RENUNGAN HIDUP YANG KITA PATUT FIKIRKAN


 Hamdan Basiran


Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun maknanya hanya tinggal sekitar 15 tahun lagi.


Apatah lagi kalau umur kira sekarang sudah mencapai 60 atau atau lebih.


Berapa hari lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal?


Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh sakit.


Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.

 

Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. 


Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.


Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan terjadi setelah kematian.


Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.

 

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.

 

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka. 


Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuanya.

  

Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. 


Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

 

Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.


Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. 


Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita. 


Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan?

 

Kita yang berusia 55 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesihatan kita dengan benda lain.  


Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.

  

Mencari wang sampai bila? 


Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. 


Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. 


Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.

  

*Ini yang Lebih Penting!* :

 

Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mempunyai problem rumah tangga masing-masing.


Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain. 


Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

 

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.

 

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.


Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. 


Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.

  

Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. 


Suasana hati yang gembira, olahraga secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyakkan sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi.


Semoga Allah Memberkati.


Salin dan tampal


Bagi mereka yang tertinggal keretapi…

Liyana Marzuki


Al-kisahnya: 


1. Dalam sesi Parlimen baru ni didedahkan, kos renovation Seri Perdana sampai cecah RM38 juta. 


2. PM9 jawab bukan dia yang arahkan. PM8 yang luluskan budget pada Mac 2021. 


3. PM6 dengan gah nya menganjing. Perlinya “Kata takde duit, boleh pulak buat reno”. 


4. Makanya PM8 jawab, reno sebab pendawaian elektrik dah 20 tahun, rumah dah usang. Tambah pula, PERABOT pun dah HILANG. Diangkut oleh PM6 masa hilang jawatan. Kononnya “Semua itu NAJIB ROSMAH yang punya”. 


5. PM6 taknak kalah. Dan tanpa rasa malu,katanya perabot tu ada dalam gudang. Kalau nak boleh lah dipulangkan. Percuma kepada Kerajaan 😅😅😅


Fakta yang kita kena tahu. 


1. Kos bina Seri Perdana RM200 juta tahun 1999 (termasuk landskap dan binaan untuk orang awam). 


2. Mengikut Belanjawan 2011, reno terakhir adalah pada tahun 2011 memakan belanja RM65 juta. 


5 Benda yang kita kena tanya: 


1. RM65juta tu PM6 buat apa? Takkan tak beli perabot sekali? 


2. Kalau betul PM8 kata rumah dah usang, pendawaian elektrik pun kena buat balik ke lepas 10tahun? Apa guna RM65 juta dulu?


3. PM6 confident perabot dia punya dan diangkut semua termasuk chandelier. Adakah ini duit sendiri atau derma politik Tok Arab. Kalau derma Raja Arab, adakah dia perkenan Najib beli perabot untuk wifey? Bukankah derma untuk tujuan politik? 


4. Kalau PM8 tak duduk Seri Perdana, kenapa perlu di reno juga bulan Mac. Masa tu katil ICU pun tak cukup, doktor kontrak banyak yang cemas. Mereka tak diberi jawatan tetap kerana difahamkan Kerajaan tak berduit. Adakah renovation Seri Perdana lagi penting? 


5. Antara RM6 dan PM8 ada sorang lagi PM, takde pulak dia nak reno masa pandemik. Padahal duduk rumah yang sama. Pelik? 


Makanya, kita jaga kita. Ada yang takde kerja, bunuh diri dan hilang keluarga. 


Mereka di kayangan pula bermaharajalela. Menyongglap dana negara, gaduh pula sesama mereka. 


#ohmalaysiaku


MALANGNYA NEGARA KITA

 

Sayuti Omar


Pendakwaan ke atas beberapa orang politik termasuk ahli parlimen mengikut akta SPRM ataupun pengubahan wang haram yang dibuat semasa kerajaan PH sebelum ini satu demi satu dibebas dan dilepaskan. Setengahnya dibebaskan tanpa bermula perbicaraan, dan setengah yang lain dibebaskan seperti ada timbang rasa dan budi bicara mahkamah. 


Ada semacam tawar menawar dibuat oleh mahkamah dan kes-kes tertentu boleh ditebus dengan wang ringgit. 


Langkah ini memberi gambaran buruk kepada penguatkuasaan dan tindakan undang-undang yang berlaku dalam negara ini. Keadaan itu menyebabkan sistem perundangan negara ini seperti main-main dan sandiwara sahaja. Lebih teruk lagi ada yang menganggap mahkamah dan hakim negara ini boleh dibeli atau pun dipersendakan dan mereka bukan bertindak mengikut peruntukan undang-undang sebalik mendengar suara dari langit. 


Undang-undang digubal di parlimen pula seperti boleh dipinda dengan budi bicara dan kuasa politik kerajaan semasa. Amalan ini sesuatu yang parah dan memberi kesan buruk ke atas kedaulatan undang-undang dan integriti negara ini. 


Sebaik-baiknya fenomena ini mendapat perhatian serius daripada rakyat dan dijadikan perlu diperbaiki dengan menggunakan peluang dan kuasa rakyat yang ada semasa pilihan raya diadakan. Trims.


JAHAT SUNGGUH DEPA NO...ISSHH...ISSHHHH...SUKA SUNGGUH FITINAH DAN BUAT BERITA PELESU....JAHANAM....

 

May be an image of 3 people and text that says "UMNO/PAS KETIKA PH PERINTAH Kenyataan MEDIA HARAMKAN DONGZONG ZONG Dngg kerajaan Haramkan Dong Zong: Surat Terbuka Kepada Muhyiddin Yassin hamal amenuamanMlantal KETIKA UMNO-PAS- BERSATU PERINTAH mc NEWS malayslakini. Govt approved RM15m for 63 Chinese independent schools Dong Zong Fion Yap Published: Oct 2021 AM Updated: 7:07 AM"


Masa dia jadi pembangkang, dia siap cabar kerajaan haramkan Dong Zhong. Sekarang dia jadi kerajaan, dia pulak yang ikut cakap Dong Zhong.

Aku tak pelik. Sebab inilah sistem demokrasi. Kalau nak kekal memerintah, inilah permainannya. Tapi aku cuma nak umum sedar akan kejahatan yang dibuat oleh PAS dan UMNO ini.
Nampak jelas yang soal Melayu dan Islam bukanlah perjuangan mereka. Itu hanya sebahagian daripada pembodohan mereka terhadap rakyat untuk dapat sokongan. Kamu percaya? Kamu bodoh. Mudah.

TU DIA PUNYA PELAHAP ...ZUHUD SUNGGUH AIHHH

 May be an image of 1 person and text that says "PANAS I Kos ubahsuai, beli perabot pejabat Menteri Undang- undang cecah RM470,000 September 23, 2021 7:11 am"

WOIII...AWAT HANGPA DOK KALUT SANGAT HAAA....PAKAI LA LAMBANG BULAN QABIT KA...DACING SENGET KA...BUNGA LAYU KA...TAPI RAKYAT PILIH KEADILAN

 

Jangan semata-mata PH dah daftar dan ada logo ia perlu ‘diguna paksa’ pada PRU, kata Pemuda PKR



Setiausaha Pemuda PKR, Syukri Razab membidas kenyataan Ketua Pemuda PH, Howard Lee kononnya gabungan itu sudah memutuskan untuk menggunakan logo PH dalam PRU15.

PETALING JAYA: Pemuda PKR mendesak pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan berhubung isu penggunaan logo berdasarkan fakta dan data untuk digunakan gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Pemuda PKR, Syukri Razab berkata, kajian di lapangan perlu dilakukan oleh agensi bebas bagi menilai logo mana merupakan pilihan terbaik yang akan digunakan sebagai lambang PH.

“Janganlah semata-mata kerana PH sudah berdaftar dan memiliki logo, maka logo tersebut perlu dipaksa guna dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Syukri turut membidas kenyataan Ketua Pemuda PH, Howard Lee kononnya gabungan itu sudah memutuskan untuk menggunakan logo PH dalam PRU15.

“Kenyataan Howard ini sebagai dangkal dan terburu-buru kerana mendahului Majlis Presiden Pakatan Harapan yang belum memutuskan apa-apa keputusan berhubung isu logo. Selaku individu yang menjunjung semangat konsensus dalam Pakatan Harapan, Howard sepatutnya lebih menghormati proses membuat keputusan sebelum mengeluarkan respon pramatang.

“Amat tidak wajar untuk Howard menunggang nama Majlis Pakatan Harapan untuk menafikan merit desakan akar umbi PKR ini. Lebih tidak wajar apabila Howard mendendangkan seolah-olah keputusan telah dibuat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Syukri berpendapat, rata-rata akar umbi parti itu mahukan logo PKR terus digunakan dalam PRU15 seperti mana ia digunakan dalam pilihan raya lepas dan mampu menarik sokongan majoriti rakyat.

