AKIBAT SALAH SANGKA WALAUN,ORANG GILA JADI MANGSA

Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki Mohd Zulkifli Ali, 33, yang videonya tular kerana dilihat memijak Al-Quran supaya dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwaraya, Nurhayati Muhammad Fathullah.  Mana walaun dan macai yang dakwa pelakunya Non Muslim..?? ke tengah beratur  masuk gua.??


DSAI KINI DI DUBAI



Saya berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu selama dua hari bagi memenuhi undangan Menteri Ekonomi Eng Sultan bin Saeed Al Mansoori untuk membuat lawatan ke Dubai Islamic Economic Center serta Gulfood Exhibition di Dubai World Trade Center.

Selain itu saya dan Sultan bin Saeed Al Mansoori akan turut membincangkan soal perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Turut serta dalam delegasi ini ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail dan Saudara Abang Zulkifli Abang Engkeh.

ANWAR IBRAHIM


AKTIVITI PARLIMEN PORT DICKSON

Telah berlangsungnya Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kacang Soya anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson di SK Panglima Adnan sebentar tadi.
Seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, suri rumah tangga, kakitangan awam kem tentera dan lain-lain mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Dr. Hj Amran Joned.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksImej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, makanan dan dalamanImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, minum dan dalamanImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, makanan dan dalaman


Sekitar Kelas Tajwid Mingguan bersama Ustaz Che Nar bin Saidin pada Selasa, 18 Februari 2020



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: orang duduk dan dalamanImej mungkin mengandungi: orang duduk dan dalaman
Sekitar Kelas Tajwid Mingguan bersama Ustaz Che Nar bin Saidin pada Selasa, 18 Februari 2020








Sekitar Kelas Tajwid Mingguan bersama Ustaz Che Nar bin Saidin pada Selasa, 

Peralihan kuasa: Kenapa pemimpin PAS panik?


Bantahan pemimpin PAS terhadap peralihan kuasa yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, menimbulkan persoalan. 

Kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pemimpin PAS dilihat seolah-olah tidak mahu janji peralihan kuasa itu ditunaikan, meskipun sebelum ini mendesak agar PH menunaikan semua janji manifestonya. 

“Mengapakah pemimpin PAS panik mengenai janji peralihan kuasa Pakatan Harapan?” soal Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan, hari ini. 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyuarakan yang tempoh peralihan kuasa beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selepas berakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada akhir tahun ini.

Ia juga akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini.

Bagaimanapun, komitmen PH itu mendapat bantahan Peguam PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa perbincangan mengenai peralihan kuasa kononnya mencabuli kuasa Yang Di-Pertuan Agong. 

“Kenyataan ini membuatkan saya terfikir, daripada manakah beliau mendapat ilmu perundangan beliau.

“Seorang lagi (pemimpin PAS) pula telah menyatakan yang Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak mempunyai locus standi untuk menentukan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri. 

“Mungkin, jika diperlukan satu bentuk ujian kecerdasan asas, kita akan dapat lihat pengurangan kenyataan tidak masuk akal daripada para ahli politik,” kata Kit Siang.

Sebelum ini timbul ura-ura bahawa parti pembangkang, UMNO-PAS berusaha untuk mewujudkan ‘kerajaan pintu belakang’ dan membentuk ‘Pakatan Nasional’.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh pemimpin PH.



Faktor Singapura dalam pasaran kerja Malaysia


Oleh Liew Chin Tong
(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor dan Timbalan Menteri Pertahanan)
Bayangkan coronavirus menghentam ekonomi Singapura sepanjang beberapa minggu akan datang, dan hasilnya majikan-majikan di Singapura terpaksa membuang pekerja. Apakah kesannya terhadap ekonomi dan masyarakat Malaysia?

Andaikan 10 peratus daripada lebih kurang setengah juta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura diberhentikan. Mereka tidak akan bergerak semakin ke Selatan masuk ke Selat Singapura, tetapi pulang ke Utara – kembali ke tempat tinggal untuk mencari kerja dan peluang berniaga bagi membolehkan mereka terus hidup. Maka ekonomi kita bukan sahaja akan kehilangan pulangan wang, bahkan akan terpaksa menyerap tambahan pencari kerja.

Ini adalah senario yang mesti dipertimbangkan para pembuat dasar secara proaktif apabila mereka cuba menghalang kesan-kesan buruk akibat menularnya wabak coronavirus – dan apabila mereka memikirkan tentang masa depan ekonomi negara secara am.

Menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, terdapat lebih daripada 500,000 warga Malaysia bekerja di Singapura. Bank Negara melaporkan angka bilangan pekerja dengan kemahiran rendah dan separa mahir yang berulang-alik ke Singapura setiap hari pada sekitar 80,000 dalam tahun 2017; suatu angka yang barangkali lebih kecil berbanding angka sebenar.

Tambak Johor dan Link Kedua masing-masing kini mempunyai laluan dua hala melebihi 300,000 kenderaan setiap hari, dua kali ganda berbanding 2013. Kejatuhan nilai Ringgit sebanyak 30% pada 2014 adalah sebab utamanya.

Pun begitu, melampaui kejatuhan nilai matawang, isu asasnya adalah struktur pasaran kerja Malaysia adalah tidak mampan.  Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, pertumbuhan gaji di Malaysia telah dipintas inflasi. Pendapatan sebenar tidak meningkat sejak itu, yang menyumbang kepada rasa tiadanya jaminan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia. Analisis BNM menjelaskan ini, dengan dapatan bahawa majoriti industri di Malaysia membayar pekerjanya lebih rendah berbanding ekonomi-ekonomi penanda aras, walaupun selepas pelarasan produktiviti.

Sebahagiannya kerana pasaran kerja Malaysia memiliki jutaan tenaga kerja asing yang berdaftar dan tidak berdaftar, di mana kehadiran mereka menekan kenaikan gaji dan menanggalkan insentif kepada majikan untuk menambahbaik peralatan dan proses, mahupun mempertingkat kemahiran pekerja atau mendaki tangga teknologi. Sementara Revolusi Industri 4.0 menjanjikan harapan, banyak kilang-kilang yang IR3.0 pun belum sampai.

Akibat daripada lambakan ketumbukan pekerja asing tidak berkemahiran dalam kalangan kita ialah warganegara kita sendiri akhirnya menjadi pekerja dengan gaji rendah di Singapura.

Kerajaan lama mendekati hal ini sebagai ‘brain drain’ dan demi mendapatkan semula ‘brain’ ini semua, insentif-insentif meluas telah disasarkan kepada individu berkemahiran dan berkelayakan tinggi dengan pendapatan yang juga tinggi supaya mereka pulang ke Malaysia. TalentCorp ditubuhkan untuk tujuan ini – dan terbukti bahawa program-program yang mereka kendalikan mempunyai kesan positif.

Namun para profesional berkelayakan tinggi ini, selalunya mempunyai lebih daripada satu ijazah, tidak begitu mudah dipujuk sekiranya ekonomi kita tidak menawarkan peluang yang sama luas seperti di luar negara. Hanya sekitar satu-perempat sahaja daripada tenaga kerja Malaysia adalah berkemahiran tinggi. Oleh yang demikian, wujud ketidaksetaraan antara peluang kerja baharu yang tercipta berbanding pencapaian pendidikan di Malaysia. 
Ramai yang percaya bahawa para graduan kita tidak berkualiti dan menuntut gaji tinggi, dan oleh sebab ini mereka menganggur. Kedua-duanya mungkin betul, tetapi isu sebenarnya ialah ekonomi kita tidak dapat menampung penciptaan peluang kerja yang mencukupi, setara dengan dengan kelayakan dan kemahiran yang mereka ada.

56% pekerja Malaysia di Singapura dianggap mempunyai kemahiran rendah dan separa-rendah serta bekerja sebagai buruh murah. Mereka bekerja sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan, pemandu bas, pekerja hotel dan F&B, pekerja kilang, operator pengeluaran dan sebagainya.

Mereka ini, kebanyakannya separa mahir, mencari pekerjaan yang membayar gaji RM4,000 dan bukannya RM1,200. Perlu ditegaskan, mereka mungkin tidak perlukan bayaran RM6,000 untuk menyamai SGD2,000 yang mereka perolehi di Singapura, terutama sekali jika mereka kehilangan kerja akibat kemerosotan ekonomi. Gaji yang mereka hilang boleh diganti dengan kualiti hidup yang lebih baik serta kos sara hidup yang lebih rendah di tanah air.

Mencipta pekerjaan yang membayar gaji RM4,000 dan bukan RM1,200 untuk posisi separa mahir sebenarnya adalah usaha mengurangkan bilangan pekerja asing tidak berkemahiran dalam ekonomi negara. Kita mesti mula mengautomasi secara besar-besaran supaya pekerjaan yang memerlukan 10 pekerja asing boleh dilakukan oleh seorang pekerja warga tempatan, yang telah bergraduasi daripada bekerja di Singapura.

Kerajaan telah pun menyediakan insentif yang hebat untuk menggalakkan industri bergerak maju dalam hal ini. Belanjawan 2020 mempunyai peruntukan untuk menyediakan geran sehingga RM5,000 supaya perusahaan kecil dan sederhana mendigitalkan operasi mereka. Untuk syarikat-syarikat yang lebih besar dan intensif-buruh dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, kerajaan telah melanjutkan insentif cukai untuk automasi sehingga 2023. Langkah-langkah ini wajar dipuji.

Namun ini bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Kita juga memerlukan penglibatan sektor swasta dan masyarakat. Supaya ekonomi Malaysia dapat bergerak maju, adalah perlu untuk kita menerima hakikat bahawa bilangan besar tenaga kerja asing tidak terlatih menyebabkan pekerja Malaysia berkesudahan sebagai buruh asing dengan bayaran murah di Singapura. Perlu ada kesepakatan dan masyarakat bahawa ekonomi negara mesti menilai kemahiran dan membayar gaji setara dengan kemahiran; selain perlunya kita mengutamakan kesejahteraan dan keperluan ekonomi rakyat Malaysia. Menilai semula pekerja berkemahiran dengan cara ini tidak akan menyebabkan inflasi atau kehilangan daya saing, sebaliknya, ia sangat diperlukan bagi memastikan daya tahan ekonomi negara.

Seorang pengurus dana pernah bertanya kepada saya kenapa Dubai dapat mengakomodasi sejumlah besar buruh asing, apabila saya mengajukan supaya Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Jawapan saya mudah sahaja: di Dubai tidak ada pengundi.

Dalam pilihan raya umum lalu, pasukan saya telah menghasilkan suatu video yang begitu menyentuh hati untuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang kegigihan bapanya yang berulang-alik ke Singapura dari Johor Bahru sebagai seorang pekerja kasar. Kerajaan dan ketua-ketua industri mesti sama-sama berfikir untuk menghentikan fenomena ratusan ribu rakyat Malaysia bekerja sebagai buruh murah di Singapura. 


*Terjemahan tulisan bertajuk ‘The Singapore Factor in the Malaysian Labour Market’; disiarkan akhbar The Edge pada 17 Februari 2020


INI PULA DI KELANTAN.APA CERITA???

MIQDAD ZAKARIA


*6 Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan yang dijual @ ditutup @ dikecilkan operasi*

1. PROKEL - Urustadbir Perdana Resort, Bangunan di Parking Lama dan Medan Selera Stadium. Kuatkuasa akhir 2019.

2. Kelantan Trade Center (KTC) - Urustadbir Hotel KTC dan Dewan serta Bangunan. Kuatkuasa akhir 2019.


3. KIJANG KUARI Sdn. Bhd. - Urustadbir Kuari. Kuatkuasa akhir 2019.

4. PKINK BINA Sdn. Bhd. - Urustadbir dalam pembinaan perumahan. Kuatkuasa akhir 2019.

5. KELMIX Sdn. Bhd. ( Anak Syarikat PKINK BINA) - urusan supply bahan mentah pembinaan kepada PKINK BINA ( urusniaga sesama sendiri). Berkuatkuasa akhir 2019.

6. PMBK Sawit Sdn. Bhd- urusan ladang sawit dan perkara berkaitan. Hampir semua staff diberhentikan berkuatkuasa akhir 2019
Keseluruhan Staf diberi MSS ( Mandatory/Mutual Separation Skim) dengan bayaran Maksima 3 Bulan gaji.

Anggaran keseluruhan staf hampir 100 org akan hilang pekerjaan.


KENAPA SUARA ULAMAK DIAM BILA NAJIB JUAL TANAH SG BESI


ASRI ABU BAKAR

1. Waktu Najib jual tanah Sg Besi dan waktu Najib serta Rosmah berpakat dengan FGV beli bangunan yang mengalami kerugian di Kota London, MANA SUARA ULAMAK-ULAMAK PAS?
2. Bila pulak Ulamak-ULAMAK PAS ni boleh menjadi ahli perniagaan yang berjaya? sedangkan KERA jaan di bawah pimpinan PAS di Kelantan dan Terengganu pun mengalami masalah kewangan yang buruk dan teruk.
3. Kenapa ulamak-ULAMAK PAS yang ada sekarang ni, bodoh2 belaka?

Tanya jer ni...dan ada bantahan tak?.

BILA TAK CERDIK BERCAKAP DAN FIKIR KEMUDIAN


MOHD SHAH RIM






Ya Allah..ni contoh gila berpolitik..tidak ada Melayu yang dibuang kerja, hotel kekal beroperasi dibawah pengurusan baru..ni bukan agenda nak melumpuhkan ekonomi umat Islam wahai PAS, ketika Kjaan Terengganu tutup 50 GLC anak syarikat negeri, adakah itu juga agenda nak lumpuhkan ekonomi Islam..?? Kenapa PAS sokong pulak masa itu..??



SAYA amat bimbang penamatan operasi dan perkhidmatan 4 buah hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) adalah usaha terancang pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam


MASA NI WALAUN DIAM MEMBISU...LEBAI PUN BUAT DIAM...

MB: Tutup 50 GLC, T'ganu jimat RM150j setahun

Bernama
Diterbitkan 

Penutupan 50 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta setiap tahun.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah peruntukan itu boleh disalurkan kembali kepada rakyat, terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.


GAMBAR HARI INI

MAHATHIR YANG MENYIKSA JIWANYA DIPENGHUJUNG USIA



Dalam menuju usia 95 tahun, duduk lagi sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, ada gaji sekitar RM100 ribu sebulan dan anak-anak semuanya bergelar jutawan, dari sudut luaran kehidupan Tun Mahathir Mohamad tampaknya cukup bahagia dan selesa.
Dalam negara ini, hanya beliau diberi nikmat sebegitu rupa.
Tetapi, setelah hampir dua tahun menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, kita mulai dapat merasakan jiwa dan batinnya tidaklah sebahagia dan seselesa sebagaimana yang dilihat daripada luarannya.
Setiap hari, selain kebencian rakyat makin membesar terhadapnya, bukan saja daripada kalangan rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti serta daripada penyokong UMNO dan penyokong PH sendiri, kesengsaraan jiwa Tun Mahathir yang paling parah ialah ketamakannya terhadap kuasa.
Semua keadaan itu, mahu tidak mahu, adalah berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya buat kali kedua sekarang ini.
Setelah merasa jadi Perdana Menteri selama 22 tahun di era BN, kemudian bersara, Tun Mahathir sepatutnya menikmati zaman persaraannya dengan senang hati dan gembira sekarang ini.
Tetapi, bermula dengan menyerang pengganti yang dipilihnya sendiri, Tun Abdullah Badawi dan kemudian menjatuhkan Najib Razak, pemimpin yang dilatih dan dikehendakinya untuk menjadi Perdana Menteri, seterusnya sedia kembali memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara bersama PH secara sementara, seharusnya tiada apa-apa lagi yang menggugat ketenangan perjalanan hidupnya dalam usia bonus ketika ini.
Jiwa Tun Mahathir kini dilihat terganggu dan tidak tenang kerana ternampak beliau terlalu sayang kepada jawatan dan lupa kepada janjinya yang pernah dibuatnya sendiri.
Kalaulah beliau sentiasa ingat kepada janjinya, ingat bagaimana beliau datang ke mahkamah untuk berbaik dengan Anwar, ingat bagaimana Anwar memaafkannya dan keluarga beliau dapat menerimanya ke dalam PH dan ingat bagaimana beliau menyuruh Tun Daim Zainuddin bertemu Anwar sebanyak enam kali di Penjara Sungai Buloh sebelum PRU14, tentulah tidak sukar bagi Tun Mahathir memenuhi janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu.
Ia jadi sukar kerana Tun Mahathir ternampak tidak ikhlas dan selalu berdolak-dalik berhubung janji peralihan kuasa serta seolah-olah sengaja membuka banyak ruang untuk janji itu dimungkiri.
Cakapnya mengenai peralihan kuasa bukan saja berbeza antara minggu ini dengan minggu depan, malah berbeza antara siang dengan malam.
Sekarang ini, walaupun beliau macam bersetuju agar isu peralihan kuasa dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini, semuanya masih belum pasti lagi sebenarnya.
Ini berikutan isu mengumpul Akuan Bersumpah atau SD di kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal masih lagi menjadi perbualan dan hasrat Pas mahu membawa usul percaya kepadanya juga semakin hari semakin galak perbuatannya.
Lebih daripada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang diketahui merupakan pembodek tegar Tun Mahathir sejak diberikan jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, turut tidak habis-habis cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Atas semua yang berlaku itu, kenapakah Tun Mahathir tidak pernah bersuara menghalangnya?
Apa susahnya sebagai Perdana Menteri, jika Tun Mahathir menyatakan pendirian tegas menolak sebarang usaha mahu mengekalkannya sehingga habis penggal dengan alasan beliau kekal komited untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar?
Namun, apalah maknanya hanya sekadar berkata akan mengotakan janji peralihan kuasa, tetapi usaha-usaha di belakang untuk menghalang janji ditunaikan terus juga dibiarkan berjalan?
Tidakkah jiwa Tun Mahathir akan lebih tenang sebenarnya jika sambil mengatakan komited terhadap janji, beliau juga melarang keras sebarang komplot jahat dan membodeknya untuk kekal sehingga habis penggal?
Dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari ini, segala-galanya banyak terserah kepada Tun Mahathir sendiri selaku Pengerusi PH menentukannya.
Jika ucapan pembukaannya dalam mesyuarat itu menunjukkkan beliau tegas serta komited kepada peralihan kuasa, malah lebih baik jika dapat menyebut bila tarikhnya beliau akan melakukan serah kuasa kepada Anwar, sesuatu yang menggembirakan kita semua tentunya akan menjelma.
Tetapi, kiranya Tun Mahathir tidak menunjukkan ketegasan serta keinginan untuk menyerahkan jawatan dan akhirnya masih tiada ketetapan tarikh peralihan kuasa dapat dimuktamadkan, percayalah PH akan terus bergolak dan berkecamuk dengan lebih teruk lagi.
Natijahnya, jiwa Tun Mahathir juga akan terus kacau bilau dan berserabut, walhal dalam usia bonus di mana tarikh kematian semakin menghampirinya, ketenangan dan kedamaian jiwalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap insan.
Lagi pula, dengan nikmat dunia yang sudah diperolehinya, apa lagi yang mahundikejar-kejarnya? (ShahbudinHusin 18/02/2020)

PERBICARAAN 33 KES PENGGUBAHAN WANG HARAM & PECAH AMANAH NASHARUDIN MAT ISA 8 JUN 2020


Dia dituduh menyalurkan hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 kepada tiga orang penerima melalui akaun bank milik syarikatnya, Wasatiyah Centre For Peace Sdn Bhd.
Dana itu adalah peruntukan Kementerian Kewangan untuk GMM.
Ketiga-tiga kesalahan Amla yang didakwa itu berlaku pada bulan November dan Disember 2018, kira-kira empat bulan selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan supaya GMM ditamatkan operasi.
Nasharudin dilantik sebagai pengerusi eksekutif NGO itu pada 28 Okt 2015, sehingga hari terakhirnya pada 31 Julai 2018.
Sementara itu, 30 dakwaan CBT di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, didakwa berlaku antara 2015 dan 2018, yang melibatkan wang sejumlah RM3,721,683.80 dalam dana yang dikaitkan dengan kedudukan Nasharudin ketika itu sebagai pengerusi Yayasan Nassar dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM.
Dia dituduh menyalurkan hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 kepada tiga orang penerima melalui akaun bank milik syarikatnya, Wasatiyah Centre For Peace Sdn Bhd.

Diamanahkan untuk menguruskan aset milik Yayasan Nassar, Nasharudin dituduh, antara lain, melakukan pembayaran sebanyak RM51,000 pada 22 Ogos 2016 sebagai bayaran katering untuk perkahwinan anaknya, membayar RM25,756 pada 1 Feb 2018 untuk kolej swasta tempatan bagi yuran tusyen anaknya dan menawarkan pinjaman RM34,000 kepada anak perempuannya.

Dia juga dituduh secara tidak jujur menerima gaji keseluruhan RM321,274 sebagai pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.


DAP Melaka nafi kerajaan Pakatan Nasional bakal dibentuk


 
MGF31032019_BENDERA-PRK-03
Foto hiasan
MELAKA – Walaupun desas-desus mengenai pembentukan kerajaan Pakatan Nasional semakin menjadi-jadi, tetapi DAP tetap menafikan perkara itu.
Terbaru, seorang pemimpin PKR Melaka, G. Rajendran menyatakan bahawa Melaka mungkin menyaksikan pembentukan kerajaan Pakatan Nasional yang pertama di negara ini.
Katanya, beberapa pemimpin PKR dan Bersatu telah berbincang untuk membentuk kerajaan bersama dengan UMNO untuk melantik seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) bagi menggantikan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka.
Pengerusi DAP Melaka yang juga anggota Exco negeri, Tey Kok Siew ketika dihubungi Kwong Wah Yit Poh bagaimanapun menafikan kemungkinan itu.
Walau bagaimanapun, beliau percaya “berlaku sesuatu” sehingga ketidakhadiran anggota Exco dalam mesyuarat telah dimanipulasi untuk menyebarkan khabar angin dan mengelirukan rakyat.
“Walaupun pilihan raya sudah berlalu dua tahun, tetapi masih ada orang yang menyebarkan berita palsu tentang pertukaran kerajaan dan pertukaran ketua menteri,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Tegas Kok Kiew, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) masih memberi sokongan padu kepada kepimpinan Adly.
Mengenai seorang Exco mengundurkan diri daripada kumpulan WhatsApp, Kok Kiew mengesahkan ia benar-benar pernah berlaku, tetapi pemimpin itu sudah kembali ke kumpulan.
“Ini bukannya berkaitan dengan hal kerajaan negeri, tetapi berkaitan hal agensi kerajaan,” katanya.
Mengenai seorang anggota Exco yang sering tidak hadir mesyuarat pula, Kok Kiew berkata, dirinya juga pernah tidak hadir mesyuarat atas sebab tertentu.
“Ini bukan perkara yang luar biasa, tetapi ia telah diperbesarkan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu.
“Anggota Exco itu ada hadir mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri minggu lalu.
“Exco itu juga memberitahu bahawa beliau bukannya tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri, tetapi sibuk dengan urusan lain termasuk pemilihan parti,” kata Kok Kiew sambil menegaskan mesyuarat dijalankan dalam suasana baik.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipetik China Press sebagai berkata, berita mengenai pembubaran PH dan kerjasama antara PH dengan pembangkang adalah berita palsu kerana kedua-dua keadaan itu tidak akan berlaku.
“Saya harap kalian jangan percaya berita palsu ini. Seperti yang dikatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sesetengah laporan yang bertujuan membuat beliau bergaduh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar,” kata Guan Eng. – MG

Presiden Gerakan enggan ulas pakatan baharu dengan Azmin


 
MGF16022020_MAJLIS-TAHUN-BARU-CINA-2020-PARLIMEN-AMPANG_08
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden Gerakan, Dominic Lau pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang di SJKC Kampung Baru Ampang, Ampang, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 16 FEBRUARI 2020
KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau enggan mengulas apabila ditanya mengenai khabar angin pembentukan pakatan baharu antara parti pimpinannya dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
China Press telah menghubungi Dominic selepas tersebar khabar angin bahawa pemimpin Gerakan itu telah berbincang di rumah Mohamed Azmin mengenai pembentukan satu pakatan politik baharu.
Dominic bagaimanapun tidak memberi jawapan yang jelas mengenai isu itu, tetapi sekadar berkata, demi kestabilan negara, Gerakan mengalu-alukan kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai fahaman sehaluan.
“Saya hadir sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Azmin kerana beliau telah menghadiri sambutan anjuran Gerakan. Tiada salahnya saya berbuat demikian,” katanya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong menafikan pembentukan pakatan baharu.
Katanya, Gerakan tidak bermesyuarat dengan Mohamed Azmin, tetapi sekadar menghadiri rumah terbuka beliau.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, Gerakan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, kecuali kumpulan pelampau. –MG