ANAK ANAK MUDA KENA TIPU- DAN SAYANGNYA BUDAK BUDAK MELAYU DAN MASA DEPAN MEREKA


 

TAK APA PELAN PELAN DUDUK - TUNGGU DUIT CUKUP SIKIT SIKIT KUTIP- MEMANG PENAT...NAK CARI DUIT BUKAN MUDAH .....KENA GUNA FORMULA BARU...SAHIH DAH..BUKTI LENGKAP SEMUA...TUNGGU MAHKAMAH PANGGE JA...


 

GAMBAR HARI INI



 

STRATEGI BAHARU SEDANG DIRANGKA ATASI KOS SARA HIDUP – RAFIZI

 

Sepertimana yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada minggu lepas, kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Bagi keseluruhan tahun 2022, inflasi Malaysia adalah 3.3% seperti yang diunjurkan oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

Perbandingan bulan ke bulan pula menunjukkan inflasi bagi bulan Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2%, ianya lebih rendah berbanding 0.3% pada November 2022.

Semua komponen utama Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kecuali komponen Restoran & Hotel dan Perumahan, serta Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain.

Peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah, terutamanya di Restoran & Hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi.

Usaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak, dari kerajaan, peniaga sehinggalah kepada rakyat.

Sepertimana yang disebutkan sebelum ini, kerajaan ingin mengingatkan bahawa pengguna boleh memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan di antara permintaan dan bekalan demi mengawal inflasi.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan OpenDOSM NextGen pada 12 Januari 2023, iaitu platform data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang diterbitkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.

Platform ini turut mengandungi 28 juta data harga barangan di pelbagai lokasi di seluruh negara daripada aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan oleh KPDN.

Data PriceCatcher yang diterbitkan merupakan data terkini dengan selang waktu satu hari. Kerajaan mengharapkan penerbitan data ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih tepat, dan seterusnya menjadikan permintaan lebih anjal di samping mengawal kenaikan harga.

Pelbagai usaha lain juga telah dilaksanakan untuk mengawal harga di semua restoran dan gerai makanan di seluruh negara, namun terdapat cabaran dari sudut pelaksanaan pemantauan disebabkan kapasiti pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang terhad.

Beberapa agensi Kerajaan termasuk Kementerian Ekonomi, KPDN, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang merangka strategi baharu sebagai quick win solution kepada isu kos sara hidup dan akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Langkah untuk jangka panjang juga sedang diteliti bagi membolehkan jaminan bekalan makanan untuk memenuhi permintaan dan seterusnya membantu mengawal kenaikan harga.

Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi.



MOHON AMPUN KEPADA TUHAN.....ADA REPORT DAH KAN....HAAAA.....HANG HINA BUKAN HANG KRITIK...MOHON SEMUA HENTIKAN VIRAL ANAK DIA NI.


 

MENTERI MENTERI YANG ADA.....KALAU TAK MAU KENA KUTUK...JANGAN BERLINDUNG DI SEBALIK KEJAYAAN ANWAR..KALAU TIDAK...MEMANG ELOK LETAK JAWATAN DALAM 6 BULAN


 

KEMASUKAN PELABUR DAN KENAIKAN HARGA RM MALAYSIA PELABUR MASUK


 

SEBELUM KOMEN KENA FIKIR- BILA ORANG KUTUK DIA DAN DIA MOHON MAAF- NAK MARAH KENA FIKIR


 

AYAH CIK - NI ADA ORANG NAK TANYA .....MU JAWAB YA...



BAWAH NI BUKTI DIA.....AJK MARANG KOT.....




 

OOOOO- GINI NO- KATA CAWANGAN YANG HIMPUN BAGI.HABIS BAJU BENDERA HANGPA PENUH GELAP JALAN AMBIK MANA DUIT ? TIN MILO MANA CUKUP NUSI OIIIIIII


 

SEDEKAH ITU ISTIQOMAH.....TAPI SEKARANG NI TAK ADA SELAIN DARI RASUAH PILIHANRAYA


 

SABAQ LOKMAN.....PROSES BANYAK LAGI TU


 

KAK WAN...BALIK LA MATANG PAUH BALIK-.....CUBA HANGPA TENGOK MACAMANA KAK WAN DOK SEMBANG DENGAN ORANG KAMPUNG


 

INILAH DIA IKAN KEMBUNG YANG DEME LEBAI DOK KATA TU....


