MGID

NAJIB MUNGKIN KESAL TIDAK ADAKAN PILIHANRAYA LEBIH AWAL



Semua orang kini ghairah bercakap mengenai Pakatan Harapan sebaik saja struktur kepimpinan dan logo barunya dimuktamadkan secara rasmi semalam.

Selain munculnya semula gandingan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang mantap dan menyeluruh sambil menggariskan enam matlamat yang ingin didokong serta tujuh sasaran selepas 100 hari menubuhkan kerajaan, segala-galanya kini bagai munculnya sebuah harapan baru bagi rakyat untuk berteduh dan bernaung.

Dalam masa yang sama, isu perpecahan dan berbalah sesama sendiri dalam Pakatan Harapan yang sebelum ini digembar-gemburkan akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, dengan sendirinya tidak lagi berbangkit. Gabungan itu kini automatik jadi solid, mantap, menarik dan dipercayai.

Semua jalur kepimpinan dan lapisan lain dalam semua parti Pakatan Harapan nampaknya sepakat untuk lebih mengutamakan perjuangan menyingkirkan Najib Razak dan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpinnya.

Dalam sekelip mata, bersama gandingan Tun Mahathir - Anwar, struktur kepimpinan yang mantap, logo yang menarik, enam matlamat yang menjadi dokongan dan tujuh sasaran dalam tempoh 100 hari, Pakatan Harapan lebih diyakini untuk membentuk sebuah kerajaan baru bagi menggantikan UMNO dan BN.

Di mana-mana, orang bukan lagi sekadar bercakap mengenai kerajaan baru yang jelas pro rakyat akan terbentuk selepas pilihanraya akan datang, bahkan sudah ada yang meneka-neka apa jadi kepada Najib setelah beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti.

Siapa tidak mahu sifar GST? Siapa tidak mahu harga petrol yang stabil? Siapa tidak mahu kos sara hidup diturunkan? Siapa tidak mahu reformasi institusi yang selama ini banyak rosak dan binasa? Siapa tidak mahu rasuah diperangi, bukan saja di akar umbi tetapi juga di peringkat tertinggi? Siapa tidak mahu Suruhanjaya Diraja 1MDB? Siapa tidak mahu Felda dipulihkan?

Dengan Pakatan Harapan yang terbentuk sekarang ini, ruang untuk mereka menjelalah dan berkempen ke seluruh negara jelas terbuka dengan lebih luas. Pakatan Harapan bukan saja boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menunaikan semua enam matlamat dan tujuh sasaran yang digariskan itu, bahkan akan membangkitkan lebih kesedaran dan keghairahan pelbagai kaum menuju perubahan.

Di ketika keghairahan rakyat membuak-buak ini, jika Pakatan Harapan dapat segera mengatur program jelajah, ceramah atau bertemu rakyat ke seluruh negara, pasti dengan mudah puluhan ribu akan menghadirinya. 

Kalau momentumnya dapat dikekalkan sehingga tarikh pilihanraya diadakan, pastilah juga suatu tsunami rakyat benar-benar akan terjadi yang akhirnya mampu merempuh dan menenggelamkan Najib, UMNO serta BN.

Aura dan pengaruh Tun Mahathir tidak dinafikan adalah suatu kelebihan bagi Pakatan Harapan dan ia terlalu sukar untuk ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sedia ada. Bersatunya kembali beliau dengan Anwar, bagi mereka yang mahu berfikir, adalah bukti nyata bahawa kepimpinan Najib untuk negara jauh lebih teruk berbanding perseteruan 18 tahun antara kedua-duanya selama ini.

Menghitung hari-hari ke depan, Najib barangkali semakin sukar menafikan masa depannya kian kabur dan kelam dengan perkembangan Pakatan Harapan ini. Semakin sukar untuk rakyat mahu mengekalkan UMNO dan BN sebagai kerajaan di ketika mereka dihimpit kiri dan kanan dengan pelbagai kesusahan dan tekanan dalam meneruskan kehidupan, di samping imej beliau pula terus menjadi bualan buruk yang menyesakkan dada.

Menoleh ke belakang pula, satu-satunya perkara yang mungkin dikesali Najib ketika ini ialah tidak mengadakan pilihanraya lebih awal lagi. 

Jika beliau membubarkan Parlimen lima atau enam bulan sebelum ini atau tidak lama selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, di mana ketika itu Bersatu belum ditubuhkan, Pakatan Harapan masih bercelaru, logo tidak menentu, Tun Mahathir belum sempat berbaik dengan Anwar dan sesama pimpinan mereka juga kerap bertelagah sesama sendiri, tidak mustahil peluang UMNO dan BN mengekalkan kuasa jauh lebih baik lagi.

Beliau mungkin menjangkakan lagi masa dilewatkan, lagi banyak masalah akan timbul dalam Pakatan Harapan, di samping mengharapkan penilaian rakyat terhadap kepimpinannya bertambah baik.

Tetapi, tempoh masa lima enam bulan yang berlalu telah memberi ruang kepada Pakatan Harapan menyelesaikan banyak perkara sambil memantapkan kedudukannya sementara kedudukan Najib, UMNO dan BN terus juga merudum disebabkan terlalu sarat dengan isu dan dosa-dosa yang tak terkira yang tidak mudah diabaikan begitu saja.

Benarlah kata pepatah, sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Segala-galanya kini sudah terlambat bagi Najib untuk menjadikan peluangnya kekal berkuasa jadi bertambah baik. (ShahbudinHusin 14/07/2017).

Kenapa Salleh Keruak mengelupur dengan muafakat kepimpinan HARAPAN?




KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Kenyataan menteri UMNO, Datuk Seri Salleh Keruak kononnya DAP telah dipinggirkan dari saf kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) cukup untuk menggambarkan parti itu gelisah dan bimbang dengan perkembangan mutakhir ini.
Salleh seperti dilapor media mempersoal ketiadaan wakil DAP di peringkat tertinggi HARAPAN selain meremehkan keupayaan gabungan parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu kononnya belum mampu menandingi Barisan Nasional (BN).
Menurut Naib Ketua Sosialis Muda DAP Subang, Farhan Haziq, reaksi Salleh kononnya DAP dipinggirkan sepatutnya tidak timbul kerana tumpuan utama Harapan saat ini ialah untuk menjadi kerajaan yang mampu menawarkan polisi-polisi terbaik untuk rakyat.
“Saya percaya beliau sebenarnya bimbang bagaimana Harapan mampu menawarkan satu saf kepimpinan yang jitu dan inklusif kepada rakyat Malaysia.
“Beliau juga resah kerana saf kepimpinan ini cukup ampuh untuk menumbangkan BN yang diselaputi skandal kewangan, salah urustadbir dan kronisme,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan semberono Salleh itu juga menunjukkan pemimpin UMNO terbabit berasa aneh dengan semangat demokrasi dan muafakat Harapan apabila membariskan 3 tonggak utama dalam barisan kepimpinan.
Menurut Farhan, Harapan berbeza dengan BN yang hanya dimonopoli oleh UMNO dalam masa yang sama parti-parti komponen BN yang lain menjadi parti kelas kedua dan tidak berani untuk mengkritik kepimpinan Najib.
“Beliau tidak perlu bimbang kerana Harapan bukan BN malah tidak pernah sama dari segi struktur, konsep serta muafakat di antara DAP, Amanah PKR dan PPBM.
“Harapan adalah pakatan demokrasi dan bukan barisan pak turut seperti BN,” katnya.
Justeru kata Farhan, segala dakwaan Salleh sengaja dimainkan kerana menteri UMNO itu sudah ketandusan modal politik untuk mengelirukan rakyat.
“Katakan begini, jika banyak wakil DAP dalam kepimpinan Harapan, mereka pastinya akan memutarbelitkan cerita  dengan mengatakan DAP ingin  menguasai dan parti lain pula terpinggir.
“Ini adalah cara halus mereka untuk memecahkan Harapan dan mengelirukan rakyat,” katanya lagi.
Dalam pengumuman malam tadi, Pakatan Harapan memutuskan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan pembangkang itu manakala, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu pula dilantik sebagai timbalan presiden.
Jawatan naib presiden HARAPAN pula disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub manakala Jawatan ketua setiausaha disandang disandang Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi M. Kula Segaran

(function() { var d = document, w = window; w

UMNO Tidak Akan Berubah? Tetap Rasuah Dan Salahguna Kuasa?

Datuk Zaharin dedahkan sikap kapitalis pemimpin UMNO yang mengakibatkan UMNO sukar untuk berubah dan mengapa UMNO kekeringan pemimpin muda s...