“Justeru, saya menasihatkan Howard untuk bertenang dan tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mematikan pandangan kritis akar umbi PKR,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan sebuah portal, Howard memaklumkan Majlis Presiden PH memutuskan semua parti komponen patut menggunakan logo gabungan itu pada PRU15.

Katanya, PKR juga akan memerlukan masa untuk menjelaskan keputusan itu kepada ahli parti kerana ada sebahagian yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

NAK TUMBANG PULAK......ALAHAI...LAIN KALI PAKAT LA ELOK ELOK...

 

Kerajaan Melaka bakal tumbang?





Bekas Ketua Menteri Adly Zahari (kanan) dikatakan sedang mengusahakan gerakan untuk merebut kembali jawatan itu daripada Sulaiman Md Ali, selepas digulingkan pada Februari 2020 susulan kejatuhan kerajaan PH.

PETALING JAYA: Spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada FMT, sumber yang rapat dengan perkara itu berkata, perbincangan antara PH dan empat ADUN itu berlangsung sejak dua bulan lalu ketika ketegangan antara Umno dan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencapai kemuncak.

“Umno dan Bersatu tidak tidak berminat untuk bekerjasama dengan satu sama lain setelah keputusan Umno menarik sokongan daripada Bersatu pada 3 Ogos.

“Keempat-empat ADUN telah mengesahkan sokongan untuk PH,” katanya yang menjelaskan mereka boleh menyertai PH sebagai wakil bebas atau bergabung secara rasmi dengan pakatan itu.

Sumber itu berkata, pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya dibuat minggu ini namun ia ditangguhkan.

“Sekarang mereka jangka untuk buat pengumuman rasmi pada minggu depan atau minggu selepas itu,” katanya.

“Empat ADUN itu juga sedang menunggu untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Ali Rustam.”

ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis mendakwa bekas Ketua Menteri Adly Zahari juga sedang mengusahakan gerakan untuk merebut kembali jawatan berkenaan selepas digulingkan pada Februari 2020 susulan kejatuhan kerajaan PH.

“Kesombongan peribadi mengatasi rasionaliti. Bekas Ketua Menteri mahu menjadi Ketua Menteri sekali lagi,” katanya kepada FMT.

Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, menyertai Umno pada Januari lalu selepas dipecat daripada PKR pada Mac 2020. Dia berkhidmat sebagai ADUN bebas selama sembilan bulan.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh mengakui mendengar khabar angin mengenai kerajaan Melaka diterajui parti itu bakal tumbang, namun tidak dapat mengesahkan dakwaan empat ADUN akan menyokong PH.

“Saya ada dengar-dengar tapi maklumat terperinci saya tidak terima lagi, saya akan dengar dulu (dakwaan lompat parti), baru saya akan panggil (Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali),” katanya kepada FMT.

NI SAKAI KLUAQ UTAN MANA NI ? HANG NAK SEMBANG BAB PENANG INGAT ZAMAN BILA NI ?

 

Sabri Mayat Eyda Shuhaida kat penang tiap-tiap hari ada pertempuran tembak menembak,kena bom ke?...🤔🤔🤔,abam g dulu takde lagi.



KALAU KITA PENYOKONG PH BUAT BUAT LUPA....JANGAN SEKALI KALI LUPA PERANGAI ORANG YANG MENIPU INI


 

ISMAIL SABRI LEBIH WAJIB JANGAN BUAT2 LUPA KES KEMATIAN ADIB

 

Secara tiba-tiba kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini.

Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti yang mengatakan kes tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya akan dibuka semula sekiranya ada bukti baru diperolehi.

Sehubungan itu, tambah Zuraida, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

“Kes mungkin akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti baru yang boleh digunakan,” ujar beliau lagi.

Pelbagai pihak, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nyata tidak setuju dengan kenyataan Zuraida itu.

Rata-rata mahukan kes Muhammad Adib diselesaikan melalui usaha mencari siapa yang terlibat dalam kematiannya, seterusnya membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Tiada pilihan lain dalam penyelesaian kes Muhammad Adib ini, jauh sekali untuk menutupnya begitu saja, walau disusuli dengan pelbagai bantuan kepada keluarganya.

