MEMANG MB NI NAMA DAH TERCEMAR. SELAIN BERBOHONG DIA JUGA SUKA CARI GADOH DAN LOYAR BURUK

 

DIA HINA ORANG TAK APA.INILAH MB YANG PALING TERUK SELEPAS PERISTIWA  MB DI KELAB MALAM DULU DULU.



Koyak! Warga emas ditahan polis hina MB Kedah



Koyak KOT   ! Warga emas ditahan polis hina MB Kedah




Seorang lelaki warga emas ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor serta boleh membawa kepada perpecahan keamanan.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada jam 3.57 pagi Isnin susulan laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Azizan Hamzah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, video berdurasi 9.19 minit di pautan Facebook lelaki tersebut yang menggunakan nama Kamal Hero Malaya dipercayai bertujuan menghina, menjatuhkan maruah, bermotifkan politik serta mencemar reputasi Muhammad Sanusi.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan semakan mendapati ada rekod jenayah lampau yang masih disiasat di bawah seksyen 506 kanun keseksaan.

“Bagaimanapun suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas semua keterangan diambil. Siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 kanun keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurutnya, bagi kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

“Kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil pula boleh dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia membawa hukuman jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Adzli turut menasihatkan masyarakat supaya tidak memuat naik sebarang perkara jelik dan boleh mengaibkan individu lain sehingga boleh membangkitkan pecah keamanan.

Sumber | SH


No comments: