BILA DENGAR KISAH NAJIB DAN KEKNYA- KISAH RAFIZI DEDAHKAN PADA TAHUN 2015

 

Rafizi Ramli 

12 MEI 2015

· 

Wang pencen sudah, simpanan Tabung Haji sudah. Hari ini saya dedahkan dana Amanah Saham yang diuruskan PNB juga telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada 1MDB. Hanya duit bawah bantal yang selamat.

SELAIN TABUNG HAJI, PERMODALAN NASIONAL BERHAD JUGA TERLIBAT MEMINJAMKAN WANG KEPADA 1MDB

Ekoran dari maklumat yang kini tersebar luas mengenai hubung kait di antara 1MDB dan agensi pelaburan negara, saya telah membuat beberapa semakan baru untuk menentukan agensi-agensi pelaburan negara yang terdedah kepada risiko kewangan 1MDB.

Minggu ini, umum telah mengetahui bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji (TH) telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. Kenyataan Tabung Haji semalam mengesahkan bahawa pembelian sukuk ini adalah berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil dari pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.

Semakan saya menunjukkan penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini sebenarnya telah dilaporkan secara meluas sekitar Februari hingga Mac 2014 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Laporan The Star bertarikh 1 Mac 2014 memperincikan butiran lanjut mengenai penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini; seperti berikut:

1. Jumlah pinjaman yang diambil oleh 1MDB melalui terbitan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion dengan kadar faedah 6%

2. Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji (TH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

3. Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan oleh PNB kepada 1MBD

4. Sukuk ini tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon. Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan TH dan PNB

5. Oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk ini tidak ditarafkan (not rated) seperti mana kertas-kertas lain. Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah di Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB) dan janji bahawa kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap nanti) akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini

Semakan saya menunjukkan bahawa 1MDB merancang untuk menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.

Malangnya, sehingga sekarang kita masih belum melihat kemajuan yang meyakinkan bahawa Bandar Malaysia ini akan mendatangkan keuntungan yang membolehkan 1MDB membayar kembali hutangnya kepada TH dan PNB. Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baru di Negeri Sembilan (sebahagian dari program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB)?

Soalan paling besar: apa yang telah terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion dari sukuk yang dipinjam dari TH/PNB dan RM2 bilion pinjaman dari Ambank) yang telah dipinjam setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia? Keterlibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB kini mengesahkan kebimbangan saya bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana-dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG

AHLI PARLIMEN PANDAN

 

[🔥SIRI 91🔥] "RAYUAN AKHIR SRC NAJIB RAZAK & ISU HAKIM NAZLAN"



SUDUT PERUNDANGAN (SIRI 91) BERSAMA TUAN HANIFF KHATRI (PEGUAM KANAN) TAJUK: BICARA MAHKAMAH: TANPA GUNDAH GANJARA!! "RAYUAN AKHIR SRC NAJIB RAZAK & ISU HAKIM NAZLAN" TARIKH: 13 MEI 2022 (JUMAAT) MASA: 9.00 MLM MODERATOR: ZAWAZI YUSOF



DS ANWAR IBRAHIM! KANTOIKAN DS NAJIB SEHINGGA TIDAK TERKATA! TUDUHAN MEL...


TUDUHAN MELULUH DARIPADA NAJIB KEPADA KERAJAAN SEBELUM INI DI JAWAB DENGAN PADU OLEH DS ANWAR IBARJIM SEHINGGA NAJIB TUNDUK DAN MENGELING KEPALA!!

Mat Sabu: Malaysia Kalau Tersalah Urus, Akan Manjadi Negara Yang Bankrap...

Panas! Sulaiman nafi dakwaan letak jawatan Ketua Menteri Melaka

 


Panas! Sulaiman nafi dakwaan letak jawatan Ketua Menteri Melaka


Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini.

Sulaiman menyifatkan, dakwaan seumpama itu berniat jahat untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri ketika barisan pemimpin pentadbiran negeri sedang gigih melaksanakan pelbagai program pembangunan dan memenuhi janji yang telah dilafazkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November lalu.

“Saya menafikan dakwaan saya telah meletakkan jawatan dan saya juga menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk pimpinan.

“Ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas PRN Melaka November lalu dan isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri sedang fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang telah hilang semasa PRU14 lalu,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, beliau bersama barisan Exco mempunyai agenda yang lebih besar daripada melayan kerenah pihak tertentu untuk terus bermain politik, yang jelas tidak memberi kesan positif kepada masyarakat di negeri ini.

Jelas Sulaiman, keterbukaannya mendengar pandangan ahli-ahli politik negeri ini juga bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.

“Setelah memenangi PRN lalu, saya bersama barisan Exco berusaha gigih melaksanakan program pembangunan negeri untuk memastikan rakyat Melaka dapat menikmati limpahan kemajuan, pembangunan dan kemakmuran yang setanding dengan negeri maju lain.

“(Malah) ketika ini juga saya berada di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022 bersama Exco kanan pelaburan negeri untuk melihat peluang-peluang pelaburan di sini serta untuk menarik pelaburan asing ke negeri Melaka,” tegas beliau lagi.

Baru-baru ini terdapat dakwaan kononnya Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN memenangi PRN Melaka.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari.


Panas! Mohd Amar akhirnya dedah punca sebenar Muafakat Nasional huru hara

 

Panas! Mohd Amar akhirnya dedah punca sebenar Muafakat Nasional huru hara


Pas mendedahkan agenda peribadi yang diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin UMNO menjadi punca kerjasama antara dua parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN) menjadi huru-hara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, UMNO perlu segera menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan kerjasama menerusi MN kembali ke landasan asal sebagaimana sebelum ini.

“Kita bukan menunggu kata putus UMNO dalam membuat keputusan (MN), tetapi Pas berharap pimpinan UMNO dapat berfikir semula untuk kepentingan ummah dan negara melalui kerjasama MN,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, yang membuat keputusan untuk berpisah dengan MN ialah UMNO Kelantan.

Mohd Amar berkata, selain itu UMNO Terengganu antara kumpulan awal yang mahu melawan Pas di negeri berkenaan.

“Mursyidul Am (Datuk Hashim Jasin) sudah membuat kenyataan bahawa Pas dengan MN masih kekal.

“Sekarang ini masalah dalam UMNO (kenyataan berkait MN yang dilihat sering bercanggah) bukan daripada Pas,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak asalkan meletakkan Islam dan Melayu sebagai tunjang utama.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada jemaah menteri untuk membuat keputusan berkait dengan undang-udang anti lompat parti.

“Saya difahamkan perkara itu melibatkan beberapa aspek teknikal.

Parti tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, itu kita serah kepada kabinet.

“Secara dasarnya Pas setuju dengan undang-undang ini,” katanya.


SULTAN KELANTAN TARIK ANUGERAH DATO’ AZEEZ RAHIM

 Sultan Kelantan tarik anugerah Dato' Azeez Rahim

Setelah berjuang 20 tahun, akhirnya Mei dapat IC Malaysia.



STEVEN SIM


Walaupun lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, dan belajar di Malaysia, Mei tidak ada kewarganegaraan Malaysia selama ini.
Sudah tentu hidupnya cukup sukar. Dia kata perkara ini menyebabkan tekanan mental kepada hidupnya. 😥
Namun syukur, dengan bantuan Bahagian Kewarganegaraan kerajaan negeri Pulau Pinang, Mei berjaya dapat IC biru awal tahun ini! 🤲🏽
Kini Mei nak fokus pada pendidikannya.
Keluarganya orang susah. Tapi dia tahu sangat-sangat nilai sebuah pendidikan. Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja satu tahun untuk kumpul duit supaya dapat sambung belajar di universiti.
Akhirnya, tahun lepas dia mampu untuk sambung balik kursus diploma IT. Mei nak jadi seorang IT developer. Masa itu saya ada berikannya sebuah laptop.
Walaupun dia dah sambung balik belajar, Mei tetap bekerja secara sambilan untuk menampung kos belajar dan kehidupan harian. Dia pergi kerja duduk bas atau menumpang kenderaan kawan. Sebulan buat part time yang tidak menentu dapatlah kumpul beberapa ratus ringgit. Dia guna untuk bayar sewa bilik, keperluan universiti dan makan minum.
Tahun ini apabila sudah dapat IC, dia pergi ambil lesen moto untuk memudahkannya pergi kerja dan pergi kelas. Dia kata nak buat Grab food.
Hari ini bila dia datang jumpa saya untuk dapatkan nasihat tentang pendidikannya, dia bagitau saya dia tengah kumpul duit nak beli moto second hand.
Saya tau Mei rajin berusaha. Sudah 20 tahun dia hidup tertekan tapi dia masih gigih berusaha. Kini Mei dah ada sebuah kehidupan baru dengan IC biru.
Beginilah, saya belikan sebuah moto baru untuk Mei. 🛵
Kami terus pergi kedai moto di Bukit Mertajam, terus pilih sebuah moto yang sesuai. Asalnya Mei nak moto second hand, saya kata lebih baik beli yang baru, lebih selamat dan selesa. Pilih punya pilih akhirnya dia pilih Honda wave. Harga on the road lebih kurang RM5100. 💲💲💲
Ok, jalan teruih!
Benda ini memang saya tak boleh guna peruntukan kerajaan, jadi saya keluar duit sendiri.
Saya hanya ada satu saja syarat kepada Mei: belajar rajin-rajin. Kalau kena pilih antara kerja dan belajar, pilih belajar. Belajar sampai degree, jangan henti takat diploma. Dan bila Mei mampu, tolong pula orang lain yang memerlukan, tak kira kaum dan agama. ❤️

PENDAPAT BERNAS DARI PAK LAWAK DALAM UMNO. DIA NI SELAIN NAJIB KAKI BUAT LAWAK


 

PH PERLU TARIK PENGUNDI ATAS PAGAR – RAFIZI

 PH perlu tarik pengundi Atas Pagar - Rafizi

PRU 15 JIKA 3 PENJURU DAPAT TAMBAHAN 15% UNDI JADI PEMENANG

\PRU 15 jika 3 penjuru dapat tambahan 15% undi  jadi pemenang

BOLEH MENANG PRU 15 BAWA ISU ANAK MUDA, PENGANGGURAN

 

RAKYAT TERENGGANU MELUAT PKR&PH PERLU AMBIL PELUANG

 RAKYAT TERENGGANU MELUAT, PKR PERLU AMBIL PELUANG

ZUNAR: AKIBAT KALAH DEBAT PENYOKONG BOSSKU UGUT TINDAKAN JENAYAH ZUNAR CARTOONIST



 

GAGAL BERHUJAH, PENYOKONG BOSS KU UGUT TINDAKAN JENAYAH.
Saya serahkan kepada polis.
Tread terjadi dalam twitter saya. "Zunar Cartoonist


TAK ADA SIAPA YANG PERTIKAI KEK...TAPI SIAPA YANG DAPAT....


 

WOIII NAJIB...LAIN KALI PAKAI OTAK SIKIT : DATUK ZAHRAIN


 

PASCA DEBAT - DATO ZAHARIN "BONGKAR" TEMBERANG NAJIB! "CASH IS KING" - N...

KITA JADIKAN KEK ITU BESAR KEMUDIAN KITA IRIS KAN KEK ITU. HANG SAPU SEMUANYA HANG IRIS BAGI PADA SIAPA NAJIB ?







 

KHEMAH BESAR BUKAN MAHU BAWA KEMBALI AZMIN, ZURAIDA. APA PUN ALASANNYA AHLI PKR TIDAK AKAN LAGI MEMPERCAYAI KEDUA PENGKHIANAT TERSEBUT