Perang mulut dan poster bermula....


Undi BN insyaAllah kekal,

Undi PH insyaAllah akan ke BN,

Undi PN mungkin semakin merosot kerana kegagalan PN sebagai pembangkang.





PM Anwar Arah Percepat Projek Tebatan Banjir Bela Nasib Rakyat


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BACHOK, 12 Apr – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan projek tebatan banjir di Kelantan akan dipercepatkan pelaksanaannya bagi memastikan nasib rakyat negeri ini terbela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan peruntukan dan penyelarasan teknikal dimuktamadkan dan kerja awal akan bermula tahun ini.

“Tidak ada sebab untuk terus berlengah kerana rakyat sudah terlalu lama berdepan kesusahan akibat banjir berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya arahkan supaya semua kementerian dan agensi terlibat menyegerakan tindakan tanpa sebarang kerenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang diadakan di Pantai Irama, di sini, pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Anwar berkata, langkah awal melibatkan pembinaan benteng sungai, saliran bersepadu dan sistem amaran awal banjir di beberapa daerah berisiko tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat Kelantan di Dataran Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneliti semula pelan tebatan sedia ada agar lebih menyeluruh dan mengambil kira perubahan iklim serta peningkatan populasi.

“Fokus kita bukan hanya penyelesaian jangka pendek, tetapi membina ketahanan jangka panjang supaya rakyat tidak terus menjadi mangsa saban tahun,” katanya.


Politik Fitnah dan Kedangkalan Pembangkang: Cabaran Terbesar Reformasi Malaysia Baharu



 



Oleh: Dr. Shah Nor bin Basri



Sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15, Malaysia menyaksikan perubahan besar dalam landskap politik dan ekonomi. Dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda reformasi negara kini tertumpu kepada pemulihan institusi, pengukuhan ekonomi dan pembinaan semula keyakinan rakyat terhadap tadbir urus.


Namun, di sebalik usaha ini, muncul satu halangan besar: pembangkang yang semakin terperangkap dalam budaya politik fitnah, kedangkalan wacana, dan ketiadaan alternatif dasar yang membina.


Politik Persepsi Mengatasi Fakta



Di era digital, politik persepsi menjadi senjata utama pembangkang. Platform seperti TikTok, Facebook, dan Telegram dijadikan medan menyebarkan maklumat tidak sahih — termasuk tuduhan liar terhadap Perdana Menteri kononnya tunduk kepada agenda luar, meminggirkan Melayu-Islam, dan menggadai maruah negara.

Sebagai contoh, satu kajian oleh Centre for Independent Journalism (CIJ) menunjukkan peningkatan mendadak dalam penyebaran dis/misinformation berkait politik di media sosial sejak 2023, dengan lebih 60% daripadanya bersumber daripada akaun pro-pembangkang [1]. Ini menunjukkan satu usaha terancang untuk mencipta persepsi, bukan membina wacana berasaskan fakta.



Gangguan Terhadap Agenda Reformasi



Dalam tempoh kurang dua tahun, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif: reformasi subsidi bersasar, pelaburan strategik dalam sektor digital dan tenaga boleh diperbaharui, pengukuhan institusi perundangan, dan rangka kerja Ekonomi MADANI yang menggariskan 10 anjakan sistemik negara [2].


Menurut Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2024, Malaysia mencatat pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM329.5 bilion pada tahun 2023 – peningkatan ketara berbanding RM264 bilion pada tahun sebelumnya [3]. Namun, pencapaian ini sering diperkecilkan oleh pembangkang yang lebih gemar memainkan isu-isu picisan seperti pakaian menteri, doa dalam khutbah, atau video manipulatif.



PAS: Politik Retorik, Gagal Bawa Solusi



Antara watak utama dalam politik retorik ini ialah PAS. Dalam banyak kenyataan Presiden dan Ahli Parlimennya, mereka gagal membaca struktur dasar negara yang sedang dibina. Misalnya, dalam sesi Parlimen November 2023, seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa subsidi bersasar “menzalimi rakyat”, tanpa menyentuh realiti ketirisan RM17 bilion setahun akibat subsidi pukal, seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri berdasarkan laporan audit dalaman kerajaan [4].


Presiden PAS pula dalam beberapa ucapannya terus memainkan naratif kerajaan “tidak Islamik” dan mengungkit istilah “kerajaan kafir” — walaupun hal itu jelas bertentangan dengan prinsip maslahah dan maqasid syariah dalam pengurusan negara [5].

Ketiadaan tawaran dasar yang jelas, selain retorik populis dan sentimen keagamaan yang sempit, mencerminkan kegagalan PAS berperanan sebagai pembangkang yang berfungsi dalam demokrasi moden.


Keilmuan: Teras Demokrasi Berfungsi



Dalam demokrasi yang matang, keilmuan menjadi asas utama kepada legitimasi dan keberkesanan dasar. Namun pembangkang — terutama PAS — gagal memanfaatkan forum seperti Parlimen untuk membahas dasar secara berfakta. Laporan The Third World Quarterly menyatakan bahawa pembangkang berkesan adalah yang mampu memeriksa, menyemak dan mencabar dasar berdasarkan hujah ilmiah, bukan emosi atau manipulasi persepsi [6].

Rakyat tidak memerlukan pembangkang yang hanya mengkritik demi populariti. Mereka mahu suara yang rasional, kritikal dan bertanggungjawab.


Politik Nilai vs Politik Kebencian



Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten menekankan bahawa kritikan adalah dialu-alukan, tetapi fitnah dan manipulasi adalah pengkhianatan terhadap negara. Beliau mengangkat konsep politik nilai — yakni politik yang berasaskan integriti, ilmu dan kesejahteraan rakyat — sebagai antitesis kepada politik kebencian yang kini menjadi sandaran pembangkang tertentu [7].



Kerajaan Perpaduan, meskipun tidak sempurna, menunjukkan keazaman untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi — dan ini menuntut kestabilan politik serta pembangkang yang rasional, bukan reaksioner.


Kesimpulan: Rakyat Perlu Bijak Memilih Suara Yang Membangun



Malaysia sedang meniti fasa kritikal dalam usaha pembinaan semula negara. Namun usaha ini boleh tergendala sekiranya suara-suara kedangkalan terus diberikan ruang dominan.

Sudah tiba masanya rakyat menuntut pembangkang yang cerdas, bukan yang hanya menjaja mimpi dan ketakutan. Pembangkang yang membawa solusi, bukan sekadar slogan. Dan yang berani berdepan fakta, bukan berselindung di sebalik kebencian.




Jika PAS dan parti pembangkang lain gagal berubah, maka mereka akan terus tenggelam dalam arus Malaysia baharu — arus yang dipandu oleh keilmuan, profesionalisme dan politik bernilai tinggi.

Sumber Rujukan:



  1. Centre for Independent Journalism (CIJ). (2024). Mapping Misinformation in Malaysian Politics — www.cijmalaysia.net
  2. Unit Perancang Ekonomi (EPU). (2023). Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. — www.ekonomimadani.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia. (2024). Laporan Ekonomi 2024. — www.mof.gov.my
  4. BERNAMA. (2023). Kerajaan tangani ketirisan subsidi RM17 bilion – PM Anwar.
  5. Mufti Wilayah Persekutuan. (2023). Fatwa & Pendirian: Politik dan Agama. — www.muftiwp.gov.my
  6. Third World Quarterly. (2023). Democracy and the Role of Opposition in Southeast Asia.
  7. The Malaysian Insight. (2023). Anwar: Kritikan dialu-alukan, fitnah harus dihentikan.

Dr Shah Nor Basri merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam yang berpengkalan di Jordan







‘Islam Hebat Kerana Tunjuk Contoh Yang Baik, Bukan Maki Dan Hina Orang’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah pada 12 April 2025.

BUKIT MERTAJAM, 12 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk terus menunjukkan contoh dan teladan yang baik tanpa melakukan penghinaan terhadap kaum lain.

Anwar berkata, sikap terpuji itu sekali gus akan membuatkan Islam dipandang mulia dan dihormati semua pihak.

Katanya, salah satu tempat yang boleh dijadikan contoh adalah institusi masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT serta nilai-nilai murni yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat.

“Islam ini hebat kerana contoh kita, Islam hebat bukan kerana kita maki orang dan Islam hebat bukan kerana kita hina kaum lain.

“Tetapi, Islam itu hebat kerana dia tengok contoh kita itu baik, masjid kita paling bersih, masjid kita paling indah, kariah kita paling baik peribadinya, anak-anak anak kita itu cukup terlatih dan cukup disiplin.

“Oleh kerana itu yang akan menyebabkan orang hormat kita dan bukan kerana angkuh, bukan kerana bengis kita atau bukan kerana kita memilih untuk menghina yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Cherok Tokun Bawah di sini, hari ini.

Pembinaan semula masjid berusia 30 tahun di kampung halaman Perdana Menteri itu dijangka siap pada Februari 2027 dengan kos RM15 juta.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Anwar juga mahu semua pihak supaya terus memainkan peranan dalam menjaga institusi masjid dan zakat supaya bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Ia adalah dengan memainkan peranan dalam memastikan semua nilai-nilai baik diterapkan dalam pentadbiran negara tidak terbabit dengan kesalahan rasuah.

‘Ular sawa kalau dah makan, dia duduk diam (berhenti) tak usik apa-apa dah. Tapi manusia, dia rasuah dan tamak haloba mana dia nak diam.

“Atas sebab itu kita nak jadikan kerajaan MADANI ini perubahan yang sebaiknya,” katanya.

Tegasnya, kepercayaan rakyat yang memberi mandat untuk memimpin harus dibalas dengan amanah, kejujuran dan kesederhanaan bukan dengan menindas atau menyeleweng harta.

“Kalau kita diberi amanah, itu tanggungjawab, bukan lesen untuk ambil kesempatan. Kita jangan jadi tamak hingga hilang arah, hilang akhlak. Kekayaan sebenar bukan pada harta, tetapi pada integriti dan taqwa.

“Jangan lupa kuasa dan jawatan adalah sementara dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah Allah untuk dipersoal tentang segala tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya.




Sindiran karikatur jahat terhadap Anwar, Loke tiada nilai tambah, terpesong daripada isu sebenar


 

OLEH: Nga Kor Ming



Saya kesal dengan tindakan parti Perikatan Nasional yang menggunakan karikatur yang seolah-olahnya menyindir PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anthony Loke.


Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar, malah mencerminkan pendekatan politik yang sangat tidak matang.


Sindiran melalui karikatur sebegini yang berniat jahat tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara, malah cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar yang perlu kita atasi bersama seperti perang tariff Trump.


Sebagai parti politik yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kita percaya bahawa perdebatan politik harus berteraskan dasar, pelan pembangunan serta cadangan penambahbaikan, bukannya mempermainkan individu dengan cara yang kebudak-budakan serta memperalatkan ugama dan kaum sebagai modal murahan.


Pakatan Harapan komited dan cakna untuk memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning bagi memperkukuh hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan pembangunan negeri Perak selaras dengan wawasan Perak Sejahtera 2030.


Negara kita memerlukan politik yang membina, bukan membinasa.


NGA KOR MING ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan timbalan pengerusi kebangsaan DAP.



PERARAKAN KE DEWAN PENCALONAN WAKIL DARI KERAJAAN PERPADUAN! BANJIR MANU...

Tambahan Peruntukan Di Kelantan Dan Terenggany Bukti Kerajaan Adil-PM #M...

LAUTAN MANUSIA SAMBUT KETIBAAN PMX AIDILFITRI KELANTAN

PRK Ayer Kuning: Langsung dari Tapah

PANAS PENAMAAN CALON PRK DUN AYER KUNING

LIVE UCAPAN PMX DEPAN MENTERI BESAR RAKYAT KELANTAN

RUMAH UNTUK RAKYAT MISKIN.


 

LAPORAN POLIS KERANA MENGHINA RAJA RAJA


 

CALON PN MENIPU MAKLUMAT PERIBADI

 


MASJID BARU TOK KUN.

