TUUUU DIAAAA,,,,,KAYA..KAYA..KAYA




oleh : Hamsina Hamzah


ZUHUDNYA... HANYA 19 KERETA DIMILIKI ZAHID HAMIDI...


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu terdapat 19 kenderaan, antaranya jenama mewah 𝗕𝗠𝗪, 𝗧𝗼𝘆𝗼𝘁𝗮 𝗩𝗲𝗹𝗹𝗳𝗶𝗿𝗲, 𝗟𝗲𝘅𝘂𝘀 𝟰𝟲𝟬, 𝗠𝗲𝗿𝗰𝗲𝗱𝗲𝘀 𝗕𝗲𝗻𝘇, 𝗔𝘂𝗱𝗶, 𝗛𝗼𝗻𝗱𝗮 𝗢𝗱𝗲𝘀𝘀𝗲𝘆, 𝗧𝗼𝘆𝗼𝘁𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗱 𝗖𝗿𝘂𝗶𝘀𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗿𝘆𝘀𝗹𝗲𝗿 𝗝𝗲𝗲𝗽 𝗪𝗿𝗮𝗻𝗴𝗹𝗲𝗿 serta motosikal berkuasa tinggi didaftarkan di bawah nama Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, 48, turut memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid membayar insurans kenderaan dan cukai jalan berjumlah RM35,726.80 setiap tahun bagi kesemua kenderaan dimilikinya.


Cakap pasal agama berdegar degar....lagi mahu gebang.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum





PERTEMBUNGAN DIKTAKTOR DAN DEMOKRAT




Oleh :   Abdul Rauf 


1. Pertembungan Anwar,Mahathir dan Najib digelanggang politik Malaysia tidak dapat dielakkan bukan kerana Anwar jahat ia tidak benar dan tidak tepat samasekali,tetapi disebabkan perbezaan fahaman atau Ideologi dalam politik.

2. Mahathir dan Najib pemi
mpin politik yang berfahaman DIKTATOR yang mempraktikkan REAL POLITIK dan mengamalkan POLITIK KOTOR sanggup menggunakan TAKTIK KOTOR dan ADUDOMBA BANGSA serta AGAMA dalam politik untuk mengekalkan kuasa dan mahu mengekalkan POLITIK KOTOR di Malaysia menurut dan mengikut Sains Politik.

3. Anwar Ibrahim yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH dan mahu menegakkan NEGARA HUKUM mengajak rakyat Malaysia bangkit melawan,menolak dan menghapuskan POLITIK KOTOR dan pemimpin DIKTATOR di Malaysia.

4. Pertarungan Anwar, Mahathir dan Najib dalam gelanggang politik Malaysia adalah pertarungan KLASIK dalam politik antara seorang DEMOKRAT dan DIKTATOR menurut Sains Politik.

5. Mahathir dan Najib yang berfahaman DIKTATOR akan HINA dan mendapat MALU sebelum mati seperti diktator-diktator terdahulu di negara-negara lain contoh Presiden Marcos Philippines,Presiden Soeharto Indonesia,Presiden Zainal Abidin Tunisia dan banyak lagi menurut dan mengikut Sains Politik.

6. Tanda-tanda awal Mahathir dan Najib akan HINA dan mendapat MALU sebelum mati menurut Sains Politik.

Mahathir.

1. Sanggup menelan kahak dan menjilat ludahnya kembali.

2. Memberi Isyarat akan memungkiri janji peralihan kuasa.

3. Kekalahan Bersatu yang memalukan di PRK Tanjung Piai adalah kelalahan Mahathir.

Najib.

1. Najib sekarang berdepan 42 pertuduhan jenayah salahguna kuasa,rasuah dan pengubahan wang haram dan sedang dibicarakan.

7. Kelebihan memihak kepada Anwar Ibrahim yang berfahaman DEMOKRAT tetap akan DIBELA dan DIPERTAHANKAN oleh rakyat sehingga menjadi Perdana Menteri/Presiden,contoh Presiden Ninoy/Corazon Aquino Philippines dan banyak lagi menurut dan mengikut Sains Politik.

8. Setakat ini Anwar Ibrahim berjaya menjatuhkan seorang pemimpin DIKTATOR menurut dan mengikut Sains Politik.

Pandangan Sains Politik.




LEPAS TUTUP RESTORAN AKIBAT TAK LAKU,LEBAI TAR SENIK MINTA SEDEKAH PULA

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, kereta dan luaran


Aku macam nak bunuh diri je kalau mak aku tau air api rumah kena potong 🤐
Dia ni steady je.. Siap boleh minta duit nak nyambung 😂

Pakai kereta mewah, elok jual untuk tampung semua tu..

JANGAN PERCAYA JIKA INI HANYA SETAHUN JAGONG CUMA

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: teks




TAPI JADI KHADAM UMNO DAN MCA

Imej mungkin mengandungi: teks


Ratip apa kalau dah apa yang Umno buat dan Mca buat hang diam membisu,"Bila akal dipajak kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.. Maka nilai akal akan dilelong dengan harga yang murah dari pasaran sebenar.."
Kesian..

MIQDAD ZAKARIA

Belum sebulan PAS suruh penyokong mereka untuk undi MCA dengan alasan kononya MCA dianggap penjual barang Melayu, bosnya Melayu (UMNO) 

Rupa-rupanya PAS tolong MCA "jual Melayu". SEKARANG...siapa khadam siapa? 

1) MCA bantah kontrak petani NAFAS nak bagi kat kroni MCA (24 Nov)

2) Hina Jalur Gemilang, naik bendera Bintang bucu 5 (26 Nov)

3) Komplot bawa balik abu Chin Peng (27 Nov)

4) Bantah tulisan Jawi (30 Nov)

Habis maruah Melayu Islam kena pijak-pijak. 

Apa lagi para macai walaun nak cakap. Masih lagi nak ratib 'hancing..hancing....hancing' lagi ke. 

Siapa yang lencun kena kencing sekarang?

#PASkeldaiMCA
#MCAkecewa
#MCAhancing
#pembangkangselamanya 
#kekalpembangkang 

#johor

KONGRES PINTU BELAKANG TAJAAN AZMIN DI RENAISSANCE DAN SALOMA BISTRO, KL?



Kemungkinan kongres pintu belakang tajaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjadi kenyataan semakin sukar untuk dinafikan.

Berdasarkan poster yang tersebar 
luas melalui media sosial sejak senalam, difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka itu bakal diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur.

Ia dinamakan Rapat Keadilan Perjuangan dengan tema “Kembali Ke Landasan Reformasi” akan diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Disember 2019.

Melihat kepada tarikhnya adalah bersamaan dengan kongres yang sah di Melaka, ini bermakna ia bukan saja bertujuan menganjurkan kongres berasingan, malah menunjukkan Azmin pasti akan berada bersama para penyokong di ibu kota pada hari tersebut.

Sekaligus, ini bermakna beliau tidak akan hadir dan memboikot kongres di Melaka itu.

Dalam pada itu, satu majlis makan malam meraikan para penyokong yang memihak kepada Azmin juga akan turut diadakan pada 7 Disember, jam 8.00 malam di Saloma Bistro yang terletak berhadapan hotel Renaissance, tempat berlangsungnya kongres pintu belakang tersebut.

Beberapa orang ahli PKR, termasuk juga ahli parti komponen PH telah mula menerima jemputan melalui aplikasi Whatsapp untuk menghadiri majlis makan malam tersebut.

Difahamkan, mereka yang bertanggungjawab menyelaras jamuan makan malam di Saloma itu ialah Naib Presiden PKR,  Tian Chua dengan dibantu aktivis jalanan yang tidak asing lagi, Hishammuddin Rais.

Kedua-dua mereka dikatakan diberi tanggungjawab untuk memastikan  majlis jamuan itu berjaya dan untuk memberi gambaran Azmin mempunyai sokongan yang lebih besar berbanding Anwar Ibrahim.

Berjayakah kongres pintu belakang dan majlis makan malam itu mendapat sambutan? (ShahbudinHusin 03/12/2019)

SUDAH BERAPA KALI PAS BUAT LAPORAN POLIS BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU.

Oleh : Hamsina Hamzah.



BILA P.Pinang dilanda banjir, parti tunggang agama PAS buat laporan polis..

Tapi bila Kelantan dilanda banjir tiap² tahun, kenapa PAS tak report polis ??!.. Malah pimpinan lebai PAS-Kelantan bercuti ke luar negara main salji.

BILA Kelantan dilanda banjir, k'jaan DAP-P.Pinang hulurkan bantuan kewangan RM1.5 juta..

Tapi bila P.Pinang dilanda banjir, PAS hulurkan maki hamun berjuta-juta dari walaun..

NAMPAK TAK..

#TunggangAgamaSelagiBoleh

POLITIK YG TERLALU BANYAK KOMPROMI AKAN MEMBUNUH???



Oleh: Syukri  Ahmad

POLITIK YG TERLALU BANYAK KOMPROMI AKAN MEMBUNUH???

MASIH LAGI BERKISAR KPD AZMIN ALI, WATAK YANG DILIHAT  MELAWAN SECARA BERDEPAN DENGAN ANWAR IBRAHIM. MENGAPA BOLEH TERJADI BEGINI?

SEBENARNYA LANGKAH PENGKHIANATAN AZMIN ALI BOLEH DIMATIKAN LEBIH AWAL LAGI DARI MASA SEKARANG. DENGAN KETIDAKHADIRAN BELIAU MELEBIHI 3 KALI BERTURUT2 DALAM MESYUARAT MPP, JUGA MESYUARAT BIRO POLITIK PKR, SUDAH MEMADAI UNTUK MEMECAT AZMIN ALI ATAU AZMIN ALI SUDAH TERPECAT DGN SENDIRI. MALAH BUKAN SETAKAT LEBIH 3 KALI AZMIN TIDAK HADIR TAPI HAMPIR TIDAK PERNAH DATANG MESYUARAT SEJAK MEMENANGI PEMILIHAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN. TAPI MENGAPA BADAN DISIPLIN PKR, JUGA PIMPINAN TERTINGGI TIDAK MEMECAT AZMIN ALI. ADAKAH INGIN MEMBIARKAN BELIAU KELUAR SENDIRI, DAN PARTI DAPAT MEMBUAT TUNTUTAN RM10 JUTA DARI AZMIN ALI KERANA MELANGGAR PERJANJIAN?  KALAU LAH ITU NIATNYA, MAKA AMAT SILAP BESAR. 

ORANG SEPERTI AZMIN ALI INI, AKAN BERBUAT APA SAJA TINDAKAN BUKAN SETAKAT MELAWAN PRESIDEN DATO SERI ANWAR IBRAHIM, MALAH MENGHANCURKAN PARTI PKR SENDIRI PUN BELIAU SANGGUP. TINDAKANNYA, MUNGKIN BOLEH DISEBUT SEBAGAI MANIAC. 

UNTUK APA HUJAHAN DEMIKIAN.  YA, BAGI AZMIN ALI DIA SANGGUP MELIHAT PARTI PKR HANCUR DARI MERELAKAN DSAI MENJADI PM8. OLEH ITU TIDAK HAIRANLAH JIKA BELIAU TIDAK KELUAR PARTI, SEBAB BELIAU AKAN CUBA MEROSAKKAN PARTI PKR DARI DALAM. ITU MUNGKIN NAWAITUNYA SEKARANG. CUBA LIHAT SETIAP TINDAKANNYA SENGAJA MELAWAN PERLEMBAGAAN PARTI, SENGAJA MELAWAN PRESIDEN PARTI, APA YG DIBUATNYA SENTIASA KONTRA. TAPI MENGAPA PARTI TIDAK BERTINDAK APA2 TERHADAPNYA?

BARU2 INI SATU TINDAKAN YG DIANGGAP BERANI JUGA, BILAMANA DIA SEBAGAI MENTERI KERAJAAN CUBA BERUNDING MELALUI PINTU BELAKANG MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DGN MP2 UMNO DI KETUAI HISHYAMUDDIN H20 BAGI MENYINGKIRKAN ANWAR IBRAHIM YG DILIHAT MEMPUNYAI PELUANG BESAR MENJADI PM8. JADI MOTIFNYA CUBA SAILANG ANWAR 

MUNGKIN TINDAKANNYA AKAN JADI LEBIH BERANI LAGI SELEPAS INI IAITU CUBA MENGADAKAN KONGRES YG BERASINGAN DARI KONGRES SEBENAR PKR DI MITC MELAKA. BAGI AZMIN ALI DIA AKAN JADI PENGACAU KPD KEHARMONIAN PARTI PKR.

JADI TINDAKANNYA ITU TIDAK MENJADI KUDIS BAGINYA, KEPADANYA SEBAB MEMANG DIA PUN BERHASRAT NAK KELUAR SERTAI PARTI LAIN ATAU TUBUH PARTI BARU, TAPI SEBELUM ITU, DIA AKAN CUBA MENGHANCURKAN PARTI PKR SEBOLEH MUNGKIN YG DIA MAMPU. SEBAB MOTIF UTAMA GAGALKAN ANWAR PM8. 

AWAS!!!  AZMIN AKAN LAKUKAN PERKARA2 PELIK MENJELANG KONGRES KEADILAN PADA 7, 8 /12/2019. IANYA TIDAK MUSTAHIL.

MSAR 1/12 - 739


BISIK HADI PADA ZAHID



OLEH : MOHD ASRI BAKAR

"Psssttt...psst Datuk Seri. U pilih Calon MCA untuk Tanjung Piai nanti". Bisik Hadi kepada Zahid semasa Mesyuarat khas pemilihan Calon BN. Bisikan itu di akui sendiri oleh Wak Jahid Pornorogol.

Itulah bermulanya MALAPETAKA yang kini berterusan melanda negara kita yang tercinta ini. Antara KECELAKAN atau MALAPETAKA yang di maksudkan:

1. MP baharu tersebut dgn beraninya untuk menggegarkan dewan Parlimen dgn membangkitkan isu UEC.
2. Ketua Pemuda mereka mendesak agar tulisan Jawi di mansuhkan untuk di ajar di Sekolah2.
3. Menyediakan bendera dengan 'bintang 5' untuk menghina Kerajaan, kedaulatan Negara dan Raja2 Melayu'. 
4. Dengan beraninya mereka (Parti Em Cee A) membawa balik abu mayat Chin Peng.
5. Berterusan menganjurkan pesta tatto antarabangsa yg bermula sejak 2015.
6. Mengumpulkan penyokong2 Komunis dan membuat persetujuan bersama untuk memasukkan PKM di dalam permuafakatan Nasional dan Be End. 
7. Mereka turut mendesak agar Islam tidak lagi di letakkan sebagai AGAMA RASMI.

Apa komen Pemimpin2 PASUMNGOK? 

Jahid: "Kehendak kaum Cina (Em Cee A) perlu di pelihara dan di ambil kira terutamanya di dalam pembentukan budaya mereka. Malah, jika kami menang di PRU ke-15 nanti, kita akan memperbanyakkan lagi peruntukkan2 kepada mereka". 

TITM: "Itu hak mereka untuk bersuara dan menyatakan hak2 mereka. Siapa dan kenapa pulak PASik hendak menyekat pandangan yang mereka suarakan?".

Maka....orang2 yang tidak berdosa di Kelantan, Terengganu dan Pahang kini mula merasai BALA, seperti banjir yang teruk, kehancuran ekonomi, lambakan sarang2 pelacuran, maksiat yang menjadi-jadi dan lambakan tokan2 dadah. Ini  semua akibat tindakan Jahid, Hadi dan PASik yang menjadi punca KEMURKAAN DARI ALLAH SWT!!!.

Mana suara dari penyokong2 PASUMNO yang mengaku Islam semua tu?..dan korang tak percaya ker apa yang saya tulis ni?. Maka percayalah kebenaran ini dan ada bantahan tak? saya tanya jer nih.

P/S: Ketiga-tiga negeri tersebut kebetulannya bukanlah negeri di bawah pentadbiran PH. Tq

HANYA UMNO YANG ADA HUBUNGAN DENGAN CHINA KOMUNIS.



Dalam perbahasan kertas putih Pertahanan semalam, Dalam kita dok bicang kan pasal pertahanan..MP PAS dan UMNO tak habis habis bangkitkan pasal Komunis..

Bila giliran MP Jelutong si Rayer berucap..Shahidan Kasim kacau lagi cuba kaitkan DAP dgn Komunis.. Akhirnya rayer bagi aku bagi jawapan yang agak baik..

Kata Rayer , Dalam Negara ini tidak ada mana mana parti samada DAP, PKR, Bersatu hatta Warisan yang ada hubungan Rasmi, yang hantar wakil ke hadir Kongress atau Perjumpaan dengan parti Komunis di China kecuali UMNO... Terdiam terus Shahidan..

Kadang kadang aku pelik dengan MP PH yang lain, Tak kira dari PKR, Amanah.. mana pergi depa, Dah jadi Pondan ker? Dalam PKR dan Amanah pun sepatutnya ada kelompok Fighter mcm Rayer..

Rayer mungkin takda seni memahami Politik Melayu dan Islam.. Tapi dia seorang MP yang baik walaupun banyak benda yg kita tak setuju...dan MP UMNO dan PAS sering menganggu ucapan menteri, cuba bangkitkan isu untuk mainkan sentimen kaum dan Agama.. depa hanya nak berpolitik...

MP PH, tak kira PH, PKR,Bersatu berhentilah jadi pondan dalam dewan.. kalau game UMNO dan PAS pun hangpa tak boleh nak baca.. baik jangan jadi orang Politik.. :)

Ipohmali


KALAU NAK LANGGAR LANGGARLAH...



Berani langgarlah......KUALA LUMPUR: Anggota PKR yang menganjur atau hadir pada himpunan berasingan yang diadakan serentak dengan Kongres Nasional PKR akan dikenakan tindakan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menegaskan tindakan akan diambil kerana ia bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan parti.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apakah bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap kumpulan yang menganjurkan himpunan serentak dengan kongres berkenaan, sama ada diberi amaran, digantung atau dipecat.

