SUDAHLAH TAK CERDIK, CUBA MENIPU PULAK TU!!!



Setelah sebelum ini menjanjikan pemberian BR1M bernilai RM2,500 jika beliau menjadi Perdana Menteri, Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kini tampil lagi dengan janji barunya yang lebih sensasi. 

Kali ini beliau menjanjikan akan memberi cuti selama dua tahun kepada ibu-ibu yang bersalin dan melahirkan anak.

Tetapi, sama sepertimana janjinya sebelum ini, janji terbaru ini juga, kata Mohd Amar hanya akan ditunaikan jika beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Ada sesiapa mahu percaya dengan janji Mohd Amar ini?

Sebenarnya inilah cara Pas menipu, memperdaya serta mengkhayalkan para penyokong dan orangramai dengan janji-janji palsu yang seolah-olah mampu dilaksanakan.

Sudah tentu Mohd Amar berani membuat janji itu kerana beliau tahu dirinya tak mungkin dapat jadi Perdana Menteri.

Beliau sebenarnya sedar bukan saja Pas tidak mungkin dapat mentadbir negara ini dan memenangi pilihanraya akan datang, malah jika ditakdirkan berjaya mendapat kuasa sekali pun, sudah tentu yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Presiden Pas atau Timbalan Presiden Pas.

Mohd Amar hanyalah Naib Presiden Pas bersama dua lagi pemegang jawatan yang sama iaitu Idris Ahmad dan Iskandar Abdul Samad.

Maka, disebabkan sedar kedudukannya yang jauh daripada jangkauan kerusi Perdana Menteri itu, lalu beranilah berjanji bulan bintang kepada orangramai.

Hakikatnya, beliau hanya mahu menipu dan memperdaya rakyat sahaja.

Jika benar ikhlas, kenapa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang dan sudah hampir 30 tahun Pas mentadbir Kelantan, Mohd Amar tidak berani berjanji apa-apa kepada rakyat negeri tersebut?

Lagi pun selama ini Mohd Amar hanya bertanding di peringkat DUN dan tidak dipastikan sama ada beliau akan beralih ke peringkat Parlimen dalam pilihanraya 9 Mei ini.

Makanya, untuk Mohd Amar bermimpi melangkah ke kerusi Perdana Menteri, tidur selama tiga hari tiga malam pun belum tentu mimpi itu akan menjelma dalam hidupnya.

Hakikatnya, segala janji Mohd Amar selama ini, baik berkaitan BR1M sebanyak RM2,500 ataupun cuti 2 tahun untuk wanita yang melahirkan anak, tidak lebih hanyalah tipu daya dan untuk memperdaya semata-mata.

Dalam waktu yang sama, janji cuti 2 tahun, tetapi sebenarnya hanya dibayar gaji selama tiga bulan itu juga merupakan suatu bentuk tipu daya kepada orangramai.

Siapakah yang sanggup bercuti selama 2 tahun dengan 21 bulan selebihnya tanpa dibayar gaji?

Akhirnya, sudah tentu ibu-ibu yang bersalin hanya akan memilih bercuti selama tiga bulan atau 90 hari saja, satu tempoh yang sudah pun diamalkan di kebanyakan sektor sekarang ini.

Tidakkah ini bermakna janji Mohd Amar kali ini suatu penipuan sekali lagi?

Selain itu, memberi cuti selama dua tahun itu juga  menggambarkan ketidakcerdikan Mohd Amar dalam melontarkan ideanya sebagai seorang pemimpin.

Cuba bayangkan, andaikata ada yang sedia menerima tawaran itu dan mereka melahirkan anak setiap dua tahun, tidakkah ini akan menyebabkan seseorang itu akan bercuti selama 10 tahun berturut-turut jika mempunyai anak seramai 5 orang.

Bukankah ini merupakan pembaziran dari segi tenaga kerja dan kemahiran, lebih-lebih lagi jika wanita itu berkelulusan tinggi?

Bagaimanakah Mohd Amar mahu menampung kelompongan dan kekurangan tenaga kerja tersebut sekiranya di sesebuah jabatan ramai ada wanita yang bersalin dalam tempoh masa yang hampir sama?

Tidakkah mengarut saja idea beliau itu?

Melontarkan idea pun nampak mengarut, maka mengundi Pas pun sama juga mengarutnya. (ShahbudinHusin 24/04/2018)

PH JANJI ‘BINA KEMBALI KEDAH’

PERCATURAN STRATEGIK: PKR AKAN KUASAI KERAJAAN KEDAH, P PINANG

‘SILENT MAJORITY’ AKAN TOLAK BN, PAS – SAMSU ADABI

DI SISI NAJIB, HASAN MALEK NAMPAKNYA 'LEBIH MULIA' BERBANDING ISA SAMAD...

Image result for hasan malek duta


TURUN HARGA AYAM 20 SEN-KEH..KEH..KEH

Jika pagi tadi ramai yang terkejut dengan tidak tersenarainya nama Ketua Pengarah JASA, Ahli MT UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi sebagai calon bagi pilihanraya 9 Mei ini, satu lagi "kejutan kecil"  berlaku di Negeri Sembilan petang ini apabila Isa Samad turut diketepikan sama.

Isa adalah Ahli Parlimen Jempol sebelum Parlimen dibubarkan 7 April lalu dan kini merupakan Pengerusi SPAD.

Sebelumnya beliau adalah Pengerusi Felda, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Dalam senarai calon BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hassan petang tadi, nama Isa tidak terdapat dapat senarai itu, meskipun sebelum ini beliau ada menyatakan, sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (nama baru kini dikenali Port Dickson) nama bekas Menteri Besar itu turut dihantarnya kepada Najib Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.

Yang membuatkan ramai terkejut ialah kerana di sebalik nama Isa digugurkan sebagai calon, seorang lagi bekas menteri, Hasan Malek tetap dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah.

Hasan yang ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pernah diselubungi dengan "isu ayam" sehingga menimbulkan kecaman ramai terhadapnya, kemudian digugurkan sebagai menteri pada 2015 dan kini merupakan duta ke Kemboja.
Jika Isa tidak terpilih mungkin kerana namanya masih tersangkut dalam penyiasatan SPRM yang belum selesai berhubung pembelian hotel Felda, apakah "isu ayam" yang melibatkan Hasan Malek sehingga digugurkan sebagai menteri dahulu, bukan merupakan suatu kekurangan dan beliau sepatutnya digugurkan sama sebagai calon?

Dalam hal ini, apa istimewanya Hasan Malek yang sudah digugurkan sebagai menteri dan dianggap pemimpin yang berprestasi rendah, tetapi tetap dicalonkan semula untuk bertanding di Kuala Pilah?

Apakah UMNO Kuala Pilah sudah ketandusan calon-calon muda dan berwibawa?

Apakah ini menandakan Hasan Malek "lebih mulia" dan "istimewa" di sisi Najib berbanding Isa?

Dengan tercalonnya semula Hasan Malek itu, bermakna dua bekas menteri yang pernah digugurkan Najib sebelum ini, telah dipilih semula sebagai calon pada pilihanraya 9 Mei ini  apabila semalam Zulhasnan Rafique turut diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Setiawangsa menggantikan Ahmad Fauzi Zahari.

Zulhasnan juga adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Berkait dengan Isa, sebelum ini desas-desus menyatakan, kalau pun beliau tidak terpilih lagi sebagai calon, anaknya, Najib Isa yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang (Port Dickson) serta Exco Pemuda UMNO Malaysia, berkemungkinan akan dipilih untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN dalam kawasan tersebut.

Dalam kawasan Port Dickson, terdapat dua kerusi untuk UMNO iaitu Bagan Pinang dan Linggi.

Malangnya, dalam pengumuman oleh Mohamad Hassan petang tadi, kedua-dua anak beranak itu terus tidak tersenarai.

Apakah dengan gugur Isa dan tidak tersenarai nama anaknya, ini merupakan suatu pengakhiran karier bagi kedua-dua anak beranak itu dalam politik UMNO Port Dickson?

Adakah ini juga menandakan kedudukan Isa sebagai Pengerusi SPAD turut tidak selamat lagi selepas ini? (ShahbudinHusin 23/04/2018)

BN perlu henti salah guna jentera kerajaan bagi kempen politik – Liew Chin Tong


Calon HARAPAN Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong menyeru agar calon-calon Barisan Nasional (BN) berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan bagi kempen pilihan raya dan kepentingan parti politik mereka.
“Saya terkejut dengan perbuatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tanpa segan-silu mempergunakan jentera agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi kegunaan partinya,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Chin Tong, dalam program MCA malam tadi di Yong Peng, JPJ digunakan sebagai pengiring kepada Liow and pemimpin-pemimpin MCA lain.
“Ia bukan majlis Kementerian Pengangkutan atau JPJ atau mana-mana badan kerajaan. Ia terang-terangan kempen politik MCA. Mengapa JPJ terlibat?
“Malah, majlis malam tadi merupakan program untuk meraih sokongan kepada saingan saya di Ayer Hitam, iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta pengumuman calon-calon MCA bagi mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14 ini.
“Kita semua tahu bahawa pada waktu-waktu biasa, jentera kerajaan dilarang digunakan untuk tujuan politik. Apatah lagi jika ia dilakukan sewaktu PRU,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Liow supaya menjelaskan tentang penggunaan jentera JPJ untuk kepentingan partinya, dan memohon maaf kerana telah menyalahgunakan amanah kerajaan.
“Beliau juga perlu berikrar kepada rakyat bahawa beliau tidak akan lagi menyalahgunakan kuasanya.
“Dalam mana-mana PRU, Liow dan semua calon yang bertanding adalah sama sahaja status mereka,” katanya lagi. 

Shamsiah Fakeh srikandi bangsa menuntut kemerdekaan



Saya, Jamaliah bt Jamaludin ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti DAP ke atas kepercayaan dan keyakinan terhadap saya dan telah mengumumkan saya sebagai bakal calon kawasan DUN Bandar Utama, Selangor pada hari ini.
Saya berumur 29 tahun dan telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sejak tahun 2016.  Saya juga telah menyertai parti DAP sejak awal tahun 2016 kerana ia merupakan sebuah parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan pendapatan.
Nenek saya adalah Allahyarhamah Shamsiah Fakeh, seorang wirawati dan pejuang bangsa yang amat penting dalam sejarah kita. Beliau adalah pemimpin AWAS, organisasi wanita pertama dalam sejarah Malaysia, dan beliau juga merupakan seorang pejuang kemerdekaan pada waktu Tanah Melayu dijajah oleh British.
“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.” Ini adalah kata-kata nenek saya.
Nenek saya adalah idola saya. Jikalau bukan apa yang nenek sentiasa ajarkan kepada saya tentang perjuangan, tentang Malaysia ini tanah milik kita semua, tidak kira apa jua kaum, bangsa, jantina, tentang berani dan betul, saya tidak akan mempunyai satu impian pada suatu hari, kita akan mempunyai satu kita akan mempunyai satu negara yang berpaksikan rakyat dan bukan kroni.
Pada masa penjajahan British, nenek saya tiada pilihan selain daripada menyertai dalam perjuangan dan peperangan.
Hari ini, saya berjuang atas prinsip menegakkan keadilan, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak politik rasuah, perkauman dan ekstremisme.  Oleh itu, saya telah memilih berjuang bersama DAP dan Pakatan Harapan untuk UMNO-Barisan Nasional yang telah merosakkan Malaysia sebagai sebuah Negara kleptokrasi terkemuka antarabangsa.
Pimpinan DAP dan Pakatan Harapan telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang dan berbakti kepada negara ini, sebagai seorang anak muda, seorang wanita, dan seorang cucu srikandi bangsa.
Saya akan meneruskan perjalanan saya, dan saya tidak akan berhenti sehingga impian saya dan impian semua rakyat Malaysia ini dibebaskan daripada cengkaman UMNO dan BN dicapai.
Demi Malaysia baru yang lebih baik, demi masa depan Malaysia tercinta!



Saifudin, Johari bakal main peranan penting di P Pinang dan Kedah


Dua pemimpin kanan PKR yang bakal memainkan peranan penting di P Pinang dan Kedah jika PH memenangi kedua-dua negeri itu selepas ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan ahli majlis pimpinan tertinggi, Datuk Johari Abdul bakal memainkan peranan penting dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah jika kedua-dua negeri itu dimenangi Pakatan Harapan dalam PRU 14 ini.
Kedua-dua diumumkan bertanding dua kerusi, iaitu parlimen dan negeri, oleh Presiden PKR malam tadi.
Saifudin akan bertanding di kerusi parlimen Kulim Bandar Baru di Kedah di samping DUN Pantai Jerejak di Pulau Pinang.
Jika menang, Saifudin dijangka akan mengambil alih jawatan timbalan ketua menteri (TKM) selepas TKM sebelum ini, Datuk Rashid Hasnon bertanding di parlimen Batu Pahat.
Datuk Johari Abdul akan bertanding dua kerusi iaitu mempertahankan parlimen Sungai Petani dan DUN Gurun di Kedah.
Jika menang Kedah, Johari dijangka memegang jawatan kanan dalam kerajaan negeri.
Turut bertanding dua kerusi adalah Samsul Iskandar Md Akin. Beliau akan bertanding di parlimen Hang Tuah Jaya (Bukit Katil sebelum ini) dan Machap Jaya.
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali turut bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.
Turut diumumkan bertanding malam ini adalah Wong Cheng yang akan mempertahankan kerusi Subang (sebelum ini Kelana Jaya), menolak khabar angin yang mengatakan beliau akan direhatkan.
Datuk Abdullah Sani pula akan bertanding di kerusi parlimen Kapar manakala Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Dr Xevier Jayakumar akan bertanding di Kuala Langat, kerusi Abdullah sebelum ini.
Wiliam Leong pula kekal di Selayang, begitu juga Zuraidah Kamarudin kekal di Ampang.
Bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah akan bertanding di kerusi Petaling Jaya manakala Sivarasa Rasiah di Sungai Buluh manakala bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar di Bandar Tun Razak.
Namun begitu, nama Mohd Khairudin Othman, Adun Pas yang menyertai PKR tidak ada dalam senarai. Begitu juga Adun Rawang sebelum ini, Gan Pei Nie.

Azmin kekal di Gombak, Bukit Antabangsa, Wan Azizah di Pandan

Azmin kekal di Gombak, Bukit Antabangsa, Wan Azizah di Pandan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dun di negeri Selangor.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kerusi P100 Pandan yag mana penyandang pada PRU13 adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Bagi kerusi Dun Kajang yang disandang beliau pada PRU13 lalu kini dicalonkan kepada Hee Loy Sian.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kekal di kerusi P98 Gombak dan N19 Bukit Antarabangsa .
Bekas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah calon bebas yang bertanding atas tiket PKR dicalonkan bagi kerusi Dun Petaling Jaya.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kekal di Parlimen Ampang. Ketua Wanita PKR Selangor Hanisza Talha di N20 Lembah Jaya.
PKR masih mengekalkan penyandang bagi kerusi Parlimen dan Dun yan pernah dimenangi PKR pada PRU13 lalu.
Senarai calon Parlimen dan Dun bagi  kerusi yang ditandingan PKR ini telah diumumkan  Wan Azizah pada Jelajah Pakatan Harapan di Stadium Tertutup Kuala Selangor malam tadi.
Senarai penuh kerusi Parlimen
1 .P97 Selayang – William Leong
2. P98 Gombak – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
3. P99 Ampang – Hajah Zuraidah Kamaruddin
4. P100 Pandan – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
5. P104 Subang- Wong Chen
6. P105 Petaling Jaya- Maria Chin Abdullah
7. P107 Sungai Buloh (dulu Subang) -Sivarasa Rasiah
8. P109 Kapar – Datuk Abdullah Sani
9. P112 Kuala Langat – Dr Xavier Jayakumar
Senarai bagi kerusi Dun
1 N03 Sungai Panjang – Mohd Fauzi Ahmad
2 N09 Permatang -Rozana Bt. Zainal Abidin
3 N10 Bukit Melawati – Sivamalar A/P Ganapathy
4 N11 Ijok – Dr. Idris Ahmad
5 N14 Rawang – Chua Wei Kiat
6 N16 Sungai Tua- Amiruddin Shaari
7 N17 Gombak Setia -Hilman B. Idham
8 N19 Bukit Antarabangsa – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
9 N20 Lembah Jaya – Hanisza Talha
10 N25 Kajang – Hee Loy Sian
11 N32 Seri Setia – Najwan Halimi
12 N33 Taman Medan – Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
13 N37 Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Peng
14 N39 Kota Damansara – Shatiri B. Mansor
15 N40 Kota Anggerik- Prof Shaharuddin B. Badarudin
16 N41 Batu Tiga – Rodziah Binti Ismail
17 N43 Sementa Dr Daroyah Binti Alwi
18 N46 Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
19 N48 Sentosa -Dr Gunaraj George
20 N49 Sungai Kandis -Shuhaimi Shafiee
21 N54 Tanjong Sepat- Hj Borhan Aman Shah
Hari ini telah diumumkan juga senarai calon bagi 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  yang diumumkan Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.
Pada Ahad  AMANAH Negeri Selangor turut mengumumkan calon di  5  kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun.