Logik Hadi dan pemimpin PAS, kalau orang awam yang nak beri
duit, apa masalah. Tak kena mengena pun dengan PAS. Ikut akta pilihanraya, cuma
calon, wakil calon atau parti tak dibenarkan beri duit. Betul juga kan?
Tapi apa kata orang awam yang beri sedekah tu disiasat. Tanya
dia mana dapat duit banyak-banyak boleh sedekah dekat ramai orang? Periksa
akaun dia ada tak duit yang datangnya dari sumber yang meragukan.
Cukai pendapatan pun dijelaskan atau tidak. Paling penting,
siasat kalau dia ada hubungan dengan apa apa parti tak. Janganlah setakat sebut
orang awam je boleh lepas terus. Kenalah leraikan satu persatu. Guane boh?
.