Ostad jin kuboq tu meroyan kunun MAIS agen gerakan liberal lah, sekularlah....ironinya puak dia iaitu lebai PA$ yg angkat Atok TKT jadi PM tepi SG4 yg ternyata org tua itu mcm mana?
Bukankah lebai PA$ pernah kata Atok tu liberal dan sekular bila dia hina janggut Nabi dan hina wanita era Rasulullah yg pakai purdah dan jubah? Lihat gaya hidup anak cucu Atok, ada dalam TikTok dan Instagram.
๐๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ผ๐ท๐ผ๐น ๐ฏ๐ถ๐ท๐ถ๐ธ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐$ kalau tengok geng berbikini atas "Yacht" mewah tu sambil berdansa dgn air seropa kencing SETAN di tangan.
Sekarang siapa agen ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐น๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐น bila PA$ angkat bukan bapak...tapi Atok punya liberal dan sekular, dah tua nak mampos bini tutup aurat pun tak sempurna?
- Zus Din
09102023
********************
๐ ๐ฎ๐ถ๐ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐๐ธ๐ถ
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyelar kenyataan penceramah, Dusuki Abdul Rani yang mendakwa MAIS berbohong dan menjadi pemecah umat Islam serta ejen kepada gerakan liberal.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kenyataan terbabit berunsur fitnah dan dibuat tanpa memahami maksud serta hikmah larangan pembabitan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar agama Islam yang dikuatkuasakan di Selangor.
"Masyarakat Islam dinasihatkan supaya cakna dan memahami maksud dan tujuan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada aktivis politik.
"Aktivis politik yang dimaksudkan dalam larangan ini tidak terhad kepada orang yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dimuat naik oleh Dusuki menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya semalam.
Abdul Aziz berkata, larangan itu merangkumi mereka yang menjalankan aktiviti yang secara jelas mengajak dan mempengaruhi masyarakat untuk menyokong atau memihak kepada parti politik tertentu secara terbuka sehingga melahirkan sikap partisan dan fanatik terhadap sesuatu parti politik serta berpuak-puak di kalangan masyarakat Islam
"Daripada siasatan yang dibuat dan pengesahan tapisan keselamatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mais mendapati Dusuki tergolong dalam aktivis politik yang dimaksudkan itu.
"Larangan pembabitan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar agama Islam ini dibuat bagi menghalang mana-mana pihak menyalahgunakan medan dakwah dan pengajaran agama Islam sebagai gelanggang politik.
"Larangan ini juga bertujuan mengelak berlakunya penyebaran propaganda politik yang berunsur fitnah dan kebencian kerana ia menjadi punca perselisihan dan perpecahan dalam masyarakat Islam.
"Ini adalah suatu langkah preventif untuk mencegah sebarang mafsadah atau kerosakan daripada berlaku berdasarkan dalil sadd al-zara'i'," katanya.
Beliau berkata, Mais juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa larangan ini sebagai suatu sekatan terhadap dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor.
"Larangan ini adalah langkah preventif bagi memastikan dakwah agama Islam yang disampaikan oleh aktivis politik yang bersikap partisan digantikan dengan pemegang tauliah lain yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam agama Islam yang tidak bersikap partisan.
"Pada masa ini terdapat seramai 5,682 pemegang tauliah yang aktif di Selangor dan penarikan balik tauliah terhadap aktivis politik bermula tahun lalu hanya membabitkan sejumlah 26 orang iaitu 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang tauliah," katanya.
Justeru itu katanya, larangan ini tidak sama sekali menjejaskan aktiviti dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1018144/mais-selar-dakwaan-dusuki?fbclid=IwAR0qEURpDK7RdMqHWOtq3yXyClRCX_ZSglAkYho7aldatjhWErhzFkyqnk4_aem_AV2KvBlqr34zjPutsujar_VsCoLh-HLmjZY1cuuXwSfBpy5sR-5KvhPgcaMAXlXOkV0&mibextid=Zxz2cZ