LEBAI DASUKI KATA FITNAH....

 


Tuduhan terhadap Azmi Baki berniat jahat, kata Dusuki. Kalau perkara tak ada yang diada-adakan tu bolehlah nak kata berniat jahat. Tapi saham itu memang wujud. Azam Baki sendiri mengakuinya.


Macam seorang yang mencuri di tempat kerja. Bila kawannya adukan kepada majikan, adakah boleh kita sifatkan kawannya itu cuba menjatuhkannya? Sedangkan tindakan dia mencuri itu yang boleh merugikan syarikat.


Lainlah kalau akaun itu tak wujud. Itu baru boleh kata berniat jahat. Ini dah macam kes Azmin. Sendiri rakam video, lepas tu bila tersebar, nak tangkap orang yang edarkan video. Yang kes dia buat tak senonoh tu tak diendahkan.


Sekarang ini, berniat jahat atau tidak, biarlah kes ini disiasat secara saksama. Itupun kalau disiasat oleh badan bebas. Kalau disiasat oleh mereka yang boleh dikawal oleh PM, tak guna juga.


Paling aku suka dalam tulisan Dusuki ini, bahagian dia kata mereka yang menuduh Azam sekarang ini sedang menggelupur. Dia ni kalau bab cakap syok sendiri memang dialah orangnya.


Orang tu nak menggelupur buat apa? Sebab semua yang dituduh itu disahkan benar oleh Azam sendiri. Sekarang ini Azam yang kena jawab sebab alasan yang akaunnya digunakan oleh adiknya tak masuk akal.


Baguslah kalau Dusuki nak bersama kebenaran. Tapi buat kenyataan membela sebelum siasatan yang adil dijalankan itu bukan kebenaran. Itu bodek yang jelas dan nyata. Syukur tauliahnya mengajar di Selangor dah ditarik balik.


 

Raja Gelap 

JIKA PERBANDINGAN DENGAN NEGARA LAIN KARIKATOR NEGARA JIRAN


 

HANYA BERLAKU DI MALAYSIA


 

BAGAIMANA SPRM BOLEH BUAT KESIMPULAN AWAL AZAM BAKI MANGSA POLITIK?-TOK PETI BERSUARA


 Melihat kepada surat sokongan anggota SPRM kepada bos mereka, maka pada pendapat saya, demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini, saya ingin mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM disemak semula, dan sebolehnya dirombak.

Bagaimana mungkin mereka boleh membuat keputusan awal bahawa bos mereka menjadi mangsa politik padahal siasatan belum dibuat dan cara beliau menafikan sebelum ini juga tidak masuk akal.

Mereka sepatutnya bersuara tegas bahawa “demi menjaga maruah SPRM, kami menuntut satu siasatan adil dan telus dijalankan”. 

Itu sahaja, tanpa memberikan pembelaan awal dalam hal yang majoriti mempertikaikannya.

Malang sekali jika badan tertinggi yang diamanahkan oleh negara untuk menghapuskan rasuah bersuara dengan tidak profesional dan janggal dalam isu rasuah yang menjadi tugasan utama dan pertama mereka.

Kenyataan bos mereka bahawa akaunnya digunakan oleh adiknya jelas sangat ganjil dan pelik. SPRM sepatutnya pihak yang paling sensitif. 

Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya.

Justeru, menjadi kewajipan semua yang berakal dalam negara ini bangkit menentang rasuah dalam negara ini. Menentang rasuah adalah kewajipan agama yang besar.

Para agamawan wajar bangkit menentang hal ini melebihi kesibukan mereka membincangkan isu dosa dosa peribadi individu yang berlaku antara seseorang dengan tuhannya.

Dosa rasuah membabitkan dosa seseorang dengan Allah dan manusia. Minum arak contohnya, memang haram dan salah. Namun, dalam banyak keadaan ia antara individu dengan tuhannya.

Taubat boleh dilakukan antara dia sendirian dengan Allah. Namun rasuah adalah dosa yang menjahanamkan negara, membawa ketidakadilan dan penindasan ke atas orang lain.

Kita wajib bangkit dan tentang bersama. Taubat rasuah ialah dengan memohon keampunan Allah dan kemaafan awam.

Negara ini jika gagal tangani isu ini bererti kita di tahap korupsi yang sangat tenat.

DR. ASRI ZAINUL ABIDIN

Mufti Perlis.

TERIMA KASIH KERAJAAN.....KAMI SOKONG LAGI DEMI KEHIDUPAN KAMI YANG DAIF.....

 


Giliran Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula hari ini memberi jaminan bahawa tarif baharu elektrik yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi tahun ini sehingga 2024 tidak akan membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, tarif baharu melibatkan akaun industri dan komersial itu juga akan memberi manfaat terutama kepada hampir 85 peratus daripada lapan juta pemilik akaun domestik di seluruh negara.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas itu berkata, keadaan negara sekarang yang baharu pulih daripada pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi berikutan wabak itu telah menjadi pertimbangan kepada kerajaan dalam menentukan kadar baharu tarif elektrik.

“Kerajaan telah mengkaji (perkara ini) dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Namun, saya menjamin ia (tarif elektrik) tidak akan membebankan rakyat khususnya pemilik akaun domestik iaitu akaun rumah,” lapor Bernama.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi jika tiada intervensi daripada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran.

Jelasnya, isu kenaikan harga ayam membabitkan kos operasi yang dipengaruhi pasaran dunia amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

“Walau bagaimanapun, KPDNHEP akan terus memantau kenaikan harga dari semasa ke semasa dan memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga,” kata Nanta lagi.

Wan Junaidi dikecam ‘pertahan’ Azam Baki


R Sivarasa berkata Wan Junaidi Tuanku Jaafar silap berhubung nilai saham dimiliki Azam Baki selain mengenai isu perundangan berkaitan pemilikan saham oleh penjawat awam.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar silap dari segi fakta dan undang-undang dalam mempertahankan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkaitan isu pemilikan saham, dakwa Ahli Parlimen PKR.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, memberitahu FMT Wan Junaidi silap mengenai nilai saham dimiliki Azam, selain berhubung undang-undang berkaitan pemilikan saham oleh pegawai awam.

Semalam, Wan Junaidi berkata saham dimiliki Azam “tidak mahal” ketika dibeli pada 2016, iaitu antara 30 sen hingga 33 sen seunit, manakala sejuta unit itu dinilaikan sekitar RM330,000 ketika itu.

Sivarasa bagaimanapun berkata, rekod menunjukkan saham dan waran dibeli menggunakan Azam antara 2015 dan 2016 dalam dua syarikat tersenarai awam.
Katanya, ini melibatkan nilai kira-kira RM2 juta.

Untuk rekod, Azam menyatakan beliau tidak membeli saham itu, sebaliknya adiknya menggunakan akaun dagangannya untuk tujuan berkenaan.

Selain itu, Sivarasa berkata Wan Junaidi mengetepikan peruntukan Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menetapkan had RM100,000 untuk nilai saham yang boleh dimiliki penjawat awam dalam sesebuah syarikat.

Malah, katanya tiada rekod pemilikan saham Azam selepas 2016 yang membayangkan saham berkenaan telah dilupuskan. Katanya, perkara itu perlu disiasat.

Sementara itu, empat Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Khas bagi Agensi-agensi bawah Jabatan Perdana Menteri hari ini menyuarakan kekecewaan dengan Wan Junaidi kerana mempertahankan Azam.

Empat Ahli Parlimen itu – Azis Jamman (Sepanggar) Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), dan William Leong Jee Keen (Selayang) – turut menyoal sama ada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu, Abdul Latiff Abdul Rahman akan memanggil mesyuarat bagi membincangkan isu berkenaan.

Mesyuarat MPN PKR Sabah sah, cukup korum, kata setiausaha


Mustapha Sakmud berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah yang berlangsung semalam sah dan mengikut perlembagaan.

KOTA KINABALU: Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Mustapha Sakmud berkata mesyuarat MPN yang berlangsung semalam adalah sah dan mencukupi korum.

Katanya, penstrukturan semula MPN telah dibincangkan lebih awal oleh biro politik MPN negeri dan disahkan sebulat suara dalam mesyuarat MPN yang dihadiri oleh ketua-ketua cabang, ahli-ahli MPN yang dilantik, serta ahli-ahli MPN sedia ada.

“Berdasarkan perlembagaan parti, mesyuarat adalah sah dan mencukupi korum walaupun tanpa kehadiran ketua-ketua cabang yang cuba memboikot mesyuarat selepas diberi notis lebih awal dengan menyatakan mesyuarat diadakan secara hibrid, iaitu kehadiran secara fizikal dan maya untuk memberi kemudahan kepada kehadiran ahli-ahli MPN.

“MPN Sabah yang bermesyuarat semalam telah membuat penstrukturan semula pimpinan MPN untuk memantapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan pertengahan 2022,” katanya dalam kenyataan.

Mustapha berkata, pelantikan kepimpinan MPN itu berdasarkan Fasal 27.4 melalui cadangan biro politik dan perundingan dengan ketua-ketua cabang yang hadir mesyuarat.

Mustapha Sakmud.

Katanya, pihak sekretariat telah mengedarkan notis mesyuarat kepada semua ketua cabang dan meminta mereka menghantar wakil jika perlu.

“Namun, tindakan sebahagian memboikot mesyuarat MPN bermakna mereka tidak mahu berunding, dan MPN telah meluluskan perubahan pimpinan ini dengan persetujuan majoriti ahli MPN yang hadir mesyuarat dengan kuasa jawatan yang diberikan mengikut perlembagaan parti.

“Presiden parti (Anwar Ibrahim) juga sudah dimaklumkan berkenaan perubahan ini terutama melibatkan pimpinan utama berdasarkan Fasal 27.5. Kami berharap pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan dalaman parti dan perubahan kepimpinan ini menggunakan saluran betul dalam menyuarakan protes mereka dan elakkan menggunakan media secara terbuka,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan bahawa mereka yang memboikot mesyuarat MPN tidak menghormati presiden yang telah berunding dengan semua ketua cabang pada mesyuarat MPN 8 Sep lalu serta menasihatkan Pengerusi MPN dikekalkan sehingga pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, mesyuarat semalam juga sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Christina Liew untuk terus menerajui MPN Sabah dengan gagasan baharu yang ingin meningkatkan imej dan memperkasa parti.

Semalam, Pengerusi Ketua-ketua Cabang PKR Sabah Simsudin Sidek mendakwa mesyuarat MPN parti itu yang berlangsung semalam tidak cukup korum selepas 16 ketua cabang tidak hadir.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat itu tetap diteruskan selepas beberapa individu dilantik secara terus.

16 Ketua Cabang PKR tunjuk protes terhadap Christina Liew


 
MGF10092020_PERKENAL-CALON-DAP13
Christina Liew

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya menyelesaikan segera pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah susulan tindakan 16 Ketua Cabang PKR yang tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri sebagai tanda protes kepada pengerusinya, Christina Liew.

Pengerusi Sekretariat Ketua-ketua Cabang Sabah, Simsudin Sidek berkata, kemelut itu tidak perlu diheret terlalu lama sehingga pemilihan parti yang bakal berlansung dalam masa terdekat.

Ini kerana, katanya, tindakan tersebut tidak memberi kelebihan kepada parti melainkan hanya menyaksikan perpecahan lebih teruk PKR Sabah.

”Ini adalah sebagai tanda protes daripada ketua-ketua cabang yang telah menolak kepimpinan Christina Liew. Penolakan ini juga termasuk oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ketua Wanita, Ketua Srikandi dan Ketua Skuad Sabah yang turut menolak kepimpinan beliau.

”Saya telah dimaklumkan korum kehadiran mesyuarat hari ini tidak mencukupi namun diteruskan dengan memasukkan beberapa individu dan dilantik secara terus. Ini jelas merupakan tindakan yang sangat terdesak dari Christina. Saya mempunyai bukti kehadiran mereka yang berada di atas talian serta mereka yang hadir secara fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Simsudin menambah, beliau juga maklum pengguguran Ketua Cabang Kota Belud, Mustapha Sakmud selaku Timbalan Pengerusi PKR Negeri.

Pengguguran ini berlaku berkemungkinan kegagalan beliau membantu Christina mendapatkan sokongan majoriti Ketua-ketua Cabang Keadilan Sabah.

”Hari ini genap 20 hari selepas mesyuarat sekretariat ketua-ketua Cabang yang sepatutnya dijadualkan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu sebelum beliau membatalkan perjalanan kerana bencana banjir di Semenanjung.

”Desakan ini bukanlah baharu namun telah berpanjangan sejak empat tahun lalu. Malah Sekretariat Ketua-Ketua Cabang ini juga telah ditubuhkan dan bersama menolak kepimpinan Christina Liew sejak lebih setahun lalu.

”Saya selaku Pengerusi Sekretariat Ketua-ketua Cabang mewakili 16 Ketua Cabang serta Ketua-ketua sayap Keadilan Sabah menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menyelesaikan kemelut ini,” tambahnya. 

KAH..KAH..KAH...HAAAA...BEREBUTLAH JAWATAN SESAMA SENDIRI. KALAU RAKYAT CERDIK....PRU 15 TOLAK BN DAN PN

 Hanya ahli parlimen Umno yang layak jadi TPM – Pemuda Umno



Hanya ahli parlimen Umno yang layak jadi TPM – Pemuda Umno


Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai sebahagian rombakan kabinet yang didakwa akan dilakukan dalam tempoh terdekat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, walaupun isu ini sekadar desas-desus, namun ahli Parlimen UMNO dirasakan lebih sesuai untuk menjawat jawatan nombor dua pentadbiran negara.

“Jadi, sekiranya spekulasi ini ternyata benar maka jawatan itu perlu datang daripada parti yang memiliki ramai ahli Parlimen yang berkelayakan dan berkemampuan, iaitu UMNO.

“Kita yakin Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO dapat bantu dengan ikhlas dan bersatu hati dalam kabinet Perdana Menteri berbanding parti lain,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sebuah media bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan Perdana Menteri memerlukan ahli Parlimen UMNO yang memiliki banyak pengalaman sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri yang membantunya dalam mentadbir negara.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berpandangan, rombakan kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan bukannya ketentuan parti.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan seharusnya diberikan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berbanding rombakan kabinet kerana menteri tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Menteri Undang-Undang cakap pasal saham mampu milik pula

 


Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengundang reaksi sinis banyak pihak.

Tokoh wartawan, Datuk Abdul Kadir Jasin berpendapat, isu yang diketengahkan adalah tentang undang-undang.

“Kita bincang pasal undang-undang. Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar cakap pasal saham mampu milik pula,” katanya secara sinis dalam hantaran di Facebook hari ini.

Abdul Kadir Jasin

Semalam, Ahli Parlimen Santubong dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan terhadap Azam berhubung isu tersebut mengikut lunas undang-undang.

Menurutnya, dua pihak sedang meneliti isu membabitkan abang Nasir tersebut iaitu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di samping mengambil kira pandangan daripada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Sehubungan itu, Wan Junaidi berharap semua pihak bertenang sementara menunggu siasatan tersebut selesai kerana, jelasnya, kerajaan cuba melakukan yang terbaik bagi menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

Dia bahkan mengulas mengenai pemilikan saham oleh Azam dalam syarikat senaraian awam.

Katanya, apabila saham itu pertama kali dibeli pada 2016, satu juta saham itu hanya bernilai RM330,000 iaitu kira-kira berharga antara 30 sen dan 33 sen sesaham.

“Dan saiz saham semasa yang dipegangnya pada masa ini terkumpul selama bertahun-tahun.

“Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk diperolehi. Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan daripada kita.

“Bagi mereka yang merupakan peniaga pasaran aktif, adalah perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham anda secara beransur-ansur dari semasa ke semasa terutamanya apabila anda melihat potensinya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jemaah umrah tidak divaksin: MATTA tempelak Menteri Kesihatan

 


Jemaah umrah tidak divaksin: MATTA tempelak Menteri Kesihatan


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan jemaah yang tidak lengkap divaksin dijangkiti Omicron setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Naib Presiden Umrah & Haji MATTA, Mohd Azri Abd Razak berkata perkara ini dianggap mustahil kerana pengendali syarikat umrah telah mematuhi syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan umrah yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kerajaan Saudi.

“Pihak MATTA meminta pihak kementerian menyiasat perkara ini dan tidak menuding jari kepada syarikat pengendali umrah.

“Kenyataan Menteri Kesihatan itu mempunyai implikasi yang serius terhadap sistem visa Kerajaan Saudi sekali gus memburukkan pandangan masyarakat terhadap penggiat industri umrah di Malaysia.

“Kaunter imigresen dan kawalan keselamatan di lapangan terbang merupakan tempat semakan terakhir status vaksinasi bagi setiap pelancong atau jemaah ke luar negara.

“Jadi, mana-mana pihak yang terlibat harus dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Berkaitan isu penangguhan umrah sementara yang diumumkan oleh Khairy Jamaluddin selama satu bulan bermula 8 Januari, Azri berkata kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah tersebut kerana ia memberi kesan negatif kepada agensi pelancongan dan jemaah sendiri.

“Pakej umrah yang terkini perlu dikaji semula kerana akan ada kos tambahan yang perlu ditanggung oleh agensi pelancongan mahupun jemaah pada masa akan datang.

“Sehubungan dengan itu, MATTA menyarankan agar Menteri Kesihatan mempertimbangkan semula pelaksanaan penangguhan umrah.

“Kerajaan harus bertanggungjawab atas kerugian yang bakal ditanggung oleh jemaah yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan umrah,” ujarnya lagi.

Pihak MATTA pada masa sama bersedia untuk berjumpa dengan pihak KKM atau pihak berwajib untuk berbincang dan mencari jalan terbaik agar dapat mengurangkan penularan varian Omicron dan memastikan punca pendapatan agensi pelancongan tidak terkesan.

KEH..KEH..KEH.....KJ BUAT LAWAK APA ......


 

PAS SENTIASA KHIANAT KEPADA RAKAN BILA BEKERJASAMA




 

INGAT TU YB YB....RAKYAT TERKESAN DENGAN REGA AYAM DAN TELUR


 

KISAH DUIT JANJI NAK BAGI 1000 TAPI DAPAT 500...KENA TUGGU SETAHUN..SAKSIKAN..





SAMBUNGAN LAGU BARU PART 1 DAN 2...LAGU NI HENTAM SPRM GAMAKNYA







KALAU KABINET KARTOON...LANTIK KARTOON JUGA LAH JAWABNYA

 Rombakan kabinet: Mat Maslan Menteri Kewangan yang baru?



Rombakan kabinet: Mat Maslan Menteri Kewangan yang baru?

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan yang menyatakan beliau akan dilantik sebagai Menteri Kewangan hanya sebagai khabar angin.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, kuasa untuk melantik atau membuat rombakan kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apa yang ditularkan itu, saya anggap sebagai khabar angin sahaja. Hal berkaitan kabinet ini terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial menyatakan Ahmad akan dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Ahmad sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan II pada tahun 2013 hingga 2016 dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri serta pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


KALAU LAH DAPAT JADI PM ...KAH..KAH...KAH

 


Pemimpin Bersatu pro Zuraidah berpaling tadah, lompat ke Parti Bangsa Malaysia


Pemimpin Bersatu pro Zuraidah berpaling tadah, lompat ke Parti Bangsa Malaysia


Beberapa pemimpin Bersatu, termasuk dua Adun, telah berpaling tadah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Kemasukan mereka didedahkan pada persidangan khas parti hari ini yang mengadakan pemilihan pemegang jawatan baru.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng, yang sebelum ini keluar PKR, mengambil tampuk kepimpinan parti sebagai presiden baru.

Antara pemegang jawatan baru PBM yang terkenal termasuk Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam yang berasal dari DAP tetapi berpaling tadah kepada Bersatu pada Mac tahun lepas.

Sivasubramaniam ialah naib presiden kanan II PBM yang baru PBM manakala Yong memegang jawatan bendahari agung. Yong kini dibicarakan atas dakwaan merogol.

Satu lagi pelantikan penting ialah Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng, yang berpihak kepada Yong (gambar, bawah) dan Sivasubramaniam, dan dipecat daripada DAP pada Januari tahun lepas.

Dia dilantik sebagai ahli majlis tertinggi PBM.

Sementara itu, bekas pemimpin PKR Zakaria Abdul Hamid yang menyertai Bersatu pada Disember 2020 dilantik sebagai ketua penerangan.

Dia dilihat bersama sekumpulan 10 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah semasa Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

Dua pemimpin utama kumpulan yang digelar G10 itu kemudiannya menyertai Bersatu, diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

G10 pada mulanya merancang untuk menubuhkan parti mereka sendiri tetapi kemudiannya menyertai Bersatu kerana kesuntukan masa menjelang pilihan raya umum ke-15 yang dijadualkan pada 2023.

‘Bersatu berkocak’

Bagaimanapun, penyokong Azmin dan Zuraida berdepan masalah dalam Bersatu, dengan pemimpin Bersatu dari Sarawak tidak dapat bertanding di negeri itu.

Ini selepas persetujuan antara Bersatu dengan GPS untuk tidak bertanding ketika pilihan raya negeri lalu.

Ahli bukan bumiputera dalam Bersatu juga tidak mempunyai hak mengundi, tambah meleraikan asas sokongan mereka dalam parti itu.

