"Tidak perlu pengampunan jika tidak bersalah" - Najib Razak

 "Tidak perlu pengampunan jika tidak bersalah" - Najib Razak

Najib Razak mengulangi hasrat untuk melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus tanpa campur tangan politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan ada berhubung dengan Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mengenai petisyen memohon Pengampunan Diraja ke Istana Negara pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook beliau pada Jumaat, Ahli Parlimen Pekan itu menghargai tindakan NGO berkenaan yang mengambil berat tentang dirinya, namun menafikan pernah berhubung dengan mereka.
Najib dalam masa sama turut mengulangi hasrat untuk melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus tanpa campur tangan politik
Katanya, itu merupakan satu-satunya cara sahaja untuk bersihkan nama sepenuhnya.
"Saya amat yakin saya tidak bersalah. Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?" tulis beliau dalam hantaran itu.

No comments: