PPEEERGGGHHHH....AJAK PEMBANGKANG PULAK DAH...

 

Mahiaddin ajak pembangkang kerjasama, pastikan kleptokrat tidak kembali berkuasa

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menawarkan kerjasama dengan pembangkang (yang dipercayai Pakatan Harapan) untuk membolehkan kerajaan yang ada mentadbir dengan majoriti yang cukup dan memastikan kumpulan kleptokrat tidak kembali berkuasa.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” kata beliau.

Pembangkang yang dimaksudkan beliau dipercayai Pakatan Harapan dan penyokong mereka kerana beliau juga menyebut “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah” yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin Umno.

“Saya akan mengeluarkan jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik untuk menghadiri perbincangan ini.

“Saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini,” kata beliau.

Tujuan beliau kemukakan cadangan itu ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Jelas Mahiaddin, sekiranya cadangan kerjasama bi-partisan ini dipersetujui, beliau akan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengambil tindakan yang terhormat dan berperlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada masa ini.

“Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara,” katanya dalam perutusan khas petang tadi.

Antara cadangan yang dikemukakan Mahiaddin iaitu membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan siling Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.

Sebelum ini, Pakatan Harapan menggesa agar dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion perlu diberikan khususnya kesihatan dan menambahbaik bantuan kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

No comments: