana pembiayaan, di mana bank melepaskan keuntungan mereka dari pinjaman selama tiga bulan ini,” kata beliau.

Ameer juga berkata syarikat sederhana, bahkan lebih besar yang terjejas perlu dimasukkan dalam senarai moratorium pinjaman.

“Rakyat menghargai menteri dan timbalan menteri telah mengambil potongan gaji selama tiga bulan. Saya berharap eksekutif tertinggi GLC dan bank yang memperoleh keuntungan berbilion-bilion juga akan mengambil potongan gaji dan menyumbang ke arah dana Covid-19,” katanya.

Katanya, beliau juga berharap kerajaan dapat meningkatkan potongan bil utiliti dari 10% menjadi 50%.