WAKIL RAKYAT MENIPU SAJA.


 

PERHIMPUNAN SYOK SENDIRI . ORANG KECEWA MELUAHKAN RASA




 Di depan Masjid Jamek Kampung Baru,

Sebuah kumpulan berhimpun, namun bukanlah sepertimana di zoo,

Kira-kira 500 orang terlihat,

Bagi protes 'Selamatkan Malaysia', siang dan malam.


Diatur oleh Perikatan Nasional, katanya,

Namun ada yang mengatakan ia hanya permainan semata,

Selepas solat Zohor, mereka menaiki pentas,

Untuk menghiburkan orang ramai, seperti halaman komedi.


Badrul Hisham Shaharin, bintang aktivis,

Dikenali sebagai Chegubard, beliau berjauhan merentasi,

Dari trak pikap, beliau menyuarakan pendapatnya,

Namun adakah sesiapa tahu apa yang dijumpai?


Tun Faisal Ismail Aziz, dengan pesonanya,

Dari Bersatu, beliau menambah suasana hangat,

Dengan ucapan dan jenaka, mereka berusaha sebaik mungkin,

Untuk menjadikan protes ini sebagai perayaan yang menggelikan.


Namun ketika kumpulan itu berkumpul, jelas,

Bahawa perhimpunan ini membawa sedikit kegembiraan,

Hanya 500 orang, sekumpulan yang kecil,

Untuk protes yang bertujuan untuk memberi impak.


Jeritan terdengar, tetapi sangat sedikit,

"Dakwa Zahid," mereka menjerit, tanpa sebarang kecaman,

"Reformasi" bergema, hilang di udara,

Dengan kumpulan yang begitu kecil, ia nampaknya...


(Note: The translation provided is in a professional Malay writing style. However, please note that humor and comedy don't always translate directly due to cultural and linguistic differences.)



TERTELAN KAHAK SENDIRI

 



Tokdan tertelan kahak sendiri bila MP lain ingatkan dia yang dia pun DNAA kes cabul budak perempuan bawah umur. ๐Ÿคฃ


Mahkamah memutuskan DNAA terhadap Tokdan pada 2019.


Lain kali cakap tengok cermin Tokdan.  Cukuplah ada kes cabul budak, Tokdan janganlah nak cabul kestabilan kerajaan pula.

PAS MAMPU KUMPUL RAMAI. TAPI LIHAT PADA KES INI...IANYA BUKAN MELIBATKAN KES PAS PUN. TAPI KES BERSATU


 

LANGGAR DRON ?



 Laporan awal mengatakan bahawa nahas berlaku bukan sebab pilot dan bukan sebab kerosakan engine. 


Ada yang kata sebab langgar drone? Kita tunggu laporan penuh. 


************

Siasatan ke atas nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah menolak kemungkinan kerosakan enjin dan ketidakupayaan juruterbang sebagai punca kemalangan tersebut.


Menurut laporan awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan pagi ini, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa enjin pesawat Beechcraft 390 Premier 1 telah dimasuki benda asing sebelum kemalangan berlaku.


"Kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pelepasan bilah seperti bekas lekuk atau tebuk di bahagian pemampat. Pelindung kipas juga tidak menunjukkan bukti pelepasan bilah seperti kemek atau tebuk.


"Tidak terdapat bukti dimasuki objek asing, bulu burung atau bahan lain ke bahagian-bahagian enjin," katanya.

ADS


Menerusi siasatan yang diketuai Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan, bukti menunjukkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu tidak mengalami ketidakupayaan ketika di kokpit.


Justeru itu, laporan itu menyebut, "hipotesis mengenai masalah kesihatan dan faktor penyumbang kepada kemalangan ini mungkin diabaikan".


Kedua-dua mereka juga memiliki sijil perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


"Atas keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga memberitahu PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi," kata laporan awal itu.


Penyiasat juga berjaya mendapatkan gambaran mengenai apa yang mungkin berlaku terhadap pesawat itu berdasarkan rakaman audio yang diekstrak dari Perakam Suara Kokpit (CVR) pesawat tersebut.


Bagaimanapun, penemuan itu hanya akan dikeluarkan dalam laporan siasatan penuh sementara menunggu pemeriksaan semua bukti fizikal.


"Analisis awal rakaman CVR yang dipulihkan telah memberikan petunjuk kritikal untuk mendedahkan punca kemalangan, dengan tumpuan kepada sistem kawalan penerbangan pesawat.


"Hasil pemeriksaan dan penelitian yang belum selesai pada bahagian dan komponen pesawat berkaitan di makmal NTSB dan OEM adalah perlu untuk menyediakan bukti koloboratif dan/atau konklusif dalam menentukan punca kemalangan itu," kata laporan tersebut.


Nahas yang berlaku pada pukul 2.50 petang 17 Ogos lalu menyaksikan 10 orang terkorban apabila pesawat ringan milik Jet Valet Sdn Bhd itu terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina.


Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anggota krew pesawat, serta seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kenderaan yang sedang lalu di kawasan tersebut.


Antara mangsa yang turut terkorban ialah anggota exco kerajaan Pahang, Johari Harun.



DNAA U-TURN








Dua hari lepas YB Marang menyatakan DNAA tidak wujud dalam Islam. Selepas itu, Menteri Agama, Dato' Dr Mohd Naim Mokhtar telah membuat penjelasan panjang lebar bahawa DNAA itu wujud dalam hampir kesemua Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di negeri-negeri sekaligus menafikan kata-kata YB Marang bahawa DNAA itu tidak wujud dalam Islam.


Hari ini YB Marang bukan sahaja masih tidak menarik balik kata-katanya tetapi menukar ayat kepada DNAA terpilih dan juga ayat Pelepasan dan Pembebasan dalam Islam. 


Dalam sistem perundangan Malaysia tiada istilah DNAA terpilih. Semua tertuduh dilayan sama rata. Istilah DNAA terpilih itu adalah tidak berperlembagaan kerana Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak sama rata kepada semua manusia. 


Selain itu, YB Marang nampaknya mula kendur dan tidak lagi berpegang kepada pandangan awalnya dua hari lepas bahawa DNAA ini tidak wujud dalam Islam. Hakikatnya DNAA itu adalah sebahagian daripada undang-undang prosedur jenayah yang terpakai dalam Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Sepatutnya YB Marang jujur menarik balik kata-katanya dan tidak memulas dengan ayat lain.


Undang-undang berkaitan DNAA itu terpakai ke atas kesemua tertuduh. Tiada tertuduh yang tidak boleh mendapatkan DNAA jika cukup syarat-syaratnya. 


Menurut YB Marang, "Sila bandingkan kaedah DNAA (discharge not amounting to acquittal)  yang tidak terpakai terhadap pencuri tabung masjid yang dihukum penjara kerana mencuri tabung masjid sebanyak RM22. Kenapa tidak dipastikan adakah dia mencuri kerana kelaparan atau ada apa-apa sebab yang lain?"


https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/867924368024972?__cft__[0]=AZXisFIe_StJ6noW7-X4TPEntWOaAL_s6ejkntTG_OqYzDZCAu9BSnS9xgILs-oMjqTQR3jOfSYRyKWbkUlSpfq4tZKkxufTYLZWBeOIkRhccQ3GMmjLSL8rblfYphueqkESRf9u4EHIZSOYd1LEoC8kMYc4ZTIh1luLCNY3741pM4N6AVXDBxLlb1RCQZHaWTQ&__tn__=%2CO%2CP-R


Pernyataan DNAA tidak terpakai kepada pencuri tabung masjid itu tidak tepat kerana sudah ada pengakuan salah. Menurut laporan Berita Harian tertuduh telah mengaku salah pada 7 September 2023 dan akan dijatuhi hukuman pada 26 September 2023. Selain itu, tertuduh juga telah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Tertuduh tidak diwakili oleh peguam. 


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/09/1149664/tukang-rumah-didakwa-curi-duit-tabung-masjid


Oleh kerana kes ini berlaku di Terengganu dan tertuduh ini tidak diwakili peguam maka ada baiknya jika YB Marang mengupah seorang peguam untuk mewakili tertuduh dan tatkala itu peguam akan membuat representasi kepada Peguam Negara supaya tertuduh ini juga akan mendapat DNAA. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian kerana tertuduh belum lagi dijatuhi hukuman dan pengakuan salah itu masih lagi boleh ditarik balik.


Oleh itu, sama-sama kita lihat sama ada YB Marang akan mencari peguam bagi mewakili tertuduh kes kecurian tabung masjid ini. Setakat ini, yang membuat tawaran untuk mencari peguam bagi tertuduh dalam kes ini adalah seorang ahli perniagaan bukan Islam iaitu Datuk Seri Sunny Ung.


https://www.kosmo.com.my/2023/09/11/pencuri-rm22-tabung-masjid-ahli-perniagaan-bantu-sediakan-peguam/




Dr Zulqarnain Lukman

15/9/2023



CARA ORG BERPOLITIK BEKERJA

 

Norman Radzuan.






Pemimpin UMNO bekerja perlu dipelajari


Saya suka cara wakil rakyat UMNO Onn Hafiz, Johan Aziz dan Dr Akmal Saleh selesaikan masalah rakyat. Selalu saya lihat di Tik Tok content mereka melintas. Mereka terus hubungi pihak berwajib utk selesaikan masalah ditempat mereka lawati.


Bukan sahaja kakitangan awam tetapi kontraktor2 yg bertanggungjawab disergah. Mereka tidak kira apa kakitangan awam atau kontraktor2 kata…asalkan rakyat gembira. 


Menambahkan pakej mereka sebagai org politik bekerja… mereka gunakan media sosial masing2. Apa tindakan dilakukan rakyat dpt melihat. 


Zaman era ini jika anda bekerja org tidak tahu mereka akn kata anda  tidak bekerja…tapi dgn media sosial anda selesaikan 10 pemasalahan seperti anda bekerja sepanjang tahun.


Bukan tidak ada pimpinan PH membantu rakyat tetapi strategi kurang menarik. Dtg berikan bantuan itu typical politician… tapi dtg melihat mengampil tindakan segera itu agak luar biasa.


Saya harap pemimpin PH belajar dari pemimpin UMNO bab ini… take it in positive way. Waktu saya di pejabat UMNO rakan perpaduan dia sana beritahu… “Pemimpin engkau kena ada attitude sebagai pemimpin kerajaan bukan pembangkang. Jgn takut2… kalau takut2 diambil kesempatan lawan takut jadi pembangkang.”


Moralnya kita ambil potitif… ya kena ada pendekatan baru. Selesaikan masalah rakyat dgn cara baru bukan bila viral dtg beri bantuan. Itu pemimpin kena lakukan, nampak jalan raya menyusahkan rakyat sila laporkan bukan biarkan. Kuasa ada dan HP ada ditangan…call saja pihak yg bertanggungjawab ( PBT ).


Penyelaras DUN kena rajin turun padang bukan tunggu di pejabat sahaja menunggu aduan. Paling PENTING setiap wakil rakyat mesti mempunyai team media yg baik. 


Team media kena tahu ‘bikin filem’ dan tahu macamana mahu viralkan. Jgn kedekut spend duit utk tujuan ini. Jgn content asal ada, tak menarik… kena profesional atau semi pro team… Ia sgt penting.



BUAT SARINGAN TAKUT ADA YANG TAK AMBIK UBAT

 


Semua MP kena buat saringan kesihatan sebelum 31 Oktober. Aku sokong sangat. Tapi harap buat sekali seringan kesihatan mental. Tengok daripada cara pembangkang berhujah, rasanya ramai yang ada masalah mental tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BOLEH TAPI DAKWA JUGA ANIFAH AMAN, SHAHIDAN KASSIM DAN LAIN LAGI....

 



Nak cakap bodoh tapi semua berlagak cerdik. Ada yang pernah jadi menteri pun.


Pendakwaan bukan kerja kerajaan. Itu semata-mata kuasa AGC. Nak tuntut daripada kerajaan kenapa? Macam beli kereta baru, bila rosak claim warranty daripada bengkel yang repair. Mana bolehฤ“. Kenalah bawa ke pusat servis pengeluar kereta tersebut.


Aku syak Mahiaddin dulu masa jadi Menteri Dalam Negeri dan PM biasa salah guna kuasa dan masuk campur dalam urusan Peguam Negara. Sebab itu dia fikir kerajaan sekarang pun sama. Penipu akan fikir orang lain pun penipu macam dia. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MINDA KE LAUT. LAIN TANYA LAIN HANG JAWAB


 

DNAA DALAM ISLAM








YB Marang dalam ucapan parlimen pada hari ini (13/9/2023) menyatakan bahawa DNAA tiada dalam Islam. Bagi menyokong pandangan itu YB Marang telah mengemukakan satu kisah yang berlaku pada zaman khilafah Uthamaniah.


Kita cuba tanya Bard AI. Bard AI kata konsep DNAA dalam Islam diasaskan atas prinsip maslahah. 


DNAA ini adalah berkaitan undang-undang prosedur bukannya undang-undang substantif. YB Marang mungkin merujuk kepada undang-undang substantif yang tidak menyebut berkaitan DNAA. Seingatnya, sewaktu belajar subjek Islamic Criminal Law di UIA menggunakan buku Sheikh Abdul Kadir Audah memang tidak disebutkan DNAA. 


Namun, jika kita belajar Islamic Criminal Procedure tumpuan akan diberikan kepada prosedur undang-undang jenayah Islam yang telah digubalkan dalam perundangan Malaysia. 


Jika kita rujuk kepada S. 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 ada disebut peruntukan berkaitan DNAA ini. Seksyen ini hampir sama seperti S.254 Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pendakwa sivil. S. 103 ini berbunyi seperti berikut:


Seksyen 103. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.


(1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu; dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.


(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.


Oleh itu, jika YB Marang berhujah mengatakan DNAA itu tidak wujud dalam Islam, bahkan haram kerana bercanggah dengan Islam ini bermakna S. 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 ini juga haram dan bercanggah dengan Islam juga.


Sayugia juga disebutkan bahawa Enakmen ini digubal tahun 2001 semasa YB Marang menjadi Menteri Besar Terengganu. Bagaimanakah YB Marang boleh membenarkan satu peruntukan yang bercanggah dengan Islam digubal dan diluluskan di hadapan batang hidung beliau sendiri? Tidaklah YB Marang bersama dengan Adun-Adun lain juga berdosa melakukan perkara haram dalam DUN semasa meluluskan S. 103 ini?


Akhir sekali, bagi saya DNAA ini adalah berkaitan dengan prosedur. Perkara berkaitan prosedur ini kebanyakannya diasaskan oleh ijtihad semasa. Apa yang dikatakan oleh Bard AI itu adalah benar bahawa DNAA melibatkan prinsip maslahah. Perkara yang maslahah bukanlah perkara yang qati'e dilalah (pendalilan yang muktamad) yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Proses penggubalan sesuatu enakmen di Mahkamah Syariah lazimnya sudah melalui proses Jawatankuasa Teknikal. Dalam konteks Terengganu pastinya Mufti dan Ketua Hakim Syarie sendiri akan terlibat. 


Dalam hal ini, YB Marang perlu menarik balik kenyataan bahawa DNAA tiada dalam Islam.


Dr Zulqarnain Lukman

13 September 2023

27 Safar 1445H


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10232895620679714&id=1440900983&mibextid=Nif5oz



BELI TANAH MURAH

 



Buat makluman kalian, tauke cina beli Tanah Lojing, Gua Musang pada harga murah RM3,603 / ekar untuk tanah seluas 2545 ekar pajakan 99 tahun bukan perkara baru. 


Ada beberapa kes lain lg, cuma tidak beritahu kepada umum & di sembunyikan rapat oleh parti pas. Ya, memang benar rakyat Kelantan aka penyokongnya di tipu Pas berkali-kali.


Berapa harga tanah yg parti pas jual?


๐Ÿ‘‰ 2545 ekar x RM3603 = RM9.17 juta saja.๐Ÿ’ฐ

๐Ÿ‘‰ Pajakan 99 tahun


Kununnya utk perjuangkan Islam & memartabatkan bangsa Melayu, tapi itu semua retorik belaka. Apabila kes mula tersebar, parti pas ini akan divert isu utk tutup mata penyokong totoknya sbg contoh buat perhimpunan nak selamatkan Malaysia 16 September atas alasan DNAA Zahid Hamidi. 


Itu belum lg tanah pendudukan bangsa Melayu Kelantan yg dah duduk puluhan tahun di janjikan nak beri kepada penduduk tapi di jual kepada tokey cina. 


Bila di suruh bayar premium tanah, maka warga kampung Kelantan kumpul lah duit dgn semangat, bila nak bayar...premium tanah naik berlipat kali ganda.


Memang jijik! Tapi nak buat mcm mana, di momokkan syurga neraka pada peti undi...puak lebai kelarah atasan tu semua gadai tanah belakang mata rakyat. Tiba-tiba tambah bini, buat rumah besar, beli kereta mewah atas nama kuda perang merah.


Madrasah di jadikan tempat cuci duit. Bila kurang pendapatan tak cukup nak sara bini 2-3 orang, mohon derma di tiktok guna akaun bank madrasah katanya tak cukup bayar bil api air.


Betapa hipokriknya Pas!!!


Tapi sayang, tanah 2545 ekar itu Pas beri keberkahan hanya kpd syarikat tokey cina...bukan kpd rakyatnya yg selama ini melaung ketuanan Islam & Melayu.


Perjuangan agenda Melayu & Islam, momokan ini hanya penyedap halwa lebai dan retorik belaka!



JAMAL TIDAK LAGI JAMBAN...TAPI KETUA PEMUDA PAS OTAK JAMBAN

 



Terpaksa juga tulis benda ni. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.


Jamal Yunos ni lebih matang dan rasional daripada Ketua Pemuda PAS. Menurut Jamal, Baju Merah tak akan turun berdemo esok kerana tak mahu ganggu urusan rakyat.


Macam tak percaya, kan? Tapi percayalah. Samada Jamal semakin rasional, atau KP PAS yang semakin merudum IQ-nya. Atau kedua-duanya sekali. Entah la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TUN MAHATHIR “PERDANA MENTERI” KEPADA 4 NEGERI PAS



Sebagaimana dilaporkan media, empat negeri bawah pentadbiran PN telah bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata, empat Menteri Besar dari negeri PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan membincangkan pelan tindakan selanjutnya bagi kumpulan SG4 itu.


Katanya, Tun Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi buat masa ini, terutama dalam menghubungkan SG4 bersama pelabur luar seperti daripada Jepun dan Korea Selatan.


Ditanya sama ada Tun Mahathir akan dilantik sebagai penasihat secara rasmi, Samsuri berkata ketika ini pihaknya hanya mendapatkan nasihat secara tidak rasmi dan akan melihat keperluan ke arah itu selepas ini.


Menurut Naib Presiden Pas itu lagi, SG4 akan memfokuskan isu seperti pertanian, industri, pelancongan dan lain-lain kerjasama, sambil menambah keempat-empat negeri akan saling membantu antara satu sama lain.


Dengan perkembangan terbaru ini, adalah jelas PN, khususnya Pas, semakin ingin menjauhkan diri daripada kerajaan pusat yang dipimpin Anwar Ibrahim.


Bermula dengan peranan awal Tun Mahathir hanya sebagai penasihat tidak rasmi untuk menarik pelabur daripada Jepun dan Korea Selatan, tetapi lama kelamaan adalah diyakini peranan bekas Perdana Menteri itu akan semakin melebar lagi.


Dengan itu, kemungkinan beliau akhirnya akan dilantik secara rasmi sebagai penasihat khas kepada empat negeri berkenaan adalah besar sekali.


Tambahan lagi kerana Presiden Pas, Hadi Awang ternampak begitu meminati Tun Mahathir sejak kebelakangan ini dan sudah mengenepikan minatnya terhadap Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin sendiri.


Peranan sebagai penasihat khas itu nanti tentunya untuk menasihati keempat-keempat negeri berkenaan dalam hampir semua perkara kerana mengenali kebiasaan Tun Mahathir, apabila beliau berada di dalam sesuatu kedudukan itu, beliau pasti mahu menjadi seperti seorang ketua yang akan mengawal segala-galanya.


Dalam erti kata lain, Tun Mahathir dengan jawatan penasihat khas secara rasmi itu nanti tidak ubah seperti “Perdana Menteri Tidak Rasmi” bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Perlis.


Iyalah…nak jadi Perdana Menteri yang rasmi tentulah tak boleh sebab Tun Mahathir bukan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, malah tidak mempunyai parti dan bertanding pun hilang deposit pada PRU15 lalu.


Dengan bertanding hilang deposit, maka sesuailah jadi “Perdana Menteri Tidak Rasmi” itu.


Namun demikian, perkembangan ini seharusnya juga memberi petunjuk kepada Anwar selaku Perdana Menteri dan kerajaan pusat agar berpada-pada dalam melayan permintaan negeri-negeri terbabit selepas ini.


Empat negeri berkenaan sepertinya lebih ingin berdikari sekarang ini, bahkan dengan memberi peranan kepada Tun Mahathir itu seolah-olah Pas mahu terus bermusuhan dengan kerajaan pusat dari segi politik.


Ini kerana Tun Mahathir bukanlah orang yang mahu berbaik dan membawa orang lain berbaik dengan Anwar.


Sementara diharapkan Tun Mahathir mampu memberi idea dan menarik pelabur sehingga keempat-empat negeri berkenaan maju setanding Selangor, Pulau Pinang atau Johor dalam tempoh tidak terlalu lama selepas ini, Anwar dalam hal ini perlu memikirkan suatu kaedah khusus untuk menyalurkan bantuan kewangan daripada kerajaan pusat kepada negeri-negeri itu.


Hakikatnya, dengan adanya Tun Mahathir sebagai “Perdana Menteri Tidak Rasmi” bagi negeri-negeri berkenaan, semakin tidak berfaedah dan tidak memberi untung kepada kerajaan pusat jika peruntukan kewangan disalurkan terus kepada mereka.


Bahkan, dengan peruntukan kewangan itu nanti, lebih galak lagi mereka mengatur program itu dan ini untuk menjatuhkan kerajaan di peringkat pusat.


Baiklah dibiarkan saja Tun Mahathir membantu empat negeri itu. – ShahbudinHusin 15/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette


LOYA DENGAR DIA KOMEN


Maaf, aku terpaksa tutup muka tu sebab ramai yang mengadu loya tengok mukanya.


Saddiq ramalkan PH dan BN akan hilang sokongan pada PRU akan datang. Tapi mungkin Saddiq lupa yang partinya tak pernah dapat sokongan.


Dua kerusi yang Muda ada, parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa, dimenangi atas ihsan PH. Kalaulah masa tu Muda bertanding sendiri, ada kemungkinan hilang deposit macam dalam PRU & PRN.


Ada kurang lebih 4 tahun lagi sebelum penggal ini berakhir. Dalam tempoh 4 tahun ini, InsyaAllah apa yang kerajaan usahakan akan membuahkan hasil. Pada waktu itu, rakyat baru akan menilai.


Sementara itu, dalam tempoh itu, dia sendiri pun mungkin dah dipenjarakan kerana kes rasuah dan seleweng yang sedang berjalan waktu ini.


Mahiaddin, Hamzah dan ramai yang lain dalam PN pun mungkin bersama-sama dengannya di penjara nanti setelah disabitkan kes masing-masing. Jadi Saddiq tak perlu risau sokongan untuk PH.


Rasanya Saddiq kena rehat sikit isu politik. Luang lebih banyak masa untuk bela diri di mahkamah. Kesnya tu boleh tahan susah nak defend tu.


Jangan kata itu pendakwaan politik pula ya. Sebab Saddiq didakwa ketika Mahiaddin jadi PM. Kalau betul pun pendakwaan politik, bermakna Mahiaddin yang buat. Bukan kerajaan sekarang ini.


Apa pun, takziah buat Saddiq kerana usaha untuk hancurkan kerajaan daripada dalam nampaknya tak berjaya. Yang bakal berjaya, tak lama lagi duduk 'dalam', InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


(function() { var d = document, w = window; w

Fitnah jelik PM: AMK buat laporan qazaf kepada JAWI

  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia petang ini membuat laporan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berh...