 

APA RAFIZI NI. SURUH BOIKOT REGA .JANGAN MAKAN KEDAI MAHAI..- CUBA IKUT PAK LONG MAIL- DIA DIAM SAJA...PASAI MASA DIA REGA MURAH AMAT.....AAAAUUUUMMMMM


 

PAK CIK TU BELUM DITANGKAP- TAKAT NI NAMPAK PM 10 KERJA KUAT TAPI YANG LAIN NAMPAK MACAM DUDUK BELAKANG PM 10 SAJA...ISHHHH- SLOW LA HANGPA KERJA...KDN MANA P TAK TAU


 

BUKAN RASUAH. TAPI SEDEKAH

 


KEH..KEH.....

 Alang-alang SEWEL…


Posted by Admin

Cartoon by Haili Kki







HAAAA....KAN DAH KANTOI....KAU TAKUT KENA CEKUP DENGAN POLIS YA.....MAKAN FREEE ...BERANI SANGAT KO YA..


 

Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta




Posted on 23/01/2023by Joe




Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta. Seorang anggota imigresen Gred 19 dikesan ‘memiliki’ empat kenderaan me­wah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta dipercayai hasil kegiatan haram salah guna cap di pintu utama negara.

Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berikutan penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor dan Johor sejak Selasa lalu.

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat ejen termasuk dua warga China. Mereka adalah ejen pekerja asing warga China yang ber­operasi di negara ini.


Keempat-empat kenderaan itu bagaimanapun disimpan oleh seorang ejen tempatan.


“Agak mengejutkan seorang anggota imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu ‘memiliki’ kesemua kenderaan mewah tersebut.


“Siasatan mendapati kende­raan-kenderaan mewah yang di­gunakan anggota berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu membuat setting counter di pintu utama negara,” katanya.


Menurut sumber itu, pihak berkuasa telah mengenal pasti identiti empat ejen berkenaan dan operasi mengesan mereka sedang giat dijalankan.


Sementara itu, SPRM menahan seorang pegawai imigresen dan tiga ejen pekerja asing bagi membantu siasatan kes rasuah salah guna pengesahan cap di pintu utama negara menerusi Ops Selat.

Mereka yang berusia 28 hingga 52 tahun itu diberkas petang kelmarin.


“Siasatan mendapati sindiket ini turut melibatkan rangkaian jenayah penyeludupan antarabangsa dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh,” kata sumber itu.

Setakat semalam, SPRM telah memberkas seramai 50 individu terdiri daripada 28 anggota dan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam dipercayai orang tengah.


Turut dirampas wang berjumlah RM800,000, 26 buah kende­raan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi. SPRM turut menyita rumah, tanah dan barangan kemas.


Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat.


Kes disiasat mengikut Sek­syen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

I can't believe this has  been going on under the very nose of the Immigration DG of Malaysia..he ought to be suspended n asked to show cause

ANTI KLIMAKS BILA SPRM LAMBAT BERTINDAK

Norman Radzuan


Tiga faktor utama penyebab kerajaan ini dlm bahaya

PMX TELAH BERKALI KALI BERITAHU ADA KETIRISAN


Selepas seminggu DS Anwar menjadi PMX, berulang kali beliau menceritakan mengenai berlaku ketirisan dlm perbelanjaan negara . Tapi sehingga kini tiada seorang pun lagi yg didakwa.


Akhirnya PMX berkata bukan tugas beliau utk menyiasat kes rasuah, itu tugas SPRM dan juga bukan tugasnya untuk mendakwa, itu tugas Peguam Negara. 


Sedangkan PMX sudah memberi jaminan tidak campur tangan dlm soal ini. Adakah saranan PMX tidak dihormati? Ambil contoh fail mengenai tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan program Jana Wibawa setiap kes ini terdapat percubaan utk menyedut wang rakyat.


Kata Anwar, “Saya beritahu pegawai penguat kuasa supaya bertegas tidak kira….(siapa) dan kepada rakan rakan Kabinet juga, setiap minggu saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan membela mereka jika ada kesilapan atau bukti menyedut kekayaan negara.”


Cerita kali ini berbeza seperti 2018. Sebaik kerajaan PH menang antara isu yg menggemparkan negara apabila polis menyerbu kediaman mantan PM, Najib Razak. Di situ polis menjumpai barangan dan wang tunai menghampiri RM 1 billion. Keghairahan rakyat semakin bertambah ketika itu…rupa2 Najib itu penyamun.


Sehingga kini tiada kes yg menggemparkan seperti diharapkan rakyat iaitu siasatan dan pendakwaan akan berlaku. Ia benar2 anti klimaks dlm keghairahan rakyat MENAHAN DIRI kehebatan pimpinan PMX.


———————————————————————————-


Ada 3 faktor utama yg boleh dianggap membahayakan yg boleh menggugat kerajaan perpaduan ini utk kekal sepenggal.


a) Tiada dakwaan salah laku kuasa kpd pimpinan terdahulu oleh SPRM. Akhirnya rakyat akn berkata adakah PMX hanya sekadar melahirkan persepsi (fitnah politik) utk melemahkan pembangkang kerana tidak disertakan dgn tindakan. Malah sudah ada kita mendengar tuduhan PMX tidak walk the talk atau talk only no action. 


Akhirnya kepercayaan rakyat ke atas dakwaan tersebut terhakis dan malah dianggap fitnah. Bahaya jika menjelang PRN 6 negeri yg hanya 5 bulan lagi jika masih tiada dakwaan dilakukan. Yg kena tempias PMX sdgkan beliau overperform.


b) Kita masih lagi gagal menguasai media sosial. Malah kita gagal mengambil tindakan sewajarnya kpd pemfitnah cybertrooper. Akhirnya kehebatan PMX tertutup dgn fitnah media sosial. Saya berharap menjelang 1 MAC ini kerajaan perpaduan sudah siap siaga pasukan perangnya melawan serangan tanpa henti PN di media sosial.


Saya beri contoh Gong Xi Fa Cai baru2 ini. Di Tik Tok saya lebih byk melihat (nisbah perbandingan 10-1) wajah Muhyiddin dan Hadi Awang menyambut perayaan tersebut anjuran parti Gerakan berbanding kehadiran PMX anjuran parti MCA. Jelas PN masih menguasai media sosial. Ingat di Malaysia jika mana2 parti berjaya menguasai persepsi bermakna parti itu akn menjadi kerajaan.


c) Kerajaan Perpaduan masih mengekalkan ribuan jawatan lantikan politik di dlm kerajaan. Sehingga kini dari maklum balas diterima ramai kakitangan kerajaan terutama lantikan politik silent sabotage kerajaan perpaduan. 


Seperti saya katakan jika hanya Menteri baru sahaja cuba membawa agenda tetapi tidak melibatkan sebilangan besar kakitangan awam… cita2 reform itu sukar berlaku dan hanya tinggal kenangan.


Formula utk kerajaan perpaduan ini relevan menjelang PRU16 nanti…. atasi ketiga tiga pemasalahan yg diulaskan. Kita kena tegas dan pantas. Jgn jadi seperti tipikal Melayu meeting 10 kali masih tiada keputusan atau action dilakukan.



LAWATAN RASMI PM KE BRUNEI BERBINCANG TENTANG PELABURAN- SETELAH SULTAN BRUNEI MELAWAT MALAYSIA MENGENAI BRUNEI INVESMENT


 

PKR AKAN MENANG BANYAK KERUSI DI SELANGOR


SENDIRI PUNYA SALAH - JANGAN CAKAP DAP PULAK REPORT


 

AWAT LA HANG NI BODO SANGAT? TAK PASAI PASAI KENA MAKI- TAK PERNAH LALU HIGHWAY KA BRO? NAMA KEMAIN ISLAM RYAN....HANG BETOI LA BURUKAN NAMA ISLAM

 

ahmad shahril


Dapat la jugak free mamat ni akhirnya...free-free  jea kena maki sebab pamerkan kebodohan diri...nak sangat glamer kan...hambik.




PM 10 NI BERJIWA RENDAH HATI


 

NI LEBAI- HANG PEE JADI SAKSI LA NANTI

 


Logik Hadi dan pemimpin PAS, kalau orang awam yang nak beri duit, apa masalah. Tak kena mengena pun dengan PAS. Ikut akta pilihanraya, cuma calon, wakil calon atau parti tak dibenarkan beri duit. Betul juga kan?

Tapi apa kata orang awam yang beri sedekah tu disiasat. Tanya dia mana dapat duit banyak-banyak boleh sedekah dekat ramai orang? Periksa akaun dia ada tak duit yang datangnya dari sumber yang meragukan.

Cukai pendapatan pun dijelaskan atau tidak. Paling penting, siasat kalau dia ada hubungan dengan apa apa parti tak. Janganlah setakat sebut orang awam je boleh lepas terus. Kenalah leraikan satu persatu. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SPRM | Sedekah’ atau ‘sumbangan’, rasuah tetap rasuah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi. Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.


LAGU BARU- BUKAN RASUAH TAPI SEDEKAH


 

PRN: TERENGGANU MAMPU LAKUKAN PERUBAHAN

 PRN: Terengganu mampu lakukan perubahan

GUNA MEDIA SOSIAL LAWAN PN.- MUDAH ARAH DAN CAKAP- NAMUN BERAPA BANYAK YANG TIDAK DIPEDULIKAN ?

ORANG KEDAH HANG BOLEH LA TIPU. HANG KANGAN TIPU ORANG SELANGOR- BUKAN HANGPA MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN TELOQ , AYAM SEMUA MAHAI DAN TAK DAK TERMASUK JUGA MINYAK MASAK- KALAU HANGPA NAK BENDA NI JADI...HANGPA UNDILAH LEBAI LEBAI NI...HAPA PUN TAK BOLEH BUAT


 

DULU DIA KATA ORANG BUKAN BUMIPUTRA SUKA BAGI RASUAH...TAPI KINI....


TAK NANTI TUNGGU TOK WALI UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN




Keberkatan tidak semestinya melalui seorang wali, atau ulamak muktabar. Ia boleh jadi melalui pemimpin yang soleh jika Allah berkehendak ianya berlaku.

Ini kejadian semasa kenduri rakyat meraikan kampung Cheruk To'kun semalam. Kehadiran ramai sangat tidak dapat bertahan, termasuk anak kecil yang satu ini.

Biar VTT ni jadi kenangan dan asbab pahala yang berpanjangan dan semoga anak kecil ini sembuh dalam rawatan penyakitnya. Sedikit demi sedikit Allah angkat martabat insan yang berpuluh tahun difitnah dan dilecehkan.

Sumber: MP BM

 STEVEN SIM

BUKAN PERNAH KATA ORANG CINA SUKA BAGI RASUAH KAH ?

 


Baru saja HADI awang Cemuh orang Cina suka bagi Rasuah...

Sekarang dia buat sendiri, pulak?

Hipokrit! Lebai Penipu!

 

HELLO EN AZAM BAKI- NANTI MASUK NURAKA KERANA HINA ULAMAK ...KEH..KEH...

 

Aiseh! Encik Azam ni cakap macam nak masuk Melaka je ni. Jangan lawan cakap ulama. Kalau ulama kata sedekah, sedekah la maknanya. Guane boh?

Raja Gelap




Apa akan terjadi, kalau betul ada orang awam yang sedekah (baca: rasuah) pengundi untuk undi PAS dan terbukti orang awam itu tiada kena mengena dengan PAS?

Pertama, orang awam itu perlu ditahan, dibicarakan dan dihukum. Kedua, pemimpin PAS (calon & wakil) akan bebas. Tapi, ketiga, kemenangan PAS tetap dikira terbatal.

Perlu diingat, petisyen yang difailkan oleh UMNO ini untuk salah laku ketika kempen dan permohonan membatalkan kemenangan calon PAS. Ia bukannya laporan SPRM.

Jadi jika kejadian itu wujud, tak kira siapa pun yang beri, kemenangan itu boleh dibatalkan atas alasan berlakunya rasuah dan ketidak adilan ketika tempoh kempen berlangsung.

Takutnya lepas ni PAS akan kata yang beri duit tu orang UMNO. Dengan niat sengaja nak sabotaj PAS. Bukan kira lebai ni. Dia nak bagi alasan bukan kira logik pun. Guane boh?

Raja Gelap

 

WALAUN KATA MEEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MELAYU- SULTAN MURKA PUN ADA- KAD PRESTASI YANG BANYAK PERGI KENDURI DIMENANGI OLEH SOQANG YBNI


 

KEH..KEH...BETOI-BETOI ADA KEFAHAMAN AGAMA DAN ILMU DARI USTAZ LAIN PUN BANYAK


 

TAKKAN LAH LEBAI NAK MERASUAH- KITA IKUT FORMULA LEBAI AMACAM ?


 

Kurang dari 60 hari, Kabinet PMX Telah Berjaya Buat Banyak Perubahan :

 From FB shbt AI -


Alhamdulillah...

THANKS PMX WORKING HARD FOR RAKYAT

Terbaik & Mantap

-------------------

Kurang dari 60 hari, Kabinet PMX Telah Berjaya Buat Banyak Perubahan :


1. Bantuan Khas RM60 Juta untuk 240,000 Pesawah

2. Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM9.7 juta untuk 12,138 peneroka tanaman getah Felda 

3. KKM Tawar 4,263 Jawatan Pegawai Tetap

4. Harga Max Minyak Masak Kekal Tidak Dinaikkan ( RM6.90/Kg )

5. Syarikat Thailand melabur RM5 Billion Projek Tenaga

6. MA1963 Dipercepatkan

7. Akhirnya Stadium Malaysia membeli Kanvas untuk jaga padang bola sepak

8. Rakyat dibenarkan ambil Vaksin walk in tanpa Appoinment mulai 9 Jan 23’

9. MINDEF teruskan perlaksanaan Kertas Putih Pertahanan ( 2021-2030 )

10. Siaran Percuma Piala AFF

11. KBS Usahakan Initiatif buka screen besar di 128 Tempat terbuka untuk Piala AFF

12. Melancarkan Pelan Data Perpaduan, RM5 Sebulan dan Data 30GB selama 6 bulan

13. Aktifkan 471 Stesen Pemancar Komunikasi yang Terjejas Pasca Banjir

14. Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah: Diskaun sehingga 30 peratus untuk rakyat membeli 1,000 barangan keperluan

15. Lawatan PM ke Indonesia: MOU Malaysia-Indonesia berpotensi cecah RM1.66 bilion

16. Kerajaan tambah 12 lorong RFID di PLUS untuk elak kesesakan

17. Kuota haji Malaysia dinaikkan daripada 14,306 kepada 31,600 jemaah

18. Label Ubat Mesra OKU: Telah lancar inisiatif memudahkan OKU mendapat maklumat mengenai ubat

19. PM arah usahakan naik taraf infrastruktur dan fasiliti penjaja di Kuala Lumpur

20. Kerajaan lancar OpenDOSM untuk semua rakyat terutama penyelidik dan mahasiswa akses data dengan mudah

21. Kerajaan tambah peruntukan RM4.5 juta untuk perolehan mesin CT Scan di Hospital Pendang, Kedah

22. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) sumbang RM2 juta untuk mangsa banjir

23. Pelaksanaan MA63 : Kerajaan bersetuju untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri Sarawak sebagai Anggota Lembaga Pengarah LHDNM. 

