*ATAS SENTIMEN SEMPIT NAFSU PERKAUMAN YANG MENGGAMBARKAN CINA SEBAGAI MUSUH MELAYU.*



LIAYA MARZUKI

Maka di atas pendekatan ini lah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.*
Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya *mewjudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *persangka jahat terhadap Cina* ini untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.*

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu ke arah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.*

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
*Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.*

Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.*

Dimana UMNO dalam BN ? *Satu*  parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.*

*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*

Zimbabwee SriLanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
*Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.*

*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang dihutan belantara hidup rakyat terseksa.
*Hari ini berbondong bondong China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk dibumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.*

Kini telah wjud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis dibumi kita.*
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.*
*Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.*

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.*
Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.*

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?*

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan diJohor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?*

*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara ini.*

#fikir2kan
#PHterusgagah