Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu
Tiga, Rodziah Ismail baru baru ini menganjurkan program pembersihan banjir
bio-remediasi.
Program ini dilakukan secara
kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dun Batu 3, Biostar dan Yayasan Aman dengan
penyertaan Air Selangor, MBSA serta sukarelawan.
"Terima kasih Datuk
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut hadir membuat flag
off (pelepasan) kepada sukarelawan program ini," katanya.
Program tersebut dijayakan oleh
sukarelawan daripada Ranting KEADILAN kawasan Batu Tiga, KEADILAN Muar, NGO
ABIM Manjung, Team Selangor, Air Selangor, Jingga 13 Kota Raja, MPKK Petaling,
NGO Generasi KEADILAN, Media PINS, NSU (negeri sembilan update), NGI Sijangkang,
Team Melaka, MPKK Klang, Tengkorak Bikers Tanjung Karang, Pesim Manjung, SUKA
Batu 3 dan PeBS Bt 3.
Program Bio-Remediasi Selangor Pasca Banjir adalah pembersihan kediaman dan kawasan secara bersepadu bagi mengelakkan jangkitan panyakit dan menjamin keselamatan mangsa banjir mendiami kembali rumah mereka.