WAJIB TOLAK PAS :



Pembohongan selama beberapa puluh tahun selama ini,  akhirnya Allah tunjukkan wajah sebenar siapa itu PAS.

Selama ini rakyat Melayu Islam terpukau dengan konsep kononnya PAS ingin tegakkan syiar Islam dibumi Malaysia ini. Ye lah, bila tiada kuasa dan sebagai parti pembangkang utama..sudah pasti pelbagai cadangan serta janji PAS hendak ke Bulan ( logo PAS ) amat mengiurkan jiwa jiwa walaun PAS. Sedangkan hakikatnya roket pun PAS tak mampu dicipta ( kiasan kerana PAS akui Malaysia akhirnya adalah negara majmuk dan mustahil dapat laksanakan Hukum hudud ).

Allah sudah berikan PAS peluang untuk memerintah Malaysia bersama dengan Umno dan Bersatu. Namun, apa yang mampu PAS lakukan,  walaupun Menteri Undang Undang sudah diberikan kepada pemimpin tertinggi PAS untuk mengubal Perlembagaan negara dan dibentangkan di Parlimen.. PAS juga tidak mampu untuk lakukan. Untuk rekod juga sudah 3 kali Hadi Awang sendiri menangguhkan pembentangan di Parlimen.

Nyata PAS sendiri akui hukum Hudud  ( Nyawa Badan PAS ) mustahil dilaksanakan kerana negara Malaysia adalah berlandaskan masyarakat majmuk. Habis tu selama ini yang PAS laungkan malah siap diadakan perhimpunan raksasa RUU355 adalah wayang drama semata mata. RUU355  dilacuri akhirnya untuk menjadi salah satu bentuk hiburan bagi ahli PAS sahaja.

Lihatlah Negeri Kelantan selama 40 tahun PAS memerintah apa yang PAS lakukan dan usahakan,  bukannya Kelantan semakin maju malah semakin ketinggalan serta mengikut data Kelantan adalah negeri termiskin diMalaysia.( Rujuk kepada Menteri Radzi Jidin anak jati Kelantan). Adakah wajar diberikan peluang kepada PAS selama 40 tahun semata mata untuk menangani isu Air Bersih. Sedangkan negeri sekecil Perlis yang tiada minyak pun mampu menyediakan pasarana air bersih dan terawat yang baik waima Kedah sekalipun walaupun tiada telaga minyak.

Sesudah PAS menjadi kerajaan Persekutuan, nampak ketara PAS tidak mampu melakukan apa yang dijanjikan. Daripada janji manifesto untuk memberikan pendidikan percuma kepada RAKYAT apatah lagi untuk menghapuskan PTPTN.  Apatah lagi untuk mestrukturjan semula bayaran TOL lebuhraya. Hudud sudah pasti PAS tidak mampu tunaikan kerana ditentang oleh Umno, MCA, MIC dan GPS.  PAS cuma mampu berbohong setiap kali diadakan PRK ataupun PRU.

Alasan serta dalil terkini yang dicari pemimpin tertinggi PAS untuk menunaikan semua janji PAS adalah - Jika PAS dapat memerintah kerajaan Persekutuan Malaysia secara bersendirian atau disebut PAS secara SOLO barulah PAS dapat  tunaikan semua janji PAS dan laksanakan Hukum Hudud diMalaysia.

Amboiiii... PAS bercakap umpama kononnya pemimpin PAS boleh berjalan diatas air nampaknya. Sedar diri ker ?

Hakikatnya Pru-14 PAS bertanding sebanyak 160 kerusi parlimen iaitu terbanyak dalam sejarah PAS atau jika bertanding di 222 kerusi parlimen sekalipun, PAS cuma menang 18 kerusi sahaja..kerusi parlimen yang lain ..hangus deposit dan milik Umno atau PH. Malah jika dilihat Pru pru sebelumnya jelas kerusi parlimen dimenangi parti PAS semakin merosot dan ditolak RAKYAT.

RAKYAT dari kalangan Melayu Islam juga  nampaknya telah nampak wajah PAS disebalik jubah yang dipakai. Sebelum ini RAKYAT tiada sebab untuk menolak parti PAS sebagai pilihan seperti dalam Pru-14 yang lalu kerana PAS bermati- matian menafikan sebagai  rakan sekutu Umno. Sekarang PAS sudah pun mengaku serta cuma parti politik yang bersifat sekular liberal  untuk kepentjngan Dunia semata mata walaupun dasar Parti PAS yang ditulis adalah ISLAM. Itu cuma terjadi didalam buku pendaftaran PAS sahaja. Diluarnya PAS sama seperti Umno, Dap, PRM, Gerakan,  Bersatu, PKR atau GPS (sekadar menyebut contoh) sahaja tiada bezanya dari segi bentuk pentadbiran dan Perlembagaan setelah memerintah Malaysia. Sama seperti diawal Kemerdekaan negara Malaysia masih negara Sekular dan  Perlembagaan juga tetap sama tiada apa yang berubah setelah PAS memerintah Malaysia.

Jadi sudah sampainya parti politik seperti PAS yang sanggup melacuri agama Islam selama ini malah diwartakan sesat oleh Jakim ditolak oleh RAKYAT.

Dan paling malang adalah negeri Kelantan dikala negara Malaysia sudah maju dan akan mempunyai kereta terbangnya sendiri , namun isu air bersih terawat masih gagal diselesaikan oleh pimpinan PAS yang buntu idea untuk pembangunan negeri Kelantan. Adakah Kelantan berada diAfrika? Atau salah DAP kerana tidak memerintah Kelantan? Seharusnya dan wajib  pemerintahan negeri ditukar tampuk pemerintahan daripada PAS kepada UMNO ataupun parti lain yang lebih idealis dan realistik dengan keadaan semasa.

Dilantik Duta ke Timur Tengah bertaraf Menteri sekalipun PAS tidak mampu untuk menarik pelaburan berbillion duit Arab untuk melabur diMalaysia waima diKelantan, ditambah lagi mempunyai telaga minyaknya sendiri.

Dosa PAS kafirkan Umno juga belum diMaafkan. Sehinggakan ada ahli Umno yang mati dikafirkan PAS serta diminta tanam dijirat Cina. Adakah begitu ajaran ISLAM yang syumul ?

Tolak PAS undi Umno.

Dari Hijau kepada Biru.

Inikalilahhh.



Ahli Umno Kelantan.

Mengapa Tun 'reject' Speaker yg baru...? PATUTNYA PAS LAH YG HENTAK MEJA



Norman Radzuan


Seni politik tidak boleh dibaca 10+10= 20. Khabarnya Tun juga meminati buku Art Of War... jadi di dlm khazanah itu ada ilmunya utk mengelirukan musuh.
Saya sebenarnya kesian melihat Tun semalam dihina begitu teruk oleh pemimpin2 UMNO. Itu bukan lakonan atau fake itu adalah katektor mereka. Sepatutnya Anwar Ibrahim lah yg berbuat demikian tetapi insan tersebut yg kita kenali dari dulu nilai akhlaknya tak akn berbuat demikian.
Saya masih ingat apabila ditanya wartawan apabila Anwar keluar dari penjara 2005 dahulu.... katanya "Yg sudah... sudahlah la. Saya tiada ada perasaan dendam kpd Tun. Skg masa ke depan... fikirkan soal rakyat." Kalau kita kawan buruk2 kan kita dkt kawan lain pun sudah cukup tak bertegur sapa.
Berbalik kpd kekecohan perlantikkan Speaker semalam... sepatutnya Tun tidak membantah. Tun memang mengenali Azhar Azizan kerana beliau sendiri yg melantik Azhar sebagai Pengerusi SPR.
Melantik Azhar sebagai Pengerusi SPR adalah tanggungjawab yg besar dan memerlukan org yg benar2 dipercayai. Jika tidak PRU mungkin boleh diselewengkan dan sebagainya.
Jadi apabila Azhar Azizan dilantik menjadi Speaker Dewan adakah Tun terkejut atau tidak mempercayai Azhar? Seperti kita maklumkan jika kerajaan BN atau PN segala jenis undang2 akn mudah dilanggari seperti pertukaran Speaker atas dasar apa?
Student University pun tahu pertukaran Speaker hanya boleh dibuat jika Speaker mengundurkan diri atau Pembubaran Parlimen. Adakah cukup hanya mengatakan ada pengganti😝?
Lihat gambar2 di bawah. Cukuplah gambar bercerita mengenai situasi skg. Harap pengikut Amanah memahami Sains Politik bagaimana. Cuma yg menghairankan kita kenapa PAS pula tidak membantah?
Bukankah Azhar Azizan dahulu yg mempertikaikan PAS yg berkempen menolak Oktoberfest? Alasan PAS LGBT, minuman keras dan sebagainya yg melanggari hukum2 Islam. Malah Azhar juga menyindir hukum agama Allah yg memerlukan 4 saksi.
Bagaimana PAS boleh bersetuju atau memilih insan yg mereka tentang ini hanya kerana kedudukan mereka sebagai Menteri. Mengapa semua isu yg PAS bangkitkan dahulu utk mengapi apikan pengikut merek kini mereka diam seribu bahasa?
Dahulu kononnya semua ini kerana DAP. DAP sering di serang, dikritik, dihentam, difitnah dgn begitu teruk dan secara tidak adil. DAP ibarat the punching bag atau the bogeyman.
Semoga ahli bawahan PAS dpt melihat satu persatu apa yg diucapkan pemimpin mereka hanya omong2 kosong utk mempengaruhi pengikut mereka yg majoriti di kalangan org2 kampung. Sdgkan mereka tidak berniat utk berbuat demikian... mereka hanya pertahankan kuasa dan kedudukan.



RENTASAN 709 | BARISAN PEGUAM BIDAS PERCANGGAHAN KENYATAAN KPN TERHADAP KES KEMATIAN ADIB?



MENARIK DALAM RENTASAN 709
1. PEMIMPIN KAYA, RAKYAT MISKIN, KATA ANWAR 2. PERLUKAH BATAS KEBEBASAN MEDIA? 3. ADIB MANGSA POLITIK BIGOTRY 4. BUY MUSLIM FIRST ITU RETORIK POLITIK

AKHBAR SAMPAH YANG SEPATUTNYA DISAMAN...TUNGGUUU AKAN TIBA MASANYA...



NORSHIDAH MOHD DAUD

Tiada penerangan foto disediakan.

BAB MP UMNO KURANG AJAR TU LAIN CERITA, BAB ULAMA MEMFITNAH MACAMANA PULA?


Abdullah Hukum


Fuh, dah lama tak berentap.
Hal kurang ajar MP-MP UMNO tu, biarlah. Aku malas nak ulas. Korang kena faham satu benda ja, sekali UMNO, selamanya UMNO.
PAS ni 1000 kali lebih baik dari UMNO. Cuma sekarang PAS pun pening nak cari dalil yang mewajarkan tindakan mereka bersekongkol dengan MP-MP UMNO yang biadab tu.
Ya la, kalau betul agama, mana ada agama nak justify tindakan hina dan cerca orang macam MP Baling dengan Jelebu tu. Melainkan PAS ni betul-betul tunggang agama, esok-esok keluarlah dalil. Kita tunggu.
Kemudian, hal 111 ni pun ada cerita menarik. Dalam bab tukar speaker pun seorang MP boleh sokong diam-diam blok pembangkang, apatah lagi nak tukar kerajaan.
Sebenarnya aku dah dengar lama, yang menyebabkan PN kekal bukan sebab dorang kuat, tapi sebab PH berpecah. Kalau PH bersatu, esok juga boleh ambil kerajaan.
Tapi orang kata main dengan 'kalau' ni babi pun boleh terbang.
Put aside that issue.
Ni cerita TH yang baru keluar. Meremang bulu roma Asyraf Wajdi dan Najib Razak bila PM #Abahkau yang jawab soalan dari YB Mujahid berkaitan aset TH.

