Allahu Rabbi..
Sampai bila kalian nak label orang yang tegur kesilapan agamawan
itu sebagai "pembenci Ulamak"..?
Tuan² yang mulia..
Ulamak dan kebenaran itu adalah perkara yang berbeza.. Bukan
semua ulamak itu sentiasa benar.. Dan bukan kebenaran itu selalu bersama
ulamak..
Bukan..!
Kerana ulamak itu sendiri ada dua golongan.. Ada yang benar..
Ada yang menipu.. Ada yang beriman.. Ada yang kufur.. Ada yang ikhkas.. Ada
juga yang khianat..
Yang paling tinggi di sisi Allah adalah ulamak yang muttaqin..
Yang sentiasa amanah dengan ilmu.. Yang gerun dengan siksaan api neraka di
akhirat kelak..
Dan yang paling celaka adalah ulamak yang sanggup melakukan apa
sahaja demi untuk menjaga pengaruh.. Menjaga kedudukan.. Menjaga habuan dunia..
Dan menjaga nafsu syahwat yang tiada kesudahan..
Oleh itu..
Ketahuilah bahawa kebenaran itu hanya milik Allah A'zzawajall..
Bukan milik ulamak.. Bukan milik sesiapa.. Ia kekal di sisi Allah hingga hari
akhirat..
Jadi,
Nasihat ana kepada diri sendiri dan semua.. Carilah kebenaran..
Kekallah bersama kebenaran walaupun kebenaran itu bersama dengan orang yang
kita benci.. Orang yang tidak sealiran dengan kita.. Orang ang bukan sedarah
sedaging dengan kita.. Orang yang bukan separti dengan kita.. Orang yang bukan
semazhab dengan kita..!
Jauhilah mereka yang jahat.. Yang zalim.. Yang menipu.. Yang
khianat.. Walaupun mereka itu Ulamak.. Umara'.. Pak Ostat.. Pak Habib.. Pak
Syekh.. Pak Kiai.. Dan sebagainya..
Kerana mereka tidak mampu memberi jaminan untuk dirinya sendiri
bahkan untuk kita semua supaya terlepas dari azab api neraka..
Yang mampu menyelamatkan kita adalah kebenaran.. Kerana
kebenaran itu adalah milik yang Maha Berkuasa.. Yang Maha Mengetahui
segalanya..
.