PAK LAH PERLU TELITI CADANGAN INI KERANA IANYA MENGURANGKAN KRITIKAN KEPADA PENTADBIRAN PAK LAH SELAMA INI


1.PM ABDULLAH TAK PAYAH LETIH MENJAWAB

2.ELAK SPEKULASI DAN KRITIKAN ANTARABANGSA

3.TUMPUKAN KEPADA PENTADBIRAN

4.BADAN KEHAKIMAN NAMPAK LEBIH BEBAS
5.RAKYAT TAK PERSOAL TINDAKAN SEPERTI MENGUSUNG TILAM.
6. PERLU HATI-HATI SOAL DSAI KERANA PIHAK ANTARABANGSA MELIHAT INI SEBAGAI SOKONGAN KEPADA DSAI
7. PEDULIKAN KRITIKAN MENTERI YANG TAK CERDIK.
8. TOK LAH KENA JAGA NAMA BAIK KETURUNAN TOK LAH KERANA DARI DULU TOK LAH TAK TERBABIT.SANGKUT SAUDARA MARA PULAK.




Syor badan bebas siasat kes Anwar
KUALA LUMPUR 19 Julai - Parti Gerakan mencadangkan supaya kerajaan bekerjasama dengan badan siasatan bebas antarabangsa bagi mendapat keyakinan rakyat berhubung pengendalian kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, badan antarabangsa itu juga perlu merangkumi pakar dalam setiap bidang perubatan agar persepsi meragukan rakyat yang mungkin timbul semasa prosedur siasatan dapat dielakkan.
''Kita cadangkan kerajaan bekerjasama badan bebas ini. Kita mahu semua keraguan rakyat kepada mana-mana prosedur siasatan terjawab.
''Badan siasatan ini perlu dianggotai semua pakar dalam bidang masing-masing. Ia juga perlu bebas supaya tiada pihak boleh mempertikaikan keputusan mereka nanti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Anwar kini berdepan dengan dakwaan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dia diliwat oleh bekas majikannya itu.
Tambah Tsu Koon, cadangan itu dilihat perlu pada masa media antarabangsa sudah mula melihat isu bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai sesuatu yang boleh melemahkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara sedia ada.
Katanya, cadangan itu dibuat bukan untuk mempertikaikan kemampuan kerajaan namun kepakaran antarabangsa dilihat cara dan bukti terbaik yang menyakinkan rakyat kepada situasi sebenar yang sedang berlaku.

ANWAR MELIHAT DI PERMATANG PAUH???


1. LEBIH SELAMAT KERANA PENYOKONG TEGAR PR


2. WAN AZIZAH MUNGKIN BERSARA


3. JENTERA SUDAH KEMAS DAN BERSIAP SEDIA


Anwar umum malam ini kerusi ditandinginya?


Abdul Rahim Sabri Jul 19, 08 6:44pm


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman mengenai pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen yang ditandinginya malam ini.Menurut Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Anwar dijangka membuat pengumum tersebut dalam ceramahnya di Pahang malam ini.Menurut jadual, mantan perdana menteri itu akan menghadiri ceramah perdana di Kampung Razali, Kuantan pada jam 9 malam.Azmin memberitahu demikian ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya petang tadi.Selepas itu mereka mendengar ucapan daripada Anwar sejurus selepas beliau selesai memberi taklimat secara tertutup kepada ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.Kini semua pihak ternanti-nanti pengumuman Anwar mengenai kerusi Parlimen yang akan ditandinginya untuk membolehkan beliau bersuara di Dewan Rakyat.Ianya ekoran pengumuman beliau sebelum ini bahawa kira-kira 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti, dan sekaligus membolehkan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat.Beliau menegaskan, mereka akan berbuat demikian menjelang 16 September depan.Dalam pilihanraya umum lalu, BN kembali memerintah di peringkat pusat apabila memenangi 140 kerusi Parlimen tetapi kurang lapan kerusi untuk mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Manakala Pakatan Rakyat pula berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen.Sebelum ini, timbul ura-ura Anwar akan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar kerana ramai yang menyangka mahkamah akan menerima petisyen calon PAS untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut yang dimenangi oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz, tetapi mahkamah menolaknya.Kini timbulkan spekulasi yang Anwar mungkin bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baru jiika berlaku pilihanraya kecil. Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, yang memohon untuk membatalkan keputusan pilihanraya kerusi tersebut yang dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin.Calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Petisyen memfailkan petisyen tersebut atas alasan Zulkifli gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.Selepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu. Berikutan itu beliau tidak layak bertanding dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.