JANGAN BENARKAN UPAH PEKERJA ASING TANPA DOKUMEN






"(Untuk penyelesaian jangka panjang), kami mendesak kerajaan untuk memberikan dokumen kebenaran untuk mereka bekerja. "Sangat sukar bagi kami menggaji pekerja tempatan kerana mereka tidak mahu bekerja dalam pekerjaan 3D (berbahaya, kotor dan sukar). Kotak ikan berat sehingga 200kg dengan ais. Tidak banyak yang sanggup menghidu bau dan mengangkat berat seperti itu," kata Kian Hock, seperti dipetik Malaysiakini. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata pada 11 April 2020, tenaga buruh Malaysia merekodkan 15.6 juta orang pada 2019 berbanding 15.3 juta pada 2018. "Menurut dapatan awalan STB 2019, statistik tenaga buruh mengikut kewarganegaraan adalah 13.3 juta orang warganegara dan bukan warganegara adalah 2.3 juta orang." Laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia memaparkan notis Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis, di bawah Akta Imigresen 1959 iaitu: Seksyen 55B - Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah. Hukumannya: Pertama. Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.



COVID-19: Ekonomi Negara Akan Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan?






Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan jangkaan Perikatan Nasional bahawa ekonomi negara akan pulih dalam tempoh 6 bulan dilihat langsung tidak munasabah. Katanya, ekonomi negara memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih akibat daripada penularan wabak COVID-19.

MASA SUSAH KAWAN TOLONG DAN BAGI PELUANG.LEPAS KAYA DAN SENANG..SAILANG PULAK...



Masa Muhyiddin dan Mahathir di buang dari UMNO mereka sanggup berjumpa dengan DSAI untuk bentuk kerjasama dinamakan Pakatan Harapan. Kita pungut dia. bawak dia atas pentas-pentas kita. Kita kedepankan dia ingat dia dah berubah...

Dia nak logo merah, kita akur, kita bagi...


Muhyiddin hantar surat mohon bertemu Dr Mahathir


Kita bagi dia bertanding walaupun banyak kerusi tu kerusi PKR/Amanah. Tak pe. kita bagi.

Dah menang, dia kata dia menyebabkan menang bukan sebab usaha Rafizi dan invoke yang berusaha selama 2 tahun yg mana raf jangan kata jadi menteri, jadi YB pun tak. kita diam..

Bila dah menang, jawatan menteri timbalan menteri semua dia nak sakau. Bagila 3 jawatan dekat geng Reformist. dan beberapa jawatan timbalan.

Yang lain, dia boleh sailang list geng reformist, bagi dekat si kitol dan wujudkan jawatan menteri ekonomi semata-mata nak bagi Azmin tu pegang kekayaan negara.

Masa peristiwa sailang, dia boleh pulak letak jawatan instead of serah kepada Kak wan. kita sabar.

Parti dia siap dengan bangganya pergi ke Istana bawak senarai nak tumbangkan kerajaan. Kita cegah dan tegah, tapi boleh plak dia lari last minit.

Sekarang bila parti dia dah goyang, dah nak rebah kebumi kena tolak badai UMNO dan PAS, eh eh eh boleh pulak ada orang offer tongkat nak bertahan.

Bila kita bising pasal ni, ada plak orang kutuk kita balik seolah-olah dia tak dipijak sama masa tu. Aik mudah benar lupa.

Satu benda aku belajar dari kehidupan ini:

You can't teach an old dog new tricks.

nor can you teach this old man and his comrades.

Jadi kenapa masih nak percaya? Kita tak yakin pada kekuatan diri sendiri, atau kita ni sudah terkesima dengan madu pangkat dan darjat menjadi menteri, timbalan, MPKK, KK, pengerusi-pengerusi sehingga kita tak sabar nak jugak balik walau dengan cara apa sekalipun. walaupun membawa musuh tu kembali di dalam selimut kita.

So ni aku nak bgtau ko orang....

Orang yang hebat, dibaling ke laut menjadi pulau,
dilontar kelangit menjadi bintang,
jatuh ke padang pasir menjadi wahah (oasis)

Orang yang lemah, umpamana orang yang lemas. Dia akan tarik apa saja dia boleh pegang, asalkan dia selamat... dan orang itu tenggelam.

yang mana satu kita?

Iswardy Morni



KALAU MUHYIDDIN MASUK UMNO, ADAKAN BELIAU AKAN DIBERI LALUAN MUDAH UNTUK JADI PRESIDEN?



Cerita tentang Muhyiddin Yassin diura-urakan kembali menyertai UMNO bukanlah perkara baru sebenarnya dan ia telah pun mula kedengaran sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri kira-kira dua bulan dulu lagi.

Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman bahawa Muhyiddin patut menyertai UMNO untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dengan Bersatu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Dengan sokongan kuat daripada UMNO untuknya menjadi Perdana Menteri dan sebelumnya membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, seterusnya perbalahannya dengan Tun Mahathir Mohamad tidak ternampak ada penyelesaiannya, dikatakan jalan terbaik untuk survival Muhyiddin hanyalah kembali ke pangkuan parti lama yang pernah dicerca dan diungkapkan janji tidak sesekali beliau akan menyertainya semula.

Diperkatakan lagi, sama ada berjaya mempertahkan jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti itu nanti, dan lebih-lebih lagi jika kalah kepada Mukhriz Mahathir, pilihan seterusnya paling mungkin bagi Muhyiddin ialah menyertai semula UMNO.

Kalau menang, beliau diberitakan akan membubarkan Bersatu secara rasmi, sebagaimana tindakannya membawa parti itu meninggalkan PH sebelum ini, dan mengisytiharkan menyertai UMNO secara beramai-ramai.

Jika kalah pula, Muhyiddin bersama penyokongnya akan memilih menyertai UMNO sebagai salam perpisahan, tetapi terpaksa membiarkan Bersatu ditinggalkan kepada Tun Mahathir bersama para penyokongnya.

Secara logiknya, tambahan lagi dengan penegasan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hasan bahawa UMNO hanya bekerjasama dalam PN sehingga Parlimen dibubarkan saja, penyudah bagi Muhyiddin dan mereka yang menyokongnya dalam Bersatu boleh dikata terlalu sukar dalam PRU15 akan datang.

UMNO dan BN sebaliknya hanya komited untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional saja untuk berhadapan dengan PH.

Bertembung dengan PH dan MN, Muhyiddin dan kumpulannya daripada Bersatu hampir pasti akan “mati berdiri” begitu saja.

Lalu, kembali kepada UMNO dan menjilat kembali ludahnya dulu tidak dapat dielakkan lagi.

Cuma, Muhyiddin kini adalah Perdana Menteri dan tradisinya ialah sesiapa yang memegang jawatan Perdana Menteri melalui parti itu mesti jadi Presiden UMNO, maka jika beliau masuk semula UMNO, apa jawatan yang akan diberikan kepadanya?

Adakah Muhyiddin akan jadi Presiden UMNO dengan cara Zahid Hamidi memberi laluan kepadanya dalam pemilihan parti tahun depan?

Apa balasan atau imbuhan kepada Zahid Hamidi jika beliau sedia berbuat demikian?

Adakah ia berkaitan campurtangan dalam kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan seterusnya Zahid Hamidi akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Tetapi, bagaimana jika Zahid Hamidi tidak sedia memberi laluan kepada Muhyiddin kerana yakin kerjasama UMNO, BN dan Pas dalam MN turut menjanjikan harapan untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 akan datang, seterusnya menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri juga jadi terbuka?

Tambahan lagi, dengan membenarkan Muhyiddin dan kumpulannya daripada Bersatu menyertai semula UMNO, ia juga bermakna UMNO harus memberi laluan kepada mereka bertanding dalam pilihanraya dan ini dengan sendirinya mengurangkan peluang calon-calon UMNO sedia ada untuk menjadi wakil rakyat.

Dengan itu, besar kemungkinan kemasukan semula Muhyiddin ke dalam UMNO akan menghadapi sedikit kesukaran serta halangan.

Jadi, apa pllihan Muhyiddin selanjutnya jika beliau memang berhasrat mahu kembali ke pangkuan UMNO?

Adakah Muhyiddin akan menunggu sehingga Zahid Hamidi disabitkan bersalah dalam kes mahkamahnya terlebih dahulu dan dengan itu kembalinya beliau ke pangkuan untuk mengisi jawatan Presiden UMNO mungkin tidak berdepan banyak masalah lagi?

Namun, kalau Zahid Hamidi tidak boleh mempertahankan jawatan Presiden UMNO disebabkan sabitan kes mahkamah yang dihadapinya, apakah Mohamad Hasan yang kini merupakan Timbalan Presiden UMNO tidak pernah teringin mengisi jawatan tersebut?

Selepas menolak tawaran menerajui GLC daripada Muhyiddin, apakah Tok Mat Hasan seorang yang terlalu zuhud untuk menolak jawatan Presiden UMNO yang daripada jawatan itu dan melalui persefahaman dengan Pas dalam MN tidak dinafikan turut membuka peluang lebih cerah untuknya menjadi Perdana Menteri? 


(ShahbudinHusin 03/05/2020)



KENYATAAN DATO’ SERI UTAMA HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

https://www.facebook.com/708420685885440/posts/3105576932836458/



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

1) Kebelakangan ini beberapa pemimpin UMNO diperingkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan kerjasama politik antara UMNO dan PAS (Muafakat Nasional) dan BN.

Saya percaya ramai ahli-ahli Bersatu dan UMNO telah membaca kenyataan-kenyataan itu, serta kenyataan balas yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dari peringkat negeri.

Jelas daripada pendirian yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak wujud sebenarnya. Tidak ada sebarang perjanjian antara UMNO, PAS dan BN bersama Bersatu untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan Kerajaan PN.

2) Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin UMNO terhadap Bersatu, yang tidak menggambarkan kesepakatan yang telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar Kerajaan PN diperingkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Sebaliknya semasa Kerajaan Malaysia dikuasai oleh PH, kerjasama yang terjalin antara Bersatu dengan parti-parti komponen PH, iaitu Keadilan, DAP dan Amanah bersama Parti Warisan Sabah dizahirkan dari keakraban sewaktu berganding bahu melawan Kerajaan kleptokrasi BN. Dan Kerajaan BN itu sudah lebih 60 tahun bertapak. Pengalaman bekerja secara rapat dalam keadaan yang sangat mencabar sebelum dan semasa kempen PRU14 melahirkan hubungan silaturrahim yang seikhlasnya erat dikalangan anggota PH dan Warisan ketika itu.

3) Oleh itu saya terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada kepimpinan UMNO. Soalan-soalan ini juga saya tujukan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu, sekaligus memberikan peluang kepada Tan Sri untuk menjelaskan kenapa begitu banyak janji beliau kepada Bersatu tidak menjadi kenyataan. Janji-janji yang dimaksudkan adalah yang telah beliau kemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ahli-ahli Parlimen Bersatu sebagai asas kenapa Bersatu perlu segera tinggalkan PH dan menyertai perikatan baru dengan UMNO dan PAS yang bergabung dibawah Muafakat Nasional (MN). Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli Bersatu, dan sekiranya tidak dijawab maka ianya menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan.

4) Ramai ahli-ahli Bersatu ingin tahu adakah benar kerjasama politik yang wujud antara MN dan Bersatu hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar? Tidakkah Bersatu berhak untuk berunding agihan kerusi dengan UMNO dan PAS menjelang PRU15 nanti? Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai oleh ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan Bersatu di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti?

5) Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga parti politik ini mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Justeru base politik mereka adalah sama - iaitu orang Melayu khususnya diluar bandar. Maka sudah tentu Bersatu, UMNO dan PAS berhasrat untuk bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti-parti ini telah bertembung di kawasan-kawasan sama pada PRU14.

Oleh itu, apakah peluang Bersatu untuk menang kerusi-kerusi yang ditandingi jika ianya akan berdepan dengan UMNO atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan antara mereka? Jika Bersatu sebenarnya tidak bersama MN, dan tidak juga bersama PH, apa logiknya Bersatu boleh menang dimana-mana kawasan sekalipun? Adakah Bersatu berupaya mempertahankan semua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?

6) Didalam Jemaah Menteri lantikan Perdana Menteri sekarang, memang ada wakil-wakil dari Bersatu. Ada juga yang dilantik sebagai Menteri Kanan, dan juga Timbalan-timbalan Menteri. Apakah nasib mereka setelah bubarnya Dewan Rakyat? Adakah mereka akan bertanding di kawasan masing-masing sambil terpaksa berlawan dengan MN? Contohnya di Parlimen Ketereh yang mana Ahli Parlimennya dari UMNO dilantik Menteri Kabinet, manakala Ketua Bahagian Bersatu yang kalah kepada Menteri UMNO itu di PRU14 dilantik senator (dizaman Tun Mahathir) dan Menteri Kanan. Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihanraya nanti? Atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai Kerajaan PN?

7) Usahkan Menteri, bagaimana dengan nasib Tan Sri Muhyiddin sendiri? Adakah beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15? Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti-parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai Kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini? Sekadar “marriage of convenience” bersifat sementara sahaja, untuk tempoh tiga tahun atau lebih awal jika Dewan dibubarkan? Kerajaan PN ini terbentuk pada bulan Mac 2020. Jika Dewan dibubarkan dalam tahun ini juga, adakah Bersatu akan terpaksa berhadapan dengan “rakan” politiknya UMNO dan PAS disetiap kerusi termasuk Pagoh, Tambun, Alor Gajah dan Titiwangsa? Adakah situasi tidak menentu ini baik untuk Rakyat dan Negara?

8. Apakah yang menyebabkan Bersatu sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong? Ya, benar Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri. Tapi perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini pun dari Bersatu juga. Kata Timbalan Presiden UMNO, untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ke-8, satu krisis dalaman telah dicetuskan didalam PH oleh pihak tertentu. Siapa pihak yang dimaksudkan?

9) Tidakkah nasib Bersatu jauh lebih baik bersama PH? Beberapa kenyataan oleh pemimpin-pemimpin PH menggambarkan kesediaan mereka untuk menerima Bersatu kembali. Hubungan diantara kita walaupun sedikit tercalar akibat Langkah Sheraton masih boleh dipulihkan untuk kesejahteraan Negara. Agihan kerusi boleh saja dirunding seperti dulu supaya kita semua berkongsi kekuatan untuk menawan hati Rakyat. Sekurang-kurangnya kita dapat mempertahankan kepentingan Bersatu bersama PH, berbanding dengan ketidaktentuan, risiko dan kerugian jika bersama UMNO dan PAS.

10) Pada hemat saya, Bersatu hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai dua bulan dibawah Kerajaan Perikatan Nasional yang tidak wujud itu sangat pahit bagi Bersatu hingga ke akar umbi. Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai Bersatu telah digugurkan dibeberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi Bersatu diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

11) Saya sangat yakin bahawa krisis politik, krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda Negara ketika ini akan dapat ditangani dengan lebih baik oleh sebuah Kerajaan Perpaduan yang pernah dicadangkan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bersatu bersetuju dengan kenyataan saya ini, sila mengorak langkah dan kembali kepangkal jalan. Itulah sebaik-baik tindakan yang boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lakukan untuk mengembalikan maruah dan menjamin kelangsungan Bersatu. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada anda semua.

#kekalberprinsip #selamatkanbersatu

Wassalam.

3hb Mei, 2020

Kenyataan YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan 
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3200944899916558/?d=n

Kenyataan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin 
https://www.facebook.com/48750023172/posts/10157630041308173/?d=n

Kenyataan YB Datuk Tajuddin Abdul Rahman 
https://www.malaysiakini.com/news/523791

Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed https://suaramerdeka.com.my/bersatu-jangan-cakap-banyak-kalau-berani-bubarlah-dun-johor-nur-jazlan/

Kenyataan YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub 
https://www.facebook.com/239023542869472/posts/2627032847401851/?d=n

Kenyataan Media Bersama Amanah dan DAP Johor 
https://www.facebook.com/790852001027924/posts/2957361257710310/?d=n

Kenyataan YB Dato’ Che Zakaria Mohd Salleh 
https://m.malaysiakini.com/news/523266?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kenyataan YB Tuan Mohd Solihan Badri https://m.malaysiakini.com/news/522823

KEMBALI KE UMNO ADALAH JALAN PALING _MULIA_ BAGI PENGKHIANAT BERSATU*



Sudah ada suara² yang *MENGHENTAM AHLI BERSATU* yang *TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PN* ini.

Yang sebuk *MENGHENTAM AHLI YANG  MENENTANG PENGKHIANATAN TERSEBUT* sebenarnya *TIDAK SEDAR DIRI* kerana mereka *TELAH DI PERGUNAKAN OLEH MUHYIDDIN* untuk *MENCAPAI MATLAMAT PERIBADI BELIAU*.

Imbuhan yang *TIDAK SEBERAPA MENYEBABKAN* mereka *MEMPERTAHANKAN TINDAKAN MUHYIDDIN DAN BARUA²NYA*.

Kerajaan PN bukanlah satu kerajaan *YANG KUKUH DAN MANTAP*.

Kerajaan PN tertubuh atas sebab *PERIBADI* dan *ANGAN² SENDIRI*.

Di sebabkan itu kerajaan PN *TIDAK ADA SATU PUN PERJANJIAN SESAMA MEREKA* sebelum penubuhan kerajaan sehingga kini.

*MUHYIDDIN DAN BARUA²NYA* hanya menjadi *KAMBING HITAM* kepada UMNO untuk mendapatkan kuasa semula.

UMNO tahu jika mereka melalui PRU untuk menjadi kerajaan semula *ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL*.

Maka dengan itu UMNO *MEMPERGUNAKAN MUHYIDDIN* yang mereka tahu *MEMANG BERCITA² UNTUK MENJADI PM* dalam diam.

Muhyiddin juga *TELAH BERJAYA MEMBODOH²KAN BARUA²NYA* yang semulajadi bodoh untuk mengikut beliau mengkhianati perjuangan *AHLI² DAN PARTI BERSATU*.

Maka imbuhan yang besar di berikan kepada *BARUA²* tersebut untuk melabelkan *AHLI² BERSATU YANG MENENTANG PENGKHIANATAN* itu dengan bermacam² istilah , salah satunya di gelar mereka yang *TIDAK BERSETUJU DENGAN PN* sebagai *KHAWARIJ*.

Alasan² bodoh di cipta bagi *MENGHALALKAN PENGKHIANATAN MEREKA* seperti demi Agama dan Bangsa dan juga kerana DAP.

Pokok pangkalnya mereka² akan terus *CUBA MENGHALALKAN PENGKHIANATAN MEREKA* demi imbuhan yang di janjikan.

*BERANI KERANA BENAR* pada mereka adalah hanya satu ayat untuk *MENYEDAPKAN TELINGA* , kerana mereka *TIDAK ADA SEMANGAT PERJUANGAN UNTUK MENENTANG SEGALA  KEMUNGKARAN* termasuklah *MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT DI WAKTU PRU YANG LALU*.

Mereka lebih *RELA BERSEKONGKOL DENGAN KLEPTOKRASI* demi agenda peribadi mereka.

Masuklah semula ke UMNO dan tinggalkanlah *PARTI KECIL INI* untuk di huni oleh *MEREKA² YANG BERMARUAH SAHAJA*.

Lebih mulia bagi mereka *MENINGGALKAN BERSATU* daripada mereka *TERUS²AN MENJADI MUNAFIK* membodoh²kan diri mereka.

Saya yakin kalau Muhyiddin dan barua²nya meninggalkan Bersatu maka akan ramailah *AHLI UMNO YANG AKAN MENYAMBUT MEREKA*.

_*KERANA MEREKA ADALAH HERO KEPADA UMNO*_

Ada juga *SEGELINTIR PEMIMPIN BERSATU* yang *MELABELKAN AHLI² YANG MENOLAK PN INI SEBAGAI PENGHASUT*.

Kepada pemimpin yang melabelkan kami sebagai penghasut ini , kami nak bagitau satu sahaja.

*KAMI BUKAN PENGHASUT , KAMI ADALAH AHLI YANG MEMPUNYAI MARUAH DAN JATIDIRI YANG CEKAL UNTUK TERUS MENOLAK REJIM KLEPTOKRASI YANG ADA DI DALAM PN HARI INI*.

