LELAKI NON MUSLIM PUJI PAS KERANA MEMBISU TENTANG KLANG ARAK

 

Kilang arak: Lelaki non muslim ‘puji’ Pas membisu


Tempoh hari kita dikejutkan dengan perkhabaran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa Kasino Genting Highland buka beroperasi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga mencetuskan Kluster Genting Highlands.

Kini tular di media sosial surat kebenaran (CIMS 3.0) dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad bagi menjalankan operasi ketika tempoh ‘Total Lockdown’ sepertimana yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pemuda AMANAH Nasional berasa hairan kerana pengumuman oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan hanya industri makanan dan minuman yang merupakan ‘Essential Services’ yang akan dibenarkan beroperasi.

Kini timbul persoalan adakah produk-produk kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad merupakan produk keperluan asas bagi rakyat Malaysia dan juga para barisan hadapan menghadapi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas.

Pemuda AMANAH Nasional menuntut penjelasan terperinci dari Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Azmin Ali kerana kementerian beliau yang memberi kebenaran kepada Carlsberg Brewery Malaysia Berhad untuk beroperasi dan apakah dalil-dalil beliau untuk mempertahankan keputusan tersebut.

Pemuda AMANAH Nasional juga ingin memuji Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diam seribu bahasa dan terus menjadi sebahagian daripada kerajaan yang tidak mengamalkan pendekatan ‘Syariah Compliance’ sepertimana yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Pemuda AMANAH Nasional mendesak Kerajaan agar menyemak semula kebenaran yang diberikan kepada industri-industri ‘non essential’ untuk meneruskan operasi dalam tempoh ‘Total Lockdown’, usah bermain judi dengan nyawa rakyat.

1 JUN 2021

KEVIN SHAWN GOMEZ
Naib Ketua
Pemuda AMANAH Nasional



No comments: