PERBICARAAN 33 KES PENGGUBAHAN WANG HARAM & PECAH AMANAH NASHARUDIN MAT ISA 8 JUN 2020


Dia dituduh menyalurkan hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 kepada tiga orang penerima melalui akaun bank milik syarikatnya, Wasatiyah Centre For Peace Sdn Bhd.
Dana itu adalah peruntukan Kementerian Kewangan untuk GMM.
Ketiga-tiga kesalahan Amla yang didakwa itu berlaku pada bulan November dan Disember 2018, kira-kira empat bulan selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan supaya GMM ditamatkan operasi.
Nasharudin dilantik sebagai pengerusi eksekutif NGO itu pada 28 Okt 2015, sehingga hari terakhirnya pada 31 Julai 2018.
Sementara itu, 30 dakwaan CBT di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, didakwa berlaku antara 2015 dan 2018, yang melibatkan wang sejumlah RM3,721,683.80 dalam dana yang dikaitkan dengan kedudukan Nasharudin ketika itu sebagai pengerusi Yayasan Nassar dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM.
Dia dituduh menyalurkan hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 kepada tiga orang penerima melalui akaun bank milik syarikatnya, Wasatiyah Centre For Peace Sdn Bhd.

Diamanahkan untuk menguruskan aset milik Yayasan Nassar, Nasharudin dituduh, antara lain, melakukan pembayaran sebanyak RM51,000 pada 22 Ogos 2016 sebagai bayaran katering untuk perkahwinan anaknya, membayar RM25,756 pada 1 Feb 2018 untuk kolej swasta tempatan bagi yuran tusyen anaknya dan menawarkan pinjaman RM34,000 kepada anak perempuannya.

Dia juga dituduh secara tidak jujur menerima gaji keseluruhan RM321,274 sebagai pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.


No comments: