SIAPA KHIANAT KALI INI

 


Apa yang berlaku hari ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim  dikhianati oleh rakan politiknya.


Kita semua masih ingat tanggal 23 Februari 2020 apabila Langkah Sheraton digerakkan bagi menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.


Ketika itu, serpihan PKR yang diketuai Azmin Ali, Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama UMNO dan PAS membentuk satu gabungan untuk merampas kerajaan serta menghalang PMX daripada dilantik sebagai Perdana Menteri.


Apa reaksi PMX pada malam itu?


Beliau tenang meneruskan majlis ilmu seperti yang telah dijadualkan. Tidak mengamuk, tidak melatah, tidak menghasut penyokong turun ke jalanan. Dalam keadaan orang lain mungkin sudah hilang pertimbangan, beliau memilih untuk bertenang.


Hari ini, UMNO dan PAS kembali bersatu untuk menentang Pakatan Harapan pimpinan PMX. Dan kali ini, pihak yang mengkhianati beliau ialah UMNO. Parti yang pernah beliau selamatkan daripada diharamkan oleh Tun M dahulu malah diberi kepercayaan untuk memegang kementerian-kementerian penting yang berkait rapat dengan kepentingan orang Melayu.


Tetapi karma itu tetap ada.


Sebagaimana kerajaan hasil Langkah Sheraton akhirnya tumbang, tidak mustahil sejarah akan berulang kepada mereka yang memilih jalan pengkhianatan.


Tidak menjadi masalah jika pertembungan berlaku selepas tamat penggal Parlimen. Itulah yang dijanjikan kepada rakyat, bahawa kerajaan akan dikekalkan sehingga cukup penggal demi kestabilan negara. Namun jika janji itu sendiri dikhianati, itulah namanya pengkhianatan


Saya yakin PMX akan terus tenang, sebagaimana beliau tenang menghadapi Langkah Sheraton dahulu.


Kerana bagi PMX, ini bukan kali pertama beliau dikhianati. Dan sejarah membuktikan, beliau tetap bangkit setiap kali diuji.


Lawan tetap lawan!!




No comments: