Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
22.06.2022 - FOKUS 4.45 | PANAS!! PAKATAN HARAPAN DESAK KERAJAAN TANGANI...
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan, menuntut kerajaan mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam masa 24 jam, dan sekiranya gagal, menteri yang bertanggungjawab wajib meletakkan jawatan.
TB RAFIZI RAMLI! PENDEDAHAN MEREKA MENGGUNAKAN SEPERTI MILIK MEREKA!
B! INI ADALAH SATU LAGI PENDEDAHAN RAFIZI RAMLI YANG RAMAI TIDAK PERCAYA DENGAN RAFIZI RAMLI MALAH ADA YANG MENGATAKAN SEMUA INI HANYA FITNAH!!
KERAJAAN JOHOR PERLU GALAKKAN ANAK MUDA MENGUNDI
Kerajaan Johor perlu galakkan anak muda mengundi
on:
Kerajaan Negeri Johor perlu meningkatkan partisipasi anak muda di negeri itu dalam politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
Menurut ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa jumlah anak muda 18 tahun hingga 21 tahun yang layak mengundi di Johor amat besar sekitar 175,000, pertambahan hampir 30% daripada jumlah pengundi.
Malangnya kata beliau, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu jumlah anak muda keluar mengundi amat kecil.
“Lebih 2.59 juta pengundi layak mengundi pada PRN dengan pengundi di bawah umur 40 tahun membentuk kira-kira separuh daripada pengundi di Johor.
“Golongan muda yang berusia 18 hingga 20 tahun mewakili kira-kira 6.7 peratus undian anak muda dan mampu membawa perubahan ketara dalam pelantikan Kerajaan Negeri.
“Walau bagaimanapun, dalam PRN Johor peratusan keluar mengundi keseluruhan sebanyak 54.92 peratus, di mana sebelum PRN berlangsung SPR mensasarkan sebanyak 70% akan keluar mengundi.
“Daripada 54.92 peratus itu peratusan pengundi muda dianggarkan di bawah 5 peratus. Jumlah itu sangat kecil daripada jumlah keseluruhan 173,177 jumlah pengundi muda yang didaftarkan di negeri ini walaupun pada peringkat awal diuar-uarkan bahawa ramai yang akan keluar mengundi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Jurucakap Pendidikan Pakatan Harapan Johor itu lagi, hal tersebut mungkin berlaku kerana anak muda tidak berminat kepada politik dan lebih menganggap siapa sahaja yang memerintah nasib mereka tidak akan terbela.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri lebih melibatkan anak muda dalam kegiatan politik atau sebarang program Kerajaan Negeri yang menjurus kepada kesedaran mengundi pada masa akan datang.
“Keaadan ini terjadi mungkin akibat kelesuan politik dalam kalangan anak muda dan protes mereka terhadap politik. Terdapat juga kemungkinan golongan muda tidak mengetahui mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih menyebabkan mereka tidak turun membuang undi pada hari pengundian.
“Selari dengan titah ucapan Tuanku sewaktu Perasmian Persidangan DUN Johor Penggal Pertama yang menekankan kepentingan hak mengundi kepada golongan belia, ke arah hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin yang berpengetahuan dan berkualiti tinggi.
“Justeru itu, saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri kesedaran politik perlu diwujudkan dalam kalangan
rakyat Johor seawal usia 13 tahun supaya mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan turun mengundi demi proses pembangunan negara bangsa,” katanya.
Menurut Arthur lagi, kewajipan keluar mengundi bukanlah untuk menyokong mana-mana parti atau menyokong mana-mana ideologi tetapi anak muda perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka bagi membolehkan negara maju ke hadapan.
Tegas beliau, literasi dan celik politik itu sangat penting selepas pasca PRN Johor dan menuju PRU 15 akan datang.
KAK LAH PEE MANA ?
MOHD MUKHLIS
Dewan Muslimat PAS saran kaum ibu beralih kepada minyak zaitun
jika harga sawit terus naik.
“Kebaikan minyak zaitun banyak disebut dalam Al Quran”, ujarnya
lagi.
OWHHH- KES LAIN JATUH HUKUMAN LAIN..
AMIRUL FAIZUDDIN
=
Bagaimana mungkin Pejabat Pendakwaan Negeri Kedah terutamanya
yang mengendalikan kes-kes jenayah di Mahkamah Majistret Sungai Petani begitu
CUAI dan SEMBRONO hanya mengenakan pertuduhan terhadap tertuduh di bawah
Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja
SEDANGKAN berdasarkan kronologi fakta kes tersebut, pada masa kejadian, mangsa
dikatakan telah mengalami kecederaan akibat ditikam dengan menggunakan KUNCI
KERETA iaitu satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai alat yang digunakan untuk
MENIKAM dan mencederakan mangsa sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 324
Kanun Keseksaan???
JUSTICE is not only to be done But SEEN to be done !!
Nukilan rasa,
AFJ
22/06/2022
4.09 pm
Kampar, Perak
MENGAPA JAGA KRONI, TAK GALAKKAN VISA SEMASA KETIBAAN PELANCONG?
Mengapa jaga kroni, tak galakkan Visa Semasa Ketibaan pelancong?
Pelancong seharusnya masuk lebih banyak ke Malaysia dengan perkhidmatan visa ketibaan (VoA) selepas pandemik Covid 19, namun hal itu tidak berlaku kerana halangan yang berlaku di pihak kementerian yang mengurus hal ehwal kemasukan warga asing pada 2019 lalu.
Hal itu didedahkan oleh mantan Timbalan Menteri Pelancongan era Pakatan Harapan (PH), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Menurut beliau, VoA yang dicadangkan pada ketika itu tidak diterima dengan alasan keselamatan negara terutama kepada pelancong dari China dan India.
“Dengan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Tourism Task Force di bawah pemerintahan PH pada ketika itu, dengan sasaran penerimaan 30 juta pelancong dengan pulangan RM30 bilion daripada sektor pelancongan negara, kami bekerjasama dengan beberapa lagi pihak berkepentingan bagi menambah baik sistem pelepasan dan pemprosesan di pintu sempadan negara.
“Di antara cadangan yang kami kemukakan bagi menggalakkan kedatangan pelancong adalah dengan melaksanakan VoA terhadap pelancong dari China dan India ke negara kita sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Namun kami menerima tentangan hebat daripada beberapa individu berpangkat tinggi dari sebuah kementerian terkemuka di atas alasan keselamatan negara yang berkemungkinan terancam jika permohonan melalui satu-satunya syarikat swasta yang
bertanggungjawab mengendali pemporesan visa ketika itu. Di atas penjelasan yang samar kami turuti jua di atas sebab keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun selepas pendedahan di mahkamah selama perbicaraan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwa menerima sumbangan dana dari beberapa syarikat berkaitan urusan kemasukan warga asing maka halangan yang pernah berlaku beberapa tahun lalu itu, kata Bakhtiar, semakin jelas penyebabnya.
“Maka terungkailah persoalan kami apabila kebelakangan ini kita didedahkan dengan berita di mana terdapat siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2009 berkaitan beberapa nama besar menerima sejumlah dana daripada syarikat swasta supaya melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama.
“Kini saya faham maksud sebenar tentangan yang cukup keras ke atas cadangan yang kami utarakan demi mengukuhkan sektor pelancongan negara.
“Setiap pelancong dari China dikenakan bayaran CNY200 sebagai fi pemprosesan. Bayangkan pendapatan mereka jika 2.9 juta pelancong dari China membayar CNY200 (RM130) setiap seorang.
“Menyedari hakikat ini, ternyata bukan keselamatan negara yang terancam, sebaliknya duit poket merekalah yang dikhuatiri menipis. Amalan menjaga kroni ditutupi dengan alasan keselamatan negara ini amat menjijikkan,” katanya.
Oleh kerana melindungi kepentingan kroni tertentu, kata Ahli Parlimen Balik Pulau itu, negara kerugian berjuta juta ringgit daripada segi hasil kerana kekurangan pelancong asing
Tegas beliau, Malaysia seharusnya telah lama mencontohi Indonesia yang berjaya menarik lebih ramai pelancong menggunakan kaedah VoA.
“Pada Mac 2022, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa, Indonesia memperkenalkan semula VoA ke Bali untuk pelancong dari 23 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Malah sepanjang tempoh pandemik, Indonesia aktif mempromosi negara mereka lewat platform digital supaya memilih Indonesia sebagai destinasi pilihan.
“Visa semasa ketibaan atau Visa Sebaik Tiba (VoA) dengan kata mudah adalah kemudahan pendokumentasian pelancongan di mana visa akan diberikan kepada pelancong sebaik sahaja tiba di negara yang dituju. Sesebuah negara terlebih dahulu akan mewartakan arahan kepada bakal pelancong di mana mereka tidak perlu melakukan permohonan visa sebelum perjalanan,” katanya lagi.
Tambah Bakhtiar, Malaysia telah mengadakan kemudahan VoA pada 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan pintu masuk Sungei Tujuh, terutama bagi pelancong dan golongan ekspatriat yang kini berpangkalan di Brunei.
Jangkaan Tourism Productivity Nexus (TPN) pada ketika itu, katanya, Miri berpotensi menjana AS$4 juta setiap tahun daripada ekspatriat dengan anggapan 10% dari mereka melawat Miri setiap minggu dan membelanjakan AS$200 pada setiap lawatan.
INGATKAN PIRAMID DI MESIR SAJA- DI MALAYSIA PUN ADA...JOM LIHAT
MOHD SHAH RIM
Sekumpulan
ahli arkeologi dari Malaysia dan Belanda telah berjaya menjumpai kawasan yang
dipercayai Piramid dibina lebih 4,000 tahun yang lalu.
Ni
bermakna piramid ini dan piramid di Giza Mesir, piramid Machu Picu, Peru yang
terkenal diseluruh dunia dibina pada abad yang sama.
Prof
Robin Van Dijk yang berpengalaman luas mengkaji piramid di Mesir dan Peru amat
teruja kerana membuktikan telah wujud ketamadunan masyarakat Melayu purba yang
masih belum dikaji sepenuhnya.
Tapi,
penduduk orang asli yang menetap disini menafikan wujud piramid yang berusia
lebih 4,000 tahun seperti yang didakwa Prof Robin Van Dijk
'Itu
bukan piramid.. tapi kawasan balak yang ditebang oleh PAS Kelantan' ujar Ripin
anak Bara yang menetap di Kampung Pos Brooke, Lojing, Kelantan.
DSP.
Cara memohon program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM), khusus untuk pelajar yang dapat 9A+
June 22, 2022
Permohonan LPSM 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa kepada mereka lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara menerusi Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM).
Menerusi LPSM, pelajar yang berminat akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Goverment Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk pada syrat-syarat yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan LPSM 2022
Bagi pemohon yang berminat, pemohon boleh membuat Permohonan LPSM 2022 mulai 20 Jun 2022 (Isnin) sehingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang.
Konsep Pembiayaan
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya plajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhimat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian .
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Penajaan Mengikut Peringkat Pengajian
Pemohon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di Kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar tersebut boleh ditamatkan.
Jika pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.
Bidang Pengajian Tidak Ditaja
Bagi bidang pengajian yang tidak ditaja adalah :
- Pendidikan
- Kejururawatan
- Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
- Kursus profesional seperti Certified legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
Syarat Umum & Syarat Khusus
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JKPA kepada pemohon adalah :
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu/bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali.
- Umur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Keutamaa diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
Bagi syarat khus pula hanya 2 syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon iaitu :
- Pemohon hendaklahmendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.
Cara Mohon Permohonan LPSM 2022
Cara mohon Permohonan LPSM 2022, permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di pautan = https://esilav2.jpa.gov.my/
Pemohon adalah dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Student Assessment Centre (SAC)
Pemohon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri Student Assessment Centre (SAC)
Tujuan adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Maklumat Lanjut
Untuk sebaran pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan LPSM 2022, sila hubungi talian 03-8885-3297 atau email ke lepasanspm2022@jpa.gov.my.
Soalan Lazim
Bilakah tarik permohonan ini ?
Dibuka bermula pada 20 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022.
Berapakah had keputusan untuk boleh memohon permohonan ini ?
Pemohon sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran.
-portalsemakan-
MEMANG KERAJAAN INI TELAH GAGAL.
Hapus subsidi isyarat kerajaan gagal, kata persatuan pengguna
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai kegagalan Putrajaya menjaga kebajikan rakyat khususnya berkait sekuriti makanan.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu berkata, dasar pertanian negara sejak 1984 yang seharusnya mampu menangani krisis bekalan makanan dalam jangka panjang telah gagal.
“Kerajaan tidak ada pelan jangka panjang berhubung sekuriti makanan dalam negara. Walaupun sekarang kita ada dasar pertanian yang mampan ia tidak cukup kerana kegagalan perancangan di pihak kerajaan.
“Ini semua kegagalan polisi kerajaan, bukan kegagalan rakyat. Kerajaan tak boleh lepas tangan (tarik semula subsidi),” katanya kepada FMT.
Sektor pertanian negara didasari oleh Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010 dan kemudian Dasar Agromakanan 2011-2020, sebagai kesinambungan DPN 3.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan bahawa harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harganya di pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.
Mengulas perkembangan itu, Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.
“Tidak mustahil, harga barang asas akan naik sehingga 20% selepas subsidi ini ditarik balik pada 1 Julai nanti… dan mungkin juga akan naik lebih lagi bagi sesetengah barangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya menangguhkan projek mega untuk tempoh dua tahun ini dan menyalurkan dana berkenaan untuk menampung subsidi barangan asas.
“Semua subsidi (yang ditarik ini) adalah subsidi asas, bukan subsidi mewah. Apa yang kerajaan boleh buat dalam tempoh jangka pendek ini adalah tunda projek mewah untuk pastikan sekuriti makanan stabil.
“Kerajaan kena pastikan makanan cukup di atas meja, jika tidak kes kecurian akan bertambah, masalah sosial dan perceraian juga akan banyak berlaku kerana beban tanggungan ketua keluarga yang semakin bertambah,” katanya.
TAK PERNAH DENGAR PUN NAK ADA KHEMAH BESAR DENGAN PAS PAHANG..KAH..KAH...KAH
Pas Pahang tolak idea khemah besar
Mohd Zalani Md Atan
Jun 21, 2022
Pas Pahang menolak idea mengasaskan khemah besar dan tetap memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, kata Rosli Abdul Jabar.
KUANTAN: Pas Pahang menolak idea mengasaskan khemah besar dan tetap memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Menurut Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar, cadangan khemah besar itu seolah-olah melahirkan semula kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2.0.
“Kita (Pas) tidak akan terheret sama untuk kembalikan semula negara ke dalam senario kerajaan 22 bulan tersebut.
“Kita inginkan sebuah negara yang diperintah dengan penuh rasa hormat terhadap kedaulatan agama dan Perlembagaannya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Pas Negeri Pahang pada Selasa.
Beliau berkata, pendirian parti itu sama seperti prinsip Pas di peringkat Pusat untuk berdiri teguh dengan usaha kerjasama politik yang bertujuan menguatkan umat Islam.
Katanya, Pas dalam masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam di dalam negara untuk bersama-sama membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam, usaha dan prinsip Pas adalah bertepatan dengan perlembagaan Pas yang dasarnya adalah al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias.
“Jadi, Pas tetap menggerakkan usaha muafakat ummah termasuklah di Pahang untuk menghadapi PH pada PRU15 yang bakal mendatang.
“Pas tetap mahukan parti-parti Melayu Islam bersatu dan bergabung dengan parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrim bagi mencapai penguasaan di dalam Dewan Rakyat supaya negara dapat diperintah dengan penuh harmoni dan kesejahteraan,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan meminta pemimpin pembangkang berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan khemah besar sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PH menyarankan, PH membuka pintu rundingan dan perbincangan, termasuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU15 kelak.
Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak jawatan!' - PH
Astro Awani
Jun 22, 2022
Majlis Presiden PH gesa kerajaan umum sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam atau menteri terbabit perlu letak jawatan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya gagal, menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam isu kos sara hidup wajib meletakkan jawatan.
Itu yang ditegaskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, keadaan rakyat dijangka akan bertambah parah apabila harga barang dilihat bakal meningkat.
Pada ketika ini, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling.
Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang berkemungkinan meningkat berkali ganda.
Tegas Majlis Presiden PH, ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab.
Kata kenyataan itu lagi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan majlis tindakan kos sara hidup negara bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.
Namun, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.
Semalam, diumumkan subsidi minyak masak tulen berbotol serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.
ISU KG SG BARU: SAMPAI BILA TAK NAK JAWAB SOALAN SEBENAR?
Isu Kg Sg Baru: Sampai bila tak nak jawab soalan sebenar?
Isu pembangunan semula kawasan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur tidak seharusnya berlanjutan sekiranya Menteri Wilayah dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dalam kenyataan terbaharu menjawab persoalan sebenar.
Menurt mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Ir Khalid Samad, kenyataan kedua dua pihak yang membidas beliau kerana didakwa masuk campur dalam hal pembangunan Kg Sungai Baru tidak sedikit pun memberikan pencerahan kepada para penduduk yang merasakan diri mereka telah dizalimi oleh kerajaan.
Khalid mencadangkan agar kedua dua pihak menjawab persoalan penting yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Bertindak Sungai Baru dengan jelas dan jangan bermain politik.
“Peroalan utama, kenapa Kerajaan terlibat dengan projek swasta ini sehingga sanggup menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960?
“Ini tidak dijawab. Pihak PKB memberikan gambaran sekiranya projek berkenaan gagal, maka kerajaan kena bayar gantirugi kepada semua pihak. Mengapa? Adakah pihak kerajaan pernah menjadi penjamin kepada projek ini sepertimana ianya telah menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh 1MDB?
“Kalau benar kerajaan menjadi penjamin sila kemukakan segala dokumentasi berkaitannya. Jika tidak mengapa perlu bayar ganti rugi itu,” kata Khalid dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mempertikaikan hujah Menteri Wilayah bahawa 328 pemilik rumah akan kehilangan tempat tinggal sekiranya projek pembangunan Sungai Baru tidak dijalankan. Hal itu kerana rumah-rumah mereka tidak lagi sesuai untuk diduduki.
Kata Khalid, sekiranya hal itu benar maka pemaju perlu menjelaskan mengapa mereka mempelawa semua pemilik rumah berkenaan berpindah keluar dan meninggalkan rumah-rumah mereka sekiranya persoalan kelulusan pembangunan itu belum lagi selesai secara muktamad pada ketika itu?
Adakah wajar, katanya, atas sebab kesilapan pemaju terlalu gopoh memindahkan sebahagian pemilik, maka pemilik yang tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan dikenakan Akta Pengambilan Tanah? Tindakan sebegitu sememangnya dilihat bertujuan membela dan membantu pemaju dan ini menimbulkan banyak persoalan dan andaian, kata beliau.
Khalid juga mahu Menteri Wilayah dan PKB bertanya kepada pemilik mengapakah mereka menolak tawaran pemaju sebelum ini.
“Pihak pemilik menolak kerana berdasarkan penilai bebas tanah di situ bernilai RM 1,500 sekaki persegi kerana tanah berkenaan tiada sekatan dan bukan Rezab Melayu.
