PEMIMPIN PAS TAHU RAMELI BANTU HADI?

APAKAH PERANAN SYARIKAT PROKHAS


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri


MENJAWAB HUJAH MACAI DAN WALAUN
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


Penulis : Mohd. Fikri Abd. Rahman

MENGENALI PROKHAS SDN BHD

Prokhas Sdn Bhd adalah sebuah syarikat sendirian berhad dimiliki penuh Perbadanan Kementerian Kewangan yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk mengurus aset Danaharta pada tahun 2005.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum



Danaharta adalah bukti kejayaan dimana Prokhas berjaya pulihkan melalui strategi penyusunan dan penstrukturan semula mengatasi masalah NPL (Non Performing Loan) yang membelenggu syarikat tersebut.

Selain Danaharta, Prokhas juga ketika ini sedang menguruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, Syarikat Jaminam Kredit Perumahan Berhad dan Dana Infra.




JOM BACA DAN FAHAMI KES TABUUNG HAJI






Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks



SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI SPV TABUNG HAJI
(bagi menjawab kekeliruan)
1. Apa nama Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle)(SPV) yang mengambilalih aset kurang bagus (non-performing assets) Tabung Haji?

Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.
2. Apa sebab aset kurang bagus tersebut dipindahkan ke Urusharta Jamaah?
Untuk membaikpulih kewangan Tabung Haji. Jika tidak, Tabung Haji tidak boleh memberi hibah, menurut Akta Tabung Haji. Pemberiah hibah dalam keadaan liabiliti lebih daripada aset adalah tidak sah.


3. Apakah nilai aset yang dipindahkan ke Urusharta Jamaah?
Aset-aset itu dipindahkan dengan nilai RM19.9B daripada pihak Kerajaan ke Tabung Haji. Namun demikian, nilai buku aset-aset tersebut hanyalah sekitar RM10B sahaja. Untuk pulihkan Tabung Haji, aset itu telah dipindahkan dengan pernilaian yang lebih tinggi daripada nilai bukunya. Aset yang dipindahkan ke SPV tidak termasuk duit orang telah mendeposit kepada Tabung Haji.
4. Siapa Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah?
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir (pengerusi), Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Rashidah Mohd Sies, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd Mohd Shukri Hussin, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi Mohd Hassan Ahmad dan Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi Imri Dolhadi Ab Wahab.
Ya, semua Melayu/Islam!
5. Siapa CEO Urusharta Jamaah?
Buat masa ini, CEO belum dilantik.
6. Siapa yang uruskan Urusharta Jamaah?
Buat masa ini ia diuruskan oleh satu entiti bernama Prokhas.
7. Apa itu Prokhas?
Sebuah syarikat milik kerajaan yang ditugaskan mengurus SPV-SPV lain selain daripada Urusharta Jamaah. Ditubuhkan sekitar tahun 2005.
8. Siapa pemilik Prokhas?
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.
9. Siapa pengarah syarikat Prokhas?
Dato’ Mohd Salleh Mahmud, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Dato’ Fauziah Yaacob, Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datin Rashidah Mohd Sies.
Ya, semua Melayu/Islam juga!
10. Siapa CEO Prokhas?
Chen Yin Heng.
11. Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV Tabung Haji???
Kalau ikut nama, macam Cina. Tetapi CEO perlu menjawab pada Lembaga Pengarah (yang semua Melayu/Islam). Chen Yin Heng adalah CEO Prokhas, bukan CEO Urusharta Jamaah.Semua keputusan besar mengenai aset yang diurus mesti melalui Lembaga Pengarah Prokhas.
Di samping itu, segala keputusan mengenai Urusharta Jamaah juga perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah (yang juga semuanya Melayu/Islam).
12. Tetapi Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV???
Rileks. Semua pihak sedang cuba untuk selamatkan Tabung Haji daripada permasalahan pentadbiran lepas.
lebih 100 tahun dulu..Tokoh Islam Sheikh Muhammad Abduh sekembalinya dari Eropah, dia pernah mengungkapkan kata kata yang amat popular..
ذهبت إلى بلاد الغرب رأيت الإسلام ولم أرى المسلمين..
وذهبت بلاد العرب رأيت المسلمين ولم أرى الإسلام..
“Aku pergi ke Barat ku melihat Islam , tapi tidak melihat Muslim.
Dan aku pergi ke negara arab (di Mesir/Negara Islam) ku lihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam”...
Ketika itu tidak ada sesiapa yang dapat memahami kata kata Sheikh Muhammad Abduh.. ketika itu institusi dan dikalangan agamawan Islam sendiri melihat Sheikh Muhammad Abduh sebagai seorang tokoh yang berfikiran liberal.. sedangkan ia seorang Mujaddid atau tokoh Reformis di dalam dunia Islam..

  1. dia dituduh menentang tradisi pengajian Islam hanya disebabkan dia menolak konsep Taqlid al-A'ma (تقليد الأعمى) , iaitu taklid buta dikalangan Ummat Islam tanpa membawa budaya berfikir dan Ilmu dikalangan sarjana Islam..

Hari ini apa yang dikatakan Sheikh Muhammad Abduh.. kita dapat lihat dengan apa yang berlaku di New Zealand.. bila melihat masyarakat disana berjaya dibangunkan atas asas ilmu dan menolak Ashabiyah.. ketaksuban kepada budaya perkauman samamada dalam urusan kaum dan Agama.. inilah gambaran Islam yang sebenar ..
itulah perbezaan yang kita dapat lihat, perbezaan yang jauh hatta akhlak Muslim disanapun, dengan sifat rahmah dan cara mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka..cara mereka berhadapan dengan Musibah..ia benar benar mengambarkan wajah sebenar Islam..
Disana dari kelompok agama, Ilmuan, tokoh politik, pelajar hatta gangster sekalipun menolak Ashabiyah, perkauman dan kebencian.... malangnya Kebencian, Ashabiyah di Malaysia ia digerakkan dikalangan agamawan hatta yang dipanggil Ulama.. ia amat memalukan kepada kita sebagai muslim..
Begitu juga suatu masa dulu.. Telah berkata Ibnu Tamiyyah..
” اللَّهُ يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الْعَادِلَةَ وَإِنْ كَانَتْ كَافِرَةً وَلَا يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الظَّالِمَةَ وَإِنْ كَانَتْ مُؤْمِنَة "
“ Allah akan menolong negara yang adil sekali pun kafir, dan akan membinasakan Negara yang zalim sekali pun beriman...”
bangkit dengan marahnya para Ulama ,Para Kiyai yang begitu dengan ungkapan2 ini, lalu mereka bertanya.. kenapa perlu memilih Kafir sedang kan masih ramai yang Muslim..
Inilah kedangkalan para Kiyai,Habaib dan Ulama..hatta Mufti di Malaysia.. merka gagal memahami agama dalam konteks pemerintahan.. sedangkan kata kata Ibnu Tamiyah itu bukan menyentuh soal Aqidah.. Kalau dilihat hatta agamawan di malaysia mahupun Indonesia mereka tidak dapat membezakan ia urusan Pemerinthan, mualamah dengan Aqidah..
sedangkan nilai baik itu dalam sesuatu masyarakat, pemerintahan mahupun muamalah tidak membezakan samaada ia muslim atau ghair muslim..sebagaimana yang diungkapkan Sheikh Muhammad Abduh..
Dalam Lafaz lain, Berkata Ibnu Tamiyyah..
فإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ "
“Manusia tidak berselisih bahawa balasan dari perbuatan zalim adalah kebinasaan sementara balasan dari sikap adil adalah kemuliaan....
Ia sesuai dengan Hadis Nabi yang mengkhabarkan kita Allah tidak membezakan perbuatan dan nilai baik, samamada dilakukan oleh Muslim atau selainnya menzahirnya Natijah yang baik..
manakala jika sesuatu Kezaliman itu biarpun dilakukan oleh Muslim, hasilnya adalah kejahatan.. sedangkan dalam urusan Aqidah,(I'tiqadi) m akhirat itu adalah urusan Allah..
إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seorang mukmin yang berbuat baik. Di dunia dia akan mendapatkan balasan dan di akhirat ia akan mendapatkan pahala. Sementara itu,bagi orang kafir (yang berbuat baik) akan di beri kebaikan oleh Allah di dunia, sementara di akhirat ia tidak akan mendapatkan pahala”.
( Riwayat Muslim )
hari ini seperti apa dikata Sheikh Said ramadhan Al-Bhuti akan bahaya akan kelompok Ashabiyah ini, yang dinisbahkan sebagai Islamiyyin.. mereka menggunakan agama(Menunggang) hanya untuk tujuan tujuan Politik..
Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.
Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."
dan apa yang kita lihat hari ini di dalam Politik Malaysia, mahupun Indonesia..Itulah realitinya.. Dan itulah yang berlaku.. dan mereka itulah yang mengganggap mereka dari kelompok Islamayyin,, hanya merekalah kelompok yang benar.... lalu Mentakfirkan..mempertikaikan Keislaman dan keimanan muslim yang lain.. Dan mereka inilah yang benar benar menunggang agama, Hukum dan Syariat Allah.. benar benar menjadikan agama sebagai alat Politik Mereka...
Catatan Jumaat
29.mac.2019

SAIFUDDIN NASUTION LANCAR PROGRAM FOOD BANK SISWA

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan sut

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Saya kembali ke alma mater saya, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam untuk melancarkan program Food Bank Siswa. Perbincangan antara pihak kementerian, universiti, Food Aid Foundation dan sukarelawan mahasiswa bersetuju dengan konsep “Food Pantry” di mana tempat khas disediakan sebagai tempat simpanan makanan dan agihan kepada golongan sasar mahasiswa yang memerlukan.
Saya yakin program Food Bank Siswa di universiti ini akan bercambah dan maju dengan kreativiti masing-masing. Misalnya, para pensyarah yang ada kemampuan kewangan juga boleh menyumbang makanan bermasak kepada anak mahasiswa seminggu sekali atau dua minggu sekali di samping ditambah dengan sumber bekalan makanan daripada Food Bank Siswa itu sendiri.
Inshallah, usaha yang berdikit-dikit jikalau digabung bersama akan bawa impak positif untuk semua.
Terima kasih UPM kerana telah menggerakkan program ini. Sebagai alumni saya bersyukur dan berbangga atas usaha ini. Berilmu Berbakti.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

GAMBAR -GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON PAGI TADI

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, luaran
Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang ramai dan luaran

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai, pokok dan luaranImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan kanak-kanakImej mungkin mengandungi: 8 orang, luaran

PERTANDINGAN 4 PENJURU DI DUN RANTAU

(DARI kiri) Mohd Nor Yassin (Bebas), Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional), R Malar (Bebas) dan Dr S Streram (Pakatan Harapan) bergambar bersama pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sri Sendayan. - Foto Hasriyasyah Sabudin



SEREMBAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.
Pengumuman rasmi calon layak bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini, jam 10.30 pagi tadi, selepas tempoh penamaan calon berakhir jam 10 pagi dan tiada borang pencalonan ditolak.
PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.
Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kali ini, Dr Streram, 60, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau dan pakar bius berusia 60 tahun diberi peluang kedua sebagai calon PH.
Sementara itu, Malar, 51, berasal dari Port Dickson adalah suri rumah dan bekas penyampai radio di Toronto, Kanada menerusi program slot Kampungku, manakala Mohd Nor, 67, ialah bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.
PRK DUN Rantau adalah ketujuh diadakan selepas PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.
Hari mengundi awal bagi PRK DUN Rantau ditetapkan pada 9 April manakala hari mengundi pada 13 April.

BILIK GERAKAN UTAMA PAKATAN HARAPAN (PH)*

BILIK GERAKAN UTAMA PAKATAN HARAPAN (PH)*
Assalamualaikum, Salam Hormat.
*PILIHAN RAYA KECIL (PRK) N.27 RANTAU, NEGERI SEMBILAN*
*SEMUA DIJEMPUT MENGIRINGI DR. S. STRERAM CALON PAKATAN HARAPAN(PH) KE PENAMAAN CALON PRK N.27 RANTAU*
Tarikh : *30 Mac 2019 (Sabtu)*
Masa Berkumpul : *7:45 pagi*
Tempat Berkumpul Untuk PH: *Jalan Persiaran Nusari 1, 70300 Siliau, N.Sembilan*
Maps: https://goo.gl/maps/qSDmuAcN1CD2
Waze: https://goo.gl/PC2aP4
Tempat Penamaan: *DEWAN SERBAGUNA, SJK (C) BANDAR SERI SENDAYAN*
Maps: https://goo.gl/maps/XpmRVrgXPVm
Waze: https://goo.gl/qFSJVh
*SEBARKAN UNTUK JEMPUTAN UMUM*

Imej mungkin mengandungi: langit, pokok dan luaran
Imej mungkin mengandungi: langit, pokok dan luaran

Imej mungkin mengandungi: langit dan luaran

ANWAR DAN TPM DI MAJLIS SAMBUTAN HARI POLIS

Bersama Azizah malam tadi di Majlis Santapan Diraja bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah bersempena Peringatan Hari Polis Ke-212. Turut hadir adalah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.



Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 5 orang
Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...