PENIAGA DI TINDAS LAGI??

TANDA PILIHANRAYA-PUTERI LANCAR BILIK PILIHANRAYA BERPUSAT DI PWTC


mmmmmmm....mungkin agak hampir....kenapa dalam diam-diam lancar bilik gerakan pilihanraya ???? mungkin makin hampir gamaknya..

Anwar wajib dilantik Penasihat Ekonomi P.Pinang-DIN BINJAI


Sudah sampai masanya Anwar Ibrahim dilantik menjadi penasihat ekonomi P.Pinang. Sharpshooter amat bimbang dengan isu-isu roboh gerai di P.Pinang terutamanya gerai Melayu yang menjadi isu besar yang dimainkan oleh media arus perdana.

Isu terbaru adalah gerai Melayu yang dirobohkan berdekatan bulatan Queens Bay. Sharpshooter dimaklumkan bahawa yang diroboh adalah gerai yang baru didirikan dan yang lain akan dirobohkan selepas raya.

Bila ditanya bukankah gerai tu dulu dah lama dah dari zaman BN perintah, tak dak pula depa nak roboh pun. Jawapannya 3 persatuan dok komplen termasuk yang pengerusinya orang Melayu. Baru 3 persatuan pun hangpa dah gelabah. Pandai-pandailah bagi alasan. Katanya lagi gerai tu dah 2 tahun terima notis. Baru dua tahun...bukan 12 tahun pun..

Bila ditanya mengapa yang hangpa kalut sangat nak roboh gerai Melayu yang modal pun tak berapa besar mana pun. Gerai Melayu bukan banyak di P.Pinang. Nak sewa rumah kedai sebulan mencecah RM5 ribu di P.Pinang. Kalau di Auto City Seberang Perai sewa mencecah RM10 ribu sebulan. Ini bukan auta tetapi fakta kalau tak percaya pergilah tanya sendiri.

Mengapa tidak fokus kepada kilang-kilang haram yang bersepah dan berleluasa di P.Pinang yang ditinggalkan oleh zaman BN dulu. Di Seberang Perai sahaja ada 150 buah kilang haram. Itu sharpshooter tahulah sebab semasa jadi Ahli Majlis MPSP perkara ini ditimbulkan. Sebelah pulau tak tahulah pula kena tanya Ahli Majlis MPPP. Mengapa hangpa tak mau roboh kilang haram tetapi hangpa nak buat pemutihan yang mana kilang haram akan jadi kilang halal.

Tetapi bila mai bab gerai Melayu, mengapa hangpa tak mau buat pemutihan seperti kilang haram. Yang hangpa buat bagi tempat berniaga lain yg kadang-kadang memang tak sesuai langsung. PBT atau pemaju pula bila buat gerai, satu gerai dua meja. Nak berniaga macamana dengan dua meja? Kepala hotak hangpa.

Sharpshooter ketika menjadi Ahli Majlis, pernah MPSP mahu roboh gerai terutamanya gerai burger dan Char Koay Teaw. Sharpshooter bawa peniaga tersebut dan berjumpa dengan pengarah MPSP, bincang dan akhirnya dapat berniaga dan tidak dirobohkan. Sharpshooter bagitahu mereka, yang mana tak dak lesen, lesenkan mereka, bukan roboh gerai mereka. Lepas itu letak syarat dan peraturan. Adalah budi bicara sikit bila berurusan dengan peniaga-peniaga kecil.

Gerai di Sg Tiram juga mahu dirobohkan. Bila ditanya mengapa, katanya Guan Eng yang mahu robohkan. Mujur Hj Malik bertahan dan bergaduh dengan Ahli Majlis MPPP yang juga mahu roboh gerai. Mansor Othman kan ada, takkan dok diam kot. Bersuaralah sikit. Berani buat keputusan. Jangan sampai semua isu berbangkit Guan Eng yang jawab, isu Aminul Rashid, APCO, Batu Nisan di Pantai Bersih, Judi bola dan berbagai lagi semuanya Guan Eng yang buat sidang media sampai tenggelam pimpinan lain di P.Pinang termasuk Keadilan dan DAP yang lain. YB Chow Pengerusi DAP P.Pinang pun ramai yang tak kenal.

Guan Eng memang pemimpin yang hebat, tetapi jangan sampai yang lain tenggelam bak kapal Titanic atau kapal selam Altantuya.

Surau di KOMTAR mujur Anwar yang rasmi, tu pun ada suara sebelum ini yang suruh Guan Eng rasmi. Nak bodek pun agak-agak lah. Betul dari satu sudut mungkin kita akan kata Guan Eng bagus sampai surau pun dia rasmi. Tetapi dalam masa yang sama kita fikir juga dari sudut lain. Anwar Ibrahim kan orang P.Pinang, MP Permatang Pauh, jangan sampai lupa pula pada Anwar sebab nak bodek Guan Eng.

Sebab itulah sharpshooter merasakan sudah sampai masanya Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang. Orang Melayu mungkin boleh meletakkan harapan pada Anwar untuk menjaga kepentingan mereka di P.Pinang. Ini tidak bermakna sharpshooter nak bodek Anwar pula. Anwar tak perlu dibodek tetapi perlu ditegur bila ada yang tak kena. Ini budaya baru politik Keadilan. Kalau nak bodek Anwar apa beza dengan zaman UMNO dulu. Tetapi ada sebilangan besar pimpinan Keadilan dok bodek Anwar macam zaman UMNO naik menyampah tengok gelagat mereka.

Pandangan Sharpshooter untuk kepentingan Melayu di P.Pinang. Ingatlah majoriti kawasan Melayu, Pakatan Rakyat kalah. InsyaAllah dengan terlantiknya Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang, kawasan tersebut akan dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

KEM MOTIVASI

Pejabat TKM 1 akan menganjurkan satu program Motivasi Insan Cemerlang
dibawah Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang


Pada : 24hb Julai 2010 (sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Yayasan Aman Penanti


Dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor Othman pada jam 8.30 pg

* Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan

* Tuan/puan diminta menghantar peserta seramai mungkin. Sekian terima kasih


* Sila hantar nama pelajar, alamat, no. kad pengenalan, no. telefon, sekolah, tingkatan (form) dan nama ibu/bapa@penjaga selewat-lewatnya 23 Julai 2010 jam 10 pagi ke email ini. Harap maklum