Sejak akhir tahun lalu, terdapat perbincangan dalam G10 dengan sesetengahnya mahu kekal bersama Bersatu manakala yang lain mahu menghidupkan semula rancangan untuk parti baru.

Spekulasi itu disemarakkan lagi apabila Zuraida tidak menolak menyertai PBM apabila ditanya jika dia akan mempertimbangkan untuk memimpin parti itu bulan lalu.

Bagaimanapun, Zuraida nampaknya masih belum bersedia untuk mengorak langkah itu. Dia tidak kelihatan dalam barisan kepimpinan baru PBM.

Bagaimanapun, ‘leftenan politiknya’ Hizwan Ahmad dilantik sebagai setiausaha agung PBM.

Kira-kira 50,000 ahli daripada NGO Penggerak Komuniti Negara yang dikaitkan dengan Zuraida juga telah menyertai PBM.

Kerajaan BN-PN baru-baru ini juga telah memansuhkan sistem Penggerak Komuniti Tempatan yang dicipta oleh Zuraida semasa dia menjadi menteri kerajaan tempatan dan perumahan.

Sistem ini pada dasarnya mewujudkan jawatan yang dikatakan membayangi ahli majlis tempatan dengan banyak pelantikan datang daripada NGO dikait Zuraida itu.

Kem Azmin dan Zuraida

Bagaimanapun, pengaruh Zuraida telah berkurangan selepas dipindahkan ke Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi selepas Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan perdana menteri.

Beberapa bekas pemimpin wanita PKR yang rapat dengan Zuraida termasuk Adun Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha dan Adun Sementa Daroyah Alwi turut dilantik sebagai pemegang jawatan PBM yang baru.

Haniza ialah timbalan presiden I PBM yang baru manakala Daroyah menjadi ketua wanitanya.

Bekas ADdun PKR Ong Chin Wen dan Lee Chin Cheh turut dilantik sebagai ahli majlis tertinggi manakala bekas ketua Pemuda PKR Na’im Brundage dipilih sebagai ketua pemuda PBM.

Ketiga-tiga mereka diketahui sealiran dengan Azmin dan Zuraida ketika berada dalam PKR.

Pelantikan penting lain termasuk Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang dilantik sebagai naib presiden kanan I. Dia keluar PKR pada Februari tahun lepas.

Presiden: Larry Sng

Timbalan Presiden I: Haniza Mohamed Talha

Timbalan Presiden II: Wong Judat

Naib Presiden Kanan I: Steven Choong

Naib Presiden Kanan II: A Sivasubramaniam

Naib Presiden:

Rahimah Majid

Sathish Kumar

Saful Bahari Sahri

Setiausaha Agung: Nor Hizwan Ahmad (lantikan)

Timbalan Setiausaha Agung: Jenny Chiew (lantikan)

Bendahari Agung: Paul Yong (lantikan)

Ketua Penerangan; Zakaria Abdul Hamid (lantikan)

Ketua Wanita: Daroyah Alwi

Ketua Pemuda: Na’im Brundage

Anggota Majlis Tertinggi:

Ab Aziz Ab Kadir

Alan Oh Teik Choon

Lee Chin Cheh

Zakaria Abdul Rahim

Dr. Kaniappan

Levenia Mawas

Engga anak Unchat

Chua Lian Chye

Roger Tan Seng Huat

Leong Cheok Keng

Shuhada Abdul Rahim

Ong Chin Wen

Albakri Salim

Ahmad Khairul

Ramana K. Naidu

Muniraa Abu Bakar (lantikan)


LAGU BARU ..KHAS BUAT PM DAN SPRM RASANYA.


 

TAK RASA MALU KAH

 





MOHD MUKHLIS MUHD SYAIF


Memalukan FB rasmi SPRM boleh di tunggang sesuka hati demi kepentingan peribadi. Yang mengelabah biawak kata Pesuruhjaya di fitnah padahal siasatanpun belum mula, pastu fitnah politik apanya? Nak sokong apanya kalau benda itu belum masuk mahkamah, sangat ajaib.

Ps: hari Ahad pun kerja overtime ke? Link di bawah kalau kena delete

MEMALUKAN BANGSA DAN NEGARA


 

Sepatutnya Hadi kena kata--rasuah lebih buruk daripada mencuri dan merom...

PRU15: Pertembungan PAS, UMNO bakal berlaku di lima negeri

Iskandar Hasan Tan Abdullah