 Pertikaian National 


Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam di Kampung PMX 👍🏻




GURU SEKOLAH SUKAN TEMERLOH TOLONG KEMPEN LAK.


 Zulaifa Rahman.




Buang saja duri dalam daging ni!!

makin disimpan makin menanah!!

sudah hilang adab,akhlak,moral sebagai

 pendidik,Sengaja mengabaikan

 falsafah,misi, visi peddikn dan cita-cita

 kerajaan Dan negara!.


BETUL KAH BOLEH DIAM BUKAN SELALU SEBAR BERITA PALESU


Jamzuri Ardani


 "Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." -Hadis.


Baguslah kalau PN pilih diam, daripada dok sebar fitnah merata.


Tapi ... hangpa caya ka depa akan diam? Hat jenis ketagih fitnah nie ... boleh diam dua minit ja paling lama.





PENDEDAHAN SEMALAM TEPAT: NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA


Rafizi Ramli

 




Sejak saya mendedahkan bahawa perjumpaan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bukanlah satu rangka lawatan rasmi (“official visit” atau “official working visit”) atas jemputan Presiden Trump seperti yang mahu digambarkan oleh media propaganda Barisan Nasional, jentera propaganda Barisan Nasional bekerja keras untuk menenggelamkan perkara itu sebelum Dato’ Seri Najib tiba di White House.

 

Alasan yang digunapakai ialah kononnya perjumpaan itu disenaraikan di laman rasmi White House dan dimasukkan di dalam jadual harian Presiden Trump di Twitter beliau.

 

Malangnya, tidak ada seorang pun yang menafikan atau mengemukakan fakta yang menidakkan perkara pokok yang saya timbulkan semalam: berdasarkan senarai protokol untuk lawatan rasmi Ketua Negara (“State Visit”) atau Ketua Kerajaan (“Official Visit” termasuk “Official Working Visit”) untuk menentukan sambutan serta kemudahan meraikan tetamu rasmi Presiden Amerika Syarikat, lawatan Dato’ Seri Najib kali ini dikategorikan sebagai lawatan persendirian (“private visit”) oleh seorang Perdana Menteri ke White House.

 

Oleh sebab itu, satu lagi isu utama yang saya timbulkan ialah kemungkinan besar jemputan dari Presiden Trump kepada Dato’ Seri Najib untuk mengadakan satu pertemuan singkat (yang dikira lawatan persendirian ini) diusahakan oleh khidmat lobi yang dibayar oleh Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri, seperti yang saya pernah dedahkan sebelum ini.

 

Saya yakin perjumpaan yang berlaku semalam (waktu Malaysia) mengesahkan bahawa kedua-dua perkara pokok yang saya timbulkan adalah benar berdasarkan bukti-bukti yang dihuraikan selepas ini.

 

Bukti Perjumpaan Adalah Lawatan Persendirian (“Private Visit”)

Setakat ini, liputan yang dibuat media rasmi Barisan Nasional seperti yang dilaporkan New Straits Times dan RTM mengesahkan bahawa:

 

i. Ketibaan Dato’ Seri Najib di Joint Base Andrews in Maryland dengan pesawat rasmi negara tidak disambut dengan satu acara rasmi yang dipanggil “flight line ceremony” yang hanya diberikan kepada lawatan-lawatan rasmi


ii. Delegasi Dato’ Seri Najib menginap di Trump International Hotel dan bukannya Blair House, iaitu rumah tetamu Presiden Amerika Syarikat yang disediakan bagi lawatan rasmi ketua kerajaan

 

Kedua-dua perkara ini kini sahih dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan oleh sumber rahsia saya seperti yang saya dedahkan semalam adalah tepat.

 

Perjalanan mesyuarat yang berlaku semalam di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump juga mengesahkan bahawa keseluruhan lawatan ke White House itu, dari pertemuan empat mata di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump sehinggalah mesyuarat di antara pegawai tertinggi Malaysia dan Amerika Syarikat (yang sebelum ini dirujuk sebagai “expanded meeting”), memakan masa hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

 

Ini bertepatan dengan maklumat sulit yang diberikan kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai dan boleh disahkan berdasarkan garis masa dari ketibaan Dato’ Seri Najib di White House sehinggalah berakhirnya “expanded meeting” tersebut, seperti berikut:

 

i. Dato’ Seri Najib tiba jam 1149 pagi waktu Washington (dirujuk sebagai EDT dan 12 jam lambat berbanding waktu Malaysia, maka 1149 PM di Malaysia adalah 1149 pagi di Washington) seperti yang dilaporkan oleh MSNBC melalui tweet di bawah:

 

ii. Dato’ Seri Najib kemudiannya ada pertemuan empat mata di Oval Office dengan Presiden Trump. Tiada wartawan atau media dibenarkan, malah sesi bergambar di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump pun dibatalkan di saat-saat akhir. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menentukan lama mana pertemuan itu ialah dengan melihat garis masa selepas pertemuan empat mata ini

 

iii. Selepas itu, Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump menyertai pegawai tertinggi dari delegasi kedua-dua negara untuk mesyuarat dua hala yang dirujuk sebagai “expanded meeting” di dalam jadual Presiden Trump sebelum itu

 

iv. Transkrip mesyuarat itu yang meliputi ucapan Presiden Trump dan ucapan balas dari Dato’ Seri Najib disiarkan secara penuh di laman White House https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/12/remarks-president-trump-and-prime-minister-najib-abdul-razak-malaysia

 

v. Transkrip mesyuarat itu menunjukkan ucapan Presiden Trump bermula pada jam 12:11 tengahari dan ucapan balas Dato’ Seri Najib berakhir pada jam 12:18 tengahari

 


Mengambil kira ketepatan masa yang diuruskan di White House dan berdasarkan garis masa di atas, saya boleh menyimpulkan bahawa Dato’ Seri Najib mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Trump selama lebih kurang 10 minit sahaja dan 20 minit lagi dihabiskan di dalam “expanded meeting” yang videonya disiarkan.

 

Ini mengesahkan maklumat yang saya dapati dari sumber rahsia yang saya dedahkan semalam bahawa perjumpaan ini hanya memakan masa 30 minit sahaja.

 

Bukti terakhir bahawa maklumat yang diberikan kepada saya semalam adalah sahih ialah tiadanya sidang media bersama di antara Presiden Trump dan Dato’ Seri Najib seperti lazimnya apabila ada satu lawatan rasmi.

 

Perkara Dibincangkan Mengukuhkan Dakwaan Perjumpaan Adalah Hasil Kerja Melobi oleh Firma Bekas Pembantu Trump

Saya yakin seluruh rakyat Malaysia terkejut mendengar sendiri perbincangan yang berlaku dalam masa 17 minit di antara delegasi Malaysia dan Presiden Trump itu, seperti yang disiarkan di dalam video rasmi dan transkrip rasmi mesyuarat.

 

Kesemua perkara-perkara bersabit kepentingan negara dan kebajikan umat Islam Rohingya yang digembar gemburkan akan dibawa oleh Dato’ Seri Najib di dalam pertemuan itu langsung tidak disentuh. Sebelum ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib memaklumkan perkara-perkara yang menjadikan pertemuan dengan Presiden Trump ini penting untuk negara adalah:

 

i. Mendapatkan pelepasan visa bagi rakyat Malaysia (rujuk http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/10/pm-expected-to-raise-us-visa-waiver-programme-in-meeting-with-trump/)


ii. Membincangkan nasib umat Islam Rohingya (rujuk https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/323286/rakyat-perlu-bersatu-bantah-penindasan-etnik-rohingya)

 

Sebaliknya yang berlaku ialah Dato’ Seri Najib seolah-olah membawa ufti untuk dipersembahkan kerana kesemua perkara yang dibincangkan melibatkan wang rakyat Malaysia yang akan dibawa dan dilabur untuk membeli kapal terbang buatan Amerika Syarikat dan membiayai projek-projek infrastruktur di Amerika Syarikat.

 

Saya nyaris termuntah melihat Dato’ Seri Najib menjatuhkan martabat rakyat Malaysia dengan membodek Presiden Trump apabila beliau berkata “Number one, we want to help you in terms of strengthening the U.S. economy.  I come with three specific proposals.”