“Dulu (sewaktu usaha pembangunan era PH) ada yang mendakwa tanah Kampung Baru yang merupakan tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) dengan segala sekatannya, bernilai RM 3,000 sekaki persegi. Ke mana perginya suara-suara hero Melayu ini sekarang?
“Juga difahamkan harga yang ditawarkan (kepada penduduk Kg Sg Baru) belum dinyatakan secara jelas, khususnya bagi pemilik rumah teres dan sekiranya begitu, bagaimana pemilik akan bersetuju?
“Begitu juga dengan pemilik flat yang kita difahamkan dinilai harga pampasan hanya sekadar RM200,000. Rumah apa yang mereka boleh beli dengan harga RM200,000 di kawasan Kuala Lumpur? Bagaimana mereka boleh bersetuju?” tanyanya.
Selain itu, ujar Khalid, pemilik tanah juga khuatir sekiranya pemaju gulung tikar maka nasib mereka tidak akan terbela.
Berdasarkan pemahaman beliau mengenai kes projek terbengkalai di Ijok, Kuala Selangor di mana pemilik-pemilik tanah telah tidak mendapat pampasan seperti yang dijanjikan kerana projek terbengkalai, sedangkan tanah mereka telahpun diserahkan kepada pemaju dan pemaju mencagarkan tanah dengan bank untuk projek pembangunan, maka hal itu akan menganiaya pemilik tanah.
Bagaimanapun kata Khalid, penduduk tidak menolak kemajuan cuma mereka mahukan hak terbela dan tidak dipaksa menyerahkan tanah menggunakan Akta Pengambilan Tanah.
“Saya mencadangkan Menteri dan PKB bertemu dengan pemilik-pemilik terbabit dan berbincang dengan mereka secara baik.
“Harap maklum, mereka bukanlah setinggan tetapi pemilik sah bergeran maka hormatilah hak mereka. Kalau setinggan pun dilayani dengan baik, khususnya di Selangor, apatah lagi pemilik tanah yang sah dan bergeran,” katanya lagi.
KERAJAAN SAMA JUGA YANG NAK SELAMATKAN SAPURA...
Liyana Marzuki
Kerajaan nak hapus subsidi barangan mentah mulai bulan depan. Katanya tak larat nak tangguh lagi dah kos kenaikan.
Kerajaan yang sama juga kata dia boleh selamatkan Sapura dengan bagi berbilion ringgit guna duit rakyat.
Kerajaan yang sama juga boleh pulak ada duit nak bagi team bola kita ganjaran kerana layak masuk Piala Asia.
Priority people, priority! 😏 bukan ke rakyat yang kena jadi prioriti, bukan golongan kapitalis.
Last2 nanti diaorg kona salahkan DAP 😜😜😜😜
REALITI HIDUP
Ramzan Ahmad
Allahu...inilah realiti majoriti marhean skrg...Udang sotong tak berani sentuh dah...😥
#RealitiZamanBN
Kredit: Firdaus Shakirin
KEH..KEH..AKIBAT MAHU MELAMBATKAN PEMBANGGUNA KELANTAN
Ramzan Ahmad
Projekkkk Rhuyubbb...janji ada nama Islam settle...susu apa laa yang walaun minum ni time kecik-kecik dulu sebab BONGOK dia lain macam...tahap ni punya kencing pon taksub lagi..madehhhh kenot brain aku🤦♂
Tunjong Pavillion yang terletak di pinggir Kota Bharu kini dalam pembinaan. Projek ini sudah 10% dalam pembinaan dan dijangka siap 3 tahun lagi.
Dengar khabar, Tower 1 ( Pavillion Garden Residence & Suite ) sudah habis ditempah . Kini pembukaan Tower 2 ( Pavillion City Resort ) dibuka untuk tempahan. Projek ini menempatkan hampir 600 lot kedai dan merupakan 1 pusat membeli belah terbesar di Pantai Timur jika siap sepenuhnya 2015 nanti.
Dijagka siap sepenuhnya 2015, menjadikan bandaraya Kota Bharu sebagai sebuah bandaraya Islam yang paling maju. Ianya turut mencabar bandaraya negeri jiran Kuala Terengganu dan Kuantan yang dikatakan sebelum ini lebih membangun daripada Kota Bharu. Jadi, 2015 ini kita lihat siapa yang ketinggalan dibelakang.
Info yang pihak kami dapat, Tunjong Pavillion juga akan menempatkan pawagam pertama di Kelantan iaitu Cineplex yang mengikut batas yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Kepada seluruh rakyat Kelantan, pihak I ♥ KELANTAN menyeru anda untuk sentiasa update mengenai info Tunjong Pavilion. Janganlah bila siap sepenuhnya nanti kita hanya sebagai pengguna, bukan pemilik.
Dapatkan info pembinaan Tunjong Pavilion di Facebook Offcial mereka disini. Tunjong Pavilion akan mengubah landskap Kota Bharu 100% apabila siap kelak. Ia semestinya jawapan terbaik untuk menutup mulut mereka yang mengatakan Kelantan negeri miskin.
http://www.facebook.com/pages/Tunjong-Pavilion-Lifestyle-City-at-East-Coast/199705136776456?ref=stream
KEH..KEH...KAYU..KAYU..
Adehhhh...kat mana laa dia ni pi gagau title prof tu arr???lain mcm kali ni dia punya stim...🤦♂
#PatutLaaPuakPuakPaihhNiBenak
MEETING BERKALI KALI..AKHIRNYA SUBSIDI DIHAPUSKAN.
MOHD SHAH RIM
Setelah berbulan bulan meeting, ntah berapa tan meehon dan kuih karipap habis akhirnya kerajaan umumkan subsidi telor dihentikan 1 Julai 2022..
Jika penasihat anda seorang yang lemah seperti Dr "KAYU" maka Isu Zuraida telalu lama untuk diambil tindakan.
PETALING JAYA: Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri menjadi petunjuk kedudukan lemah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.
“Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan.
“Beliau tidak boleh buat keputusan atau menegaskan kuasanya kerana menjadi ‘tebusan’ pihak tertentu.
“Hakikat beliau lambat buat keputusan menunjukkan bahawa beliau mungkin sedang berlengah. Sudah lebih dua minggu (Zuraida) meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beliau masih dalam Jemaah Menteri.
Ads by
“Tidak pernah seorang perdana menteri Umno selemah ini dalam sejarah negara.”
Nur Jazlan mengulas mengenai Ismail tidak menyatakan sama ada menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu akan digugurkan dan digantikan dengan ahli Parlimen Bersatu lain atau beliau akan terus dibenarkan mengekalkan jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang (PRU15).
Beliau berkata, jelas sekali ini bukan kerana menteri itu penting memandangkan terdapat begitu ramai ahli Parlimen lain yang mampu mengendalikan kementerian itu.
Apabila ditanya sama ada beliau berpendapat Ismail mungkin bimbang tiga ahli Parlimen PBM mungkin menarik balik sokongan mereka, yang boleh menjejaskan undian rang undang-undang pada mesyuarat Parlimen akan datang, Nur Jazlan berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku apabila kedudukan perdana menteri lemah.
Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa Ismail supaya segera membuat keputusan mengenai jawatan menteri Zuraida kerana beliau sudah mempunyai calon untuk menggantikannya. Katanya, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail.
Pada Ahad, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Ismail tidak seharusnya didesak oleh mana-mana pihak untuk menggantikan Zuraida pada ketika ini kerana PRU15 semakin hampir.
“Tidak masuk akal untuk menukar menteri, mendakwa ia adalah kuota Bersatu, apabila PRU semakin hampir. Mengekalkan status quo adalah langkah yang bagus.
“Perdana menteri tidak seharusnya tunduk kepada sebarang tekanan kerana ia adalah hak prerogatifnya sama ada untuk menggantikan atau mengekalkan Zuraida,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)