“Kongres parti mana-mana sekali pun pun tetap ada satu saja perhimpunan, tak boleh ada dua perhimpunan.

“Ya (boleh diambil tindakan). Kita akan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang dan perlembagaan parti.

#KartelTerdesak

SENI KALIGRAFI HILANG TARIKAN?




Seni kaligrafi sudah tidak ada daya tarikan? Ternyata tanggapan itu hanyalah omong kosong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong, 53, tampil menganjurkan pertandingan seni kaligrafi Jawi dan tulisan Cina, yang disertai lebih 100 peserta.

Pertandingan itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai lingkungan umur dan bangsa.

Pesertanya pula sanggup datang dari negeri Johor, Melaka, Kelantan dan Perak untuk menyertai pertandingan itu di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

*Tapi, kalau macai dan walaun lebai komen, mesti mereka kata Dap ni berlakon je.  Tak ikhlas.  Tapi kalau Guan Eng luluskan peruntukan royalti dan peruntukan utk kjaan kelantan bayar gaji kakitangan kjaan negeri, itu ikhlas dan wajib disapu bahkan minta tambah lagi, tak cukup.  Hahaha...itulah lebai*

W.FAUDZIN



PEMANGKU KETUA CABANG GELANG PATAH TAK MAMPU BAWA PENYOKONG



Pemangku Ketua Cabang Gelang Patah, Ramesh Nagamalay tidak mampu menarik anggota jawatan kuasa cabang gelang patah ke kongress PKR di Melaka. 

Ini merupakan kali pertama majoriti AJK Cabang Gelang Patah tidak hadir ke Kongress Tahunan PKR. Ini merupakan satu isyarat kepada Pimpinan Pusat PKR dan Pimpinan Negeri PKR. 

Sekian Maklum.

MENUJU PRU 15 PAS AKAN TERKENA LAGI?

KONGRES PKR: USUL UNDI TIDAK PERCAYA ATAS ANWAR PALSU

TIADA BINCANG DAMAI DENGAN KEM AZMIN – ANWAR

KUTIPAN CUKAI SST 2019 MELEBIHI JANGKAAN

SELAMAT HARI LAHIR DSWA



Selamat Hari Lahir Kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah.Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Hidup Sentiasa Diberkati Allah Dan Terus Menjadi Pemimpin Wanita Yg Hebat... Aamiin Ya Rabbal Alaamiin

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

VIDEO: JIKA PIMPINAN SENDIRI TIDAK HORMAT, BAGAIMANA NAK HORMAT RAKYAT


Nizam aka


Kepada semua ahli Keadilan tanpa mengira mana-mana puak atau kumpulan..Buang segala ego dan sombong buat sementara..Dengar dan renung sejenak apa yg dinyatakan Datuk Seri Saifuddin Nasution ini..Adakah patut Dsai ditentang?Tak terfikirkah jasa dan pengorbanan besar yg dilakukan oleh Dsai utk meletak parti Keadilan seperti sekarang?

Tak terfikirkah kerana Penderitaan dan Kesengsaraan DSAI lah yang telah menyebabkan ramai pimpinan utama parti Keadilan skrg berada dlm keadaan selesa dgn memegang berbagai jawatan menteri dlm kjaan sekarang?Adakah layak mereka-mereka yang berjawatan menteri itu bersifat seperti Kacang Lupakan Kulit?Tak adakah secebis rasa belas kasihan terhadap penderitaan yg ditanggong oleh Dsai,Dswa dan keluarganya.. Renung-renungkanlah..

BUKAN TIDAK SABARNYA PENYOKONG ANWAR JADI MASALAH, TUN M YANG BERDOLAK-DALIK ITULAH PUNCA SEGALA MASALAH



Dalam tulisan di blognya semalam, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin itu saja.

Tambah beliau, campurtangan pihak lain boleh menjejaskan peralihan yang sudah dipersetujui itu.

Mengimbas kembali episod 1998 di mana Anwar dipecat oleh Tun Mahathir yang kemudiannya mencetuskan gelombang reformasi dalam negara, Kadir seterusnya menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya yang tidak sabar sekarang ini.
“Dan jika Anwar ada belajar apa-apa daripada episod itu, saya yakin dia perlu mengawal penyokongnya yang tidak sabar itu,” tegasnya lagi.

Ada beberapa persoalan timbul daripada tulisan beliau kali ini.

Pertama, tulisan Kadir ini dengan sendirinya mengesahkan pemecatan Anwar pada tahun 1998 itu bukanlah kerana masalah moral yang melingkari bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagaimana yang kerap didakwa oleh Tun Mahathir sebelum ini, tetapi semata-mata kerana ketakutan Perdana Menteri ketika kepada kehilangan kuasanya.

Dan ketakutan kepada kehilangan kuasa itu, sebagaimana digambarkan oleh Kadir, ternyata lebih membimbangkan Tun Mahathir berikutan ternampaknya sikap penyokong Anwar yang tidak sabar mahukannya menjadi Perdana Menteri.

Lantaran itulah, untuk kali ini Kadir menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya agar lebih bersabar menanti peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.

Benarkah kali ini penyokong Anwar tidak sabar?

Benarkah juga ketidaksabaran penyokong Anwar akan menjadi punca segala masalah dalam peralihan kuasa kali ini?

Kalau kita imbau kembali isu peralihan kuasa ini sejak awal lagi, masalah sebenarnya bukanlah berpunca daripada sikap atau gambaran para penyokong Anwar yang tidak sabar itu.

Sebaliknya, semua punca masalah adalah bermula daripada kenyataan demi kenyataan Tun Mahathir yang tidak konsisten dan berdolak-dalik mengenai peralihan kuasa itu.
Sebelum menang PRU dan sebelum kuasa berada dalam genggaman, Tun Mahathir sentiasa mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama dua tahun saja.

Malangnya, sebaik saja kuasa ada dalam tangan, nada suaranya mula berubah dengan keinginan berkuasa selama dua tahun tadi sudah bertukar menjadi dua tahun setengah, kemudian tiga tahun, seterusnya sehingga ekonomi pulih dan sebagainya.

Kenapakah beliau tidak boleh sentiasa setia dengan lafaz janji dua tahun itu sebagaimana setianya sepanjang kehidupan kepada isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali?

Dalam waktu yang sama, selain tidak konsisten dan berdalik-dalik berhubung tempohnya menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir juga melakukan beberapa tindakan yang mencurigakan seperti membawa masuk Azmin Ali menyertai kabinet dan menarik beberapa Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.

Apakah istimewanya Azmin yang tidak pernah ada pengalaman di peringkat kerajaan persekutuan untuk dilantik sebagai menteri kanan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, walhal beliau telah diperkenan oleh Sultan Selangor untuk meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor?

Dalam hal ini, di mana rasa hormat Tun Mahathir terhadap Sultan Selangor?

Selain itu, jika benar hanya mahu dua tahun memegang kuasa, untuk apa terus mengukuhkan kuasa dengan mengimport Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?

Timbulnya perasaan tidak sabar di kalangan penyokong Anwar, sebagaimana yang didakwa oleh Kadir itu, kalau pun ia membimbangkan beliau dan Tun Mahathir, ia sebenarnya adalah reaksi kepada tindak-tanduk dan sikap dolak-dalik Perdana Menteri sendiri.

Maka itu, daripada Kadir mahu menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya yang tidak sabar itu, lebih baik, sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, beliau memberi nasihat kepada Tun Mahathir agar setia dengan lafaz janji yang diucapkan sebelum beroleh kuasa dan tidak berdolak-dalik dalam berkata-kata.

Seterusnya, patut juga Kadir menasihatkan Tun Mahathir agar mengawal sama para penyokongnya supaya berhenti mendesak Perdana Menteri untuk berkhidmat sehingga habis penggal.

Selain tindak-tanduk Tun Mahathir, sikap para penyokongnya yang tidak puas-puas itulah punca sebenar segala masalah dalam peralihan kuasa sekarang ini. 

(ShahbudinHusin 03/12/2019)

Anwar yakin lebih 75% perwakilan hadir kongres PKR



KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim yakin lebih 75% perwakilan akan menghadiri Kongres Nasional PKR pada hujung minggu ini, walaupun perpecahan dilaporkan berlaku dalam parti itu.

Ditanya jika timbalannya, Mohamed Azmin Ali menghantar wakil untuk mengadakan rundingan damai, presiden itu berkata, mereka berdua dalam keadaan baik.

“Perbincangan saya memang terbuka, hari-hari saya jumpa ahli Parlimen, ketua-ketua negeri dan saya tak kira daripada kumpulan mana (individu tersebut).

“Tapi tidak ada yang dikatakan perbincangan khusus agenda untuk berdamai kerana bagi saya, parti ini satu dan ada rangka perdamaian,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen hari ini.

Anwar dijadual merasmikan Kongres Nasional PKR pada 7 Dis ini sebagai presiden parti buat julung kali dalam 20 tahun.

Bagaimanapun, ada khabar angin mengatakan satu lagi kongres akan dirasmikan Azmin secara berasingan pada masa sama,

“(Saya ada) dengar desas-desus, tapi saya tak layan. Yang penting siapa pun boleh buat pertemuan, program Kongres parti itu diputuskan oleh pimpinan di Melaka, yang lain itu tidak mewakili parti,” kata Anwar.

Walaupun timbul khabar angin perpecahan dalam PKR yang dimainkan media, beliau yakin pemimpin PKR matang dan berpengalaman untuk terus menyokong agenda reformasi parti.

Mengenai desakan Naib Ketua Pemuda PKR Lembah Pantai, Nazrin Idham Razali untuk usul undi tidak percaya terhadap presiden, Anwar berkata: “Saya tak dengar, tidak ada yang serius, kita ada ahli sejuta, satu dua orang boleh bagi pendapat, tidak ada masalah.”

Semalam, Nazrin dilaporkan berkata, tindakan “mencantas” kepimpinan yang menyokong Azmin membawa kepada perpecahan teruk “sehingga ramai menteri dan timbalan menteri PKR gagal menjalankan amanah dengan sempurna”.

Beliau dan sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mendakwa Anwar selaku presiden gagal menjalankan amanah, menghormati mandat ahli dan menyempurnakan agenda reformasi.

ZAHID JUGA SAMA MACAM NAJIB..BERSHOPPING.



Bagaimana sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk tujuan khairat & bantu golongan miskin tetapi dananya telah digunakan sewenang-wenangnya untuk berbelanja mewah di butik-butik mewah di luar negara mahupun dalam negara ??!

Dua minggu lepas bermula lah pemimpin Umno Tertinggi yg ke-3 HAJI ZAHID HAMIDI diheret dibicara di mahkamah atas kes jenayah rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram slps NAJIB & KU NAN.

Tak heran lah sekarang ini UMNO dan PAS bermati-matian berhempas pulas desak parlimen dibubarkan atau tumbangkan PH di PRU15 secepat mungkin.

KERANA APA ??!

Anda sendiri tahu bukan...

#RajaRasuah

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/634360/37-bayaran-cek-berjumlah-rm13-juta


MASA MANA DIA NI DIANGKAT RATU REFORMASI?



Norshidah Md Daud


Dah xde makhluk Tuhan lain ke nak dipanggil?

1 je soklan aku,  betul ke dia ratu?


Apa dah jadi PKR? Wujud dua kem? Mana hala tuju parti reformis ini? Ikuti Sinar Live esok. Ada soalan, ajukan di ruangan komen.

SELEPAS AMARAN INI, BERANIKAH AZMIN MELANGGARNYA?



Ya, ini yang sepatutnya dilakukan oleh PKR jika berlaku kongres berasingan pada 7 dan 8 Disember ini.
Dalam mana-mana parti, apabila pihak ibu pejabat sudah menetapkan kongres tahunan pada sekian tarikh dan tempat, tiada pihak lain dalam parti dibolehkan menganjurkan majlis yang serupa pada tarikh yang sama.
Hanya ada satu kongres saja yang sah dan diperakui.
Oleh itu, tindakan paling tegas mesti diambil jika mereka meneruskannya juga hasrat menganjurkan kongres berasingan.
Dengan adanya amaran daripada Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin ini, kita lihat sama ada Azmin Ali dan kumpulannya berani mengadakan kongres berasingan atau tidak sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak dua tiga hari lalu.
Kalau mereka melakukannya juga, bermakna memang mereka sengaja cari pasal dan jangan salahkan sesiapa jika tindakan terpaksa diambil terhadap mereka.
Tetapi, kalau pun Azmin tidak kisah jika dikenakan tindakan, adakah para penyokong mereka juga bersedia?
Seperkara lagi, dengan adanya amaran ini juga yang memungkinkan kongres berasingan sebagaimana dirancang barangkali tidak lagi mendapat sambutan, apakah pendirian Azmin pada hari tersebut?
Adakah beliau akan hadir ke Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka dan sedia duduk bersebelahan dengan Anwar?
Atau bakal ponteng lagi sebagaimana sudah setahun beliau tidak hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR selama ini? (ShahbudinHusin 02/12/2019)

SOKONGAN KEPADA ANWAR WAKTU SUSAH DAN SENANG - JOM BERTEMU DI KONGRES NASIONAL KEADILAN DI MITC MELAKA HUJUNG MINGGU INI



KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN.  Namun, siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar?  Bahkan, reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.  

Di dalam KEADILAN, Anwar Ibrahim banyak menghabiskan masanya di dalam penjara.  Di luar penjara, tugas memimpin parti dipertanggungjawabkan kepada isterinya Kak Wan dan dibantu oleh sahabat2 Anwar yang ikhlas berjuang.  Tidak semuanya ikhlas, ada yang mula tunjuk taring terutamanya apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara.

Ada yang berkata sewaktu Kak Wan memimpin parti, tidak berlaku kekecuhan dan krisis seperti sekarang menandakan Kak Wan lebih baik dan pandai memimpin berbanding Anwar.  Ya, tidak dapat dinafikan Kak Wan telah memimpin begitu baik sekali, sikapnya yang lemah lembut, penuh kesabaran, bertimbang rasa, penuh ihsan yang selari dengan sifat2 kewanitaan banyak membantu menstabilkan parti dan parti dilihat dari luar begitu aman dan tenteram.

Malangnya, tidak ramai yang tahu berapa banyak Kak Wan terpaksa telan dan simpan suka dukanya sepanjang beliau memimpin parti?  Hanya yang selalu berada di sisinya dan di dalam kepimpinan parti sahaja yang tahu bagaimana Kak Wan terpaksa banyak bersabar dengan karenah beberapa pimpinan yang menjadi tikus berkeliaran ketika kucing tiada.  Tikus-tikus ini begitu berani menggigit dan merobek apa sahaja yang mereka mahu.  

Harapkan pagar, pagar makan padi.  Pimpinan yang diharapkan dapat membantu Kak Wan selaku Presiden tatkala Anwar di dalam penjara, sebaliknya khianat dan seringkali menguji kesabaran Kak Wan.  Kartel ini mula menunjukkan taring mengambil kesempatan di atas sifat kesabaran Kak Wan.  Mereka selalu buat keputusan yang berbeza dari keputusan mesyuarat.  Mereka sering buat kenyataan yang menyanggah keputusan parti.  Sekiranya Kak Wan cuba membetulkan kartel ini, mereka mengugut dengan mengumpulkan tandatangan di kalangan kartel bertujuan untuk menunjukkan kekuatan kartel mereka.

Sampai ke tahap tugas Presiden menandatangani watikah calon pun mereka berani ambil alih.  Keputusan parti menyokong PH pun mereka tidak peduli dan masih memuja dan memuji Pas.  Keputusan parti menyokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, mereka sanggah dan menamakan kepala kartel sebagai calon terbaik sebagai PM.  Sekarang, demi mahu selamatkan perut masing2 mahu tidak mahu mereka lah paling kuat menjilat Tun M.  Tidakkah mereka merasa malu kepada rakyat yang tahu sikap mereka sebelum ini?  Ya, apa yang mahu dimalukan sedangkan semburit pun sanggup dirakam.  

Apabila Anwar mengambil alih Presiden, kartel ini cuba untuk melakukan perkara yang sama kerana mereka yakin mereka ada kekuatan apatah lagi ramai di kalangan mereka telah menjadi menteri.  Anwar apa ada, hanya Ahli Parlimen biasa sahaja, fikir mereka.  Tetapi mereka silap besar.  Mereka salah orang.  Kalau Anwar boleh berhadapan dengan gergasi seperti Tun M di tahun 1998, kemudiannya berpuluh tahun berperang dengan rejim zalim Umno/Bn dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan yang mereka ada, setakat dua tiga ekor kartel cicak mengkarung, adakah Anwar hairan?  

KEADILAN dilihat seperti berkrisis di bawah Anwar kerana Anwar begitu tegas dalam soal prinsip dan Anwar tidak takut dengan ugutan kartel.  Mereka sengaja buat hal agar parti pecat mereka dan mereka akan meraih simpati dan menyalahkan Anwar.  Itu tujuan mereka.  Anwar tidak sebodoh itu.  Anwar mahu lihat sejauh mana kepintaran mereka.  Seekor mengarung akhirnya terjelepuk sendiri.  Kartel meroyan sakan.  Mereka lupa KEADILAN kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.  

Mereka lupa, kekuatan Anwar adalah kerana dokongan rakyat marhaen.  Kekuatan kartel hanya kerana upah dan projek.  Mengkarung yang tersembam itu pun akibat projek juga.  KEADILAN harus kuat kerana prinsip bukannya dedak dan projek.  

Kongres di Melaka nanti adalah ujian buat kita semua.  Apakah kita mahu pertahankan prinsip bersama Anwar atau kita tergolong dalam  kumpulan kartel?  Waktu belum terlambat untuk kita mengubah 'kiblat".  Biarkan kartel terjun dengan labu-labunya.  Biarkan...biarkan...

Bertemu kita di Melaka, InsyaAllah.  

WFAUZDIN NS