ZAHID SAHKAN TIADA MN, UMNO BAKAL BERTANDING SOLO- PAS GAYUT PADA BERSATU???

Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional, berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu?

Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab “Saya nak tanya balik, ada ke Muafakat Nasional lagi?” Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hari ini, UMNO akan bertanding secara sendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Memahami politik semasa, BN perlu bersiap siaga, oleh itu UMNO akan bertanding solo atas nama dan jenama BN serta menggunakan lambang dacing.