YB DAP JAWAB


Sebagai wakil rakyat, saya terbuka terhadap kritikan. Tetapi kritikan mesti adil.





Bila saya nampak post ini dalam page komuniti, saya fikir ia amat tidak adil pada saya. Saya perlu respons, sebab jika tidak nama baik saya tercemar.


Maka, ini respons saya.


Pertama - ini jalan bawah seliaan JKR Hulu Langat. Ahli Parlimen tiada bidangkuasa untuk repair jalan tersebut. 


Kedua - dari segi tanggungjawab, setiap aduan tentang perkara ini saya catit dan saya bawa ke pihak berwajib.


 Malahan JKR Hulu Langat sendiri tahu tentang perkara ini. Dan dalam mesyuarat dengan JKR saya sendiri sudah bangkitkan perkara ini. Saya tahu sangat tentang isu ni - bukan setakat dapat banyak aduan, saya sendiri lalu jalan tu. Pusat Khidmat Masyarakat saya di situ!


Ketiga - hari ini sahaja saya dah post maklumbalas terkini yang saya terima tentang isu ini. Kalau ye pun nak tuduh saya, jenguklah dulu page saya. Tabayyun sebelum tibai.


Keempat - dan yang paling saya tak boleh terima - percubaan sebar persepsi bahawa saya buat kerja hanya dekat PRU. Ini kalau orang Bangi yang betul-betul cakna tentang perkembangan komuniti di Bangi, memang secara objektif suatu tuduhan yang mengarut. Dari hari pertama saya sudah bekerja. Malahan saya juga pastikan kehadiran saya jika Parlimen bersidang sebab itulah tanggungjawab hakiki saya.


Saya hanya ingin lakukan yang terbaik dalam ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. Saya tidak sempurna, banyak lagi boleh diperbaiki, tetapi pada masa yang sama saya harap berlaku adil pada saya dan lebih penting lagi, pasukan saya.


Terima kasih.



No comments: