30 POSTING HARI INI...



30 BERITA PANAS HARI INI.


 SILA  KE OLDER POST  .  TEKAN    >  BAWAH KANAN  


  UNTUK    MEMBACA     BERITA AWAL  .

Review ‘Mee Kari Putrajaya”, Netizen tanya tu je kerja penasihat?KEH..KEH...BUAT TAIK DI IPOH..DIA NAK BUAT TAIK KAT PUTRAJAYA PULAK

 Review ‘Mee Kari Putrajaya”, Netizen tanya tu je kerja penasihat?

APA LA PUNYA  SAMDOL PENASIHAT PM NIH...


Video TikTok memaparkan Penasihat Khas Perdana Menteri Ahmad Faizal Azumu, menikmati hidangan mee kari di pejabatnya di Putrajaya, mengundang kecaman dan kemarahan warganet.

Sebahagian mereka terkejut dengan tindakan Faizal membuat ulasan makanan ketika negara berdepan jangkitan dan kes kematian Covid-19 yang semakin teruk, ditambah pula kedudukan kerajaan sedia ada yang dipersoal jumlah majoritinya.

Dalam video ditularkan, bekas menteri besar Perak itu berkata, beliau mencuba semangkuk mi kari dari Putrajaya yang dikatakan cukup lazat, sambil menambah hidangan itu menjadi kegemarannya ketika berada di Ipoh.

Tidak cukup dengan itu, Faizal berkata beliau pernah menikmati mi kari setiap hari di Ipoh, sambil memberi rating 8.5 daripada 10 terhadap hidangan mi kari dari Putrajaya itu.

Seorang pengguna media sosial berkata “Adakah ini kualiti menteri Malaysia?” manakala beberapa lagi mengkritik video itu tidak kena pada masanya dan tidak peka.

Pengguna Facebook, Suhaili Abu Kassim, berkata Faizal sepatutnya menggunakan masa dan kebijaksanaannya untuk mengeluarkan idea membantu perdana menteri menguruskan situasi Covid-19, bukannya mempromosi semangkuk mi kari.

Menyatakan Faizal bertanggungjawab terhadap pembangunan sosio ekonomi, Suhaili berkata, video dimuat naik langsung tidak membantu usahawan dan timbalan presiden Bersatu itu sepatutnya menangani permasalahan dalam skop lebih besar.

Pengguna Facebook lain, Deen Keramat, berkata Faizal patut sama mempromosi kedai lain, bukan tertumpu kepada kedai menjual mi kari semata-mata.

“Bengkel automotif, kedai emas, tukang gunting rambut, dan banyak lagi kedai terjejas. Tanya Peja untuk buat promosi sama,” katanya merujuk nama singkatan kepada Faizal.

Sementara itu, beberapa wargenet mendakwa Faizal gagal menamakan kedai menjual mi kari berkenaan, dengan mengatakan banyak kedai menjual hidangan terbabit di Putrajaya.

Faizal dilantik sebagai penasihat khas kepada perdana menteri bertaraf menteri minggu lalu, yang mana tindakan itu mencetuskan kemarahan serta kritikan.

Rakyat mempersoalkan keperluan pelantikan itu membabitkan tambahan kewangan terhadap kerajaan, ketika negara sedang bergelut menguruskan kos dalam semua sektor.

Ketika mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu, Pejabat Perdana Menteri berkata beliau bertanggungjawab memberi nasihat kepada Muhyiddin Yassin membabitkan hal ehwal komuniti, masyarakat dan pembangunan sosio ekonomi.

Video Player
00:00
01:14


MACAI WALAUN JANGAN MENAFIKAN : Apa Pakatan Harapan buat selama 22 bulan memerintah?

 

Apa Pakatan Harapan buat selama 22 bulan memerintah?

1.Kurangkan harga internet Unifi & mobile data

2.Laksana tender terbuka bukan direct nego

3.Bayar hutang 1MDB

4.Hapus GST

5.Kurangkan tol 18% & mansuhkan tol motorsikal

6.Stabilkan & subsidi harga minyak

7.Naikkan cukai judi dan kasino

8.Meneruskan BR1M melalui BSH

9.Perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah

10.Berjaya pulihkan Tabung Haji

11.Bawa perasuah ke muka pengadilan

12.Bawa balik dana 1MDB dari luar negara

13.Turunkan usia mengundi ke 18 tahun

14.Naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing

15.Tubuhkan unit anti hina islam di Jakim

16.Kekalkan institusi raja-raja

17.Mengekalkan kebebasan bersuara

18.Beri kebebasan media tiada lagi TV3 kuasai

19.Bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim

20.Kurangkan beban guru-guru

21.Tambah bajet Kementerian Kesihatan

22.Jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya

23.Hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna

24.Naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia

25.Lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC

26.Mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA

27.Bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang

28.Beri duit kepada sekolah tahfiz

29.Beri duit RM600 juta kepada Kelantan & Terengganu

30.Naikkan elaun guru KAFA

31.Beri bantuan khas kepada imam,bilal,guru takmir dan tok siak

32.Berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes

33.Bagi bantuan persekolahan RM100

34.Perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk Rapidkl dan Rapidpenang

35.Hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA

36.Samaratakan gaji minimum Semenanjung,Sabah,Sarawak & naikkan gaji minimum

37.Perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40

38.Berjaya tangani krisis pencemaran air sungai Kim Kim & menangkap pelaku

39.Berjaya tangkap & dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja

40.Perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030

41.Turunkan tarif elektrik

42.Pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal

43.Berjaya lesenkan E-hailing

44.Berjaya tangguhkan UEC

45.Usul Sabah & Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal

46.Kekalkan demokrasi berparlimen & beraja di Malaysia

47.Bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin

48.Perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar)

49.Set harga minimum getah sekerap

50.Perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet

51.Mengurangkan kes covid kepada 0,tiada satu pun mati covid dan tiada seorang bunuh diri putus asa

52.Tiada polisi flipflop dan u turn sepanjang masa

53.Kerjasama yg erat,padu,jitu antara menteri2 dan kementerian2 yg ada

54.Saiz kabinet yg tidak melampau dan membebankan negara

Selepas kerajaan PH tumbang akibat pengkianatan MAHATHIR,kini PH pimpinan ANWAR IBRAHIM turut menawarkan jalan keluar dari masalah ciptaan kabinet derhaka UMNO-PAS-PPBM-GPS dengan plan pemulihan lengkap tersendiri seperti di siarkan bulan Februari 2021 lalu.Boleh lihat pada 4 gambar pertama di post ini dan bandingkan dengan yg kabinet Mahiaddin punya.

Semua ini berjaya di buat walaupun berlaku pengkianatan oleh PM PH Mahathir dan beberape anggota kabinet ikut berpaling tadah seperti Mahiaddin KDN,Azmin Ekonomi,Zuraida,Saifudin Abdullah,Xavier,Rina Harun, dan lain2.Berikan PH peluang kedua untuk kami memulihkan negara dan membawa Malaysia setanding negara seperti Singapura,Korea Selantan,Jepun,Australia,United Kingdom.PH pimpinan Anwar Ibrahim akan lakukan ape yg Barisan Nasional gagal buat 60 tahun perintah sejak merdeka 1957 hingga Mei 2018.

#KerajaanUMNOPASPPBMGPSDerhaka #KabinetUMNOPASPPBMGPSBiadap #KerajaanUMNOPASPPBMGPSKurangajar

 

Najib Tahu Dalang Di Sebalik Petisyen Pengampunan Dihantar Ke Istana Neg...

MGNews: Muhyiddin Tawar Ketua Pembangkang Jawatan Setara Menteri Kanan

JANGAN SEWENANG-WENANG JATUHKAN MARUAH ORANG LAIN | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

APA PILIHAN YANG RAKYAT BOLEH AMBIL SEKARANG? | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Krisis Politik | Laksana gencatan politik, fokus tangani pandemik #KauBoleh

DIA BUKAN GENTLEMAN

Dulu ‘Darul runtuh’, jangan pula digelar ‘Darul seleweng’


PPEEERGGGHHHH....AJAK PEMBANGKANG PULAK DAH...

 

Mahiaddin ajak pembangkang kerjasama, pastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menawarkan kerjasama dengan pembangkang (yang dipercayai Pakatan Harapan) untuk membolehkan kerajaan yang ada mentadbir dengan majoriti yang cukup dan memastikan kumpulan kleptokrat tidak kembali berkuasa.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” kata beliau.

Pembangkang yang dimaksudkan beliau dipercayai Pakatan Harapan dan penyokong mereka kerana beliau juga menyebut “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah” yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin Umno.

“Saya akan mengeluarkan jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik untuk menghadiri perbincangan ini.

“Saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini,” kata beliau.

Tujuan beliau kemukakan cadangan itu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Jelas Mahiaddin, sekiranya cadangan kerjasama bi-partisan ini dipersetujui, beliau akan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengambil tindakan yang terhormat dan berperlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada masa ini.

“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya dalam perutusan khas petang tadi.

Antara cadangan yang dikemukakan Mahiaddin iaitu membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.

Sebelum ini, Pakatan Harapan menggesa agar dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion perlu diberikan khususnya kesihatan dan menambahbaik bantuan kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

PN, Muhyiddin terus menerus mencabul perlembagaan, kata peguam

 


PN, Muhyiddin terus menerus mencabul perlembagaan, kata peguam


Merujuk kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi, adalah dirumuskan bahawa beliau telah mengakui hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Kenyataan Muhyiddin bahawa beliau tidak perlu meletak jawatan kerana tiada Ahli Parlimen lain yang mempunyai sokongan majoriti adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa PM perlu meletakkan jawatan sekiranya hilang keyakinan majoriti Ahli Parlimen. Peruntukan ini tidak menyebut tentang kehilangan jawatan PM bergantung kepada sokongan majoriti Ahli Parlimen yang lain. Ini adalah kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh melantik Ahli Parlimen lain sebagai PM yang pada hemat YDPA mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen sepertimana Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, ketiadaaan kerajaan untuk berfungsi menguruskan negara tidak timbul kerana jentera kerajaan masih berjalan seperti biasa dan PM baharu pasti dilantik dalam tempoh terdekat. Perkara ini berlaku ketika Langkah Sheraton pada tahun 2020 dan juga insiden rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009 tanpa sebarang masalah dan kacau ganggu kepada pentadbiran kerajaan.

Muhyiddin dan kabinet Perikatan Nasional (PN) tidak boleh berterusan mencabuli perlembagaan. Keabsahan dan legitimasi sebagai PM sudah hilang dan hormatilah keluhuran perlembagaan dan junjunglah kedaulatan undang-undang sepertimana kehendak Rukun Negara.

Muhyidin letak jawatan bukan lagi pilihan. Pentadbiran Muhyiddin dan PN ternyata gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik dan gagal menguruskan ekonomi negara dengan berkesan. Rakyat tidak lagi bersama PN #kerajaangagal.

FAIZ FADZIL

POOODAH....HADI KALAU NAK BAWAH SETAHUN DULU DAH...HARAP MAKAN GAJI BUTA JA PUN..

 


Berita lucu! Pas kata pertemuan Hadi-Muhyiddin bincang pelaburan Malaysia di Asia Barat

Berita lucu! Pas kata pertemuan Hadi-Muhyiddin bincang pelaburan Malaysia di Asia Barat

Perbincangan serta pandangan berhubung kedudukan pelaburan malaysia di Asia Barat antara yang disentuh dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ruang perbincangan itu turut diambil Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bagi mengutarakan pandangan berhubung perkara berkenaan.

“Dalam pertemuan itu banyak perkara yang dibincangkan dan antara yang banyaknya berkenaan dengan beberapa pandangan yang baru dengan kedudukan pelaburan Malaysia di Asia Barat di mana ia menyentuh peranan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi sendiri sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

“Ada beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Tuan Guru sendiri bertemu dengan duta-duta dari Asia Barat… ianya telah dimaklumkan secara terus oleh Datuk Seri Tuan Guru kepada Perdana Menteri,” kata Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan krisis air Berangan di Tangki Air Bukit Berangan, di sini, hari ini.

Ditanya apakah dalam pertemuan lebih satu jam dua pemimpim itu turut menyentuh situasi politik semasa, Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu tidak mengulas lanjut.

“Kita berada dalam suasana politik, tentulah… biasalah tentang politik,” jelas beliau lagi.

Pada Khamis, Perdana Menteri mengunjungi Abdul Hadi di kediaman Presiden Pas itu di Rusila, Marang.

Muhyiddin tiba di kediaman Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sekitar pukul 5 petang dan meluangkan masa lebih sejam.

Ahmad Samsuri turut mengiringi Perdana Menteri dalam pertemuan itu.

DULU HANGPA PANGGE KAPIAQ HARBI. BILA TERDESAK KAPIAQ PUN HANGPA AJAK BERSAMA...CILAKA SUNGGUH

 

PN tawar DAP: Ini satu yang lawak, DAP dah tak Komunis ke?

PN tawar DAP: Ini satu yang lawak, DAP dah tak Komunis ke?

Perkara paling lawak tadi ialah PN (PAS) offer kerjasama dengan DAP

Selama ini orang kata bergandingan bahu dengan DAP untuk tadbir negara demi kemaslahatan rakyat memang selari dengan Islam dalam ruang demokrasi. Tapi dia kata DAP komunis, kafir harbi, Melayu dan boleh buat Islam terancam.

Hari ini bila dah tersepit, kuasa dah hilang, dah lemas, mula ubah dalil (kitar semula). Hulur tangan, buat muka kesian, muka tak malu. Merayu agar kekalkan kuasa dan jawatan mereka yang lumayan. Demi nak isi perut dan haloba sendiri.

Ada lagi ke yang boleh percaya lebai talam banyak muka macam ni?

#KerajaanGagal #KerajaanDerhaka

Sumber | Facebook Mus’ab Muzaha

PH jemput Ahli Parlimen anti Mahiaddin ke meja rundingan, sokong Anwar sebagai PM

 


Kemelut politik berpanjangan dan melelahkan rakyat di tengah-tengah pandemik Covid 19 mewajarkan para pemimpin politik memberi penyelesaian tuntas dan segera.


Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), menjemput Ahli-ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin untuk berunding dan mencapai kata sepakat dalam mengangkat seorang pemimpin yang berwibawa sebagai calon PM yang baharu bagi mengembalikan negara ke landasan betul dalam perang melawan pandemik dan pemulihan ekonomi negara.


"Majlis Presiden PH dalam hal ini mengulangi pendirian kami menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. PH juga tidak bersetuju untuk sebarang pilihan raya umum diadakan terutama ketika pandemik memuncak. Perlu diingatkan bahawa penggal terakhir Parlimen ke-14 hanya akan tamat pada 16 Julai 2023.


"Oleh itu, Majlis Presiden menjemput semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Mahiaddin untuk bersama menyokong Datuk Seri Anwar sebagai calon PM bagi membuktikan sokongan, serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen," kata kenyataan Majlis Presiden hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, hanya satu gabungan Ahli-ahli Parlimen dan parti politik yang kuat akan memaksa Mahiaddin melepaskan jawatan atau memberi lebih kekuatan kepada Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan sewajarya, memandangkan pihak penentang kerajaan Perikatan Nasional telah menyediakan calon Perdana Menteri.


"Pada ketika jumlah kes aktif Covid-19 melebihi 20,000 sehari, lebih 1,000 pesakit berada di ICU, dan setiap hari kita menyaksikan beratus orang yang meninggal akibat Covid-19, serta isu pekerjaan dan pendapatan yang membelenggu rakyat, kita amat memerlukan

sebuah Kerajaan yang stabil, berkesan, dan dipimpin seorang PM yang mempunyai keabsahan serta sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.


"Walaupun setakat ini, umum sedia maklum hanya 100 Ahli Parlimen menyokong Tan Sri Mahiaddin dan 120 Ahli Parlimen tidak menyokong, namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.


"Oleh itu, rakyat berharap para pemimpin politik akan dapat mencapai penyelesaian yang mampu merungkai masalah ini dan seterusnya membolehkan kepimpinan berwibawa tampil untuk membantu negara membendung penularan wabak Covid-19 dan memacu pemulihan ekonomi pasca-pandemik," katanya.


Justeru, Majlis Presiden PH menjemput semua pihak yang menentang Mahiaddin untuk segera ke meja rundingan bagi mencapai kata sepakat dan tidak memberi lebih banyak masa kepada pentadbiran Mahiaddin meneruskan kerajaan gagal serta menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban akibat pandemik.


"Demi masa depan rakyat dan negara, semua pihak yang menentang Tan Sri Mahiaddin perlu bersama di meja rundingan sekarang untuk membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayani secara adil.


"Amatlah penting semua pihak bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang Undi Percaya terhadap Perdana Menteri nanti.


"Ini supaya sebarang pengambilalihan Kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tatakelola dan urus tadbir yang baik, dan institusi kehakiman yang bebas," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.