RASUAH POLITIK | MP DAP & PKR CUBA DIBELI DENGAN TAWARAN RM30JUTA? - Dat...


Rasuah politik dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional semakin menjadi-jadi. Terkini didedahkan bahawa 4 MP dari parti DAP dan 5 MP PKR yang telah dihubungi oleh seseorang menawarkan wang tunai jutaan ringgit dan jawatan bagi menyelamatkan kerajaan PN yang telah hilang sokongan.

Tazkirah Tok Abah buat PN ( Siri 2).

PAS CUBA HALALKAN RASUAH POLITIK? | Mahfuz Omar

BUAL BICARA ZAHARIN MOHD YASIN BERSAMA YB STEVEN SIM - AHLI PARLIMEN BUK...

PASARAN KUDA MENGGILA DALAM ZAMAN COVID-19

ISMAIL SABRI SAHKAN KERAJAAN TUMBANG BILA KURANG 112 SOKONGAN



Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri juga pernah mengesahkan bahawa kerajaan tumbang sekiranya tidak mempunyai cukup sokongan. Kini kerajaan Perikatan Nasional telah hilang sokongan dan gagal memperolehi jumlah 112 sokongan untuk terus menjadi kerajaan.

ADAKAH MB KEDAH TIDAK PERNAH MENGHINA RAKYAT DENGAN KENYATAAN BELIAU ?

 


Selepas warga emas, dua individu lagi ditahan polis, didakwa hina MB Kedah



Selepas warga emas, dua individu lagi ditahan polis, didakwa hina MB Kedah



Selepas seorang warga emas, polis hari ini turut menahan ahli perniagaan dan juruteknik susulan komen yang didakwa menghina Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Facebook (FB), bulan lalu.

Kedua-duanya berusia 45 dan 52 tahun masing-masing ditahan di rumah mereka di Mergong dan Hutan Kampung, di sini.

Menurut sumber, ahli perniagaan ditahan pada 5.30 petang, manakala juruteknik pada 6.15 petang dan telefon bimbit masing-masing dirampas.

Difahamkan, mereka mengaku menulis dan meninggalkan komen berunsur penghinaan itu di akaun FB seorang pemimpin politik.

Penahanan itu susulan laporan dibuat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, semalam.

Terdahulu, lelaki warga emas yang memuat naik video menghina Muhammad Sanusi di FB, baru-baru ini, ditahan polis di Lenggeng, Negeri Sembilan awal pagi.

Lelaki berusia 61 tahun terbabit ditahan pada 3.57 pagi dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, seorang pentadbir laman sosial Menteri Besar Kedah turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani hari ini, selepas menerima kiriman mesej berbaur ugutan dan kata-kata kesat yang dituju kepada Muhammad Sanusi melalui perkhidmatan Facebook Messenger.

Anwar paling layak diangkat sebagai PM, mampu menyatukan negara - Azan

 


Kemelut yang tidak berkesudahan melanda politik negara sejak Langkah Sheraton dan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak stabil hanya boleh ditangani dengan satu solusi

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, solusi tersebut boleh tercapai dengan mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Mahiaddin Yassin.

Katanya, berbekalkan pengalaman yang panjang, ditambah dengan kredibiliti serta imej yang bersih dimiliki Anwar, tidak mustahil beliau akan mendapat sokongan majoriti Parlimen dan bergerak menyatukan negara.

"Dalam keadaan sekarang ini, kita lihat orang yang mempunyai keyakinan serta dapat meraih majoriti terbanyak di dalam Parlimen sekiranya Parlimen berfungsi secara betul adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Sudah tentu beliau mempunyai sokongan terbanyak berbanding dengan mana-mana Ahli Parlimen yang lain di dalam Dewan Rakyat.

"Jadi kelayakan itu sepatutnya untuk membolehkan beliau berfungsi sebagai pemandu kepada keadaan sekarang dalam menguruskan apa- apa yang berkaitan dengan pentadbiran negara, terutama dalam keadaan pandemik Covid 19," katanya kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, kata Azan, Anwar juga diyakini akan mendapat perkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya dinilai dengan situasi dan situasi negara ketika ini.

"Saya yakin Agong mempercayai dan yakin dengan Anwar yang mendapat sokongan terbanyak. Majoriti itu memang wujud (pada beliau) namun perkara itu buat masa ini dipatahkan secara bodoh dan licik oleh kerajaan PN.

"Menjadikan Perdana Menteri kita sekarang ini dilihat mengenepikan soal malu, maruah, reputasi antarabangsa mahupun soal menegakkan amalan demokrasi

"Semua diketepikan semata-mata untuk tidak mahu melepaskan kuasa yang didapat secara 'tebuk atap' atau secara mencuri.

"Maka sebab dapat secara curi itulah ia sangat liat, dan tidak mahu melepaskan kerana berdepan dengan perkara buruk seperti isu penderhakaan, perbalahan dan perseteruan dengan Istana Negara," katanya.

Terkini! Pejuang, Warisan sahkan hantar surat tolak Muhyiddin kepada Agong

 


Terkini! Pejuang, Warisan sahkan hantar surat tolak Muhyiddin kepada Agong

Pejuang dan Warisan mengesahkan telah menghantar surat akuan menolak Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin dan Ketua Pemuda Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman.

Menurut Ulya, surat akuan daripada semua Ahli Parlimen telah dihantar kepada kepada Agong.



Selepas Zambry letak jawatan, jangan pula jual lapangan terbang!

 Selepas Zambry letak jawatan, jangan pula jual lapangan terbang!


Jangan pula apabila Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), ada menteri membenarkan Lapangan Terbang Subang dijual kepada tauke hartanah.

Sindiran itu dibuat oleh veteran UMNO, TAn Sri Shahrir Samad selepas pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditangguhkan.

”Salah prosedur ke lantikan NC UiTM itu? Sampai KP KPT boleh tangguhkan?,” soal beliau.

Prof Dr Roziah Mohd Janor telah dilantik sebagai NC UiTM mulai 9 Ogos lalu hingga 11 Oktober 2023.

Surat pelantikan Roziah adalah pada 2 Ogos 2021, ditandatangani oleh Datuk Seri Noraini Ahmad, bekas Menteri Pengajian Tinggi yang telah melepaskan jawatan itu selepas menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, pelantikan Roziah ditangguhkan dalam sepucuk surat bertarikh 7 Ogos 2021, ditandatangani oleh Prod Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut surat berkenaan penangguhan itu dibuat sehingga keputusan baharu dibuat oleh kerajaan.

Penangguhan itu mengejutkan dan terdapat spekulasi kononnya wujud campur tangan politik.

'Cukuplah panggil 20 Ahli Parlimen, mereka perlu agih bantuan makanan di kawasan' - Sim Tze Tzin

 


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan tekanan dengan memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk disoal sisat berkenaan perhimpunan di Dataran Merdeka, 2 Ogos lalu dikecam Ahli Parlimen Bayan Baru.

Menurut Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen amat diperlukan di kawasan mereka dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di mana rakyat yang sukar untuk mendapatkan keperluan harian perlu dibantu.

Katanya, kerajaan PN perlu menghormati tugas barat Ahli Parlimen ketika ini.

"Setakat hari ini saya rasa lebih kurang 30 Ahli Parlimen telah dipanggil. Ini membuang masa. Ini adalah rekod paling tinggi untuk satu perhimpunan. Di mana tak pernah dalam sejarah Malaysia lebih 30 Ahli Parlimen dipanggil buat siasatan dalam satu perhimpunan

"Dulu PM Najib satu perhimpunan dia panggil 5 Ahli Parlimen sahaja. Adakah kerajaan mahu pecahkan rekod?

"Rakyat mahu Ahli Parlimen jalankan tugas di Parlimen. Kami membawa suara ke Parlimen tetapi disekat. Apa kami boleh buat. Itulah tugas kami.

"Cukuplah 30 orang. Jangan panggil lebih ramai. Ahli Parlimen perlu berkerja kawasan beri bantuan makanan (dalam masa PKP)," katanya, semalam.

Selain itu, Sim juga membidas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang suatu ketika dahulu selepas dipecat dari Umno dan menyertai pembangkang, pernah mengangkat sepanduk agar Ahli Parlimen dihormati.

Sebaliknya, kata Sim, hari ini beliau bertindak tidak menghormati hak Ahli Parlimen untuk bertugas.

"Kami hadir ke sini, kita tahu bahawa Mahiaddin pernah satu ketika dulu kena siasat oleh polis. Dia pun pernah mengambil bahagian dalam perhimpunan dan disiasat.

"Dia juga pernah angkat sepanduk 'pertahan hak Ahli Parlimen'. Jadi kita minta supaya Mahiaddin hormatilah hak Ahli Parlimen," katanya lagi.

 

Undi Percaya tiada dalam jadual, mungkin 2 minggu selepas pembukaan Parlimen - Wong Chen

 


Usul Undi Percaya yang dinyatakan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin akan dibentangkan untuk menentukan majoriti kerajaan beliau masih belum dimasukkan ke dalam jadual sidang Parlimen.


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, usul tersebut berkemungkinan hanya akan dibentangkan selepas 2 minggu sesi Parlimen 6 Setember ini dibuka.


"Kita bersidang 6 September tetapi mengikut urusan mesyuarat (order paper) jelas sekali dia (Undi Percaya) tidak dibuat pada 6 haribulan. Hari itu Yang di-Pertuan Agong akan beri ucapan, lepas itu kita bahas 2 minggu. Yang nampak (boleh diadakan) pada 26 September, boleh diadakah satu motion, dan ini tidak tertulis lagi.


"Jadi maknanya usul tidak wujud dalam dokumen rasmi pada masa sekarang. Dan window (ruang yang ada) nampaknya (selepas) 26 haribulan. Mengapa perlu tunggu 2 minggu?" katanya tidak berpuas hati dengan cubaan melengahkan waktu yang keterlaluan dilakukan oleh pentadbiran Mahiaddin.


Justeru, Wong mencabar PM sekiranya beliau mempunai majoriti sebagaimana dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini maka hal itu dibuktikan dengan memanggil sidang khas Parlimen Undi Percaya, bukannya menggunakan sidang biasa yang mempunyai aturan membahas titah Diraja dan sebagainya.


"Kalau ada tunjukkan. Takut apa? kalau lengahkan maknanya kerajaan tidak bertanggungjawab. Orang nak berniaga susah. Orang ramai kena Covid, 10,000 sudah mati. Tidak cukupkah mahu main politik?" katanya.



Syed Ibrahim Syed Noh

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, sidang menentukan keabsahan Mahiaddin boleh dibuat pada bila-bila masa dan Ahli Parlimen tidak perlu dijatuhkan maruah mereka dengan percubaan menyogok wang ringgit.


"Buat sidang Parlimen segera. Kalau ditunggu September banyak perkara sudah pun berlaku. Saya rasa Ahli Parlimen yang dipancing sudah membuat laporan polis. Pihak SPRM sudah membuat siasatan. Mengapa kita perlu melalui perkara ini?


"Sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan membuat Undi Percaya seberapa segera," katanya.

 

Presiden Pas kena kecam di tahun baharu Hijrah

 


Jangan buka sekolah sehingga capai imuniti kelompok, pelajar belum divaksin - Prabakaran

 

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini.

Bagi beliau, pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tidak divaksin dan mereka pula banyak menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak.

"Sekolah-sekolah akan dibuka pada September. Ini pengumuman dari Menteri. Saya nak tanya macam mana penjarakan sosial dalam sekolah? Macam mana kementerian atau kerajaan boleh syorkan tiada Covid dalam sekolah?

"Pelajar sekolah akan menggunakan pengangkutan awam, LRT, KTM, bas. Macam mana nak syorkan mereka ini bebas dari Covid?

"Sudahlah mereka tidak divaksin. Ini akan menyusahkan rakyat Malaysia," katanya.

Praba meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula keputusan pembukaan sesi persekolahan pada bulan hadapan memandangkan pelajar, khususnya di sekolah rendah sukar dipastikan untuk mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) di tengah-tengah gelombang jangkitan Covid yang mengganas.

Selain itu, beliau mencadangkan peningkatan kualiti internet 4G sebagai jalan keluar untuk semua pelajar belajar dari rumah.

"Kawasan saya ada 4 sekolah yang pengangkutan utamanya (ke sekolah) LRT. Batu Muda ada 3 sekolah dan di situ ada pusat saringan Covid, akan menggunakan pengangkutan sama.... Saya harap kerajaan memahami ini dan mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan masing-masing buat kenyataan kerana mood Menteri berlainan.

"Saya mahu kementerian kaji balik. Jangan buka sekolah sampai negara ini dapat imuniti kelompok. Ada banyak teknologi untuk kita mendapatkan pengajian melalui internet. Tingkatkan sistem internet. Ada banyak PPR di Kuala Lumpur internet 3G lagi. Kadang-kadang bukan 3G pun.

"DBKL bersama Kementerian Multimedia kena naik taraf internet yang belum ditingkatkan. Saya rasa kita jangan ambil risiko buka sekolah (tahun ini)," katanya lagi.


‘Kita tolak Mahiaddin kerana dia hancurkan sistem demokrasi berparlimen’

 


UMNO AKAN LINGKUP JUGA AKHIRNYA

 


Dua lagi MP Umno akan tinggalkan Mahiaddin, dakwa Puad Zarkashi

KEADILAN BOLEH BEKERJASAMA DENGAN SESIAPA YANG MAHUKAN REFORMASI DALAM MENENTANG RASUAH DAN KERAJAAN YANG TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB

 


Slogan mereka " No Anwar, No Dap". Slogan ini lebih kepada sentimen, peribadi, bukan prinsip.

Berbeza dengan Keadilan. Slogan kita jelas berprinsip iaitu "No Rasuah". Maksudnya, tidak kira siapa kamu asalkan kamu setuju untuk lawan rasuah, ayuh, kita bersama.

Prinsip lebai pula? "Ada jawatan, ada sokongan". Takbir!!

Tujuan utama mereka rampas mandat rakyat dulu dan sanggup tebuk atap adalah kononnya tidak mahu negara ini diperintah oleh kerajaan liberal dan dipengaruhi DAP. Hujah ini diterima baik oleh Pas maka lebai-lebai Pas pun ikut sekali merangkak naik ikut atap.

Bila dah rasa nak hilang kuasa, mahu juga kekalkan kuasa, puak-puak tebuk atap ni pergi cari wakil-wakil  rakyat DAP dan Keadilan untuk dibeli. Sanggup berabis duit jutaan ringgit mahu kepada puak liberal dan komunis Dap?

Nasib baik wakil-wakil rakyat DAP dan Keadilan bukan jenis pelacur politik macam lebai.....


W.FAUDZIN


Umno tidak akan bekerjasama dengan PH

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)

DIMANAKAH KEKUATAN MUHYIDDIN ?

 May be an image of 1 person and text that says "KEDUDUKAN SOKONGAN DEWAN RAKYAT 9 OGOS 2021 MENYOKONG: 100 AHLI PARLIMEN 31 18 18 2 PBRS PBS STAR MIC MENENTANG: 120 AHLI ARLIMEN BERSATU PAS GPS MCA BEBAS JULAU LANGAT LUNOK TEBRAU 88 PAKATAN HARAPAN WARISAN PEJUANG UPKO PSB BEBAS 2 AHL PARLIMEN UMNO MENYOKONG MAHIADDIN 23 UMNO REMBAU SIMPANG RENGGAM JASIN KETEREH AHLI PARLIMEN UMNO MENENTANG MAHIADDIN UMNO TENGGARA KUALA KANGSAR ROMPIN PADANG BESAR 15 BERA PADANG RENGAS ARAU KOTA TINGGI BAGANDATUK PUTRAJAYA SALAK TERAP PONTIAN LENGGONG BALING PENGERANG KINABATANGAN PARITSULONG JERANTUT CAMERONHIGHLAND KIMANIS TANIONGKARNG GUAMUSANG MACHANG PARIT Kerusi Parlimen Gerik8 Batu Sapi dikosongkan Hamidi"

ADAKAH KEPUTUSAN KERAJAAN INI TEPAT?

 

Kes sekitar 18-20k... kematian lebih 300

Berita gembira atau berita mengejutkan...


Oleh Norman Radzuan

Pasti ada yg berkata, apa sahaja keputusan kerajaan semua saya mahu bangkang. Jujur sebagai seorang ahli peniagaan tentulah perasaan gembira setelah kerugian yg terjejas teruk tetapi saya masih terkejut dan ragu2 adakah keputusan ini tepat dlm keadaan kritikal skg.

Mungkin ada juga rakan2 yg tidak bersetuju dgn saya. Tak mengapa utk kita berbeza pandangan. Saya melihat keputusan kerajaan ini atas dua faktor. Pertama 'beli jiwa' rakyat atau popular decision dan kedua kerana ekonomi...bukan atas faktor keselamatan/kesihatan.

Tidak lojik ketika kes sekitar 5-6k kita dikurung di dlm rumah tetapi apabila kes melonjak 20k tiba2 kerajaan ingin melonggarkan ke fasa pemulihan 2 atau 3. Hari ini sahaja 360 kematian angkara Covid. Hospital pula masih tidak cukup katil, tidak cukup tong oksigen, tidak cukup bilik mayat hingga perlukan bantuan kontena... kita boleh membebaskan rakyat ke sana ke sini?

Lebih menakutkan kita baru sahaja diserang Viran delta yg jauh lebih bahaya dari Covid19. Kita masih sdg belajar mengenal new variant ini. Malah saya hairan bagaimana kerajaan hanya menggunakan alasan kes menurun di hospital Sg Buluh utk mereka berusia 60 sebagai alasan utk kerajaan melonggarkan walaupun mengakui keputusan ini memberi risiko akn peningkatan jangkitan.

Jadi tentu bertanya kpd saya apa penyelesaiannya? Saya lebih suka kita bertahan utk tempoh sebulan lagi utk menurunkan angka kes ke paras bawah 10k dan kita mengenali Viran Delta ini bagaimana seriusnya menyerang kita. Sambil itu dlm tempoh sebulan ini kita segerakan vaksinasi agar setiap negeri mencapai herd immunity.

Saya setuju Perlis, Labuan dan Sarawak beralih ke Fasa 3. Tapi melonggarkan mereka yg sudah 2 kali divaksin merentas negeri pada Selasa ini saya rasa terlalu awal. Ini kerana terlalu byk kes mereka yg sudah divaksin masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

Sewajar dlm tempoh sebulan ini guru2, pensyarah, pelajar2 Universiti divaksinasi sepenuhnya. Step by step sb kes kita skg ini masih terlalu kritikal. Kenapa jika dine in dibolehkan, pelancongan domestik dibenarkan tetapi Parlimen ditutup??? Ini persoalan yg masih menjadi tanda tanya.

Masihkah kita ingat apabila sekolah2 dibuka. Tidak sampai 2 minggu Covid19 dgn pantas terus menyerang pelajar dan tenaga pengajar. Sudahkah kerajaan mempunyai data kes Delta yg jauh lebih bahaya ini?

Sekali lagi saya tegaskan keputusan ini lebih kpd faktor membeli jiwa rakyat dan ekonomi...bukan faktor kesihatan/keselamatan. Saya sendiri telah mengambil keputusan utk menutup peniagaan sejak Julai, Ogos sehingga September ini. Begitulah niat utk ke KL dari Julai saya tangguhkan sehingga September kerana melihat kita masih dlm kritikal.

Buat rakan2 apapun kekalkan Safety anda. Saya rasa Muhyiddin telah tersalah menerima nasihat dari penasihat barunya yg kelakar itu. Telah ramai org terdekat atau org yg dikenali telah meninggalkan kita. Benar ajal di tangan Tuhan tetapi kita berusaha utk mengelakkan... selepas itu kita serahkan kpdNya.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media