BILA PEMBANGKANG TAK ADA ISU MUJARAB. SEBAB APA SEBAB BODO BANGGANG DAN BAHLOL. TUJUAN RR IALAH AGAR KERAJAAN HARI INI TIDAK TERKAIT SEPERTI KES 2007.

 Andian Lim Chee Ann




“Microphone dia lebih banyak, ape ape pun Rafizi menang microphone ok lah tu”






Demikian ujar seorang penyokong pembangkang.



Dalam demokrasi yang matang & berfungsi, sepatutnya pembangkang melakukan kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh Rafizi.


Tapi oleh kerana pembangkang tidak melakukan kerja-kerja hakiki pembangkang dan lebih gemar dengan isu-isu picisan seperti “mana bendera” dan “mana kerusi”, maka Ahli Parlimen kerajaan juga lah yang kene semak imbang kerajaan.


Kerajaan jadi kerajaan.

Kerajaan pun kene jadi pembangkang.


Ye. Benar. Kerajaan sekarang boleh dikatakan tidak kuat mana pun.


Akan tetapi, berkat bagi kerajaan sekarang ialah negara Malaysia mempunyai pembangkang yang tidak berfungsi.




RIZAB BANK NEGARA NAIK LAGI KEPADA USD 120.6 BILLION: APA MAKSUDNYA UNTUK NEGARA?

Nazeri Hamdan





Bank Negara Malaysia (BNM) baru umumkan yang rizab antarabangsa kita meningkat kepada USD120.6 bilion setakat 30 Jun, naik lagi dari USD119.9 bilion sebelum ni. 


Kenaikan ni mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya penting sebagai penanda keyakinan terhadap ringgit dan kekuatan ekonomi kita dari sudut pembayaran antarabangsa. 


Ikut kenyataan BNM, jumlah tu cukup nak tampung hampir 5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan itu lebih dari cukup untuk jamin kestabilan.


Kalau tengok pecahan rizab tu, antara paling besar ialah foreign currency reserve (USD107 bilion), diikuti dengan emas (USD4.1 bilion), dan SDR dari IMF (USD5.9 bilion). Selebihnya lain-lain.


Ni semua aset-aset luar yang boleh ditukar jadi cash segera bila perlu. Dalam bahasa mudah, ni macam dana kecemasan negara, kalau ringgit ditekan teruk atau negara perlukan foreign currency dengan cepat (contohnya untuk bayar hutang luar atau import barang penting), kita ada “cash reserve” yang kukuh.


Secara keseluruhan, ini berita baik dalam suasana global yang tak menentu yang mana berlaku perang, kadar faedah tinggi, pasaran volatile. Malaysia nampaknya masih berjaya maintain keyakinan pelabur dan cukup buffer untuk hadapi sebarang kejutan ekonomi. 


Tapi kita tetap kena waspada, walaupun rizab kuat, kalau eksport lemah dan ringgit terus ditekan, cabaran jangka panjang masih ada.




FDI 2024 Melonjak 33%👍



Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur dunia apabila Pelaburan Langsung Asing (FDI) mencatatkan lonjakan 33% kepada RM51.5 bilion. Satu bukti kukuh bahawa keyakinan pelabur asing terhadap negara semakin meningkat.





Untuk suku pertama 2025, jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM89.8 bilion, meningkat 3.7% berbanding tahun lalu, meskipun ekonomi global berdepan cabaran.


Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  bersama pasukan kabinet negara, Malaysia kini berada di landasan kukuh menuju masa depan yang lebih cerah dan mampan.


#MADANIBekerja #RancakkanMADANI 

Keadilan Harapan Malaysia 

#DemiNegara #Perpaduan #PMX



MADANI Bekerja | 30 Jun - 6 Julai 2025

 


🇲🇾 MADANI Bekerja | 30 Jun - 6 Julai 2025



📌 Antara pencapaian minggu ini:

🔧 SST dipantau (OP Kesan 4.0).

💸 Pelaburan RM6.4B (ECERDC).

🛡️ Terajui Keselamatan Siber ASEAN.

🌍 Komited perdagangan bebas.

🏗️ Projek untuk rakyat diutamakan.

⚓ Beli aset pertahanan dari Itali.

🇮🇹 Raih pelaburan RM8.13 bilion.

👩‍🏫 Isu guru diselesaikan.

🌐 Peluang baharu dari BRICS.


#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




Inilah laporan polis yang telah tersebar yang disebut oleh YB Rafizi Ramli pada sidang media pagi tadi.







Laporan ini telah dibuat sendiri oleh pegawai penyelidik kepada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.


Kisahnya, seorang wartawan dari Malaysiakini whatsapp hakim terbabit untuk meminta komen beliau terhadap beberapa maklumat dalaman yang mereka terima.


Maklumat itu menyebut, semasa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) hakim terbabit dipanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.


*Nota: Suruhanjaya ni yang akan bagi cadangan nama berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat hakim yang kemudian diangkat kepada YDPA.


Tuduhan-tuduhan yang perlu dijawab oleh hakim terbabit di dalam mesyuarat JAC adalah:


1. Bahawa beliau tidak hormat terhadap integriti institusi kehakiman.


2. Bahawa beliau telah meminta Ketua Hakim Negara membuat keputusan kes untuk memihak kepada pihak tertentu.


3. Bahawa beliau telah meminta Ketua Hakim Negara  menukar dan memindahkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan tidak sama dengan pandangannya.


4. Bahawa beliau tidak mengeluarkan penghakiman bertulis (written judgement) sebanyak hakim-hakim lain di Mahkamah Persekutuan.


Apa yang menarik di hujung laporan polis tersebut, (dalam kotak merah), pegawai penyelidik itu mengakui, menerusi maklumat bosnya, tuduhan-tuduhan itu memang betul ada dibincangkan pada mesyuarat JAC bertarikh 16 Mei 2025.


Jika benar ia dibincangkan, bermakna JAC ada asas kukuh, mungkin dengan bukti-bukti tertentu untuk memanggil hakim tersebut menjawab di hadapan mereka.


Membawa kepada persoalan penting. Adakah ada pihak yang sedang mencatur untuk menentukan perjalanan sesuatu kes?


Ingat video VK Lingam 'correct correct correct' sekitar 2007? 


Selalu kita sebut tentang pemisahan kuasa,  kebebasan institusi kehakiman, yang merupakan salah satu tiang dalam amalan negara demokrasi.


Perjuangan PKR selama puluhan tahun selalu menyebut tentang perkara ini. PKR-lah yang dari dulu akan ke depan dan lantang bercakap soal kebebasan institusi kehakiman selepas apa yang telah terjadi dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sekitar 1998.


Tanpa laporan polis ini, barangkali tidak ramai pun yang sedar isu yang sedang berbangkit.


Ia harus terus menjadi wacana awam, dan peluang untuk mendidik rakyat tentang prinsip kenegaraan dan kepentingan mengekalkan kebebasan institusi kehakiman.


Najib Bakar 

7 Julai 2025



NAK SURUH PM ANWAR LETAK JAWATAN ATAS DASAR NERATIF KEBENCIAN AGAMA BANGSA...TAPI SIAPA YANG NAK GANTI DIA DI KALANGAN PEMBANGKANG.?


 

ANWAR HADIRI SIDANG KEMUNCAK BRICK.

 


PEJABAT TUTUP DAH RUPANYA... ADOIII..


 

BAWA BERITA BENCANA LAK DAH.


 

SUDAH SUDAH LA... LETAK LA JAWATAN. LAMA SANGAT DAH ONARNYA. PECAH BELAH BANGSA MELAYU


 

PM ANWAR KE 3 BENUA DENGAN SEWAAN. JIMAT DUIT NEGARA


 

JANGAN PERCAYA LA MELAYU TERTINDAS..


 

PIANG NI KALAU TANYA DIA TAK PERNAH KAJI..SAJA JA DIA BUAT TANYA


 

BAB INI AKU TETAP SOKONG PMX. BAB SELAIN DARI ITU IALAH KEBEBASAN BERSUARA. MANA YANG BETUL PMX SETAKAT INI TERBAIK


 

USTAZ SCAMMER

 


INI KES YANG SEDANG DI SELESAIKAN


 

DENGAR RATU BADAK ...MACAM BADAK LA.


 


JAWATAN BARU BAGI SEORANG MP JURUTERA



PM ANWAR TERIMA KETUA PENAGARAH WTO..

 

Saya menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah WTO, Dr. Ngozi Okonjo-Iweala, bagi membincangkan peranan badan itu dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.









Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif.


Malaysia juga menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO, selain menyatakan keperluan untuk badan ini diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun.


🇲🇾


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIbekerja 

#BRICS2025



KAH KAH. KAH...

 


Walaun kerja setengah mati bekap parti buat live buat tiktok pacak bendera pasang khemah buat demo buat ceramah kempen 24 jam.


Last last bagi kat Muhyiddin.

🤣🤣🤣




BUKAN KEMELUT TAPI KERENAH BIROKRASI


Che Ibrahim 




Lewat melantik pengganti Ketua Hakim Negara atau Hakim Hakim lain yang bersara bukan satu kemelut, tapi lebih kepada kerenah pentadbiran atau sebenarnya satu keperluan pentadbiran, bukan bertindak sembrono.


- JAC ada kuasa mencadang nama nama Hakim untuk dilantik. 

- PM, YDPA, Majlis Raja Raja Melayu perlu meneliti senarai nama yang dicadangkan. 


Ada situasi sukar mencari pengganti sebagaimana sukarnya PKR mencari pengganti Presiden jika DSAI tiada atau sukarnya Pas menerima realiti bahawa Haji Hadi perlu bersara dari politik.



PKR/PH MEMBANGKANG PKR/PH


Lim Chee Ann


Ada pihak melihat kritikan Rafizi sebagai permulaan kepada suatu gelombang yang bakal menggugat dan menjatuhkan PMX.. Saya tidak sependapat. Sebaliknya saya berasa bahawa kerajaan PMX akan semakin kuat.


Rujuk sejarah.


Pakatan Harapan (sebelum ini Pakatan Rakyat) yang dikepalai oleh Parti Keadilan Rakyat tidak pernah takut dikritik, malah mempunyai sejarah menyuburkan pembangkang agar pembangkang mampu menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan lebih efisyen.


Sebagai rekod, PH/PKR jugalah kerajaan pertama dalam negara Malaysia yang mengambil inisiatif menguatkan lagi pembangkang agar kerajaan boleh disemak imbang.


Pelik tetapi benar. Kerajaan menguatkan lagi pembangkang agar kerajaan boleh disemak imbang.


Hasil daripada itu, kerajaan tidak jatuh, malah lebih kuat.


Pada tahun 2008, ketika Pakatan Harapan (Pakatan Rakyat pada ketika itu) mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, pembangkang (UMNO/BN pada ketika itu) tidak reti membangkang.


Maka Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat pada ketika itu telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menguatkan lagi pembangkang.


• Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT)

(SELCAT ditubuhkan agar peruntukan ADUN-ADUN kerajaan boleh diteliti, bagi tujuan mencegah penyelewengan)


• Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011

(FOI digubal agar orang awam mempunyai akses kepada maklumat-maklumat yang diingatkan “rahsia”, bagi tujuan mengelak penyelewengan dan pembaziran)


• Peruntukan kepada pembangkang

(Pembangkang diberi peruntukan beratus-ratus ribu, agar fungsi pembangkang tidak dicacatkan)


Dalam keadaan pembangkang UMNO/BN tidak reti membangkang pada ketika itu, kerajaan PKR/PH memberi tongkat kepada pembangkang.


“Kami tidak takut dibangkang, marilah membangkang kami secara se-efisyen mungkin,” demikian mesej kerajaan PKR/PH kepada pembangkang.


Fast forward 17 tahun.


Selepas 17 tahun membangkang diri sendiri, kerajaan yang sama masih mentadbir Selangor dan majoriti pengundi masih berpuas hati dengan kerajaan sedia ada sebagaimana yg ditunjukkan melalui peti undi dalam tiga Pilihan Raya negeri yang lalu.


Di peringkat persekutuan pula, pembangkang PN masih dilihat sebagai tidak berfungsi sebagaimana pembangkang harus berfungsi. Keadaan yang sama sepertimana yang dilalui oleh UMNO/BN di Selangor pada 17 tahun yang lalu.


Pembangkang PN lebih gemar membawa isu picisan seperti “mana kerusi” dan “mana bendera”. Tu je modal pembangkang.


Maka oleh kerana pembangkang sekarang tidak mampu menjalankan kerja-kerja hakiki sebagai pembangkang, maka kerajaan kene mengambil alih kerja-kerja pembangkang dan menyemak imbang diri sendiri melalui Ahli-ahli Parlimen Kerajaan sendiri.




SERAMBI JENAYAH




 Ranap julukan Ktan Serambi Mekah gara2 berkeliarannya gejala maksiat yang bermaharajalela yang tersohor dengan amalan Islam penduduknya. Jika terlalu byk main politik, YB2 tak cakna, bimbang Serambi Mekah bertukar menjadi Serambi Dadah atau Serambi Maksiat. Lagi dahsyat "Serambi" menjadi lebih luas menjadi "Anjung" atau "Laman" pd suatu masa akan datang. Amacam?



Kedai mamak: Dzulkarnain Abodin

 


Kedai mamak:

Dzulkarnain Abodin


1. Duduk saja terus datang pekerja bawa menu atau tanya.

2. Minta yang ada dalam menu, semua ada.

3. Buat atau masak ikut selera kita. Kalau tak mau gula, memang tak ada gula.

4. Lepas minta, tunggu sekejap makanan sampai.

5. Masa kita baca menu, pilih makanan, pekerja tak buat muka.

6. Kalau tanya terus bagi penerangan.

7. Taukeh ada di kaunter bayaran. Mudah nak komplen.

8. Angkat tangan saja, pekerja terus datang.

9. Makanan banyak, tak berkira sangat.

10. Meja, lantai, sinki, bilik air semua nampak bersih.

11. Tisu tak pernah putus bekalan. Sabun basuh tangan dan lidi pencolek gigi pun ada.

12. Tempat duduk banyak. Semua tempat duduk kena kipas.


Ada juga benda yang kita tak puas hati pasal kedai mamak, tapi lebih banyak yang kita puas hati.


Kedai Melayu? Tak mau tulis, sat gi depa kata aku tak sapot Melayu pulak.



BELUM JADI MALAYSIA EAROSPACE

 Sekilas Fakta





Embraer S.A. ialah syarikat penerbangan berasaskan di São José dos Campos, Brazil. Dikenali sebagai pengeluar ketiga terbesar pesawat sivil selepas Boeing dan Airbus.


Syarikat Putra Aerospace didakwa tidak berdaftar SSM


Beberapa pihak dalam perbincangan awam meragui kewujudan PAI—“Apparently, the partner, Putra Aerospace Industries doesn't exist as a company on SSM”  .


Terdapat kebimbangan bahawa projek mungkin lebih bersifat deklaratif politik tanpa pelan tindakan konkrit—perbincangan masih di peringkat MoU dan tanah belum diperuntukkan serta jangkaan hanya beberapa bulan sebelum MoU dimuktamadkan


Setakat Julai 2025, masih belum ada perkembangan baru sejak laporan Februari 2025 — MoU belum dimeterai




Kenyataan media sembilan MP PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli



Berikut adalah maklumat-maklumat yang kini berlegar dalam pengetahuan awam dan memerlukan penjelasan dari pihak pentadbiran Kerajaan Persekutuan:


1. Bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah 

dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;


2. Bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;


3. Bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;


4. Bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.


MYNEWSHUB




UMNO KEKAL BERTANDING ATAS TIKET BN PADA PRU16 - AHMAD ZAHID



LUMUT: 07 Jul -- UMNO tidak akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kekal bersama Barisan Nasional (BN) sebagai wadah perjuangan politik parti itu, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Timbalan Perdana Menteri itu berkata UMNO akan terus menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan BN pada pilihan raya akan datang tanpa mengenepikan rakan-rakan komponen lain, termasuk MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH).


Beliau turut menafikan kekalahan UMNO dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini berpunca daripada kerjasama parti itu dengan BN dan PH.


"Desakan supaya UMNO bertanding secara solo bukan perkara baharu. Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti yang dilaungkan di Kedah.


"Terdapat resolusi daripada beberapa bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita.


"Tetapi hakikatnya, UMNO tidak pernah bertanding secara bersendirian sejak ditubuhkan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2025, di sini hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding secara solo pada PRU-16 memandangkan sejarah UMNO sentiasa menunjukkan kerjasama politik sebagai kekuatan utama dalam landskap politik negara yang sentiasa dinamik.




PM ANWAR BERTEMU PM INDIA



 Mengadakan pertemuan ringkas namun padat dengan pengisian bermakna bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi, di sela-sela Sidang Kemuncak BRICS Ke-17.








Kami meneliti potensi besar untuk memperluas kerjasama strategik Malaysia dan India dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.


Saya turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk melabur dalam sektor-sektor masa hadapan di Malaysia seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa.


Kami juga komited untuk terus memperkukuh hubungan antara rakyat melalui kerjasama dalam bidang kebudayaan, pelancongan dan pendidikan termasuk cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.


Kedua-dua pihak turut menegaskan pentingnya memastikan keamanan dan kestabilan serantau, serta menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian adil dan aman bagi isu-isu antarabangsa seperti Palestin dan Jammu-Kashmir.


Malaysia menyambut baik usaha memperkukuh hubungan ASEAN dan India menjelang Sidang Kemuncak ASEAN–India pada Oktober ini, selaras dengan semangat kerjasama yang saling menguntungkan.


Semoga hubungan erat Malaysia dan India terus berkembang demi manfaat dan kesejahteraan bersama rakyat kedua-dua negara.


🇲🇾🇮🇳


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIbekerja 

#BRICS2025




Malaysia kembali jadi tumpuan pelabur global!





OLEH: JAZLI IZZUDDIN



Dalam senarai Top 25 Emerging Markets by FDI Confidence 2025 yang dikeluarkan oleh Kearney, Malaysia berada di kedudukan ke-11 dengan skor keyakinan 1.42.

Bukan calang-calang, kita menewaskan beberapa negara lain yang selalu dipuji dalam dunia pelaburan seperti Indonesia, Turki, dan Mesir.


Apa yang menarik, ranking ini bukan dibuat sebarangan. Ia berdasarkan pandangan 536 orang eksekutif kanan syarikat global yang ada pendapatan lebih $500 juta. Maknanya, ini suara pelabur sebenar — orang yang ada duit besar dan sedang cari tempat nak labur.

China dan Hong Kong masih jadi pilihan utama. Lepas tu ada UAE dan Saudi Arabia, yang memang tengah all-out dengan pelan transformasi ekonomi mereka. Diikuti Brazil dan India yang sememangnya gergasi ekonomi di dunia membangun.

Tapi Malaysia tak jauh pun. Kita duduk sebelah Thailand, Argentina, dan Poland — menunjukkan keyakinan terhadap Malaysia masih kuat.


Apa yang buat Malaysia kekal menarik?

Lokasi strategik, sistem kewangan yang stabil, dasar-dasar kerajaan yang mesra pelabur, dan infrastruktur yang terus diperkasa — termasuklah dalam sektor seperti data center, tenaga boleh diperbaharui, dan ekonomi digital.

Tambahan pula, kestabilan politik yang semakin pulih selepas beberapa tahun bergelora bantu pulihkan sentimen pelabur.

Kita boleh lihat bagaimana South Africa, contohnya, naik daripada tangga ke-11 ke tangga ke-7 selepas mereka catat peningkatan besar dalam aliran FDI. Jadi, kalau Malaysia mampu terus jaga momentum ini, potensi untuk naik ke 10 teratas itu sangat realistik.


Walaupun angka 1.42 nampak kecil kalau dibandingkan dengan China (1.97), ia tetap membawa makna besar. Ia menunjukkan Malaysia masih lagi relevan, kompetitif, dan dipercayai oleh pelabur antarabangsa.

Sekarang bukan masa untuk berasa selesa. Tapi ini isyarat jelas bahawa Malaysia ada peluang besar untuk terus jadi pusat pelaburan serantau — kalau kita kekalkan kestabilan dan teruskan pembaharuan.

Kita dah dalam radar. Tinggal lagi, nak kejar atau tengok je negara lain potong kita.




VK Lingam sentenced to six months jail for contempt

CJ's 'judgment fixing' caught on tape

9 MP PKR gesa RCI isu kehakiman, bimbang skandal 'VK Lingam' berulang Alyaa Alhadjri


 Sekumpulan ahli parlimen PKR diketuai bekas timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli bimbang skandal pelantikan kehakiman terbaru akan menyerupai skandal VK Lingam.

Justeru, mereka menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat dakwaan berikut:

  • bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;

  • bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;

  • bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;

    • bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.

    Perkara keempat adalah berdasarkan laporan polis yang difailkan oleh pembantu hakim berhubung pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan campur tangan kehakiman.

    Tengku Maimun telah bersara sebagai ketua hakim negara pada 2 Julai, selepas dia tidak diberikan lanjutan enam bulan.

Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim - yang sedang menjalani pelanjutan enam bulan selepas bersara sehingga November - adalah pemangku ketua hakim negara.

Jumaat lalu, FMT memetik sumber, melaporkan bahawa Hasnah telah memanggil mesyuarat tergempar JAC.

[Laporan lanjut menyusul]





malaysiakinin