HAMDAN TAHA
Asalamualaikum kepada sahabat
Ada yang minta saya ulas isu berkait dengan raja raja melayu dan
Yang di petuan Agung apabila ada seorang lelaki di tangkap dan di siasat kerana
di katakan menghina raja raja dan Agung. Orang yang di tangkap tu saya tak
kenal
Sebenarnya bagi pandangan peribadi saya semua penyokong parti
politik dan pemimpin politik di Malaysia adalah kelompok paling tidak layak
membicarakan isu ini atau pun beria ia pula sekarang menjadi orang yang
mempertahankan raja raja dan dan seolah olah berdosa besar atau salah satu dosa
besar jika ada rakyat mula bertanya tentang peranan Raja Raja Melayu
1. Umno sememangnya ada sejarah besar dalam negara melondehkan
segala perbuatan Raja Raja ketika krisis Raja Raja dan Kerajaan.
2. Pas juga penyokong dan partinya ada sejarah di Kelantan dan
di Perak membuat sesuatu tindakan melibatkan Raja dan Sultan.
GAMBAR ASAL WRLR
GAMBAR ASAL WRLR
3. DAP memang terkenal parti yang langsung tidak menghormati
raja raja melayu(PANDANGAN PERIBADI DAN TIDAK ADA KES)
4. Bersatu juga sama,presiden bersatu adalah salah seorang yang
lantang mengkritik sultan johor ketika krisis raja raja tambahan pula kes
bermula di sana. Timbalan Presiden Bersatu sultan pun dia tipu dalam biodata
peribadi ketika di angkat untuk menjadi MB begitu juga beliau ada sedikit
hubungan tidak harmonis ketika menjadi MB Perak walaupun tidak secara terbuka
5. PKR saya yakin memang mereka juga kelompok yang bukan lah
sebuah parti yang mesra kepada Raja Raja Melayu (PANDANGAN PERIBADI DAN TIDAK ADA KES)
6. Kecuali barangkali parti Amanah boleh di katakan parti yang
pimpinannya berlumba lumba mengambil pingat tetapi bukan dengan raja sebaliknya
dengan Gabenur melaka yang ramainya. (TIDAK ADA KECUALI DAN SEMEMANGNYA TIDAK ADA KES)
Jadi tak usah lah terlalu menjadi hero sangat dalam isu
mempertahankan raja raja
Tetapi cara orang yang di tangkap itu provok Agung adalah tidak
beradap bukan itu caranya dan sememang patut dia di soal siasat tambahan pula
dia dari serawak negeri yang tidak ber raja
Apa pun penangkapan beliau ni jika tidak di tangani dengan baik
perkara ini boleh menjadi pencetus ketidak puas hatian rakyat kepada raja raja
yang sememangnya ada dan bertambah sentiasa akan menjadi titik mula kearah
pertikaian terhadap peranan raja raja terutama Agung
Perkara ini telah di tanam pada tahun awal 90 an oleh Umno dan
sekarang cara ketidak puas hatian itu berbeza kerana maklumat apa saja
perbuatan raja dan keluarganya terlalu di ketahui rakyat.
Maka kes ini wajib di tangani dengan baik dan raja raja juga
tidak boleh sekadar berharap kepada kekebalan dan kuasa polis sahaja mereka
juga kena faham dunia telah berubah dan negara sudah tidak ada sempadan dan
dinding dinding istana juga pagar istana apa yang berlaku di istana juga akan
terdedah ke luar istana dan bukan lagi dikedai kopi seperti dulu,tapi di media
baru yang dalam seminit boleh di ketahui jutaan manusia..
Agung dan raja raja wajib lah menunjukkan sifat terpuji dan
bersama rakyat juga masyarakat bukan keutamaan mereka adalah mereka dan orang
orang politik yang berkuasa
Agung dan raja raja wajib kembali kepada Allah dan agama juga
rakyat maka mereka akan kekal di hormati dan di sanjungi...jika terlalu memihak
dengan pemimpin semasa ada risiko akan di tangung oleh Agung dan raja raja.
Contoh kerajaan sekarang sedang berdepan dengan ketidak percayaan rakyat jika
Agung tidak menjadi tokoh yang adil taku takut jika ada bah besar hanyut dengan
arus itu berjalan serentak....dan arus tidak memilih jika sudah terlalu besar
bahnya...
Apapun saya tidak setuju sama sekali cara lelaki serawak itu
provok yang di pertuan Agung....