Sebenarnya munculnya semula kes itu pada waktu ini, di waktu Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat sesuai untuk mencari kebenaran dan menguji kedudukan beliau bersama kuasa yang ada padanya.

Ini kerana sewaktu beliau menjadi Ketua Pembangkang dulu, kes Muhammad Adib inilah antara yang kuat diratibnya untuk menunjukkan kononnya beliau pembela kematian bekas anggota bomba itu, selain bertujuan untuk memperlekeh kewibawaan kerajaan PH.

Bagi tujuan itu, mari kita singkap balik tulisan di laman FB Ismail Sabri bertarikh 14 Disember 2019 dahulu :-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

APA PERKEMBANGAN KES ADIB? JANGAN BUAT-BUAT LUPA

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Naib Presiden UMNO Malaysia

14 Disember 2019

Telah lebih tiga bulan sejak Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Namun apakah susulan daripada keputusan tersebut? Sehingga kini Peguam Negara masih gagal memulakan pendakwaan terhadap suspek malah lebih menjadi tanda soal di manakah keberadaan suspek yang menyebabkan kematian Adib? Mereka dibebaskan atas jaminan pihak polis tetapi di manakah mereka?

Adakah kes ini akhirnya nanti akan terus sunyi dan akhirnya tiada pembelaan? Pihak Peguam Negara juga harus membuat kenyataan kenapa sehingga kini tiada sebarang arahan untuk kes ini dibicarakan?

Justeru, saya mendesak agar kes ini disegerakan agar rakyat tidak terus menganggap ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal undang-undang negara.

Kes Arwah Adib juga perlu disegerakan bagi membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan benar-benar mengamalkan ketelusan dan tidak mengamalkan ‘rule of jungle’.

#bubarparlimen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dahulu ketika menjadi Ketua Pembangkang, beliau menuntut agar kerajaan bertindak membela kematian Muhammad Adib serta jangan buat-buat lupa mengenainya.

Sekarang beliau adalah Perdana Menteri, semua kuasa dalam tangannya dan Peguam Negara juga dalam kawalannya, maka kita wajib menuntut apa tindakan yang mampu dilakukannya?

Jangan pula buat-buat lupa bila dalam tangan sudah ada kuasa?

Kalau setakat gah bercakap ketika tiada kuasa, tetapi senyap seribu bahasa setelah ada kuasa untuk membela kematian Muhammad Adib ini, baiklah berhenti saja jadi Perdana Menteri.

Kalau kes ini pun tak boleh diselesaikan, usah mimpilah perjuangan lain akan diutamakan. –


 ShahbudinHusin 01/10/2021.



TAK SETUJU CABUTAN KHAS NOMBOR EKOR MENINGKAT, KELUARLAH



“Sepatutnya sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kerajaan, bantahan awal perlu dilakukan oleh wakil-wakil mereka yang dilantik dalam Jemaah Menteri khususnya sebelum sesuatu keputusan/dasar itu dibuat. “Malangnya hanya selepas keputusan dibuat barulah Ahli-ahli Parlimen Pas menggeletek seperti beruk dapat bunga, itupun selepas Ahli Parlimen Amanah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.




NAK TAHU JAHAT ATAU SETIANYA PAS DALAM BERKAWAN..BOLEH TANYA ORANG ORANG DALAM PAKATAN RAKYAT DULU....BANYAK BERITA TENTANG PAS...

 


Panas! Pas kata setia dalam MN tapi bincang kerusi dengan Bersatu tanpa Umno

Panas! Pas kata setia dalam MN tapi bincang kerusi dengan Bersatu tanpa Umno

Perikatan Nasional (PN) memulakan rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa UMNO, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ini kerana pihaknya masih tidak mendapat sebarang petunjuk sama ada UMNO mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Walaupun realitinya dalam kerajaan kita bersama, kita tidak mendapat sebarang petunjuk sama ada mereka (UMNO) mahu terus (bekerjasama) atau mereka mempunyai jalan yang tersendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini pada Khamis.

Muhyiddin menambah, PN mempunyai keputusannya tersendiri yang dirasakan penting untuk dibuat.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, PN juga tidak boleh menunggu UMNO semata-mata memandangkan PRU15 semakin hampir.

“Kita jangka pilihan raya umum diadakan mungkin tahun hadapan, tempoh masa tak lama, kalau nak tunggu parti lain buat keputusan akan terganggu urusan persiapan pilihan raya umum yang nak diatur PN.

“Apa yang parti lain nak buat atau putuskan kemudian itu keputusan mereka, kita teruskan dengan pembahagian kerusi antara PN sahaja,” ujarnya.

Katanya, PN akan memulakan rundingan kerusi membabitkan lima parti komponen dalam gabungan pada minggu hadapan.

Jelasnya, bagi semenanjung, rundingan pengagihan kerusi hanya melibatkan Bersatu, Pas dan Gerakan sahaja.

“Kami ada persefahaman dengan parti Sarawak, untuk semenanjung akan runding antara tiga parti sahaja. Bersatu, Pas, dan Gerakan bagi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Untuk Sabah ada dua parti tambahan kita akan bincang khusus di Sabah untuk kerusi Parlimen sahaja manakala Sarawak nanti akan bincang dengan pimpinan parti Sarawak,” katanya.

SUDAH SUDAH JANGAN LAH DENGAR LAGI BERITA PELESU TENTANG KEDIAMAN SRI PERDANA- YANG SEBETULNYA IALAH PAKAT PAKAT SAKAU DEMI MALAYSIA...

 




BERITA TANPA GAMBAR SEBAB KELABU KERANA DIANGGAP PELESU


KEH..KEH..........




Owh... Belanja besar untuk kediaman rasmi PM sebab Najib Razak (PM Ke-enam) bawa keluar perabot, kata Mahiaddin. Katanya lagi, Najib dakwa yang perabot dan lampu chandelier itu miliknya.

Masa Najib keluar, yang masuk adalah Mahathir. Dengan sifat benci Mahathir yang ekstrem terhadap Najib, rasanya agak tidak logik untuk Mahathir biarkan Najib bawa keluar perabot.
Tapi entahlah kalau Mahathir dan Najib tu musuh tapi mesra. Cerita belakang tabir kita tak tahu. Lagi pun Mahathir memang pandai berlakon.
Tapi kalau berdasarkan apa yang kita nampak, mustahil Mahathir akan lepaskan Najib. Aku rasa mesti Mahathir akan arahkan perkara ini disiasat dan sudah pastilah Najib akan dikenakan tuduhan.
Kalau betul perabot itu milik Najib sekalipun, bukan alasan nak belanja sebesar RM38.5 juta, sedang dalam masa yang sama bila rakyat minta bantuan, Mahiaddin kata kerajaan dah tak banyak duit!
Seperkara lagi yang Mahiaddin sebut, dia tidak tinggal di kediaman rasmi tersebut. Yeah right. Kita semua faham. Rumah sendiri pun dah macam istana. Siapa kata renovasi kediaman sebab nak tinggal dengan selesa di sana.
Soalnya bukan siapa yang tinggal di kediaman itu. Soalnya siapa yang dapat tender. Soalnya betulkah kos sebenar RM38.5 juta. Siapa duduk tu isu lain. Yang kita cakna siapa dapat untung dari projek itu?
Maklumlah, seluruh cakrawala tahu kerajaan Mahiaddin amalkan Scheme of Things kan. Kalau dah habis jawatan, berikan tender pun mungkin boleh jadi umpan juga. Mana kita tahu. Kan?
Tapi yang kita tahu, Mahiaddin yang dapat sertu mufti kayangan ni bukanlah tak sesuci mana tapi sangat kotor dan jelek. Ternyata kerajaan Melayu Islam yang dicanang itu jauh dari bersifat Islamik.

OOOOOOWWWHH- LAGI MAHU PERBODOHKAN RAKYAT KAH.DUDUK ZAMAN BILA NI WOIIII ...BAGI SAMA RATA KEMPEN DALAM TV...TANDA TANDA KERAJAAN AKAN TUMBANG

 

Penganjuran ceramah, perhimpunan tak dibenar sepanjang kempen pilihan raya




Wan Junaidi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu.

PETALING JAYA: Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan oleh mana-mana individu atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi menjelaskan, calon atau parti digalakkan untuk menggunakan media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan berkempen.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu berdasarkan penilaian semasa dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.

“Selain itu, SPR akan turut meneliti dan mempertimbangkan pandangan atau cadangan daripada pihak lain bagi menambah baik pelaksanaan proses pilihan raya dengan isu kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan dalam mendepani wabak pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang mahu tahu perancangan dan persediaan dari segi SOP dan norma baharu oleh SPR bagi menghadapi pilihan raya semasa pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, SPR kini dalam persiapan meminda Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan SOP dan sistem serta prasarana bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik, antaranya membuat semakan maklumat bakal pemilih.

“Selain itu, semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun dan ke atas, semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan datang,” katanya.

Katanya, SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada Sept 2022.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menjelaskan perkembangan persediaan ke arah pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

ORANG MACAM INI UMNO SANJUNG ...PEEEGEEDAH...DIA NI TAK BAWA UNTUNG PUN PADA UMno...TU ANWAR BELUM SAMAN DIA LAGI..KITA TUNGGU ANWAR SAMAN DIA MACAM PAPA GOMO...

 

Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19

Bernama
Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19
Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang vaksin dan penyebaran COVID-19 pada April dan Mei lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus COVID-19, pada April dan Mei lepas.
Lokman, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lokman didakwa menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus COVID-19 dan kematian seorang pegawai polis yang dikaitkan dengan vaksin.
Penyebaran itu melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil "Lokman Adam" itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei dan 10.38 malam, 9 April lepas.
Dua rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.40 petang, 9 Mei dan 8.55 malam, 11 April.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport OKS diserahkan kepada mahkamah.
"Pihak kami memohon untuk penyerahan pasport OKS kerana kawasan Lembah Klang akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemungkinan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi," katanya.
Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon jaminan rendah serta pasport anak guamnya tidak ditahan atas alasan sempadan negara masih belum dibuka.
"Anak guam saya kini tidak bekerja dan membantu isterinya menjual sate selain masih menanggung 11 orang anak mereka," kata Logen.
Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA

INGAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA- INI BUKAN BERITA PELESU- HANYA UMNO DAN PAS SAHAJA YANG SUCI- TAPI DUA DUA PARTI MELAYU INI DIKUASAI OLEH ORANG YANG BODOH DAN LEBAI MALANG

 May be an image of 3 people and text that says "UMNO/PAS KETIKA PH PERINTAH Kenyataan MEDIA HARAMKAN DONGZONG ZONG Dngg kerajaan Haramkan Dong Zong: Surat Terbuka Kepada Muhyiddin Yassin hamal amenuamanMlantal KETIKA UMNO-PAS- BERSATU PERINTAH mc NEWS malayslakini. Govt approved RM15m for 63 Chinese independent schools Dong Zong Fion Yap Published: Oct 2021 AM Updated: 7:07 AM"


Masa dia jadi pembangkang, dia siap cabar kerajaan haramkan Dong Zhong. Sekarang dia jadi kerajaan, dia pulak yang ikut cakap Dong Zhong.
Aku tak pelik. Sebab inilah sistem demokrasi. Kalau nak kekal memerintah, inilah permainannya. Tapi aku cuma nak umum sedar akan kejahatan yang dibuat oleh PAS dan UMNO ini.
Nampak jelas yang soal Melayu dan Islam bukanlah perjuangan mereka. Itu hanya sebahagian daripada pembodohan mereka terhadap rakyat untuk dapat sokongan. Kamu percaya? Kamu bodoh. Mudah.




BERITA PELESU TENTANG NAJIB- JANGAN KATA PADA NAJIB KERANA NAJIB TAK CURI PERABUT DAN BELANJA MEWAH

 


Jangan fitnah saya berkenaan belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana, kata Najib



Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, DAP ‘memfitnahnya’ mengenai belanja pengubahsuaian Seri Perdana kerana salah faham mengenai Belanjawan 2011.

PETALING JAYA: Najib Razak menegaskan beliau tidak membelanjakan RM65 juta untuk mengubahsuai Seri Perdana ketika menjadi perdana menteri, setelah Muhyiddin Yassin menerima kecaman kerana membelanjakan lebih RM38 juta untuk kerja-kerja baik pulih kediaman rasmi.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkata, DAP menuduhnya pada 2010 bahawa beliau membelanjakan RM65 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian di Seri Perdana, tetapi mengaitkannya dengan salah faham mengenai Belanjawan 2011.

“Walaupun pernah difitnah DAP pada 2010 (akibat salah faham mereka terhadap Bajet 2011), bahawa saya nak ubah suai Seri Perdana dengan kos RM65 juta, ini tidak berlaku.

“Sekiranya sahih, cerita bahawa ‘Najib belanja RM65 juta untuk ubah suai Seri Perdana’ akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya, tapi ini tidak berlaku.

“Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu. Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu,” katanya.

Dakwaan ini timbul kembali setelah Muhyiddin dikecam kerana membelanjakan RM38.5 juta bagi kerja-kerja baik pulih bahagian-bahagian usang dan rosak di kediaman rasmi perdana menteri.

Muhyiddin berkata, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal di Seri Perdana, termasuk kebocoran, sistem pencahayaan lama, keadaan fizikal lantai dan bumbung yang rosak atau usang.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana terlalu usang,” katanya.

Najib turut menyebut catatan oleh sebuah halaman Facebook mesra Bersatu yang menuduhnya “merosakkan” Seri Perdana.

“Dengan mendedahkan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana.

“Tapi jelas di sana tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020.

“Saya tak tinggal di sana sejak lebih tiga tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggungjawab atas keadaan dalam gambar-gambar pada Nov 2020 pulak?”

NAK HARAP 2 "BINGAI" NI NAK BUAT APA- SEMBANG JA PANDAI...

 

Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru


Gara-gara prestasi buruk Rina dan Zailah, Ismail Sabri lantik Azalina sebagai Penasihat Khas PM yang baru



Dua ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Najib Razak dalam menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi.

Sementara Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dilantik sebagai pengerusi Felcra Bhd.

Jazlan mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada 9 Januari.

Pengerusi Umno Kelantan itu juga meletakkan jawatan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata konflik antara peranan parti dan ahli Parlimen kerajaan sebagai antara alasannya selain menggesa jawatan speaker dan timbalan speaker dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berpihak dan memegang jawatan politik.

Penarikan sokongan mereka berdua menjadikan majoriti dimiliki Muhyiddin rapuh sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos lalu.

Umno PERINTAH RAKYAT SUSAH...


 

PATUT RAKYAT GELAR KERAJAAN 69...SAMA JUGA...LANTIK SAJA...

 

Shahbudin Husin





Selepas MP Machang dapat surat lantikan, sekarang MP Pengerang pula terima surat perlantikan.


Lantik…lantik…lantik…itu saja ke kerja PM ni?

Akhirnya kes Adib ditutup. Walaupun sementara tapi tetap bawa makna yang sama - tidak ada bukti berlaku jenayah dalam kes ini.


May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia PTPTN'S NEW SIMPAN SSPN PLUS' OFFERS BETTER BENEFITS READ MORE BERITA Ibu Adib sedih kes ditutup ِفظÛ صَدَالَهُالعظِيم ASMA AZIZ Oleh MOHD RIFAAT ABD. HAMID 30 September 2021, 7:24 am‎"‎‎


Aku bersimpati kepada keluarga Allahyarham. Adib sebenarnya mangsa kepada ketamakan manusia. Allahyarham terbunuh ketika menjalankan tugas. Sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak, ianya tetap satu tragedi.
Aku tak mahu cerita tentang implikasi dari segi undang-undang atau apa perkara yang lain. Aku cuma nak cerita apa maknanya ini kepada parti yang menggunakan label Islam iaitu PAS.
Ini kerana PAS adalah pihak yang menggunakan isu ini untuk menghasut kebencian rakyat terhadap PH yang mentadbir kerajaan ketika itu.
Banyak tuduhan jahat yang ditalakan terhadap PH termasuklah melindungi orang kafir yang bunuh orang Islam. Sekarang ni apa cerita?
Allahyarham Adib bukan sahaja menjadi mangsa ketika kejadian, bahkan setelah kematiannya pun Allahyarham menjadi mangsa apabila isunya telah dijadikan bahan politik.
Hari ini apabila kes ini ditutup sementara - akan dibuka semula apabila ada bukti baharu - ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap PH oleh PAS dan juga UMNO sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
Ternyata PH telah berlaku adil ketika siasatan kes ini dijalankan. Melainkan jika lebai dan walaun berpendapat yang PAS juga sama seperti apa yang mereka dakwa PH dahulu - cuba melindungi orang kafir yang membunuh orang Islam.
Kalau aku nak harap PAS berhenti politik murahan seperti ini dan jadi lebih rasional, memang takkan terjadi. Jadi aku cuma mohon agak rakyat dapat lihat kenyataan dan jangan lagi layan cerita-cerita palsu yang selalu mereka sebarkan.
Abaikan sahaja PAS. Semoga dengan cara itu, baru mereka perasan cara politik busuk mereka tidak diterima oleh rakyat. Dan semoga begitu, barulah mereka mahu berpolitik secara jujur.