Beza antara kami dan pemimpin yang melabelkan kami itu di ibaratkan antara *LANGIT DAN BUMI*.

Kami *TIDAK SESEKALI AKAN MELACURKAN PERJUANGAN AWAL KAMI DEMI APA SAHAJA IMBUHAN*.

*SAJA NAK BAGITAU* , masuklah UMNO dan tinggalkanlah Bersatu , kerana Bersatu berjuang *MENENTANG SEGALA KEMUNGKARAN*  , anda pula adalah *PENJILAT KEPADA MEREKA YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN*.

*SHUKUR MOHAMAD*

NAMPAKNYA SANGGAHAN PADA MUHYIDDIN MAKIN BERAT


LEBAI CURUT..




DI PAHANG DAH ADA DUA LEBAI YANG ORANG DOK MAKI..NI SEKOQ LAGI..YANG NI RAMAI DAH ORANG KENAI

Wahai Mokhtar anak Senik.
Adapun, semut itu makhluk yg boleh dilihat dgn mata kasar. Tentera Nabi Sulaiman pun manusia yg boleh dilihat.
Adapun, COVID19 ini satu makhluk yg tidak boleh dilihat dgn mata kasar, tetapi boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol kan? Bukankah ada ostat di kalangan lebai pakar menangkap makhluk COVID 19 ini? Mohon dia bantu tangkap COVID 19 yang berada dalam pembetung dan kurung dalam botol. Bila semua sudah dikurung, barulah kita boleh keluar dari PKP....
Imej mungkin mengandungi: Muhamad Abdullah, teks yang berkata 'Mokhtar Dup Yesterday at 5:53 PM civid19 ni betul2 dah hilang dari bumi malaysia, baru kita keluar dari PKP. Ada hikmah yg sgt berharga dalam takdir Allah. Allah ajar kita melalui peristiwa di Sulaiman. membahayakan diri semua semut masuk dlm lubang. bila tentera nabi Sulaiman dah berlalu mereka keluar. waktu itu bukan sahaja mereka selamat dari dipijak tapi juga dapat punggut makanan2 yang jatuh dari grombolan tentera. 280 5 comments 35 shares'



Ekonomi Malaysia Tidak Lagi Sehebat 1990an







Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap sukar untuk Malaysia mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi seperti zaman 1990-an, terutamanya apabila berlakunya pertukaran kerajaan dan dilanda wabak COVID-19. Katanya, ia memerlukan tekad politik (political will) dan usaha kerajaan untuk memastikan ekonomi kembali pulih pasca PKP, serta membanteras penyalahgunaan kuasa dan wang.

PH + BERSATU DI JOHOR SELARI DENGAN KEHENDAK MAJLIS PRESIDEN?

VAKSIN COVID 19 AWAL TAHUN 2021

SABAH, SARAWAK, KEDAH ,N9, SELANGOR, TERKINI PAHANG TIDAK LONGGARKAN PKP

Bersatu ‘sapu’ banyak pengerusi agensi KPLB, cuba terjah ‘negeri Pas’

Bersatu ‘sapu’ banyak pengerusi agensi KPLB, cuba terjah ‘negeri Pas’

Walaupun Umno mempunyai 39 ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat berbanding 31 dimiliki Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), Bersatu mendominasi sejumlah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Parti bunga raya itu menyapu tiga daripada lima jawatan pengerusi agensi di bawah KPLB untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa kelmarin.
Untuk rekod, KPLB diterajui Ahli Parlimen Mersing dari Bersatu, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Agensi yang dikuasai Bersatu adalah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA).
Che Zakaria Mohd Salleh pemimpin PPBM Johor.
Sementara itu, pelantikan Senator Datuk Razali Idris sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (KETENGAH) dilihat usaha Bersatu menempatkan diri di negeri ditadbir Pas itu.
Hanya seorang pemimpin Umno dilantik sebagai Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) iaitu Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif.

Solat Jumaat: Kerajaan Melayu Islam jadi bisu dapat ‘ghanimah’?

Solat Jumaat: Kerajaan Melayu Islam jadi bisu dapat ‘ghanimah’?


(function() { var d = document, w = window; w

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

  Oleh FAZLI RADZI   /  September 16, 2021 Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan se...