24. Pelaksanaan MA63 : Menaik taraf CIQ serta infrastruktur jalan raya yang akan menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan, Indonesia dalam kadar segera.

25. Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan syor oleh YAB Premier Sarawak berhubung pengecualian cukai bagi Bayaran Insentif Khas yang diterima penjawat awam negeri. Turut dilaksanakan semua negeri.

26. Pelaksanaan MA63 : Kerajaan komited untuk menyegerakan rundingan formula baharu Pemberian Khas ini. Sebagai langkah permulaan, kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak masing-masing akan dinaikkan lebih kurang RM300 juta setahun

27. Tol percuma pada 20-21 Januari 2023 untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ini kerana bukan sahaja kaum Cina, tetapi kaum Melayu, India dan yang lain akan ikut serta bercuti dan meraikan semangat perpaduan.

28. Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak utk menganggotai SUHAKAM. Ia adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan, dan masalah-masalah sosial yg lain yg melibatkan kanak-kanak.

29. Mengadakan Majlis Ilmu Mingguan secara Langsung di Rumah Seri Perdana 

30. Inisiatif Tambang Murah tetap untuk penerbangan ke Sabah Sarawak bagi semua Musim Perayaan 

31. Bantuan Awal Persekolahan RM150 untuk seorang murid bagi semua rakyat Malaysia

32. Bekalan Telur berjaya pulih, December hanya kekurangan 1 Juta berbanding November ( 157 juta ) dan Oktober ( 118 Juta )

33. Memulakan penanaman jagung bijian ( Grain Corn )

34. Memperluas Penternakan Lembu Secara Fidlot

35. Kadar Inflasi pada December berjaya diturunkan kepada 3.8% berbanding November dan Oktober 4.0%

36. Intel melabur lagi RM30 billion yang akan membuka peluang pekerjaan 9,000 orang

37. Tarif elektrik tidak akan dinaikkan, Kerajaan tidak teruskan perancangan yang dirancang pentadbiran sebelum ini

38. KPKT umum sebanyak 4,713 unit rumah bakal diserahkan kepada rakyat.

39. Seramai 4,608 penghuni golongan B40 bakal mendapat manfaat daripada hasil kerja naik taraf 12 unit lif yang akan dibaik pulih dan diselenggara di PPR Kota Damansara, Kuala Lumpur.

40. Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menaik taraf Pasar Tok Kenali dan Jalan Binjai di Kelantan serta Pasar Pasir Pinji di Ipoh, Perak. Seramai 353 peniaga dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan naik taraf pasar awam dan penyediaan 100 kios perniagaan.

41. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berusaha menutup 100 lokasi tapak sampah haram ( 68 telah berjaya dihapus sehingga Disember ) serta memperkasakan inisiatif kitar semula.

42. KPKT tubuh pasukan khas selesai 381 projek rumah swasta sakit

43. Gaji Menteri dipotong sebanyak 20%

44. MOT umum OKU, murid sekolah rendah naik kereta api KTMB percuma mulai 15 Februari

45. Penyewa flat Sri Perlis akan diberi hakmilik rumah selepas menyewa lebih 40 tahun


Alhamdulillah...

Terima Kasih...

Anwar Ibrahim

#KerajaanPerpaduan

#PakatanHarapan

#KerajaanYDPA  

 Membangun ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พmadani๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ™๐Ÿผ


And banyak lagi…. ๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

This is all action, less than 60 days!!!!

-------------

(function() { var d = document, w = window; w

DI AKHIRAT NANTI- KAMU MOHD SANUSI BIN MOHD NOOR......ADAKAH KAMU MEMBANTU RAKYAT MISKIN MEMBINA KEHIDUPAN MEREKA ?

Memang siasat kat Akhirat lagi teruk! Nak² orang yang kuat memfitnah! Kerana dosa memfitnah itu lebih berat dari membunuh!  Firman Allah SWT...