*HIKAYAT BANGSA LEBAI*

 

HAMZAH RIE NA


Bila lebai mengunakan lutut berfikir Dan bertindak:

*HIKAYAT BANGSA LEBAI*

Kempen boikot barang Cina yang bangsa lebai buat tak berkesan pun. Cuma riuh dalam FB saja. Ramai bangsa lebai sendiri yang masih beli roti, mi segera, kopi, teh yang Cina buat.

Kalau selidik balik, kempen boikot barang Cina timbul selepas isu Zakir Naik. Bangsa lebai fikir, pihak yang anti Zakir adalah DAP. Sasaran boikot yang depa riuh adalah DAP.

Padahal pendirian DAP dalam isu Zakir selari dengan pendirian kerajaan kerana DAP adalah parti yang turut membentuk kerajaan.

Puak yang kritikal dengan Zakir ialah penganut Hindu, tanpa kira parti. Itu pun bukan semua penganut Hindu. Ada penganut Hindu yang tak ambil kisah pun dengan isu Zakir.

Selepas bangsa lebai buat bising boikot barang Cina, baru depa sedar bukan semua orang Cina ahli DAP.

Dalam parti bangsa lebai pun ada Cina. MCA yang bangsa lebai ajak orang Islam sokong dalam PRK Balakong pun parti totok Cina.

Baru bangsa lebai sedar, boikot Cina bukan boikot DAP tapi boikot semua Cina.

Macam mana bangsa lebai nak boikot Cina padahal parti bangsa lebai perlukan undi Cina. Orang Cina ramai yang Muslim. Boikot Cina termasuk boikot produk Cina Muslim. Bangsa lebai rasa silap dengan strategi boikot Cina.

Apa lagi, bangsa lebai terpaksa u-turnlah. Kata depa, bukan boikot tapi kempen beli barang Muslim. Padahal ulama bangsa lebai dah kempen dalam kuliah minta bangsa lebai boikot barang Cina.

Bangsa lebai ada masalah lagi dengan kempen beli barang Muslim. Sebab mana ada barang keluaran Muslim sepenuhnya. Produk Muslim tak akan jadi kalau boikot produk kafir.

Bangsa lebai yang berniaga kopi pun bercampur-aduk dengan produk kafir. Perisa kopi, krimer, sachet, bungkusan, semua itu produk kafir. Macam mana bangsa lebai nak dakwa itu produk Muslim.

Peniaga bangsa lebai tak boleh buat produk tanpa bergantung kepada orang kafir. Nak sembang bagi terpacak ekor serban bolehlah. Nak aplikasi tak boleh.

Dah bangsa lebai terbelit lagi. Bangsa lebai ubah pula, bukan kempen boikot tapi kempen beli produk Muslim dulu.

*Kempen ni pun ada masalah juga apabila didedah, parti bangsa lebai sendiri cetak akhbar depa di kilang Cina. Padahal kilang cetak Muslim bersepah.*

*Lepas tu didedah juga parti bangsa lebai berhutang dengan pencetak Muslim lebih daripada RM3 juta. Peliknya, bangsa lebai cari helah tak mahu bayar. *

Macam mana bangsa lebai kempen beli produk Muslim dulu padahal parti bangsa lebai cetak akhbar parti bangsa lebai di kilang Cina. Dah... bangsa lebai terbelit lagi.

Nanti bangsa lebai akan komen, ini tulisan khadam DAP. Bangsa lebai, demi untuk jadi khadam MCA yang tolak hudud, bangsa lebai akan pusing bulatan walaupun berpuluh² kali.

Demikianlah hikayat bangsa lebai. Bagusnya bangsa lebai ialah wala'. Presiden parti bangsa lebai kata 14 jalur tu simbol berbilang bangsa, bangsa lebai akur juga.

_*Nasiblah jadi bangsa lebai...!*_

 

No comments: