Bagi mereka yang tertinggal keretapi…

Liyana Marzuki


Al-kisahnya: 


1. Dalam sesi Parlimen baru ni didedahkan, kos renovation Seri Perdana sampai cecah RM38 juta. 


2. PM9 jawab bukan dia yang arahkan. PM8 yang luluskan budget pada Mac 2021. 


3. PM6 dengan gah nya menganjing. Perlinya “Kata takde duit, boleh pulak buat reno”. 


4. Makanya PM8 jawab, reno sebab pendawaian elektrik dah 20 tahun, rumah dah usang. Tambah pula, PERABOT pun dah HILANG. Diangkut oleh PM6 masa hilang jawatan. Kononnya “Semua itu NAJIB ROSMAH yang punya”. 


5. PM6 taknak kalah. Dan tanpa rasa malu,katanya perabot tu ada dalam gudang. Kalau nak boleh lah dipulangkan. Percuma kepada Kerajaan 😅😅😅


Fakta yang kita kena tahu. 


1. Kos bina Seri Perdana RM200 juta tahun 1999 (termasuk landskap dan binaan untuk orang awam). 


2. Mengikut Belanjawan 2011, reno terakhir adalah pada tahun 2011 memakan belanja RM65 juta. 


5 Benda yang kita kena tanya: 


1. RM65juta tu PM6 buat apa? Takkan tak beli perabot sekali? 


2. Kalau betul PM8 kata rumah dah usang, pendawaian elektrik pun kena buat balik ke lepas 10tahun? Apa guna RM65 juta dulu?


3. PM6 confident perabot dia punya dan diangkut semua termasuk chandelier. Adakah ini duit sendiri atau derma politik Tok Arab. Kalau derma Raja Arab, adakah dia perkenan Najib beli perabot untuk wifey? Bukankah derma untuk tujuan politik? 


4. Kalau PM8 tak duduk Seri Perdana, kenapa perlu di reno juga bulan Mac. Masa tu katil ICU pun tak cukup, doktor kontrak banyak yang cemas. Mereka tak diberi jawatan tetap kerana difahamkan Kerajaan tak berduit. Adakah renovation Seri Perdana lagi penting? 


5. Antara RM6 dan PM8 ada sorang lagi PM, takde pulak dia nak reno masa pandemik. Padahal duduk rumah yang sama. Pelik? 


Makanya, kita jaga kita. Ada yang takde kerja, bunuh diri dan hilang keluarga. 


Mereka di kayangan pula bermaharajalela. Menyongglap dana negara, gaduh pula sesama mereka. 


#ohmalaysiaku


No comments: