GAJAH PUTIH ? BIAR BETUL.,

 


AMOI TANYA MCA-


 

JANGAN ENGKAR ARAHAN PRESIDEN. JIKA ANDA BERADA DALAM PARTI REFORMASI.

 


APA LA HANG KEBUN NI....




 Bila kata 𝗼𝗯𝘀𝗲𝘀, tak terima. Kata nakkan layanan yang 𝗮𝗱𝗶𝗹.buar Najib.


Masalahnya, 𝘁𝗮𝗻𝗴 mana yang tak adil? Najib diberi peluang perbicaraan. Diberi akses kepada peguam, boleh panggil 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶. Apa yang tak adil?


Najib dipenjarakan atas kes 𝗦𝗥𝗖 bukan sebab tak diberi peluang bela diri sebaliknya dia 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶. Bila ditanya oleh peguam, jawapan Najib cuma 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂.


Najib bukan kena macam DS Anwar. Saksi 𝗱𝗶𝘂𝗴𝘂𝘁 untuk buat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂. Itu dalam kes 𝗟𝗶𝘄𝗮𝘁 1. Dalam kes 𝗟𝗶𝘄𝗮𝘁 2 pula, yang mana 𝗡𝗮𝗷𝗷𝗯 masih PM, keaddanya lebih kurang begitu juga.


Walaupun ada perakuan daripada doktor pakar yang dubur 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗷𝗼𝗹𝗼𝗸𝗶, tetapi ia tak diterima pakai oleh mahkamah. Walau ada 𝗮𝗹𝗶𝗯𝗶, tapi mahkamah nafikan.


Jadi dekat mana nak kata Najib tak dapat layanan yang adil? Najib dah dapat layanan 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗶𝗹. Sampai arwah 𝗣𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 meninggal pun dia dibenar keluar peri ziarah.


Masa Najib PM, 𝗶𝗯𝘂 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 meninggal dunia pun 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿. Nak adil macam mana lagi? Sebab tu orang kata ko 𝗼𝗯𝘀𝗲𝘀. Sebab ko bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SURAT PERLAWAAN DEBAT


Iswardy Morny


 Semua surat pelawaan debat telah dikeluarkan oleh NGO AMG dan telah di hantar. Manivanan, Rafizi dan YB Rodziah sudah menyatakan persetujuan.









Nurul Izzah Teruja Menang 80 Kerusi, Rafizi templak Nurul ni pandai kira...

“Dia Petik Nama Saya.. Sekarang Giliran Saya Dedah RAHSIA Nurul Izzah!”

Akmal ni obses tahap mental sama Najib....

Budayakan beg kitar semula di mana-mana

 



Sebuah beg kita semula - NAHRIZUL ADIB KADRI

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Oleh Siti Nazziera Mokhtar

Malaysia telah mengorak langkah bagi menangani isu lambakan sisa plastik sekali guna dengan melancarkan pelan hala tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna untuk 2018–2030.

Usaha ini dilihat sebagai titik tolak ke arah perubahan yang lebih mampan dalam pengurusan sisa pepejal.

Menurut kajian komposisi sisa pepejal yang dijalankan oleh SWCorp pada tahun 2024, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 13.8 juta tan sisa plastik setahun. Angka ini bukan sahaja membimbangkan, malah meletakkan Malaysia sebagai negara kelima tertinggi di dunia dalam penggunaan plastik sekali guna.

Realiti ini mencerminkan betapa mendalamnya kebergantungan masyarakat kita terhadap plastik dalam kehidupan seharian.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan merancang untuk menggubal satu kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional bagi menangani pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Langkah ini penting bagi memperkukuh dasar sedia ada serta memastikan perubahan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

Salah satu punca utama yang dikenal pasti ialah sikap dan tabiat pengguna. Plastik sekali guna telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden kerana ia murah dan mudah dan boleh didapati di mana-mana. Namun, kemudahan ini datang dengan harga yang tinggi terhadap alam sekitar.

Kini, kerajaan mencadangkan untuk menaikkan caj beg plastik sekali guna daripada 20 sen kepada 50 sen. Tujuan utama bukan untuk membebankan pengguna, tetapi sebagai satu bentuk ‘dorongan’ untuk mereka beralih kepada alternatif yang lebih mesra alam, seperti beg kitar semula.

Walaupun inisiatif ini telah menunjukkan hasil yang positif di pasar raya besar, namun perubahan tingkah laku pengguna di pusat penjaja dan pasar awam masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa 62.3% pengguna masih tidak membawa beg sendiri, manakala 57.3% pengguna sanggup membayar caj 20 sen untuk mendapatkan beg plastik.

Ini menunjukkan wujudnya kebergantungan dan kurangnya kesedaran mengenai impak jangka panjang penggunaan plastik terhadap alam sekitar.

Lebih membimbangkan, ramai pengguna lebih bergantung kepada inisiatif peniaga seperti penyediaan beg kertas atau kotak, berbanding membawa beg sendiri.

Kebergantungan ini membuktikan perlunya pendidikan dan pendedahan berterusan kepada masyarakat tentang kepentingan peranan individu dalam penjagaan alam sekitar.

Media massa dan platform digital dilihat sebagai alat penting dalam menyebarkan maklumat, menanam nilai dan membentuk kesedaran tentang isu ini.

Kempen dan hebahan yang berterusan mampu mengubah minda dan sikap masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal menjadi pengguna utama pada masa hadapan.

Pengguna juga menyatakan sokongan terhadap polisi yang lebih ketat dan kenaikan caj sebagai langkah berkesan untuk mengawal penggunaan plastik.

Namun begitu, inisiatif seperti ini tidak seharusnya terhad kepada pasar raya sahaja. Lokasi-lokasi seperti kedai runcit, gerai makanan, pasar malam dan pusat penjaja juga perlu diperkasakan dengan dasar dan galakan yang sama.

Untuk mencapai sifar penggunaan plastik, kita tidak boleh bersikap selektif. Penggunaan beg kitar semula harus menjadi norma baharu di semua peringkat – tanpa mengira lokasi atau jenis premis.

Semua pihak – pengguna, peniaga, penggubal dasar dan pihak berkuasa tempatan – perlu memainkan peranan masing-masing.

Sebagaimana kita boleh membiasakan diri untuk membawa telefon bimbit ke mana sahaja, tidak mustahil untuk membiasakan diri membawa beg kitar semula setiap kali keluar rumah.

Perubahan kecil seperti ini, jika dilakukan secara konsisten, akan memberikan impak besar terhadap usaha menjaga kelestarian alam sekitar negara.

Alam sekitar ini bukan warisan nenek moyang kita, tetapi pinjaman daripada anak cucu kita. Maka, tanggungjawab untuk memeliharanya bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata, tetapi perlu digalas oleh setiap individu dalam masyarakat.

Langkah kecil oleh setiap individu, apabila digabungkan, mampu membawa perubahan besar kepada alam sekitar dan masa depan negara.

Dr Siti Nazziera Mokhtar merupakan felo penyelidik di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC) di Universiti Malaya.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Ucapan Penuh Rafizi Ramli di Jelajah HIRUK @ Sarawak

GEMPAR!! - SHAMSUL ISKANDAR DEDAH KENAPA PMX MAHU SINGKIRKAN RAFIZI | Ma...


Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli seorang yang sukar bekerja dalam satu pasukan. Shamsul dilaporkan berkata pemilihan kali ini bukan sekadar soal kepimpinan, tetapi soal keserasian dalam menerajui parti. “Rafizi tidak memainkan peranan sebagai timbalan presiden dan dia tidak dilihat membantu presiden. Saya percaya itu salah satu sebab mengapa orang dalam parti mahu melihat perubahan. ANWAR LEBIH SELESA BERSAMA MEREKA YES MAN DAN ANAK PAPA!



HRC LIVE!! - RAFIZI TIADA DIPELANCARAN PRN SABAH! - SILAP LA NURUL IZZA...

Adakah PH-BN akan kerjasama pada PRU16? Ini jawapan saya

Dana Kewangan Mampu Lindungi ASEAN Daripada Krisis Ekonomi – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemu bual stesen TV BRICS di Kazan, Tartastan sempena KazanForum 2025 pada 16 Mei 2025. Foto TV BRICS

KAZAN, 17 Mei – Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah strategik untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi temu bual bersama TV BRICS di sini pada Jumaat, Perdana Menteri berkata wujud keperluan untuk transformasi dalam ASEAN khususnya dalam sektor kewangan dan kumpulan itu secara aktif mengambil langkah ke arah itu.

“Salah satu contoh ialah Inisiatif Chiang Mai iaitu bank pusat di rantau ini bekerjasama dan mempromosikan penggunaan mata wang tempatan seperti dalam usaha semasa dengan Thailand, Indonesia dan China yang menyasarkan 20 peratus urus niaga perdagangan dalam mata wang tempatan, mewakili berbilion dolar US.

“Ini menunjukkan bahawa jika kita boleh lakukan, kita harus meneruskan. Walaupun dolar US kekal sebagai mata wang dominan di dunia, sekurang-kurangnya kita boleh mempunyai beberapa bentuk penangguhan untuk membantu mengurangkan risiko dan melindungi kepentingan negara kita,” kata Anwar dalam temu bual berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai transformasi dalam kalangan negara anggota ASEAN terutamanya dalam sektor kewangan dan cadangannya untuk menghidupkan semula Dana Kewangan Asia sebagai satu bentuk zon penampan untuk melindungi daripada krisis ekonomi.

Temu bual itu diadakan semalam dalam kesibukan padat pada bahagian terakhir lawatan rasminya ke Kazan, Tartastan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media Malaysia sebelum menamatkan lawatan rasmi beliau selama empat hari ke Russia pada 16 Mei 2025. Foto Bernama

Perdana Menteri memulakan bahagian pertama lawatan empat harinya di Moscow pada 13 Mei.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat ASEAN pada akhir bulan ini, ia akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan ekonomi.

“Ia termasuk penyertaan daripada negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan semua enam negara Arab menghadirinya dan seterusnya akan disusuli dengan sidang kemuncak dengan China untuk memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.

“Itu menunjukkan tumpuan kita kembali kepada asas ekonomi,” tegas Anwar.

Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan diadakan setiap tahun, disertai negara dari Asia Timur, India, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat pada akhir tahun, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi pleno Mesyuarat Kumpulan Strategik ‘Russia-Islamic World’ sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata perhimpunan itu akan menjadi peluang utama untuk melibatkan rakan dagangan utama ASEAN dan mengukuhkan komitmen kumpulan itu terhadap kerjasama pelbagai hala berasaskan peraturan.

“Saya berpendapat bahawa semangat ASEAN dan semangat BRICS tidak boleh dikenakan tindakan unilateral oleh mana-mana negara tertentu,” tambahnya.

Malaysia telah diterima sebagai negara rakan kongsi BRICS pada Januari 2025.



Juri terkejut tengok pemenang acar buah terbaik rupa-rupanya Permaisuri Pahang




SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025

Seorang juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Tengku Ampuan Pahang.

Juri yang mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan terkesima saat melihat Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah naik ke pentas saat nama pemenang pertama diumumkan.

Lebih menarik, Tengku Ampuan Pahang rupa-rupanya menggunakan nama samaran ‘Aminah Mahmood’ ketika menyertai pertandingan itu.

“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.

“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.

“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat.

 

Perkongsian ini dimuat naik di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

 

 

Pembekal pula buka mulut, sahkan projek MyKiosk telus tiada ‘favouritism’

 



SITI NUR ZAWANIMay 18, 2025

Seorang pembekal bagi projek MyKiosk menyuarakan rasa kesal apabila nama syarikatnya digunakan dalam siri kritikan terhadap kerajaan, menegaskan dia hanyalah pembekal yang tidak terlibat dalam proses tender mahupun sebarang rundingan dengan kementerian.

Melalui hantaran di platform X, pengguna akaun @AbdullahSazili berkata, dia tidak bersetuju apabila nama syarikatnya digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajaan tanpa melihat kedudukan sebenar.

“Aku faham korang nak buat semak dan imbang untuk kerajaan sekarang, tapi jangan lah gunakan syarikat aku dan projek aku sebagai medium korang.

“Aku ni hanya sekadar pembekal je. Tak ada kena mengena dalam proses tender ke, rundingan menteri ke dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran tular.

Beberapa pihak mendakwa, syarikat A.D Prima Ventures milik Abdullah Sazili telah mendedahkan bahawa satu unit MyKiosk adalah sekitar RM12,500 hingga RM16,000

Menjelaskan perkara itu, dia berkata harga siling projek yang ditetapkan oleh KPKT adalah sebanyak RM25,000 di mana nilai itu menepati spesifikasi yang ditetapkan.

 

Namun dalam proses tender, harga yang ditawarkan kontraktor boleh jatuh serendah RM19,000.

Ini kerana kontraktor kebiasaannya akan mengambil margin keuntungan sekitar 30%, bergantung kepada kos sebenar kerana modal ditanggung sendiri oleh kontraktor.

Menyentuh soal integriti proses, dia menjelaskan sepanjang pelaksanaan projek, tiada sebarang bentuk campur tangan tidak wajar daripada pihak kementerian atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Projek ini, dana KPKT betul. Harga yang diluluskan RM25,000. Tapi harga tender ada jatuh sampai RM19,000 pun ada. Standard margin keuntungan kontraktor sekitar 30%. Sebab modal pun dari kontraktor juga

“Sepanjang aku buat projek ni, tak pernah ada campur tangan yang tidak adil dari pihak kementerian atau pun majlis.

“BQ-nya clear, tiada favouritism, tiada spec yang merepek,” katanya sambil menegaskan bahawa spesifikasi projek itu menepati nilai peruntukan.

Untuk rekod urusan perolehan sepenuhnya dijalankan di peringkat PBT melibatkan proses sebut harga yang jelas dan teratur.

PBT adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pemilihan dan pelantikan kontraktor serta pemantauan kualiti kiosk.

Pemilihan syarikat oleh PBT adalah berdasarkan kriteria seperti kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G1 dan G2 yang dilantik melalui sebut harga terbuka.

Sebanyak 349 kontraktor telah dilantik oleh 114 PBT di seluruh negara bagi MyKiosk 1.0. Manakala sebanyak 446 kontraktor telah dilantik oleh 96 PBT untuk pelaksanaan projek ini.

 

KEBODOHAN APAKAH YG BERLAKU KPD PKR DI TAHUN 2025? - SOAL DSRR






1) Rakyat akan ingat kebodohan yg berlaku pada PKR seperti pemilihan TP PKR ini pada waktu yg hampir dgn PRU16. Takde angin takde ribut, sibuk nak jatuhkan dan tukar TP PKR dan MenEko.


2) Alasan gerakan besar-besaran utk singkirkan DSRR LANGSUNG GAGAL DIBERIKAN JUSTIFIKASI melainkan kempen #DAMAI. Mcm2 dikutuknya DSRR dari semua arah penuh EMOSI BENCI, takut sangat ke dgn dia sehingga begitu sekali mahu memusnahkan DSRR?? Atau sbb dia byk "TAHU" dan TAKUT "bom jangka" meletop?


3) Lagi nak termuntah bila kempen #DAMAI tapi di blkg BERSERABAI TikTokers dan Influencer menjelik, menghina, mengutuk dan memburukkan DSRR. Lepas tu tuduh penyokong DSRR pula memburuk-burukkan NIA? Aiks?? Sape yg start dulu? Memg susah le nak kawal sdgkan kami berusaha elak kempen memburukkan calon.


4) Malah wujud news portal yg memfitnah DSRR KUNUN lemah, tak perform sehinggakan EKONOMI Malaysia pun dikatakan TERUK di waktu DSRR sebagai Menteri Ekonomi. Mai mana tu semua tu?? Upah ke?? Atau memg walaun yg baru keluar gua? Kejayaan IPR, IKR, PADU, MyPAKW, no 1 di dunia dlm ODIN, eco-system Renewable Energy, Dasar Gaji Progresif bagai, hgpa TAK cerita??


5) Jangan ingat kami bodo. Baling lah batu sembunyi tangan pun, Rakyat, PENGUNDI pun nampak kezaliman dan kebobrokan yg berlaku.


Wallahualam.


-Zus Din 

18052025

#DSRR

#HIRUK




HADIAH ALQURAN DAN BANTUAN AL QURAN TERJEMAHAN MENYUSUL

 


𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙



PERNAH DENGARKAH PEEMOHONAN MAAF BELIAU SEBAGAIMANA BELIAU LAFAZKAN.... TAK ADA VIDEO? 


✍️ Ahmad Mursi


Pelaku qazaf dianggap fasiq dan hilang sifat ‘adalah (adil) yang merupakan salah satu syarat sah untuk menjadi wali, walaupun dia bapa kandung. Oleh itu, hak wali berpindah kepada wali lain mengikut turutan (misalnya: datuk, abang kandung, pakcik sebelah bapa, atau akhirnya wali hakim).




𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗨𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔?


Taubat peribadi (antara dia dan Allah) tidak mencukupi untuk menggugurkan kesan hukum dunia, kerana qazaf ialah jenayah hudud (hukuman 80 kali sebatan) dan bukan sekadar dosa peribadi. Taubat nasuha hanya menghapuskan dosanya di akhirat, tetapi untuk memulihkan kelayakan di dunia (menjadi wali atau diterima kesaksiannya), dia perlu bertaubat dan membuktikan dirinya sudah memperbaiki akhlak (islah) secara zahir, sehingga masyarakat atau hakim boleh menerima dia semula sebagai orang yang adil.


𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗬𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜?


Akad nikah itu batal dari awal (bukan hanya fasid atau rosak) kerana rukun nikah (wali) tidak sah. Hubungan suami isteri selepas itu dikira zina kerana kedua-duanya tahu akad itu tidak sah. Anak yang lahir dari hubungan ini tidak boleh dibinkan kepada bapanya, tetapi hanya kepada ibunya. Anak itu juga tidak boleh mewarisi harta bapa secara faraid. Walau bagaimanapun, anak tetap diiktiraf sebagai manusia yang mulia — wajib dijaga, dinafkahi, dan tidak boleh dihina walaupun status nasabnya harus mengikut hukum syarak. Untuk memperbaiki keadaan, mesti segera dilakukan tajdid akad (akad semula) dengan wali yang sah atau wali hakim. Namun, tajdid akad hanya menghalalkan hubungan untuk masa depan; status anak yang lahir sebelum itu kekal sebagai anak tidak sah taraf, tidak boleh dibinkan kepada bapa, dan tidak mewarisi faraid.


𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙?


Nikah dihukum fasid (rosak) tetapi tidak batal secara automatik kerana kedua-dua pihak tidak tahu. Perlu segera diperbaiki dengan tajdid akad. Ini dikira nikah syubhah (nikah yang disangka sah ketika itu), maka anak yang lahir tetap sah taraf, boleh dibinkan kepada bapa, dan berhak menerima pusaka bapa melalui faraid. Wali tetap berdosa kerana menyembunyikan ketidaklayakan dirinya.


𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗛𝗨𝗗𝗨𝗗 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔?


Walaupun hudud belum digazetkan sebagai undang-undang di Malaysia, hukum syarak tetap berjalan dari sudut dosa, kesan fasiq selama-lamanya, status wali, dan kesaksian di sisi Allah. Maksudnya, walaupun pelaku qazaf tidak dikenakan hukuman rasmi (seperti sebatan), dia tetap berdosa, tetap hilang kelayakan sebagai wali atau saksi dalam hukum agama, dan tetap wajib bertaubat. Hanya hukuman rasmi hudud yang tidak boleh dijalankan kerana tiada peruntukan undang-undang. Di Malaysia hanya ada ta'zir yang berbeza mengikut negeri.


(Kredit Video: TT Wan Mahusin)



𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 jawatan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻,, siapa agaknya akan menang?

 

𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 jawatan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻,, siapa agaknya akan menang?


Aku tak tahu. Cuma hang aku tahu, 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸! Tengok pada cara penyokong kedua-dua pihak berkempen, lebih kepada 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 berbanding menangkan calon.


Teruskanlah berkempen begini. Lepas tu, Rafizi ke, Izzah ke jadi Timbalan Presiden, sama je susahnya dorang nak nak menangkan semua Keadilan sebab 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Nak kukuhkan Keadilan susah. Tapi mudah je bila nak hancurkan semata-mata atas nama pemilihan. Terbaik Keadilan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


IDEA IPR - SAPA KATA TAK LAKU? YANG RAJIN SAJA AKAN BERJAYA


 Nenas sudah. Cili sudah. Terung pun sudah. Sekarang, timun pula dari Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).






Seronok tengok peserta IPR di Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan mula tuai hasil, sambil belajar kemahiran baru yang boleh ubah hidup mereka.


Inilah yang kita perjuangkan: mudahkan teknologi, latih kemahiran, gandakan hasil. Bila petani untung, ekonomi setempat pun mengembang. Yang penting rakyat rasa perubahan.



WOIIIII... NI ZALIM NIH


 

JEMPUTAN DEBAT UNTUK UNTUK TARIKH 18-22. MEI

 


Rafizi Ramli sudah bersetuju untuk perdebatan di adakan di channel saya. Kita akan hantar surat kepada Nurul Izzah Anwar untuk mendapatkan persetujuan. tarikh dari 18 - 22 Mei 2025


Iswardy



PA YANG KAMU OBSES SANGAT AKHMAL...