'Cukuplah panggil 20 Ahli Parlimen, mereka perlu agih bantuan makanan di kawasan' - Sim Tze Tzin

 


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan tekanan dengan memanggil seorang demi seorang Ahli Parlimen untuk disoal sisat berkenaan perhimpunan di Dataran Merdeka, 2 Ogos lalu dikecam Ahli Parlimen Bayan Baru.

Menurut Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen amat diperlukan di kawasan mereka dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di mana rakyat yang sukar untuk mendapatkan keperluan harian perlu dibantu.

Katanya, kerajaan PN perlu menghormati tugas barat Ahli Parlimen ketika ini.

"Setakat hari ini saya rasa lebih kurang 30 Ahli Parlimen telah dipanggil. Ini membuang masa. Ini adalah rekod paling tinggi untuk satu perhimpunan. Di mana tak pernah dalam sejarah Malaysia lebih 30 Ahli Parlimen dipanggil buat siasatan dalam satu perhimpunan

"Dulu PM Najib satu perhimpunan dia panggil 5 Ahli Parlimen sahaja. Adakah kerajaan mahu pecahkan rekod?

"Rakyat mahu Ahli Parlimen jalankan tugas di Parlimen. Kami membawa suara ke Parlimen tetapi disekat. Apa kami boleh buat. Itulah tugas kami.

"Cukuplah 30 orang. Jangan panggil lebih ramai. Ahli Parlimen perlu berkerja kawasan beri bantuan makanan (dalam masa PKP)," katanya, semalam.

Selain itu, Sim juga membidas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang suatu ketika dahulu selepas dipecat dari Umno dan menyertai pembangkang, pernah mengangkat sepanduk agar Ahli Parlimen dihormati.

Sebaliknya, kata Sim, hari ini beliau bertindak tidak menghormati hak Ahli Parlimen untuk bertugas.

"Kami hadir ke sini, kita tahu bahawa Mahiaddin pernah satu ketika dulu kena siasat oleh polis. Dia pun pernah mengambil bahagian dalam perhimpunan dan disiasat.

"Dia juga pernah angkat sepanduk 'pertahan hak Ahli Parlimen'. Jadi kita minta supaya Mahiaddin hormatilah hak Ahli Parlimen," katanya lagi.

 

No comments: