Hari Zafrie
Kelantan teganu kedah pun bg umno jerlah..puak mung bukan reti mentadbir pun..negeri jd mundur..buat nanya rakyat...
Hari Zafrie
Kelantan teganu kedah pun bg umno jerlah..puak mung bukan reti mentadbir pun..negeri jd mundur..buat nanya rakyat...
Che Ibrahim
Alhamdulillah.... di penghujung usianya Allah beri hidayat dan keinsafan wpun di zaman mudanya paling kuat mengkafirkan UMNO...Gapa tak kata ke Umno dan gapa Umno tak kata ke Pas....
Ambo masih ingat ketika mula timbul idea kerajaan perpaduan UMNO - Pas sekitar tahun 2010, TGHH membentangkan beberapa tawaran UMNO kepada Pas sekiranya Pas sudi bergabung dengan UMNO...
ATGNA jawab... Tok guru @ Ayah Chik tak ingat ke musyrikin Mekah dulu tawar macam macam ke Rusulullah....???
Rupa2nya cukup dengan umpan untuk benamkan PH dan Dap, Pas dan UMNO terus bersekongkol demi mendapat kuasa, melayu Islam hanya umpan tambahan.
Kita tengok mampukah Umno dan Pas membenam Dap untuk beri laluan kepada MCA kembali mendapat sokongan pengundi cina seterusnya mengganti tempat Dap dalam kabinet.
Che Ibrahim
Dulu lawan UMNO sebab umno asobiah.
Dulu lawan Umno sebab nak tegakkan hudud.
Dulu Umno kafir sebab pertahankan Perlembagaan penjajah.
Kemudian mula jual modal melayu Islam, tapi tak laku sebab dialah kepala pengat berbalah sesama melayu Islam.
Akhirnya jual Dap... Baru UMNO sahut sebab boleh bantu MCA kawang kita.
Azmin, Muhyiddin, Hamzah… giliran Mat Hassan?
STRATEGI PAS SAMA PECAH DAN PERINTAH
Sila baca…
Siapa sangka PAS sekarang dah jadi parti terbesar dalam kalangan orang Melayu.
Apa strategi PAS boleh capai tahap ini? Adakah PAS kerja keras dapatkan sokongan rakyat? Tak. Jadi apa PAS buat?
Semasa dalam Pakatan Rakyat, PAS meletakkan PKR sebagai "Abang Long". Apabila PKR jadi abang long, pemimpin PKR iaitu Anwar Ibrahim yang kena kerja keras tiap malam round satu Malaysia untuk kuatkan sokongan.
Selepas sokongan dah kuat, apa PAS buat? PAS akan pecahkan PKR.
Apa strategi PAS? PAS lagakan Presiden PKR dengan Timbalan Presiden PKR.
Apabila perlu memilih MB Selangor, PAS pilih Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sedangkan Pakatan Rakyat setuju memilih Wan Azizah (Presiden PKR).
Bila Timbalan Presiden diberi jawatan, sedangkan Presiden tak ada jawatan, automatik parti akan bergaduh. Kesannya, PKR dah tak jadi Abang Long dan Pakatan Rakyat terkubur.
PAS? Kekal kukuh.
Selepas itu, PAS bergabung dengan UMNO dan Bersatu, yang akhirnya tertubuh kerajaan tebuk atap.
PAS memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Bersatu (jawatan kedua tertinggi) berbanding Tun M iaitu Pengerusi Bersatu (jawatan tertinggi) sebagai calon Perdana Menteri.
Apabila Muhyiddin diberi tawaran, bergaduhlah Bersatu, akhirnya Mahathir dipecat daripada Bersatu. Bersatu retak.
PAS? Kekal kukuh.
Apabila perlu memilih Perdana Menteri ke-9, PAS sekali mencadangkan calon yang bukan Presiden Parti iaitu Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri walaupun ketika itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga adalah Ahli Parlimen.
Apabila Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin bawah jadi Menteri, manakala Zahid tak ada jawatan, UMNO pun retak. Berlaku fraksi Presiden UMNO vs Perdana Menteri yang akhirnya beberapa pemimpin UMNO dipecat dan digantung seperti KJ, Hishamuddin, Shahril. UMNO berpecah.
PAS? Kekal kukuh.
Apabila berkawan dengan Bersatu dan menang 74 kerusi kerana faktor "Abah", PAS sekali lagi ulangi strategi sama.
PAS telah memilih Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Bersatu, Muhyiddin.
Apabila Timbalan Presiden ada jawatan, Presiden tak ada jawatan, keretakan akan berlaku.
Bersatu yang pada awalnya Abang Long PN akhirnya retak dan berpecah sehingga tertubuhnya Wawasan.
PAS? Kekal kukuh.
Kini, PAS ulangi perkara sama. Meletakkan parti lain sebagai "Abang Long Sementara" iaitu UMNO melalui kerjasama baharu yang bakal dibina.
UMNO perlu kerja keras dan dapatkan sokongan. Selepas cukup sokongan, percayalah, PAS akan ulangi strategi sama.
Apa strategi PAS? Akan tawarkan jawatan kepada Timbalan Presiden UMNO dan menafikan Presiden UMNO.
Menuju PRU-16, sekiranya PAS & UMNO bergabung, setelah UMNO bekerja keras berkempen, PAS akan tawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO).
Apabila ditawarkan, semestinya UMNO akan berpecah dan bergaduh. Kesannya, orang Melayu akan meluat dengan UMNO.
PAS? Kekal kukuh.
Percayalah, Zahid. Kalau ikut sejarah, ini lah strategi PAS.
Dia akan bekerjasama dengan parti lain dan menjual imaginasi kononnya dia tak nak jadi Abang Long. Apabila gabungan dah kuat, dia akan pecahkan parti sahabat dia. Apabila parti sahabat pecah, PAS akan menjadi Abang Long di saat akhir.
Zahid, tunggu masalah sebelum PAS tawar Tok Mat sebagai calon PM.
————————————————————-//——————
PAS AKAN TENTUKAN SIAPA PRESIDEN UMNO
Pergerakan mudah dibaca… saya pernah menulis tindakan Muhyiddin meninggalkan Tun Mahathir dan Anwar utk kerjasama dgn PAS akn memakan dirinya sendiri.
Tak sampai 5 tahun ia berlaku. Muhyiddn jatuh secara terhina sdgkan parti Muhyiddin dan dirinya Melayu. Jadi kita hairan parti Melayu apa yg dimahukan oleh PAS?
Dari ulasan di atas anda fikir siapa bakal digunakan PAS utk jatuhkan Zahid?
Anda mesti ingat setiap kali kerjsama berlaku PAS akn semakin. Tindakan UMNO memberi laluan lebih dari 10 kerusi kpd PAS hanyalah utk menguatkan PAS samada di N9 atau pusat.
Kerusi yg disedekahkan UMNO kpd PAS tidak akn kembali kpd UMNO dlm jangka masa yg pendek. Ia akan memanggil puluhan tahun atau tidak kembali kpd UMNO sampai bila2.
Barangkali deal mereka UMNO bahagi 10 kerusi di N9, PAS akn beri 10 kerusi DUN di Terengganu. Bezanya mereka yg mengundi UMNO di Terengganu anytime boleh pulang ke pangkal PAS.
UMNO mesti ingat UMNO tiada syurga utk dirasuahkan. Paling tidak RM tetapi PAS cukup dgn dalil syurga ahlinya akn kembali kpd PAS bila mereka boleh menguasai UMNO.
Bila menguasai UMNO apa yg PAS akn lakukan? PAS akn minta kerusi PM. Ketika itu UMNO baru sedar mereka sudah mewakafkan kpd PAS utk bertapak di N9 dan Melaka.
5-10 tahun mendatang PAS akn menguasai N9, Melaka , Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
Kelebihan PAS doktrin mereka bermula dari umur 6 tahun dan selepas 60 tahun. Di usia pencen masjid dan surau adalah doktrin halus yg membiakan pengaruh PAS yg tidak ada pada mana2 parti terutamanya UMNO.
Saya jangkakan 3 nama akn diangkat oleh PAS utk memecahkan UMNO agar tunduk kpd mereka utk singkirkan Zahid.
Mat Hassan, Hishamuddin dan KJ. Nama ini dlm jangkaan akn digunakan PAS utk menjatuhkan Zahid. Bagaimana caranya?
Nama yg paling dkt Mat Hassan kerana dia yg sgt excited utk kerjsama dgn PAS di N9. Apatah lagi Mat Hassan ada Tim Presiden UMNO.
Modus operandi sama… ugut Zahid jika tidak mahu berundur PAS akn tarik sokongan. Sama sahaja apa dilalui Muhyiddin.
PAS yg akan menentukan siapa yg bakal menjadi Presiden UMNO utk patuh dan mencium tangan Presiden PAS seperti dilakukan Hamzah.
Ia sekadar analisis… kita tunggu 5-10 tahun mendatang.
-Norman Redzuan
Che Ibrahim
Ambo lebih berminat nak dengar Hamzah umum dirinya sebagai ahli dan Presiden parti Wawasan.... Apa kedudukannya di segi Akta Lompat Parti??
Saw Yee Fung kata, masa dia berkempen di Johor.
Dia ulang berkali-kali depan pengundi Cina di sana.
"BN tidak bekerjasama dengan PAS"
"Nak halang Gelombang Hijau, Undilah BN"
"Hanya DAP pernah 3 kali bekerjasama dengan PAS"
"Anwar pernah jemput PAS masuk kerajaan perpaduan"
Orang Cina akhirnya percaya kepada MCA, dan mereka beri undi kepada MCA, hasilnya MCA menang bergaya dan berjaya rampas kerusi DAP, menang 8 kerusi.
Jadi Saw Yee Fung nyatakan kerisauan.
Nanti di Negeri Sembilan, MCA nak kempen apa?
Apa MCA nak ulang-ulang depan orang Cina di Negeri Sembilan?
Kalau di Johor, MCA kempen BN tidak bersama PAS.
Takkanlah di Negeri Sembilan, MCA kena kempen 'Undi MCA dapat PAS'?
Jadi, UMNO hanya ada 2 pilihan.
1. Pilih MCA, semua kerusi DAP akan dirampas oleh MCA.
2. Pilhi PAS, maka semua kerusi MCA akan disapu bersih oleh DAP.
Hari penamaan calon ialah hari Sabtu ni, harap UMNO buat u-turn dan go solo 36 kerusi.
:)
p/s: Saw Yee Fung ialah Setiausaha Agong Pemuda MCA dan AJK MCA Pusat.
Indonesia Panik? Beginilah rudal FA-50 Block 20 Malaysia yang dibawa.
FA-50M Block 20 pesanan Malaysia membawa konfigurasi persenjataan kelas berat, termasuk rudal udara-ke-udara jarak pendek AIM-9 Sidewinder, rudal udara-ke-darat AGM-65 Maverick, bom pintar berpemandu presisi (seperti GBU-38 JDAM), meriam internal 20mm, serta potensi integrasi rudal jarak menengah (BVR/Beyond Visual Range).Versi Block 20 yang diakuisisi Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah varian paling canggih yang dilengkapi sistem radar mutakhir, kemampuan pengisian bahan bakar di udara, dan muatan senjata mencapai 4,5 ton.
1*Jasa PMX Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Madani.**
👍Gaji & pencen kakitangan awam naik 15%,
👍gaji minimum swasta naik RM1,700,
👍Nilai RM meningkat lebih 9.8% kepada RM3.88- Tertinggi sejak 2011
👍KDNK 2025 meningkat 6.3%
👍Pelaburan Diluluskan RM426.7 Tertinggi dalam Sejarah Negara
👍Kadar Inflasi rendah 1.4%
👍Kadar Pengangguran Terendah 2.9%
👍Indeks Rasuah Terendah CPI 54
👍Pengumpulan Harta dan tunai melalui Rasuah dan Penyelewengan RM15.5 Billion
👍Sistem Budi95 berjaya atasi pelbagai masalah subsidi bersasar lebih RM8 Billion setahun
👍Hutang Bersih Negara menurun
👍Rizab Negara melebihi USD128 Billion
👍OPR makin rendah 2.75%
👍menyerap lebih 15,000 perjawatan kedoktoran dlm negara
👍bonus stiap tahun
👍veteran tentera tak berpencen dpt RM500 sebulan,
👍STR naik lebih tinggi dari BRIM 3 kali ganda
👍SARA & Mykasih naik kpd 5.4juta penerima RM100 sebulan,
👍Masalah beras tempatan selesai dan beras murah berbanding 2020
👍harga sawit dan getah naik,
👍harga belian padi naik,
👍Pendapatan LHDN tertinggi dalam Sejarah
👍dividen Syariah KWSP tertinggi dlm sejarah,
👍bantuan persekolahan naik RM150,
👍subsidi nelayan, petani, penoreh naik,
👍biasiswa naik RM400
👍pelaburan Negeri makin tinggi setiap tahun hingga mencatat tertinggi dlm Sejarah bagi beberapa negeri spt Sarawak, Pahang, Perak, Melaka, N Sembilan dan Kedah melalui MIDA dan MITI
👍bantuan Sekolah Agama DAN sekolah Pondok dikembalikan,
👍tandas sekolah & gerai2 dinaiktaraf,
👍sewa tapak bazar Ramadhan dr ribuan diturunkan jd RM400 - RM500 shj,
👍harga ayam, daging, telur menurun & stabil,
👍harga minyak masak jatuh lebih 20%
👍semua harga bahan mentah juga menurun
👍majlis ilmu subur, ulama² dunia datang dan iktiraf Kerajaan skrg,
👍FELDA dinaik tarafkan,
👍Malaysia dapat No 1 kedudukan dunia dalam ODIN,
👍Sistem Kehakiman, polis, SPRM dan PBT yg bebas melaksanakan tugas tanpa gangguan politik
👍SAPURA yang rugi bertahun² tiba² untung RM100juta+,
👍MAS untung 3 tahun berturut²,
👍Jumlah hasil cukai LHDN tinggi menaik lebih 20%
👍PMX disanjungi di seluruh dunia politik & ulama',
👍Jemputan Majlis Ulama' sedunia kpd PM yg pertama dlm sejarah sebagai tetamu khas.
Tular di media sosial dakwaan mengenai seorang wanita Rohingya yang mempertikaikan kos rawatan ketika hadir ke klinik kerajaan untuk membuka rekod kehamilan atau buku pink.
Difahamkan, wanita itu diminta membayar deposit sebanyak RM30 sebelum pemeriksaan diteruskan, namun dia mendakwa tidak mempunyai wang.
Keadaan kembali tegang apabila jururawat memaklumkan terdapat kos rawatan lain yang perlu dibayar sebelum pemeriksaan imbasan bayi dijalankan.
Wanita itu kemudian didakwa mempersoalkan mengapa pesakit lain, termasuk rakyat Malaysia, tidak dikenakan bayaran sama.
#ohmedia #as
Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.
Berikut merupakan senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Negeri Sembilan:
https://www.sinarharian.com.my/article/788121/berita/politik/prn-negeri-sembilan-pn-umum-bertanding-11-kerusi-lengkapkan-puzzle-bn-di-36-dun
Man Slow
Tuu dia aihhh antony loke?. Dok sekampung pun tok mat Tak mau lagi? Rasanya tok mat balik dun puh kalah lagi Kali ni? Melayu pun Tau.. kalau tok mat cantas bang non sultan Brunei Tak kan Mai dah Malaysia? Sma mcm tok wan tok mat dulu..turkey erdorgan hantaq wakil dgn jurubahasa laki2 saja? Sesuai hgpa..Russia gelak haha 3 suku MDB pulak Hangpa ingat negara mak pak hangpa? Uihh hg ni apa dia sebenarnya?! Tak Tau..
Apa yang berlaku hari ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim dikhianati oleh rakan politiknya.
Kita semua masih ingat tanggal 23 Februari 2020 apabila Langkah Sheraton digerakkan bagi menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.
Ketika itu, serpihan PKR yang diketuai Azmin Ali, Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama UMNO dan PAS membentuk satu gabungan untuk merampas kerajaan serta menghalang PMX daripada dilantik sebagai Perdana Menteri.
Apa reaksi PMX pada malam itu?
Beliau tenang meneruskan majlis ilmu seperti yang telah dijadualkan. Tidak mengamuk, tidak melatah, tidak menghasut penyokong turun ke jalanan. Dalam keadaan orang lain mungkin sudah hilang pertimbangan, beliau memilih untuk bertenang.
Hari ini, UMNO dan PAS kembali bersatu untuk menentang Pakatan Harapan pimpinan PMX. Dan kali ini, pihak yang mengkhianati beliau ialah UMNO. Parti yang pernah beliau selamatkan daripada diharamkan oleh Tun M dahulu malah diberi kepercayaan untuk memegang kementerian-kementerian penting yang berkait rapat dengan kepentingan orang Melayu.
Tetapi karma itu tetap ada.
Sebagaimana kerajaan hasil Langkah Sheraton akhirnya tumbang, tidak mustahil sejarah akan berulang kepada mereka yang memilih jalan pengkhianatan.
Tidak menjadi masalah jika pertembungan berlaku selepas tamat penggal Parlimen. Itulah yang dijanjikan kepada rakyat, bahawa kerajaan akan dikekalkan sehingga cukup penggal demi kestabilan negara. Namun jika janji itu sendiri dikhianati, itulah namanya pengkhianatan
Saya yakin PMX akan terus tenang, sebagaimana beliau tenang menghadapi Langkah Sheraton dahulu.
Kerana bagi PMX, ini bukan kali pertama beliau dikhianati. Dan sejarah membuktikan, beliau tetap bangkit setiap kali diuji.
Lawan tetap lawan!!