POLITIK AHAMD MASLAN TAK ASTRAK

 

May be an image of Rosli Sukiran and text that says "4.7k JAWAB, SAYA TANYA! LIVE Streaming NRChannelT RChannel com.my ATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN AHLI PARLIMEN PONTIAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO 거"


MSO

Dari luar, perwatakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan nampak

hebat

. Tetapi isinya tidak sehebat Mohamad Rahmat yang pernah memegang jawatan itu.

Mungkin kerana Ahmad Maslan bernuasa muda jadi seni politiknya tidak begitu abstrak sangat.

Semasa berdialog dalam sebuah tv internet selejap tadi beliau cuba menjelaskan beberapa perkara yang serabut dalam Umno ketika ini terutamanya perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu berhubung sokongan kepada Mahiaddin.

Ahmad cuba memberi penjelasan agar Umno tidak berpecah lebih teruk lagi. Nawaitunya baik demi survive Umno.

Tetapi ada sesuatu yang bagi saya tidak perlu beliau sebuat dan war-warkan, yakni menyentuh soal Anwar Ibrahim. Kita tahu Umno tidak senang dengan Anwar dan menghalang Anwar dariipada jadi perdana menteri.

Tetapi mendedahkan yang Zahid Hamidi menggunalan nama Allah walahi, wabilah, dan watalahi tidak akan sokong Anwar jadi PM kurang sesuai dan penting. Walaupun perkara itu mungkin tidak rahsia parti, tetapi ia tidak manis kepada umum. Tampaknya Ahmad Maslan tidak mengenali siapa Zahid dan membaca makrifat politiknya?

Pendedahan itu juga boleh mengikat dirinya sendiri. Apa kata kalau sesudah Mahiaddin jatuh (dengan sokongan Umno juga nanti), tiba² Yang diPertuan Agong memilih Anawar sebagai perdana menteri berdasarkan jumlah kerusi mengikut blok, apakah sumpah Zahid itu terpakai?

Apakah Umno tetap menolak kerana berpegang kepada sumpah itu?

Kepada Mat Maslan elok beliau membuka kitab lama ditinggalkan Mohamad Rahmat semasa dia jadi SUA Umno dahulu, jangan hanya baca kitab ditinggalkan Sanusi Junid. Trims