 

Dalam keadaan rakyat Malaysia menanggung beban percukaian yang tinggi baik dari GST atau cukai pendapatan yang mengejar ramai rakyat Malaysia serta suasana ekonomi yang menekan rakyat akibat kenaikan harga barang, Dato’ Seri Najib ada hati ingin membantu Amerika Syarikat mengukuhkan ekonomi negara itu dengan membawa wang rakyat Malaysia membiayai ekonomi negara tersebut.

 

Tiga perkara yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Najib ialah (i) pembelian pesawat-pesawat baru Boeing oleh MAS dan memujuk AirAsia membeli enjin GE untuk pesawat AirAsia, (ii) mengarahkan KWSP membawa masuk wang sehingga RM16 bilion untuk membiayai pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat dan (iii) menambah lagi pelaburan Khazanah di Amerika Syarikat dari jumlah RM1.6 bilion yang sedia ada.

 

Saya akan menumpukan usaha saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk memastikan ketiga-tiga tindakan bacul Dato’ Seri Najib yang menggunakan wang rakyat ini tidak akan berjaya.

 

Sebab itu saya mengulangi bahawa keseluruhan perbincangan semalam adalah berkisar kepada “bayaran ufti” yang perlu dibuat oleh Dato’ Seri Najib demi untuk mendapatkan masa 30 minit untuk bergambar dengan Presiden Trump.

 

Ini bukanlah satu jemputan hasil dari pengiktirafan Presiden Trump kepada kecekapan dan kehebatan Dato’ Seri Najib, saya melihatnya sebagai satu jemputan yang diaturkan melalui lobi kerana ia hanyalah menguntungkan pihak Amerika Syarikat semata-mata.

 

Saya akan meneruskan siri pendedahan mengenai lawatan “membayar ufti” yang menggadaikan kepentingan negara ini selepas ini setiap hari.


 

RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN



SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025

Zukro Akshah






Malam tadi berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam, Kuantan. Sendat jalan nak ke situ, dahlah saya sedikit terlewat sebab kes "butang baju Melayu abang mana Pah?" 😂😂😂 Tapi berjayalah juga sampai, saya hadir sebagai sebahagian dari Ahli MPN (Majlis Pimpinan Negeri, Keadilan Pahang).


Tiga orang Yang Amat Berhormat datang, seorang YAB Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim, seorang YAB Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi dan seorang lagi YAB Menteri Besar Pahang, DS Wan Rosdy bin Wan Ismail.


Apa pun, cuma inilah gambar yang ada dalam koleksi. Sekarang saya sudah berada di Kuala Terengganu, menemani isteri yang ada tugasan esok pagi. Pagi tadi saya di MRSM Kuantan Rasmi, ada sambutan Aidilfitri juga di situ, bersama anak-anak, ibubapa dan guru-guru.


p/s: ramai juga artis malam tadi, yang lain saya tak berapa pandai layan, M.Nasir bolehlah (dia pakai baju Melayu hijau dalam salah satu gambar).

p/s: mana Saifulzaman Mahmood dan Sp Transports Sp Transports? Cari tak jumpa! 


Zukri Aksah

Calon Timbalan Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota

(jangan marah saya bergambar dengan Dato' Ketua Cabang, Farhan Fauzi (Setpol PM) yang baru menang tak bertanding 🤣)


#keadilan26 #keadilan26tahun #pemilihankeadilan2025 #keadilaninderamahkota #neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #kamikeadilan #AkuKeadilan #reformasi98 #DemiPertiwi #harapan

Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia



3 PENJURU. PH INSYALLAH MENANG

 


MASA DA KUASA LUPA..

 

Jamzuri Ardani


Ini sikap dia bila ada kuasa. Sekarang buat drama konon tiada kebebasan bersuara. Isu pokoknya ialah hipokrasi tahap dewa.




NAK TENGOK WAYANG TAPI KELAKU MACAM BEROK.....

 


TCO PUN TAK PAHAM, SAMA NAIK PULAK PENYOKONG. BENGGONG BETOI..


 

SALAH TETAP SALAH. TANAM SAWIT KA GETAH KAH.. BUKAN KIRA BANGSA PUNYA.

 


ULANG KISAH NI SUPAYA WALAUN DAN CAI INGAT SIKIT KEGAGALAN 33 BULAN.

 


Hamzah Zainudin & Tuan Ibharim Tuan Man turun ke kg Sg Baru kunun nak dengar rungutan penduduk ? Dah habis isu kaum & agama nak tunggang ? 🤣






Hampa tau dak sapa yg beri nilai pampasan RM400/kaki utk tanah Kg Sg Baru ? Jawapannya kerajaan Muhyiddin Yassin lah... PM8 ketika itu selepas langkah Sheraton tebuk atap!


Apa cara kerajaan perikanan nasional & pas ketika itu utk ambil tanah penduduk Kg Sg Baru...ha, cuba jawab......


Nah...ini faktanya! 👇


Arahan untuk mengambil tanah tersebut di lakukan di bawah Akta pengambilan tanah diwartakan pada 21 Jun 2021 mengunakan kuasa penuh darurat.


Masa itu tiada (sidang) parlimen dan seluruh Malaysia bawah perintah darurat. Bulan Jun itu pun bawah Total Lockdown PM8. 🤣


Utk makluman, sebelum Najib jatuh dlm PRU14 tahun 2018, Najib sendiri dh tawarkan RM400/kaki. Kemudian di takdirkan PH menang pd PRU14 tersebut...Mahathir naik jadi PM7, PH dh tawarkan RM850/kaki tetapi Najib ketika itu kata PH tawarkan murah, alasannya tanah sekitar KLCC harganya RM3000/kaki. 


Bila di desak, PH cuba runding dan tambahkan lagi RM150...menjadikannya RM1000/kps.


Kemudian tebuk atap berlaku, berlaku perubahan politik drastik...Muhyiddin (PN+Pas) batalkan harga RM1000/kps yg PH dh tetapkan, turun jauh hanya tinggal RM400/kps saja. 🤣🤣😂


Sapa menteri wilayah persekutuan ketika PM8 ketika itu ? Jawapannya, Syahidan Kassim yg kini berada dalam lubuk parti pas bersama Tuan Ibharim Tuan Man. 🤣


Lepaihtu...puak tebuk atap dan penyakau nih tunjuk alim kunun turun padang nak bela penduduk Kg Sg Baru. 


Weh, Penyakau Nasional...pi jalan dah! 


Hampa bukan nak bantu rakyat pun, hanya lebih nak cari point apa nak guna utk pilihanraya kecil Ayer Kuning pd 26 April 2025 nih. Nak kocak selumatnya, nanti dh kritikal...mulalah tunggang isu kaum & agama. 😂


Deris sagon kata...bagi kita 5 hari, kita akan ubah semua. Dah dapat tebuk atap, 5 hari pun masuk longkang. Hat yg ada parti lebai sendiri yg naikkan judi dan keluarkan air arak baru jenama Timah. 


Projek Janawibawa, habih bagi pd apek cina jual perabot. Itu belum lagi kes RM6 juta masuk akaun peribadi hasil songlap projek Janawibawa. 😅


Ketika Lockdown pun anaknya sorok minyak masak paket lebih 50 tan dalam gudang. La baru nak cakap tolong rakyat...🤣




MELAYU TANAM SAWIT DAN GETAH ATAIH TANAK KERAJAAN OK KAH?

 

Mohd  Irfan 


Ya, memanglah kita marah dengan geng2 tanam durian secara haram dengan ceroboh tanah kerajaan di Raub.




Cuma ada juga orang Melayu kita yang ceroboh tanah kerajaan di kampung dengan tanaman getah, sawit, dan hasil kebun lain.


Ini pun 2x5 sahaja. 


Lagi teruk, hasil itu pun HARAM dari segi Islam sebab tanam tanpa kebenaran pemilik tanah. Ke sebab ada yang cakap kerajaan zalim dan boleh ceroboh tanah mereka? 


Ke gone? 😁



YB DAP JAWAB


Sebagai wakil rakyat, saya terbuka terhadap kritikan. Tetapi kritikan mesti adil.





Bila saya nampak post ini dalam page komuniti, saya fikir ia amat tidak adil pada saya. Saya perlu respons, sebab jika tidak nama baik saya tercemar.


Maka, ini respons saya.


Pertama - ini jalan bawah seliaan JKR Hulu Langat. Ahli Parlimen tiada bidangkuasa untuk repair jalan tersebut. 


Kedua - dari segi tanggungjawab, setiap aduan tentang perkara ini saya catit dan saya bawa ke pihak berwajib.


 Malahan JKR Hulu Langat sendiri tahu tentang perkara ini. Dan dalam mesyuarat dengan JKR saya sendiri sudah bangkitkan perkara ini. Saya tahu sangat tentang isu ni - bukan setakat dapat banyak aduan, saya sendiri lalu jalan tu. Pusat Khidmat Masyarakat saya di situ!


Ketiga - hari ini sahaja saya dah post maklumbalas terkini yang saya terima tentang isu ini. Kalau ye pun nak tuduh saya, jenguklah dulu page saya. Tabayyun sebelum tibai.


Keempat - dan yang paling saya tak boleh terima - percubaan sebar persepsi bahawa saya buat kerja hanya dekat PRU. Ini kalau orang Bangi yang betul-betul cakna tentang perkembangan komuniti di Bangi, memang secara objektif suatu tuduhan yang mengarut. Dari hari pertama saya sudah bekerja. Malahan saya juga pastikan kehadiran saya jika Parlimen bersidang sebab itulah tanggungjawab hakiki saya.


Saya hanya ingin lakukan yang terbaik dalam ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. Saya tidak sempurna, banyak lagi boleh diperbaiki, tetapi pada masa yang sama saya harap berlaku adil pada saya dan lebih penting lagi, pasukan saya.


Terima kasih.



GAMBAR GAMBAR ANWAR DI CHEROK TO KUN.

 






NI YANG HEBATNYA PN.

 


TAR SENIK DAN MUSAFIRNYA.


Norshidah Mat Daud

 

Tadi ada sorang komen pasal fikah atau leena

Ilang dah komen tu


Pastu cam bese la dia limitkan komen 😌



DATO LOKMAN JAWAB KATA IDRIS “RAKYAT SERING TANYA BILA KERAJAAN INI AKAN...

Pilihlah pemimpin berintegriti, amanah dan bawa suara rakyat terbanyak – Anwar Ibrahim

 




Oleh

 Ain Koin




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjalan dalam suasana kekeluargaan dan beretika, tanpa dipengaruhi budaya yang boleh memecahbelahkan perpaduan dalaman parti.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di laman Instagramnya, beliau berkata pemilihan kepimpinan perlu memberi keutamaan kepada calon yang berintegriti, amanah dan mampu wakili suara rakyat.

Anwar Ibrahim

“Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota keadilan dalam pemilihan parti kali ini.

“Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan. Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.

“Seperti yang sering saya tegaskan keadilan bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.

“Insya-Allah, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua,” ujarnya.

Sebelum ini, PKR memperkenalkan teknologi blockchain dalam sistem pemilihan parti berkenaan bertujuan memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.

Menerusi mekanisme sekuriti itu, pengundi atas talian perlu mengesahkan identiti mereka dengan mendapatkan OTP melalui nombor telefon yang berdaftar dan melalui pengesahan pengecaman wajah.

Artikel lain: PKR catat sejarah, laksana pemilihan parti guna teknologi blockchain

Anwar Ibrahim


Manakala pengundi fizikal perlu membawa kad pengenalan mereka ke pusat mengundi dan perlu melalui pengesahan biometrik cap jari untuk pengesahan identiti.

Pemilihan Cabang PKR 2025 yang bermula hari ini hingga 20 April 2025 secara berperingkat mengikut negeri dengan menyaksikan seramai 16,878 calon bertanding bagi pelbagai peringkat jawatan di 222 cabang, dengan 31 cabang pula tiada pertandingan di peringkat Jawatankuasa Cabang.

Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim








PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.