Dulu, inilah propaganda paling besar dorang. Boleh baca posting Najib pemimpin kesayangan kau kat sini:
Kemudian macam biasalah, disambut pula oleh laskar #Bossku. Baca kat sini:
Satu demi satu propaganda perkauman UMNO memakan diri mereka sendiri. Samalah juga dengan propaganda PAS melalui lidah ular tedung ulama dorang. Baca la kat sini:
Baca kat bawah ni jawapan PM. Aku dah highlight bahagian penting sebab aku tahu, geng UMNO-PAS ni kena tunjuk satu satu.
PH tak payah buat apapun, dorang yang terciduk sendiri dengan propaganda mainan dorang satu masa dahulu.
Ya ustaz Dusuki, orang akan sebut sampai kubur yang PAS ni rupanya kaki fitnah paling agung abad ini.



TH dikuasai bukan Islam adalah fitnah! Dedah parlimen



Akhirnya serangan terhadap Pakatan Harapan (PH) ketika menerajui Putrajaya kononnya Tabung Haji (TH) dikuasai bukan Islam terbukti fitnah melalui jawapan kepada pertanyaan lisan Dewan Rakyat semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar).
“Minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan jumlah aset terkini Tabung Haji.
“Adakah benar kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset Tabung Haji dan membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam,” soal Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH.
Sehubungan itu, Dr Zulkifli memberitahu kedudukan terkini aset Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Jun lalu seperti diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.
Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, jelasnya, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” jawab Dr Zulkifli, lapor Malaysia Dateline.
Sebelum ini, Pas dan Umno berulang kali mendakwa TH dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan di bawah kerajaan PH telah dikuasai orang bukan Islam.
Antaranya pada 29 Mac tahun lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.
Petikan reaksinya turut dimuatkan di Facebook beliau dengan tajuk “Sangat Tidak Wajar Urusan Tabung Haji Diserahkan Kepada Bukan Islam.”
“Kita belum mendapat maklumat terperinci kerana menteri (Dr Mujahid ketika itu) tidak jawab soalan. Siapa CEO semua, ahli-ahli, tidak diberitahu.
“Jadi, susah kita nak buat kenyataan,” katanya ketika menjawab soalan pemberita.
Walau bagaimanapun, Abdul Hadi tetap menegaskan TH tidak wajar diserahkan kepada bukan Islam selepas diasak oleh soalan daripada pemberita ketika itu.
“Tidak wajar. Itu tabungan orang Islam, beri pada orang Islam. Haji ini ibadat,” tegas Abdul Hadi lagi.


Dulu Pas gelar Art Harun liberal, sekarang?


Dulu Pas gelar Art Harun liberal, sekarang?
Sikap Pas hari ini terhadap pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah dipersoalkan selepas pernah menggelar bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai liberal.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berpendapat antara hikmah daripada penguguran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof adalah mengambarkan sikap sebenar Pas.
“Asal bersama mereka liberal pun tidak mengapa,” ujarnya dipetik dari Facebook semalam.

Azhar juga dikenali sebagai Art Harun merupakan peguam hak asasi manusia sudah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi SPR, 29 Jun lalu.

Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan menyifatkan Pas tidak memperjuangkan Islam sebaliknya hanya menunggang agama.

“Nampak tak? Pas tak berjuang Islam pun, Pas hanya tunggang agama (macam kata Muhyiddin Yasin).


“Art Harun yang bakal diundi oleh Pas (dan sudah pastinya akan disoalkan di akhirat seperti yang sering diceramahkan) adalah seorang yang dikatakan ‘liberal’ oleh Pas.

“Ertinya apa? Liberal sudah ok atau Pas sudah gelong?” bidasnya sambil menyertakan gambar yang ‘pernah’ disebarkan oleh Pas sebelum ini.

“Bersama Art Harun adalah Siti Kasim yang pernah diisytiharkan oleh bekas calon Pas sebagai musuh Allah,” tambah Ustaz Ridzwan lagi.

Fitnah isu TH kenangan perit dan pahit, dedah bekas Setiausaha Sulit Mujahid


Fitnah isu TH kenangan perit dan pahit, dedah bekas Setiausaha Sulit Mujahid


Sebenarnya, isu TH ini adalah isu yang paling saya tak nak sentuh dan ulas. Sejak dulu sampailah sekarang.
Sebab kerana isu ini saya telah difitnah oleh ahli keluarga sendiri.
TH tak pernah mendapat campur tangan DAP. TH tak pernah dijual kepada DAP. TH tak pernah dikuasai oleh orang bukan Islam. Syarikat UJSB itu adalah milik kerajaan. Hatta kerajaan bertukar kini, UJSB itu tidak tergugat. Menteri Agama dahulu tidak menjual TH kepada bukan Islam.
Penstrukturan itu walaupun difitnah dengan pelbagai, telah membuahkan hasil.
Mungkin ramai tak percaya apa bekas Menteri Agama dulu cakap. Ini Menteri Agama baru yang jawab.
Isu TH ini antara kenangan paling perit dan pahit.

MP Baling mohon maaf, dakwa tiada niat kerana dirinya juga gelap

MP Baling mohon maaf, dakwa tiada niat kerana dirinya juga gelap

Kerajaan bertukar, Speaker wajib tukar, Speaker Dewan Negara tak tukar pula

FITNAH SUDAH TERJAWAB.ADAKAH MEREKA AKAN BERTAUBAT


Dahulu inilah antara fitnah yang dijaja untuk memburuk-burukkan PH di mata rakyat.
Memandangkan mereka parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam kononnya, ke sana sini pula berkopiah putih macam lebai, ramai umat Islam terpedaya dengan kata-kata mereka.
Walaupun ketika itu banyak penjelasan telah dibuat, tetapi ia seperti tidak dihiraukan.
Fitnah dan penipuan yang diulang-ulang dianggap seolah-olah kebenaran.
Kini, dengan kuasa Tuhan, mereka telah menjadi kerajaan, walaupun dengan cara tebuk atap dan pintu belakang.
Akhirnya, mereka sendiri menjawab bahawa fitnah tersebut adalah tidak betul sama sekali.
Sudahkah lebai minta maaf dan bertaubat? (Shahbudindotcom 14/07/2020)

Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Mesti Ada Kesungguhan & Keberanian Untuk Menjelaskan Alasan



Ramai yang teruja dengan kepetahan dan kelantangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Saya tidak hairan kerana kata arwah Haji Ikhwan Nasir kpd saya ( SetPol Tun Dr Ismail )..." Anwar dilahirkan sebagai pemidato hebat. Bagi saya dia luar biasa."
Sebab itu pesanan Anwar Ibrahim pesan kepada Pemuda PKR jangan taksub dengannya kerana kepetahannya berhujah tapi sokonglah dia untuk sama-sama mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik. Sebab itulah kita mahukan beliau menjadi PM.
Mahu yang muda lihat Syed Saddiq di 'booo'. Orang muda yang lain diam membisu. Sebagai pemerhati politik adalah sayang negara terlepas pemimpin sehebat DS Anwar yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kalangan negara--negara Arab.
Kita akan rugi berbillion pelaburan dari negara-negara yang hanya menunggu Pak Sheikh ( panggilan Anwar di kalangan mereka ) menjadi PM. Malah kita akan rugi berbillion apabila pemimpin-pemimpin korup terus merompak wang negara. Negara kaya ini patut rakyat terbanyak ini merasainya bersama.
Ia bukan soal taksub ia soal kelayakan beliau. Bijak, tidak curi wang rakyat, sentiasa di bibir menceritakan nasib soal rakyat ( seperti Tun Razak ), benci kpd rasuah dan berprinsip.



KENYATAAN MEDIA GERAK 98

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi.
GERAK98 melahirkan rasa dukacita diatas sikap Ahli Ahli Parlimen dari PN terutamanya UMNO yang menunjukkan sikap tidak professional malah tidak menghormati suara anak muda ketika MP Muar YB Syed Saddiq sedang membahaskan usul pengundian Speaker Dewan Rakyat pada Isnin 13 Julai 2020 setelah diberi laluan oleh YB Langkawi Tun Dr Mahathir.
Perkara paling pelik dalam sejarah Parlimen Dunia sejak 800 tahun dan inilah pertama kali berlaku dalam negara kerana kemaruk kuasa dan menghalalkan cara demi mempertahankan kuasa tanpa mandat rakyat.
Tiada sebab atau kesalahan yang dilakukan Speaker Dewan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof malah beliau seorang Speaker Dewan yang paling Adil dan menggalas tanggungjawab menurut Perlembagaan Negara.
YB Syed Saddiq seorang anak muda berdiri untuk menyatakan ketokohan Speaker namun terus diganggu gugat, diherdik malah ucapan beliau diganggu oleh Orang Orang Tua yang seakan tiada pelajaran, biadap serta kebudak-budakan.
GERAK98 yakin, ramai anak anak muda semakin marah dengan apa yang berlaku di Parlimen pada tarikh ini.
Dunia juga mentertawakan kita, namun bagi Perdana Menteri Tebuk Atap, Maruah, harga diri tidak penting. Apa yang penting bagi dirinya dan kebanyakan Ahli Ahli Parlimen PN adalah JAWATAN.
GERAK98 akan menggandakan usaha untuk bersama golongan muda bagi persediaan menghadapi PRU15 dan amat yakin bahawa anak anak muda yang boleh mengundi akan menghukum seluruh Calon Calon PN dan sekali lagi Kerajaan yang songsang ini akan terus ditolak oleh Rakyat Malaysia.
12 Julai 2020
Sekretariat GERAK98 Nasional


Hari terburuk dalam sejarah Parlimen


Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyifatkan hari ini merupakan hari terburuk dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Tegasnya, kebebasan institusi Parlimen telah dicabuli oleh kuasa eksekutif.
“Saya menjadi ahli Parlimen semasa zaman Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan. Keadaan waktu itu teruk. Tapi apa yang berlaku hari ini malah lebih teruk lagi.
“Timbalan speaker dijadikan alat eksekutif. Dia sendiri tidak mampu membuat keputusan yang wajar dan terpaksa bergantung kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab bagi pihaknya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Katanya, speaker Dewan Rakyat disingkirkan tanpa sebab seolah-olah ia sebahagian daripada kuasa eksekutif sedangkan Parlimen memainkan peranan yang bebas dalam sistem demokrasi.
Tambah buruk, katanya, pelantikan speaker baru tidak mengikut kebiasaan Parlimen.
Parlimen biasanya memberi notis 14 hari kepada semua ahli parlimen untuk membolehkan mereka mencalonkan speaker baru apabila jawatan itu kosong.
Untuk rekod, kekosongan speaker dan timbalan speaker masing-masing diisi serta merta oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Tony turut mengkritik tindakan speaker baharu yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada sesi Dewan.
“Saya keluar (Dewan Rakyat) sebagai tanda solidariti kepada rakan seperjuangan MP Shah Alam.
“Hari ini merupakan hari yang paling memalukan yang pernah saya saksikan dalam sejarah Parlimen. Dan ya, ia lebih buruk daripada era pentadbiran Najib,” ujarnya. 


SIDANG DEWAN YANG MEMALUKAN


HAMDAN TAHA

Tengok sidang dewan hari ni agak keterlaluan dan memalukan malaysia....
Terjerit jerit melampau dan tidak mengambarkan orang yang di berikan kepercayaan oleh rakyat...
Ini lah sukarnya bila kerajaan tidak cukup jumlah mejoriti yang besar jadi celaru...
Harap rakyat kali ni memilih dengan pertimbangan lebih matang
Cuma tadi saya bersembang dengan sepasang suami isteri pengundi di bandar tun razak dia kata selepas ni jika ada pru kami tobat tak mau keluar mengundi lagi...kami duduk luar kawasan datang mengundi dari jauh....tapi dua kali yb kami ada masalah. Rakyat bandar tun razak tak dapat apa pun....tapi yb tu dapat pencen....jawatan dan macam macam....jaga kawasan langsung tak ada....orang bandar tun razak langsung tak tak ada peluang bertanding semua orang luar.....buang masa kami mengundi dan cukup lah kena tipu berkali kali dengan orang politik.....
Saya kata tak boleh gitu kak...undi lah parti yang tak ada masalah.....dik bagitahu akak parti mana tak ada masalah....umno bukan bertanding pun....gitu pula ayatnya....akak dan abang dan anak undi dua kali pada calun melayu lah konon....tapi melayu yang jual jawatan.....adoiii