SOKONGAN KEPADA ANWAR WAKTU SUSAH DAN SENANG - JOM BERTEMU DI KONGRES NASIONAL KEADILAN DI MITC MELAKA HUJUNG MINGGU INI



KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN.  Namun, siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar?  Bahkan, reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.  

Di dalam KEADILAN, Anwar Ibrahim banyak menghabiskan masanya di dalam penjara.  Di luar penjara, tugas memimpin parti dipertanggungjawabkan kepada isterinya Kak Wan dan dibantu oleh sahabat2 Anwar yang ikhlas berjuang.  Tidak semuanya ikhlas, ada yang mula tunjuk taring terutamanya apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara.

Ada yang berkata sewaktu Kak Wan memimpin parti, tidak berlaku kekecuhan dan krisis seperti sekarang menandakan Kak Wan lebih baik dan pandai memimpin berbanding Anwar.  Ya, tidak dapat dinafikan Kak Wan telah memimpin begitu baik sekali, sikapnya yang lemah lembut, penuh kesabaran, bertimbang rasa, penuh ihsan yang selari dengan sifat2 kewanitaan banyak membantu menstabilkan parti dan parti dilihat dari luar begitu aman dan tenteram.

Malangnya, tidak ramai yang tahu berapa banyak Kak Wan terpaksa telan dan simpan suka dukanya sepanjang beliau memimpin parti?  Hanya yang selalu berada di sisinya dan di dalam kepimpinan parti sahaja yang tahu bagaimana Kak Wan terpaksa banyak bersabar dengan karenah beberapa pimpinan yang menjadi tikus berkeliaran ketika kucing tiada.  Tikus-tikus ini begitu berani menggigit dan merobek apa sahaja yang mereka mahu.  

Harapkan pagar, pagar makan padi.  Pimpinan yang diharapkan dapat membantu Kak Wan selaku Presiden tatkala Anwar di dalam penjara, sebaliknya khianat dan seringkali menguji kesabaran Kak Wan.  Kartel ini mula menunjukkan taring mengambil kesempatan di atas sifat kesabaran Kak Wan.  Mereka selalu buat keputusan yang berbeza dari keputusan mesyuarat.  Mereka sering buat kenyataan yang menyanggah keputusan parti.  Sekiranya Kak Wan cuba membetulkan kartel ini, mereka mengugut dengan mengumpulkan tandatangan di kalangan kartel bertujuan untuk menunjukkan kekuatan kartel mereka.

Sampai ke tahap tugas Presiden menandatangani watikah calon pun mereka berani ambil alih.  Keputusan parti menyokong PH pun mereka tidak peduli dan masih memuja dan memuji Pas.  Keputusan parti menyokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, mereka sanggah dan menamakan kepala kartel sebagai calon terbaik sebagai PM.  Sekarang, demi mahu selamatkan perut masing2 mahu tidak mahu mereka lah paling kuat menjilat Tun M.  Tidakkah mereka merasa malu kepada rakyat yang tahu sikap mereka sebelum ini?  Ya, apa yang mahu dimalukan sedangkan semburit pun sanggup dirakam.  

Apabila Anwar mengambil alih Presiden, kartel ini cuba untuk melakukan perkara yang sama kerana mereka yakin mereka ada kekuatan apatah lagi ramai di kalangan mereka telah menjadi menteri.  Anwar apa ada, hanya Ahli Parlimen biasa sahaja, fikir mereka.  Tetapi mereka silap besar.  Mereka salah orang.  Kalau Anwar boleh berhadapan dengan gergasi seperti Tun M di tahun 1998, kemudiannya berpuluh tahun berperang dengan rejim zalim Umno/Bn dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan yang mereka ada, setakat dua tiga ekor kartel cicak mengkarung, adakah Anwar hairan?  

KEADILAN dilihat seperti berkrisis di bawah Anwar kerana Anwar begitu tegas dalam soal prinsip dan Anwar tidak takut dengan ugutan kartel.  Mereka sengaja buat hal agar parti pecat mereka dan mereka akan meraih simpati dan menyalahkan Anwar.  Itu tujuan mereka.  Anwar tidak sebodoh itu.  Anwar mahu lihat sejauh mana kepintaran mereka.  Seekor mengarung akhirnya terjelepuk sendiri.  Kartel meroyan sakan.  Mereka lupa KEADILAN kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.  

Mereka lupa, kekuatan Anwar adalah kerana dokongan rakyat marhaen.  Kekuatan kartel hanya kerana upah dan projek.  Mengkarung yang tersembam itu pun akibat projek juga.  KEADILAN harus kuat kerana prinsip bukannya dedak dan projek.  

Kongres di Melaka nanti adalah ujian buat kita semua.  Apakah kita mahu pertahankan prinsip bersama Anwar atau kita tergolong dalam  kumpulan kartel?  Waktu belum terlambat untuk kita mengubah 'kiblat".  Biarkan kartel terjun dengan labu-labunya.  Biarkan...biarkan...

Bertemu kita di Melaka, InsyaAllah.  

WFAUZDIN NS

No comments: